February 19, 2019

POLITIK MAKIN HANGAT: PAS PERLU PENDIRIAN JELAS


POLITIK MAKIN HANGAT: PAS PERLU  PENDIRIAN JELAS
(Fikrah Bangi,  153),
BBB,  14 Jamadil-Akhir 1440H. = 19 Febuari 2019M. (Selasa):
Politik negara makin hangat. Kehangatan pilihanraya dari Semenyih akan berterusan ke Rantau Negeri Sembilan, apabila rayuan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mengekalkan kerusi DUN Rantau ditolak. Pilihanraya kecil akan lebih hebat kerana ia melibatkan Timbalan Presiden Umno yang memangku tugas Presiden Umno. Ianya lebih hangat jika keputusan pilihanraya kecil Semenyih berpihak kepada Umno.
Sementara itu keputusan Bersatu untuk ke Sabah, diterima dengan tenang oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Afdhal dan secara diplomasi beliau berkata, Warisan akan bekerjasama dengan Bersatu bagi kepentingan pembangunan Sabah.
Manakala dari satu pihak ada yang membuat spekulasi termasuk dari Hamidah Osman Naib Presiden Bersatu, bahawa beliau tidak yakin Tun Mahathir beri laluan kepada Anwar menjadi Presiden dan menjangka orang akan diberi laluan ialah Azmin Ali Menteri Ekonomi kini.``
Tun Mahathir pada hakikat berusaha memperkukuhkan kedudukan Bersatu dengan menerima 6 orang yang melompat parti dari Umno masuk Bersatu di tengah-tengah tentengan dari DAP dan PKR. Beliau membuat keputusan Bersatu masuk ke Sabah. Ini semua jelas menurut Hamidah stretegi Tun Mahathir bagi mengukuhkan kedudukan. (UM, 19.2.2019: 4).
Dalam pada itu pertemuan pemimpin Pas yang diketuai Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Takiyuddin Hasan Setiausaha dan Ahmad Samsuri Menteri Besar Terengganu, mendedahkan, bahawa Pas akan menyokong Tun Mahathir, jika berlaku penggulingan terhadap Tun Mahathir dari Perdana Menteri, di samping meneruskan komitmen menyokong Umno dalam PRK Semenyih dalam degree yang lebih rendah berbanding dengan pilihanraya di Cameron Highlands.
Dalam hal ini dilihat Pas pergi lebih jauh dalam spekulasi politiknya dan menghadapi cabaran  terhadap spekulasinya terutama dari DAP dan akan mengambil tindakan terhadap Pas (The Star, 19.2.2019: 4). Datuk Seri Anwar juga menafikan tuduhan (Star, 19.2.2019: 1).
Nampaknya Pas membuat spekulasi di luar jangkaan dan mengejutkan. Pas bolehlah dianggap sebagai pemula mendedahkan kemungkinan berlaku pergolokan di dalam PH dan menyatakan secara terang jika berlaku penggulingan terhadap Dr. Mahathir, bahawa Pas akan menyokong Dr. Mahathir. (Sinar, 19.2.2019: 6). Apa muslihat Pas ?
Kenyataan secara terang-terangan ini sebenarnya membahayakan Pas dengan isu yang belum tentu dan spekulatif sifatnya. Ia mletakkan dirinya dalam perhatian oleh berbagai pihak, bahkan boleh melibatkan persoalan keselamatan negara.
Dengan isu yang asalnya dicetuskan oleh Pas dengan pertemuan dengan Tun Mahathir Pas kehilangan pendirian dan Fokus yang sepatutnya ditumpukan kepada membantu Umno yang  sebelum ini dilihat mempunyai persefahaman yang kuat, tetapi kini dilihat kendur. Pas seharusnya mempunyai pendirian yang jelas dan tidak rhetoric dan mengelirukan, khususnya bagi ahli dan penyokong-penyokong. Dalam masa yang singkat kerjasama patut ditumpukan pada pilihanraya PRK Semenyih. Kesan dari pilihanraya ini akan membawa kepada PRK Rantau yang memerlukan kepada komitmen yang lebih tinggi.
Pas tidak seharusnya membiarkan diri dituduh sebagai tidak berpendirian, double standard dan memasalahkan. Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak kedapatan.
Sekian.

1 comment:

  1. Anda bukan ahli PAS memang la tak faham. Tapi PAS lebih bijak dalam mengatur langkah supaya Malaysia tidak tetlepas ke tangan DAP dan sekutu2nya. Walaupun aku aku cuma penyokong PAS tapi aku boleh agak apa yg akan berlaku pada PH tak lama lagi. Kalau anda kurang bijak jangan anggap orang lain pun sama macam anda.

    ReplyDelete