June 30, 2019

PENDIDIKAN SEKTOR PENTING BAGI KONSEP ` BERILMU BERPERADABAN`


PENDIDIKAN SEKTOR PENTING BAGI KONSEP `BERILMU BERPERADABAN`
(Fikrah Bangi: 271),
BBB:  26 Syawal 1440H. = 30 Jun 2019M., (Ahad).
Pendidikan adalah sektor penting bagi konsep `Berilmu Berperadaban` yang dapat diaplikasikan kepada individu, masyarakat, bangsa dan negara.
Berilmu adalah fitrah dan keperluan yang patut digarap individu, masyarakat. Bangsa dan negera. Dengan penggarapan dapat mengeluarkan potensi yang ada pada mereka bagi kepentingan individu  dan kepentingan semua. Pendidikan bukan apa yang difahami seperti  pendidikan formal melalui  sekolah hingga kepada pengajian tinggi, tetapi adalah lebih luas dari itu. Ianya melibatkan masyarakat dan merupakan pendidikan sepanjamg hayat. Lantaran itu, konsep pendidikan terhad selama ini hendaklah dirubah kepada `Pendidikan Sehayat- Menzahirkan Potensi dan Bakat`. Pendidikan aeperti yang dilihat adalah sesuatu yang bersifat fitrah.
Kalau fitrah insan setiap hari memerlukan makanan dan minuman bagi memenuhi tuntutan fizikal, maka tuntutan akal dan rohani memerlukan ilmu bagi memenuhi tuntutan akli dan rohani.  Dapatlah dikatakan kemajuan insan sehingga kini adalah hasil dari ilmu dan pengalaman yang telah dilalui. Pun begitu masih terhad dari segi pencapaian. Adalah tidak rugi, bahkan menguntungkan jika sekiranya masyarakat digembeling dan digerakkan di dalam gelombang kesedaran keilmuan dan mereka digerak maju ke hadapan. Dengan Berilmu sebenarnya adalah meningkatkan kualiti individu dan masyarakat yang mempunyai daya keilmuan dan intelektual yang lebih tinggi yang sekali gus membentuk  pandangan wujud yang betul dan positif dan menjadikan diri dan masyarakat berpotensi berkualiti dan maju serta menuju ke arah kehidupan terbaik.
Wilayah `Berilmu Berperadaban` adalah wilayah yang besar. Ianya hendaklah menjadi agenda negara dan pemerintah. Yang terlibat adalah:
·         Warga mesyarakat berbagai keadaan.
·         Kurikulum Pendidikan sehayat
·         Jenis dan tahap pendidikan
·         Gemblingan tenaga guru dan pembimbing
·         Standard, kualiti dan aplikasi
Sasaran pendidikan adalah seluruh warga masyarakat dari anak-anak, ke sekolah dan pengajian tinggi dan mereka yang terlibat di dalam pekerjaan dan berbagai sektor hidup.
Pendidikan formal adalah melibatkan anak-anak pada peringkat tadika, membawa ke sekolah hingga ke pengajian tinggi.  Mereka yang keluar dari pengajian formal dan tidak formal dan bekerja juga akan terus berada di dalam suasana pendidikan.
Bagi yang bekerja, maka pendidikan adalah melalui institusi pekerjaan yang ada padanya bahagian pendidikan seperti di pejabat dan institusi masing-masing, manakala bagi yang bekerja awam adalah melalui pendidikan di tempat kerja mereka. Bagi orang ramai dan ibu bapa adalah melalui dewan, balai dan ruang-ruang pertemuan. Termasuk pendidikan secara terbuka melalui masjid, surau dan ruang-ruang yang dapat digunakan bagi pengajaran. Masjid surau diluaskan skop tidak saja mengajar dan mendidik bidang keagamaan, tetapi juga bersifat kemasyarakatan.
Bidang-bidang yang diajarkan
·         Pengajian formal melalui sekolah hingga pengajian tinggi
·         Bidang melibatkan pekerja yang dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti
·         Tambahan keilmuan bersifat, agama dan nilai akhlak.
·         Kesedaran warga, kenegaraan,khidmat dan kemanusiaan.
·         Bermanfaat dan berkualiti.
Melalui pendidikan berterusan diharap kualiti insan akan meningkat, begitu juga kualiti hidup dan  kesedaran kemanusiaan, kealaman dan keabadian akan meningkat.
Warga dan Negara adalah maju.
Sekian.

June 29, 2019

PERLU BERWAWASAN BAGI LANDASAN KEGIATAN


PERLU BERWAWASAN BAGI LANDASAN KEGIATAN
(Fikrah Bangi:  270),
BBB, 25 Syawal 1440H. = 29 Jun 2019M. (Sabtu).
Suasana politik kini, seolah-olah berada di dalam gencatan dari kempen, kerana tiadanya pilihanraya keci (PRK). Pihak PH yang memerintah sebok memperbaiki diri dari berbagai-bagai kesilapan dan kekurangan dalam setahun memerintah. Sedang pihak pembangkang, terutama Umno dan Pas sedang bebincang bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua parti itu, sehingga  kepada pembahagian kerusi dibincangkan agar tidak bertembung di dalam pilihanraya ke 15 akan datang.
Berbanding dengan PH yang parti-parti komponannya tidak membawa  identiti kaum yang boleh dituju kepada semua masyarakat, tetapi Umno lebih kepada Melayu, Pas untuk orang Islam, MCA kepada orang Cina dan MIC kepada orang India, maka wajar bagi Umno dan komponan mencari landasan yang fokusnya bersifat menyeluruh dan tidak terkhusus bagi satu kaum.
Pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang (1999-2004), dalam masyarakat majmuk di DUN Kajang kita mengambil pendekatan bekerja dengan motto `Anda Memberi Mandat, Kami Memberi Khidmat`, iaitu dengan lawatan ke kawasan-kawasan secara giliran dan membuka kaunter aduan di pasar-pasar dan diberbagai pertemuan  (aduan dibawa ke pihak atas berkenaan) di samping membawa imej keislaman kepada masyarakat majmuk. Selepas kalah di DUN Bangi (2004-2008), kerana populariti Mr. Clean – (Tun Abdullah Badawi), bagi mengembalikan sokongan Penulis dan Jawatan kuasa mengambil pendekatan baru. Penulis kembali mencebur diri dalam Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi sebagai (Setiausaha Perhubungan) - Ketua Publisiti. Penulis mencadangkan diadakan ``Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi (1977.2007)`  dan mulai mencetuskan idea dan Motto ``Bangi Bandar Ilmu.`` Dengan wawasan ini Penulis memenangi pilihanraya DUN Bangi (2008) dengan majoriti besar . Kerajaan Keadilan Rakyat dapat dibentuk di Selangor. ``Bangi Bandari Ilmu`` dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor (22 Jun 2008) di Dun Bangi dan berikut dari itu Masjid Al-Umm sebagai salah satu projek Bangi Bandar Ilmu dicadangkan (Mesyuarat 4 Februari 2010) dan dirasmikan tapaknya oleh  Menteri Besar pada 6 Januari 2013. Motto Bangi Bandar Ilmu adalah ungkapan yang utuh, ianya menjadi landasan kegiatan politik, keilmuan  bahkan kemasyratakatan yang masih digunakan hingga kini, bahkan menjadi perjuangan dan identiti di Bandar Baru Bangi.
Apa yang hendak ditekankan di sini baik bagi mana-mana politik perjuangan perlu ada wawasan yang menjadi motto perjuangan yang hidup dan bersifat menyeluruh dan dapat diaplikasikan kepada semua.
Bagi Umno dan Pas bagi tidak menampakkan sifat kaum atau pegangan satu masyarakay, perlu diteliti apakah arah dan perjuangan parti yang akan bekerjasama antara dua pihak atau lebih dari itu.
Penulis berpendapat wawasan yang dapat diketengahkan ialah:
``BERILMU BERPERADABAN``
Yang dapat menjadi motto yang menjadi landasan dan arah perjuangan. Ianya tidak bercanggah dengan cita-cita keislaman dan kaum.
Dari segi maksud selapis, bahawa adalah menjadi dasar bagi parti politik dan lain-lain akan terus menerus meningkat keilmuan bagi masyarakat di dalam berbagai-bagai bidang. Mekanisme bagi meningkatkan keilmuan bagi masyarakat di atur yang melibatkan pengajian masyarakat dari anak sekolah ke pengajian tinggi. Pengajian bagi masyarakat melalui  masjid, surau, balai, komuniti,  jabatan, kelompok masyarakat dan berbagai media..
Di bawah berilmu menjadi mekanisme bagi membina tamadun bangsa dan masyarakat lebih-lebih lagi dari kemajuan tampak seperti pembangunan kota dan bandar dan segala kemajuan yang berhubung dengannya, kemajuan dari segi komunikasi dan kehidupan sejahtera yang masyarakatnya mementingkan ilmu. Peluang berilmu terbuka luas dan pengajian adalah bersifat dari buaian hingga ke liang lahad. Para ilmuan diberi kedudukan tertinggi dalam hiraki masyarakat. Penyelidikan, kreativiti, inovasi  dan perkembangan keilmuan diberi keutamaan.
Manakala `Berperadaban` adalah lebih menekankan kepada `Nilai, Keyakinan, Kemanusiaan, Kebudayaan, Kesenian dan  Kealaman.
Konsep kemajuan adalah kemajuan lebih dari segi ilmu dan bukan harta benda.
Kebahagiaan adalah lebih kepada kebahagiaan jiwa.
Perlu keseimbangan antara kemajuan sains dan kemanusiaan.
Akhlak terpuji adalah berada pada kedudukan tertinggi dan disempurnakan dengan keilmuan mendalam serta bersifat kemanusiaan dan kerohanian.
Sekian.

June 28, 2019

BERKUASA TANPA PERANCANGAN ?


BERKUASA TANPA PERANCANGAN ?
(Fikrah Bangi:  269),
BBB:  24 Syawal 1440H= 28 Jun 2019M. (Juma`at).
Orang berpolitik adalah bertujuan mendapat kuasa. Kuasa mungkin didapati dengan paksaan seperti dengan kekuatan senjata dan tentera. Cara paksaan tidak dapat diterima pada zaman moden. Jika dipaksa ianya bukan dari kerelaan.
Bagi mendapat kuasa yang diktiraf, ialah dengan mendapat sokongan, jika ramai seperti memerintah negara ialah dengan mendapat sokongan majoriti. Bagi mendapat kuasa pada zaman moden ini ialah dengan penubuhan apa yang dikenali dengan parti – dengan kelulusan dari pihak berkuasa. Isu-isu tertentu  mungkin dapat memikat rakyat, terutama mengenai mereka yang membawa sokongan mereka.
Sokongan kerana sentimen dan kebencian terhadap sesuatu pihak tanpa perancangan konkrit akan membawa kepada kehilangan kepercayaan. Misalnya pada permulaan PH memerintah, oleh kerana mengejut, di luar jangkaan dikatakan tiada arah dan bercelaru oleh kerana tiada persediaan awal. Setahun lamanya PH memerintah, setelah menghadapi masalah-masalah yang diwarisi, mendapat pengalaman dari tugas-tugas yang dihadapi, berusaha menunaikan janji-janji yang dituduh tidak menepati, baru kelihatan momentum mula dikuasai.
Sementara itu di dalam tempoh transisi, dari tempoh kehingan kepercayaan, pihak lawan berkesempatan mendapat sokongan. Tetapi adakah sokongan ini bersifat sentimental dan sementara ? Ini adalah cabaran dari pihak yang mendapat sokongan dan mendakwa akan mengambilalih pemerintahan. Persoalan sejauhmanakah keyakinan yang mungkin bersifat dakwaan dapat diyakinkan. Banyak faktor kebarangkalian menerima perubahan.
Setiwasi politik yang dapat mengubah landscape politik pembangkang kemungkina berlaku. Misalnya berita hari ini:
``Ros teliti memorandum desak haramkan Umno.`` (BH; 28.6.2019: 7).
Jika ini berlaku adalah malapetaka bagi perancangan kerjasama antara Pas dan Umno. Dan jika berlaku juga akan menghilangkan kemungkinan kekuatan yang didakwa Pas kemungkinan sokongan  dalam pilihanraya ke 15 akan datang.
Jika juga berlaku banyak kerja bagi mendapat peralihan sokongan ahli umno melalui Pas atau melalui mekanisme yang lain.
Jadi soal akan mendapat sokongan dan kuasa masih kabur dan dipersoalkan.
Berpolitik bagi mendapat kekuasaan adalah cabaran Adakah sokongan akan didapati dari perubahan  landscape politik yang mungkin berlaku. Soal sejauhmana persediaan  dan kemampuan juga dipersoalkan. Bermaksud. Pada masa kini apakah kemampuan dapat diperlihatkan. Selain dari sokongan sentimen, adealah perlu diperlihatkan kepada rakyat tentang kemampuan bakal-bakal mereka yang akan mengambilalih pemerintahan.
Setakat ini kita tidak dapat melihat mereka berkemampuan dan turut membuat kritikan dan cadangan, misalnya. Permasalahan yang dihadapi oleh Felda, soal kemelut Tabung Haji,Cadangan menjual Syarikat Penerbangan Mas, Hutang Negara yang disebut Lim Guan Eng melebihi RM 1 trillion, transformasi PPSMI dalam pelajaran, pembelian syarikat  tol dan banyak lagi. Jika pihak pembangkanq dapat sama membincangkan isu-isu besar ini memcerminkan ada kepakaran dan meyakinkan bahawa kemungkinan mereka dapat memerintah.
Kemampuan memerintah harus dibuktikan sebelum memerintah agar tidak bercelaru bila memerintah. Sokongan secara sentimen tanpa dibuktikan dengan kepakaran akan menghilangkan sokongan.
Sekian.

June 27, 2019

LEBIH BAIK PAS TIDAK BERSATU DENGAN UMNO


LEBIH BAIK PAS TIDAK BERSATU DENGAN UMNO
(Fikrah Bangi: 268),
BBB: 23 Syawal 1440H. = 27 Jun 2019M. (Khamis).
Sebagaimana disebut Pas dan Umno kini menemui formula paling baik bagi masa depan politik bagi kedua-dua parti. Keghairahan dan gesaan ke arah penyatuan ketara di dalam Muktamar Pas yang diadakan di Kuantan berakhir pada hujung minggu lepas (23 Jun 2019).
Namun kita berpendapat, sebelum keputusan diambil bagi memetraikan perjanjian perlu difikirkan kebaikan dan implikasi dari penyatuan jika dilakukan. Ini antaranya dengan membuat penilaian terhadap sejarah yang telah dilalui oleh kedua-dua parti dan kemungkinan yang boleh berlaku terhadap kedua parti.
Penyatuan atau penyertaan Pas bersama Umno atau BN, bukan perkara baru dan pernah terjadi, tapi akhirnya berpisah kerana tidak sehaluan. Perkara sedemikian bukan tidak mungkin terjadi, kerana walaupun ada persamaan arah perjuangan kedua-dua parti, tetapi ada perbezaan tajam antara keduanya yang boleh menikam kedua pihak.
Andainya penyatuan berlaku  kedua-dua, terutama Pas akan kehilangan identiti dan teggelam bersama identiti umno atau kedua-duanya berubah kepada identiti yang lain  dan jika berlaku perpisahan menyukarkan keduanya untuk kembali kepada identiti asal dan mungkin tidak lagi mendapat sokongan dari rakyat.
Dalam masa kepimpinan Umno menghadapi masalah yang  berkait dengan mahkamah, sebagaimana diberitakan, jika sabit kesalahan, maka umno berkemungkinan dibatalkan pendaftaran atau diharamkan. Jika penyatuan berlaku antara Pas dan Umno, maka ianya memberi implikasi kepada Pas.
Sebaik-baik pendekatan ialah dengan mengekalkan pada tahap `Kerjasama` antara kedua parti.
Dengan kerjasama, pihak Umno boleh meluaskan pengaruhnya secara kerjasama dengan pihak-pihak yang lain yang boleh mengukuhkan kedua piha. Tetapi dengan penyatuan memungkinkan pihak yang lain, terutama yang bukan Islam enggan bekerjasama.
Dengan konsep kerjasama Pas tetap mempertahankan prinsip dan dasarnyas elama ini. Andainya berlaku pengharaman atau pembubaran terhadap Umno dan sebelum dapat ditubuh parti yang lain dan jika ditrubuh sukar atau lambat untuk mendapat kelulusan untuk bergiat, maka Pas akan menjadi alternatif atau parti tumpangan bagi Umno untuk  bertanding dalam pilihanraya. Kita percaya sekiranya parti itu dibatal atau diharamlkan, maka sentimen rakyat menyokong parti itu akan memuncak dan berpeluang mendapat kemenangan. Sebaliknya jika Pas bersatu dengan Umno, Pas akan mencari beban yang sepatutnya ia bebas dan tidak sepatutnya mencari  sesuatu yang menyusahkannya.
Dalam keadaan sekarang, kerjasama dilihat sebagai jalan yang lebih mendapat sokongan dari rakyat, tetapi ada implikasinya. Lantaran ianya menyukarkan pihak lain untuk bekerjasama dengan penyatuan Pas dan Umno.
Dengan tahap kerjasama, boleh diibaratkan saebagaimana Pas dalam Pakatan Rakyat. Bila timbul permasalahan yang tidak dapat diselesaikan, maka Pas ambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat dan berstatus sebagaimana sekarang.
Pas hanya wajar mengambil pendekatan kerjasama dengan Umno, bukannya penyatuan. Ini lebih menyelamatkan Pas dan bebas mengambil  pendirian dan tidak mengambil beban yang seharusnya tidak perlu dipikul. Melalui kerjasama Pas dan Umno perlu juga menyediakan `Plan B` bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan di luar jangkaan.
Sekian.

June 26, 2019

KERJASAMA: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN - CABARAN !


KERJASAMA: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN – CABARAN !
( Fikrah Bangi:: 267),
BBB,  22 Syawal 1440H. = 26 Jun 2019M. (Rabu).
Dalam sejarah Pas, walaupun ada masa ianya bekerjasama memerintah pada zaman MAGERAN Tun Abdul Razak dan ditendang keluar pada zaman Tun Hussein Onn, dan zaman Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor dan Penang (Pembangkang pada peringkat Persekutuan), Pas lebih lama cara bersendirian.
Apakah yang mendorong Pas untuk kerjasama dengan Umno Sekarang ?
Faktor utama ialah senasib. Pas dan Umno adalah senasib menjadi pembangkang di dalam zaman kerajaan PH. Lebih dari itu ialah bersatu hasrat untuk mengalahkan kerajaan PH di dalam pilihanraya akan datang.
Kesatuan nasib selaku pembangkang dan hasrat mau menjatuhkan PH, didorong oleh beberapa faktor.
Kedua-dua parti adalah dari bangsa Melayu yang pada umumnya didukung oleh pengikut-pengikut Melayu. Oleh kerana majoriti rakyat dan pengundi di negara ini  Melayu  dan bumiputera lebih dari 60%, mereka mengharapkan mendapat majoriti di dalam pilihanraya pada masa akan datang. Tentulah dengan tawaran dan simpati dari mereka.
Satu faktor yang paling penting yang mendorong mereka berkerjasama ialah, bahawa mereka adalah beragama Islam. Menyebut Melayu adalah 100%  Islam, termasuk sebahagian besar dari bumiputra. Harapam dan perjuangan mereka hampir bersamaan. Umpamanya dilihat dari syarat-syarat kerjasama yang disebut oleh perwakilan Pas di dalam Muktamar 1440H./2019M. di Kuantan  pada hujung minggu minggu lepas (21-23 Jun 2019),  Pas menyatakan syarat kerjasama hendaklah:
·         Kerjasama hendaklah  menguntungkan Islam, Negara dan Bangsa
·         Kerjasama hendaklah membawa kepada perpaduan umat.
·         Kerjasama juga membawa perpaduan di dalam masyarakat.
·         Kerjasama dengan meningkatkan nilai akhlak dan berintegriti tinggi
·         Kerjasama dengan cara menghormati, membantu dan tidak memusnahkan.
Melihat kepada syarat-syarat bersifat satu pihak – dari Pas, sebenarnya boleh diterima oleh Umno, kerana ianya adalah ciri-ciri dan nialai yang didokong oleh Umno. Ada elemen kompromi padanya.
Sebenarnya mutakhir ini kita lihat Pas mengendurkan dari slogan-slogan yang didokong selama ini. Misalnya konsep perjuangan kebangsaan oleh Umno yang sebelum ini disifatkan sebagai `asabiyyah itu, tidak begitu ditimbulkan. Dilihat kepada syarat di atas, konsep `bangsa` diterima Pas yang satu ketika ditentang, walaupun sebenarnya ciri Islam dan kebangsaan menjadi wadah perjuangan Pas pasa zaman kepimpinan di bawah Dr. Burhanuddin Hilmy  hingga kepada Asri. Jadi ada semacam penerimaan kembali atau kompromi apa yang diperjuangkan Pas pada peringkat pemulaan.
 Mutakhir juga ungkapan perjuangan `Islam Syumul` kurang ditekankan, begitu juga dengan `hudud`, bahkan perjuangan bagi menegakkan negara Islam kurang dipopularkan. Apakah ada penyesuaian atau sebarang adjustment di dalkam perjuangan Pas ?
Walau apa pun di samping banyaknya persamaan antara Pas dan Umno, banyak lagi halangan dan perbezaan yang bakal didepani kedua-dua parti yang  ketara menuju ke arah kerjasama, seeloknya bukan penyatuan,
Halangan-halangan yang mendepani mereka, bahawa rakyat Malaysia adalah berbagai kaum dan sebahagian mereka bukan Melayu dan sudah tentu kebanyakan mereka tidak sama dengan kemahuan Pas dan Umno, sedang tidak semua Melayu yang beragama Islam itu menyetujui Pas dan Umno.
Untuk rakyat memberi sokongan kepada kerjasama Pas dan Umno, mereka mau tahu apakah yang dapat ditawarkan oleh Pas-Umno terhadap mereka. Apakah lebih baik dari PH atau sebaliknya. Jika hasrat mereka tidak dapat dipenuhi, maka ianya tidak nerpihak kepada Pas dan Umno. Ini dengan sendirinya menmgurangkan sokongan terhadap Pas dan Umno. Jika kita berada pada tempat bukan Melayu, maka kita juga mau supaya suara bukan Melayu diwakili dan berada sama di dalam pemerintahan.
Keyakinan tinggi untuk Pas dan Umno untuk memerintrah adalah dihormati, tetapi bagaimana bagi memenuhi hasrat bukan Melayu atau hasrat rakyat yang multirasial ?  Ini adalah cabaran yang dihadapi Pas dan Umno yang seharusnya  real dan praktikal.
Sekian.

June 25, 2019

MUKTAMAR PAS - SUARA KEYAKINAN


MUKTAMAR PAS – SUARA KEYAKINAN
(Fikrah Bangi: 266),
BBB, 21 Syawal 1440H. = 25 Jun 2019M. (Selasa).
Muktamar Pas yang berlangsung di Kuantan telah berakhir pada 23 April lalu dengan keyakinan dan semangat yang lebih tinggi. Peningkatan keyakinan Pas kerana  merasa sudah mempunyai kawan yang boleh dipercayai. Kawan yang yang dapat memberi  manfaat baik bagi Pas, maupun Umno.  Kawan yang sudah diuji melalui kerjasama Umno dan Pas dalam pilihanraya di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau sejak dari awal tahun 2019 dan berterusan kini. Berbanding dengan sebelum daripada itu Pas bersendirian. Terbukti berkawan lebih baik dari bersendirian. Hasil dari berkawan dan bekerjasama membawa Pas pada kali ini mengadakan muktamar di Kuantan – Negeri yang di bawah kerajaan Umno (BN). Menandakan kerjasama lebih erat.
Dalam muktamar terpancar keyakinan bahawa mereka akan menguasai pemerintahan negara pada pilihanraya ke 15 akan datang. Kenyataan yang sepatutnya disimpan terlebih dahulu dan tidak membuat pengumuman secara terbuka. Keyakinan Pas ini diteruskan dengan kenyataan bahawa Pas yakin akan memenangi 20 lagi kerusi PH pada pilihanraya ke 15 nanti.
Kerjasama antara Pas dan Umno memang merupakan formula terbaik bagi kedua parti berkenaan, tetapi patut ada `reservation`  untuk mendakwa akan memerintah – insya Allah, kerana banyak faktor yang boleh  berubah yang boleh berpihak kepada Pas dan Umno, maupun pada PH. Sememangnyalah PH kini mengalami kehilangan keyakinan rakyat dari Mei 2018 sebanyak 83% kepada Mac 2019 turun kepada 46%, tetapi ada berbagai faktor yang boleh merubah persepsi dan penilaian rakyat.
Setahun selepas prestasi PH berkuasa dan kelilangan keyakinan rakyat, mereka mulai berusaha memperbaiki diri, selepas mengenalpasti kelemahan dan kesilapan dan mulai memperbaiki diri. Empat tahun berbaki relatifnya panjang dan sempat bagi PH memperbaiki kesilapan. Pengumuman Tun Mahathir bahawa dia akan berundur selepas 3 tahun memerintah boleh dipercayai. Dengan pengunduran Tun,  selepas memperbaiki imej negera dari kemelut rasuah, mengurangkan hutang negara dan memperbaiki prestasi  ekonomi, dengan peralihan kuasa Anwar Ibarahim akan membawa pendekatan baru yang akan disifatkan sesuatu yang menyegar dan memberi keyakinan baharu terhadap pimpinannya. Jikalau beliau dapat membawa pendekatan yang meyakinkan, maka dalam dua tahun tempoh pemerintahan PH  membolehkan PH mendapat keyakinan baru dari rakyat yang  dapat meneruskan pemerintahan. Sekarang kekuasaan pada mereka banyak cara dan pendekatan positif yang dapat dilakukan.
Bagi Pas dan Umno, seharusnya meletakkan diri dalam keadaan `berhati-hati` dan tidak gelojoh membuat kenyataan yang boleh menikam diri sendiri. Lebih bijaksana bagi Pas dan Umno memikirkan kerjasama yang terbaik yang dapat diaplikasikan dalam memperlengkapkan diri bagi menghadapi pilihanraya secara bersama. Adalah tidak bijak bagi Pas membuat syarat-syarat bersendirian secara terbuka kepada Umno atau siapa saja dengan menyifatkannya sebagai Piagam – sebenarnya tidak bersifat Piagam, Cuma syarat-syarat sahaja,. Bagi syarat-syarat yang mau dibuat, lebih baik duduk dan berbincang bersama dan tidak mengumumkan secara terbuka kepada orang ramai.
Perlu difikirkan bahawa pilihanraya yang dihadapi, janganlah sampai dicopkan sebagai pilihanraya Melayu menantang bukan Melayu. Pas dan Umno perlu mencari gandingan yang bukan Melayu yang memperlihatkan keadaan Malaysia yang berbilang kaum, paling tidak ialah dengan memperkasakan MCA dan MIC sebagai gandingan bagi menghadapi pilihanraya.
Bagi Pas dan Umno dalam masa empat tahun sebelaum pilihanraya seharusnya merangka `Plan Strategik` yang diterima Umno dan rakan yang menjadi folus dan kegiatan dapat diketengahkan kepada rakyat dan mendapat keyakinan mereka.
Dalam tempoh empat tahun mendatang adalah pertandingan dasar perjuangan dan manifesto yang dapat ditawarkan oleh kedua-dua pihak kepada rakyat. Semua pihak tidak seharusnya berdepan dengan rakyat secara `Tangan Kosong`. Kemukakan perancangan konkrit kepada rakyat. Ini sepatutnya antara resolusi yang dihasilkan di dalam muktamar.
Sekian.

June 24, 2019

KERACUNAN KEMBALI MENGANCAM DI PASIR GUDANG


KERACUNAN KEMBALI MENGANCAM DI PASIR GUDANG
(Fikrah Bangi: 265),

Bumi kita warisi
Dari tanah, sungai, laut dan tumbuhan
Cahaya, udara dan sekitaran
Adalah anugerah sumber kehidupan
Seharusnya semua prihatin menjaganya
Menjamin selesa kehidupan.

Namun ada yang tamak
Kiraan hanya kepentingan
Tangan mereka melakukan kerosakan
Atas nama pembangunan songsang
Sekitaran melahirkan kemarahan
Sungai Kim Kim membuak kemarahan, lantaran
Hingga Mac 2019 sebanyak 274 kilang
mencemar Sungai Kim Kim mengancam
43 sekolah diarah tutup
Pemindahan penduduk  kawasan kritikal
Berbagai agensi khidmat menyelamat
17,568 terkesan, 1.171 menerima rawatan
Dan 397 diwardkan
Sungai Kim Kim dibersihkan
Tapi tidak jelas tindakan
Terhadap pelaku jelas kesalahan.

Namun selepas tiga bulan
Kecuaian seperti sebelumnya berlaku
Pasir Gudang menjelaskan kealpaan
Jun 2019 mengancam
Dengan 16 sekolah terdedah kepada keracunan
20,108 anak-anak perlu diselamatkan
Antara mereka pening, mual dan pengsan
Meskipun belum berlaku kematian.

Racun kilang dan pencemaran sebelum ini
Tidak dapat dihapuskan
Kes di Sungai Kim Kim dan Pasir Gudang
Adalah amaran kepada pihak berkenaan
Bertindak secara tuntas dan berkesan
Perlu dilakukan. Jika tidak
Ancaman keracunan akan berulang.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
20 Syawal 1440H.
24 Jun 2019M.

June 23, 2019

WATAK TRUMP MENGANCAM KEAMANAN DUNIA


WATAK TRUMP MENGANCAM KEAMANAN DUNIA
(Fikrah Bangi: 264),
BBB,  19 Syawal 1440H. = 23 Jun 21019M. (Ahad).
Berlainan dari Barack Obama, Presiden Amerika sebelum Donald Trump, Obama dilihat tenang dan cekap bercakap mengeluarkan idea secara bernas, tetapi Trump dilihat sebagai watak yang tidak keruan dan kadang-kadang bertindak pelik. Contoh mau membina tembok antara Mexico dan Amerika  bagi menghalang penyeludupan yang disifatkan tidak praktikal dan melayan karinah Presiden Korea Utara yang disifatkan sebagai tidak perlu bagi sebuah negara besar.
Donald Trump juga mempunyai watak pengancam dan pemusnah. Dengan kenaikannya sebagai Presiden Amerika beliau mengancam dan bertindak mengalih Pusat Pemerintahan Israil dari Tel Aviv ke Baitul Makdis, tindakan yang tidak disetujui negara-negara dan umat Islam. Beliau tidak peduli terhadap sebarang protes. Beliau adalah pendukung kuat Israil.
Trump adalah mewarisi watak pemusnah sebagaimana dilakukan oleh beberapa Presiden Amerika sebelumnya seperti Johnson di Vietnam, Bush dan anak Bush Junior yang merosakkan Tmur tengah. Objek utama bagi pemimpin Amerika bagi menghapuskan kekuatan dan kuasa ekonomi, terutama negera-negara Islam agar semua negara yang dijadikan mangsa musnah dan miskin.
Amerika amat mendendami Tehran, sepes revolusi rakyat (1969) dapat menghalau Amerika dari Iran di bawah pimpinan Khumaini dan Shah Iran digulingkan, berbagai cara dilakukan Amerika bagi memusnahkan Iran, tapi tidak berjaya. Bukan saja terhadap Iran, misi memusnahkan kekayaan dan warisan Islam dijalankan seperti di Afghanistan. Di negara itu diwujudkan penentang-penentang dan berlaku pertikaian senjata dan perebutan kuasa yang dikenali dengan Taliban. Hingga kini Afghanistan belum pulih sepenuhnya.
Negara-negara yang kuat dan kaya diusaha memusnahkannya. Iraq sebuah negara Arab yang  kuat dan kaya, diusaha oleh Amerika dan kunco-kunco dari Barat  bagi memusnahkan Iraq dengan mencetuskan peperangan dan serangan yang menjatuh dan terbunuhnya Saddam Hussein, Iraq masih huru hara dan tidak stabil dari segi politi,
Campur tangan bagi menjatuhkan pemimpin yang karismatik di Libya juga dilakukan dan akhirnya Muammar Ghadapi dibunuh. Strategi seterusnya ialah memusnah dan menjatuhkan regim tentera  yang presidennya ialah Asad yang masih bertahan, walaupun Syria dalam kehancuran..  Saudi negara Arab yang kaya dengan minyak, juga diusahakan bagi melemahkan kewangannya dengan melibatkan negera itu dalam peperangan terhaap Yaman, Dengan itu Saudi terpaksa menggunakan hasil minyak bagi membeli senjata bagi memusnahkan Yaman. Sadi adalah disokong Amerika. Hampir kesemua negara Islam musnah yang dilagakan kuasa besar  Amerika dan kuncu-kuncu agar  negara Islam tidak bangkit  menjadi kuasa yang kuat.
Negara-negara `Arab yang masih bertahan ialah yang akur dan rapat dengan Amerika ialah  Mesir  yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Israil dan Amerika.
Kuasa besar Amerika teruss berusaha bagi memusnahkan negara-negara Islam yang kuat dan kaya. Usaha terus dilakukan bagi menggugat Iran. Kini Iran diancam peperangan, DikatakanTrump telah meluluskan perancangan perang terhadap Iran, tetapi ditangguh balik buat sementara.  Bimbang terhadap perang ruang udara Iran tidaj dilalui penerbangan untu nebgelak dari serangan.. Nmun Iran tidak gentar terhadap ugutan Trump yang beria-ria mau musnahkan Iran.
Sebuah negera Islam besar yang sudah pasti diusahakan oleh Barat ialah Turkey, namun perancangan dan situasi di dalam negara Turkey masih belum mengizinkan.
Kuasa Barat bterutama Amerika tidak mau sebarang negara Islam kaya, kuat dan bangkit, mereka akan mencari jalan bagi melemah dan menjatuhkan negara-negara tersebut. Sebarang peluang terbuka mereka laksanakan.
Sekian.

June 22, 2019

KAMI KAGUM DENGAN KELANTANGANMU ERDOGEN


KAMI KAGUM DENGAN KELANTANGANMU ERDOGEN
(Fikrah Bangi: 263).
Di tengah kesepian dunia `Arab
Yang sepatutnya bersuara terhadap
Mesir yang melakukan jenayah
Dan di negara kita sebok bicara
Tentang kepentingan diri
Siapa patut ganti Perdana Menteri
Engkau Recip Tayip Erdogen
Dengan berani dan lantang
Terawal mau pastikan keadilan
Terhadap kematian Muhammad Mursi
Jatuh meninggal dalam kandang pembicaraan
Dengan menunjuk tajam terhadap
Algojo Al-Sisi Firaun moden kini
Bersekongkol dengan Israil
Masih tegak d tengah hangat padang pasir
Haus kering dari kemanusiaan.

Erdogen  berhujah
Mursi dibiar dalam tempoh panjang
Selepas jatuh tanpa bantuan patut diberikan
Dan penahanan
Adalah secara sengaja - pembunuhan
Dunia patut mengutuk sekeras terhadap Al-Sisi
Dan kuncu-kuncu perampas demokrasi
Harapan,
Bukan dari dunia Arab yang bacul
Kerana mereka sendiri berbunuhan
Menghancurkan tamadun di laman
Tetapi dari OIC Kesatuan Negara Islam
Serentak dengan Badan Dunia PBB.

 Al-Sisi dan kuncu-kuncu
Serta  regim kuku besi
Mesti diseret ke muka pengadilan
Perlu dihukumkan
Oleh sejarah hitam
Sebagai pengajaran.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
18  Syawal 1440H.
22  Jun 2019M.

June 21, 2019

MASALAH MAKIN MEMBERAT


MASALAH MAKIN MEMBERAT
(Fikrah Bangi: 262),
BBB: 17 Syawal 1440H. = 21 Jun 2019M. (Juma`at):
Selepas kemenangan PH di PRK bagi Parlimen  Sandakan ( 11 Mei 2019) dan tibanya Ramadhan, maka kita dapati suasana politik tanahair agak tenang. Kita menjangka inilah masa yang sesuai bagi Kerajaan PH mulai mengggandakan kerja bagi memperbaiki prestasi pemerintahan negara selepas setahun memerintah dan penilaian yang dibuat bahawa pengaruh parti  dan pemerintahan merosot. Namun harapan dan peluang tidak diambil kesempatan.
Didapati seminggu selepas Syawal tiba dan dalam suasana Hari Raya Idul Fitri, masyarakat digemparkan dengan isu video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali Menteri Ekonomi Malaysia. Watak lain  yang dikaitkan dengan isu ini ialah Haziq Abdullah Abdul Aziz Setiausaha Sulit Kanan kepada  Timbalan Menteri  Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar. Biarpun isu ini berhubung dengan pemimpin PKR, sudah tentu ianya menggugat suasana politik pemerintah – PH dan juga tidak menyenangkan kehidupan rakyat biasa.Isu ini sekaligus mengganggu perjalanan pentadbiran yang seharusnya tertumpu kepada usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan PH. Kita menyebut isu ini adalah klisye, tak sepatutnya bagi yang waras ditimbulkan. Ianya bertujuan untuk menjatuhkan  pemimpin tertentu yang dilihat berwibawa dan mungkin menggugat pihak yang lain. Dari awal isu ini dipersoalkan dan gagal mendapat simpati dan keyakinan rakyat, Sebaliknya ia dipandang jijik dan memalukan. Bahkan ianya dianggap membawa beban kepada pihak pemerintah. Sebagaimana maklum pihak Polis telah menjalankan penyiasatan. Walaupun bukti sahih belum dikeluarkan, nampaknya pihak yang mencetuskan isu telah diambil tindakan. Hari ini berita menyebutkan bahawa, ``Haziq dipecat``.
Gangguan kepada pentadbiran berlaku. Misalnya ada yang meminta supaya Azmin yang dikaitkan dengan isu supaya bercuti, sementara hasil siasatan Pol;is diketahui. Kita setuju bahawa Azmin yang dikaitkan dengan isu berkenaan adalah mangsa fitnah. Isu berkenaan bukan dari dirinya, maka tiada sebab baginya untuk bercuti. Isu yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mengganggu pentadbiran negera. Masa tidak seharusnya dihabiskan kepada perkara yang tidak memberi faedah dan merugikan. Biarlah pihak Polis menyelesaikan tugasnya.
Sementara itu, belum pun isu video seks berakhir, timbul pula isu yang tidak kurang mengganggu dan membebankan suasana politik negara. Secara kebetulanm ianya dituju kepada pimpinan dalam PKR juga, Ianya disifatkan sebagai serangan baru dan sebagai bom jangka yang bertujuan bagi memusnahkan kepimpinan di dalam PKR. Kali ini adalah dengan sengaja ditimbulkan semalam  (20 Jun 2019) tentang manuskrip berjudul ``Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri`. Manuskrip ini dihasilkan oleh Yahya Ismail, seorang penulis veteran yang sebelumnya telah banyak menghasilkan tulisan dalam bidang sastera dan politik. Manuskrip ini didedahkan seorang yang bernama Johari Abdul.  Buku yang masih di dalam bentuk manuskrip ini menghangatkan suasana politik tanahair. Apa lagi ianya telah dibuat laporan polis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan pihak berkenaan mengugut menuntut bayaran RM400,000  jika, tidak manuskrip berkenaan akan diterbitkan. . Ianya merupakan satu lagi beban tambahan yang dipikul oleh PH, khususnya oleh PKR. 
Kita tidak tahu apakah ada hubungan antara isu video seks dan ugutan berkenaan. Terpulang kepada pihak polis membuat penyiasatan.
Tapi sebagaimana dikatakan ianya adalah gangguan terhadap situasi perjalanan pemerintahan. Masa terpaksa digunakan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sesungguhnya kita dapati PKR berbanding dengan parti-parti komponan di dalam PH paling bermasalah di dalam PH. Masalah berkesinambungan dari pemilihan kepimpinan  dari bulan Oktober 2018 lepas dan berterusan hingga kini. Ianya menyumbang ketidakstabilan bagi PH dan pemerintahan sendiri.
Beban ini boleh memberat dan memaslahkan pemritahan PH sendiri. Pihak pimpinan PKR perlu mencari sebab dan mengatasinya, jika tidak PKR sebagai beban bagi PH yang boleh meruntuhkan.
Sekian.

June 20, 2019

SUKU BATEQ - SENTUHAN KEMANUSIAAN


SUKU  BATEQ – SENTUHAN KEMANUSIAAN
(Fikrah Bangi:: 261)
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan kematian
Mistri secara bersiri Suku Bateq Orang Asli
Selama ini tidak diketahui
Bahawa mereka adalah saudara tua kita
Sekian lama bertahan  di hutan-hutan
Hidup dari sumber asli meramu tumbuhan
Atau hidupan di sungai atau daratan
Mereka keluarkan hasil hutan
Ubat-ubatan akar kayu dan rotan

Dengan  lima belas kematian
Memaksa pihak berkuasa membuat penyelidikan
adakah akibat pencemaran sungai Koh
dari lombong negeri atau pembalakan haram
memusnahkan kehidupan mereka
terkepung oleh penerokaan.

Sauku Bateq Orang Asli
Dengan penemuan mendedahkan kehidupan
Mereka tak mau diganggu pendatang luar
Rela berpindah dari adat diceroboh
Dengan  kepercayaan mistri
Kehidupan tanpa ceroboh alam
Kematian  roh diberi penghormatan
Persemadian di atas pokok-pokok tinggi
Lebih mendekati pihak Tertinggi.

Suku Bateq rupanya bukan saja di Sungai Koh
Di pedalaman Gua Musang, Negeri Kelantan
Tapi hingga ke Hulu Terengganu dan Pahang
Antara mereka ziarah menziarahi
Wabak dialami turut tersebar keluar.
Kemudian dikenalpasti
Ia adalah hawar campak mudah merebak.
Dan usaha dilakukan membasmi.

Suku Bateq walau antara mereka
Bernama Islam tapi perlu pembelaan
Untuk dibawa ke arus pembangunan
Dan pegangan sebenar Islam.

Suku Bateq
Mungkin perlu dipertahan identiti keturunan
Adat dan cara kehidupan
Namun perlu dipertingkat sosio ekonomi
Pendidikan dan kepercayaan.
Mereka adalah warisan idenditi
Perlu dipertahan dengan perubahan.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
16 Syawal 1440H.
20 Jun 2019M..

June 19, 2019

MUHAMMAD AL-MURSI: PEJUANG IKHWAN



(Fikrah Bangi: 260).

MUHAMMAD  MURSI
Pergimu semalam
Insya Allah syahid balasan
Muhammad Mursi (67)
Kaulah Pejuang sejati
Presiden Mesir pertama dipilih
Secara demokrasi
Sejak 2012M.
Pejuang Ikhwan al-Muslimin
Menegakkan Islam di bumi Mesir
Tapi di tanah Firaun ini
Terkenal  berzaman
Berterusan budaya kezaliman
Meskipun kau pilihan rakyat
Tak terlepas  berhadapan
Al-gojo zaman bernama al-Fattah al-Sisi
Firaun moden perompak demokrasi
Bersama  junta tentera berkuku besi
Dan kuncu-kuncu mengelilingi.

Kematianmu Muhammad al-Mursi
Seluruh dunia tafakkur mengingati
Hilangnys  kemanusiaan
Patut mendapat pembelaan.

Muhammad Mursi
Tuhan lebih mengasihanimu
Memanggil ke pangkuan
Setelah 6  dari 20 tahun
Menjalani hukuman
Oleh perampas keadilan
Hukuman adalah penyaksian
Kukuhnya perjuanganmu
Tapi lebih kukuh dari itu
Zaman menyaksikan ketabahan
Engkau jatuh semasa berdepan pembicaraan
Mempertahankan kebenaran
Disambut para malaikat penuh santun
Iringan doa ke tanah persemadian
Damai bersama syuhada` awliya` salihin.

Muhammad Mursi
Sejarah mencatat kesinambungan
Gemilang perjuangan ikhwan al-Muslimin
Dari zaman Syed Qutb yang juga syahid
Meskipun Ikhwan diharamkan
Oleh Firaun moden
Sejarah akan terus membaca
Hasrat dan rentetan perjuangan
Untuk diikuti pejuang Islam.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
15 Syawal 1440H.
19  Jun  2019M.

June 18, 2019

BEBAN SEJARAH DITANGGUNG PEMERINTAH


BEBAN SEJARAH DITANGGUNG PEMERINTAH
(Fikrah Bangi: 259),
BBB: 14 Syawal 1440H. = 18 Jun 2019M. (Selasa).
Tularnya berita  mengenai video seks lucah seminggu lalu (Selasa 11 Jun) iamya merebak menjengkel dan menjijikkan. Isu berkenaan dikaitkan denga seorang Menteri Kabinet penting – Sdr. Azmin Ali dan individu yang dikenali dengan nama Haziq. Adalah dikatakan ianya dilakukan oleh orang dalam bertujuan untuk menjatuhkan wibawa dan kredebiliti menteri berkenaan. Penyisatan masih dilakukan oleh polis bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Isu berkenaan adalah dianggap klisye dan dilakukan oleh orang yang pendek akal. Implikasi dari perbuatan ini, bukan saja akan mengakibatkan tokoh yang menjadi sasaran mereka yang tidak matang dari segi pemikiran, tetapi akan melibatkan mereka yang merangka angkara keji berkenaan, tetapi ianya, jika tidak terkendalikan dengan betul boleh meruntuhkan kerajaan yang memerintah.
Pelaku berkenaan adalah mau mengikuti dan berpandukan isu yang sama seperti yang berlaku pada tahun 1999. Isu ini telah menggoncangkan pemerintahan pada masa itu. Individu berkenaan berulang masuk keluar penjara. Pada masa itu watak yang dihitamkan mendapat simpati tinggi daripada rakyat. Sebagai hasilnya melahirkan parti yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (1999) yang mengangkat pimpinan parti itu ke podium politik tanahair kini, namun pihak yang bertentang dengannya terpaksa berundur atas ketidaksenangan rakyat.
Pihak yang mencetus isu video lucah tidak sepatutnya pendek akal dan mengambil pendekatan klisye. Implikasi dari perbuatan bodoh ini berlainan sekali dari episod yang berlaku pada tahun 1999 dan jauh sekali dari untuk mendapat simpati dari rakyat. Semua pihak memandang jijik dengan tindakan yang dilakukan, bahkan merah terhadap mereka.
Bayangkan selepas setahun PH memerintah dan mengalami kemerosotan sokongan rakyat dan dari keruntuhan ini PH sedang berusaha bagi membangunkan kredebiliti dan kepercayaan rakyat, biarpun Kerajaan PH dari tindakan yang dilihat sekarang berundur dan akur dengan nilai dan budaya dan kehendak rakyat banyak. Mereka berusaha untuk menurunkan harga barang yang menekan rakyat. Mereka cuba secara hati-hati tidak lagi mau mengusik sesuatu yang sensitif dengan jiwa rakyat. Sekali pandang kita melihat mereka kembali mengikut program yang diatur oleh kerajaan dahulu dan kadang-kadang menimbulkan pertanyaan apakah yang dikatakan Malaysia Baru yang dicanang itu ?
Walau apa pun isu video seks yang dilakukan oleh mereka yang pendek akal itu, memusnahkan pendekatanb hati-hati yang dilakukan oleh PH sekarang. Ini sebagaimana kata Lim Kit Siang veteran politik dan Penasihat DAP:
``Video seks adalah cabaran terbesar dihadapi PH sejak memenangi pilihanraya 2014.`` (UM, 17.6.2019: 2 & the Star, tarikh sama: 1).
Sebagai implikasi lanjut, apa yang akan berlaku, bahawa PKR yang terbangun dari isu seks dan PKR yang bukan lagi rahsia berlaku perpecahan dalam parti itu yang terbahagi kepada dua kem itu akan berterusan usaha jatuh menjatuh antara satu sama lain. Tidak mustahil isu video seks ini adalah merupakan salah satu usaha bagi menjatuhkan lawan. Pada hakikat siapa yang menjatuh dan yang dijatuhkan akan menjatuhkan kedua belah pihak. Bukan setakat itu PKR yang menjadi tulang belakang bagi PH akan runtuh.
Lim Kiat Siang amat bimbang isu ini akan dibawa oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat akan datang. Beliau mau kalau dapat isu ini dielak dari menjadi bahan perbahasan.
Tapi kita kira, pihak pembangking lebih tahu bahawa isu ini akan dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat, bahkan isu ini akan terus menjadi agenda Parlimen Rakyat – bermaksud akan terus dibincang sebagai agenda masyarakat sehingga ke pilihanraya ke 15 akan datang. Bahkan isu ini akan merentasi zaman  dan menjadi sejarah yang membebankan.
Ingatlah peristiwa jijik umat Nabi Lut yang telah diterbalikkan bumi dan menenggelamkan mereka. Isu video lucah yang klisye dan menjujikkan ini tidak mustahil akan menterbalikkan kekuasaan dan pemerintahan, jika tak terkendalikan.
Sekian.

June 17, 2019

SAAT-SAAT SEJARAH MENYERLAHKAN KEPIMPINAN MUHAMED HASAN


SAAT-SAAT SEJARAH MENYERLAHKAN KEPIMPINAN MUHAMED HASAN
(Fikrah Bangi:  258),
BBB: 13 Syawal 1440H. = 17 Jun 2019M. (Isnin).
Jika Tun Mahathir mengambil peluang menangkap `Saat Sejarah` yang membawa beliau menjadi Perdana Menteri  kali kedua, maka Muhamed Hasan mempunyai saat-saat sejarah yang menyerlahkan  beliau menjadi pemimpin tertinggi Umno. Sebelum daripada itu sungguhpun Muhamed Hasaan telah memimpin  Umno pada peringkat negeri Sembilan dan menjadi Menteri Besar selama tiga penggal, nama beliau tidaklah dikenali kecuali pada peringkat tempatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ujian yang menyerlahkan Muhamed Hasan, apabila beliau menang pilihanraya bagi DUN Rantau tanpa bertanding. Kemenangan tanpa bertanding ini adalah saat sejarah dan sebagai satu rahmat yang menyelamatkan beliau. Lantaran kalau beliau  tidak menang tanpa bertanding pada ketika gelombang rakyat menolak Umno pada pilihanraya ke 14 itu, kemungkinan Muhamed juga kalah yang boleh melenyapkan beliau dari bidang politik.
Apabila Datuk Seri Najib berundur dari kepimpinan Umno berikut dari kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya ke 14 Muhamed sekali lagi berpeluang menangkap saat  sejarah apabila Datuk Seri Zahid Hamidi diangkat menjadi Presiden Umno dalam mesyuarat Agung parti itu  pada 30 Jun 2018. Bintang Muhamed Hasan mulai menyerlah apabila beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno. Bintang beliau makin menyerlah apabila Zahid sebagaimana Najib terkait dengan kes nahkamah dan Zahid terpaksa melepaskan jawatan pada 18 Disember 2018 dan menyerahkan jawatan Presiden Umno dipangku oleh Muhamed Hasan sebagai Presiden yang juga adalah Timbalan Presiden dan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Naib Presiden. Ini adalah merupakan saat sejarah yang makin menyerlahkan bintang Muhamed Hasan dalam politik tanahair.
Saat Sejarah yang dimiliki Muhamed Hasan ini menyerlahkan lagi bintang beliau sebagai pemimpin Umno, apabila beliau mengambil pendekatan selaku Pemangku Presiden Umno bersama dengan Datuk Sri Abdul Hadi Awang bekerjasama dengan Pas di dalam pilihanraya. Pendekatan ini menyerlahkan kepimpinan Muhamed Hasan. Jika dalam PRK yang ditandingi Umno dalam setengah tahun PH memerintah semuanya kalah secara berturut=turut sebanyak kali – 3 PRK di Selangor dan terakhir di Port Dickson pada  13.10.2018.
Selepas bekerjasama dengan Pas menyerlahkan kepimpinan Muhamed Hasan apabila Umno dengan kerjasama dengan Pas berjaya memenangi PRK bagi ketiga-tiga kerusi secara berturut-turut, iaitu:
1)      Di Cameron Highland Pahang pada 26.1.2019
2)      Di Semenyih pada 3 Mac 2019
3)      Dan ketiganya
Muhamed sendiri menghadapi ujian , kerana terpaksa bertanding kembali di dalam PRK Rantau pada 13.4.2019. Beliau bertanding dengan penuh konfiden dan mendapat sokongan dari orang ramai dan beliau memenangi PRK Rantau dengan majoriti besar.
Ujian yang dihadapi Muhamed Hasan adalah merupakan saat-saat sejarah yang dihadapinya dan beliau berjaya mengatasi ujian-ujian berkenaan dan mencapai kemenangan. Ini semuanya menyerlahkan bakat kepimpinan Muhamed Hasan.
Sesungguhnya melalui kepimpinan Muhamed Hasan, Umno yang disifatkan sebagai telah mati, kembali pulih, bahkan bersedia menghadapi sebarang tentangan. PH walaupun pada peringkat akhir memenangi PRK Sandakan pada 11 Mei 2019, PH tidak lagi memperli Umno dan kepimpinan, kerana PH tahu mereka sedang berdepan dengan kebangkitan Umno dan rakyat dalam masa PH terus dipertikaikan kemampuannya memerintah.
Sekian.

June 16, 2019

MANIFESTASI KEBIMBANGAN MENYERLAH DI PRK SEMENYIH


MANIFESTASI KEBIMBANGAN MENYERLAH DI PRK SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 257),
BBB:  12 Syawal 1440H. = 16 Jun 2019M. (Ahad).
Selepas kemenangan BN di Cameron Highland ke atas PH dengan majoriti besar, perubahan sokongan rakyat diperkukluhkan lagi dengan PRK Semenyih di negeri yang kuat dengan PH –Selangor. Sebelum dari pilihanraya ke 14 yang kerusi di Semenyih ini dimenangi oleh PH, sebelumnya ia adalah kubu kuat Umno yang tidak dapat dikalahkan, walaupun pada zaman pemerintahan Pakatan Rakyat.
Bagi pilihanraya ke 14, persempadanan pilihanraya mengalami perubahan termasuklah di Semenyih. Bagi kawasan DUN Semenyih, selain dari kawasan tradisionya ialah Pekan Semenyih hingga Branang, Broga dan Hulu Semenyih dimasukkan Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota ke dalam  DUN Semenyih. Sebagaimana maklum bagi pilihanraya ke 14, rakyat terpengaruh dengan kempen PH yang bersifat agresif, khususnya melalui media baru yang dikendalikan oleh generasi muda, maka rakyat yang melihat kebobrokan pemerintah lama – dengan GST dan isu IMDB, Semenyih juga yang ditandingi PH dengan calon dari Bersatu memenangi Dun Semenyih dengan majoriti besar (8,964). Namun walaupun PH memenanginya dengan jumlah yang besar, tetapi manifestasi ketidakpuasan rakyat, khusus di kawasan majoriti Melayu ini yang berkedudukan:
Pengundi berdaftar  berjumlah 54,503. Daripada jumlah ini:
Pengundi Melayu  36,8 57   peratus  69.256
Cina berjumlah        8,939     peratus  16.896
India berjumlah       7,062     peratus   13.396.
Kemasukan Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota sebelum pilihanraya ke 143 yang dulunya di bawah DUN Bangi, kawasan yang dimenangi oleh Pas sejak beberapa penggal dengan selesa, sebenarnya memperkuatkan majoriti Melayu dan pengarah Islam di kawasan Semenyih. Selepas kematian calon PH yang menang pada pilihanraya ke 14, dan memuncak rasa tidak puas hati rakyat khususnya Melayu-Islam, keadaan berubah secara drastik. Dalam pilihanraya kecil selepas kematian calon PH, pada 2.3.2019, maka kawasan yang teguh dengan nilai tradisi Melayu yang bimbang dengan nilai mereka berubah – sebenarnya sedang berubah, iaitu kawasan Pekan Semenyih, Rincing, Beranang, Broga dan Hulu Semenyih bersatu dengan kawasan baru yang kuat dengan nilai-nilai Islam dan lama berada di bawah DUN berorientasikan Islam – Bangi, maka kesatuan dari dua elemen ini, tradisi dan Islam dari kawasan Seri Putera dan Bukit Mahkota, maka calon Umno yang disokong oleh Pas iaiiU:
Zakaria Hanafi calon Umno mendapat undi  19,780 mengalahkan calon PH, iaitu Muhammad Aiman mendapat 17, 866 dengan majoriti  1,914.
Kekalahan PH yang dulunyta mendapat majoriti besar pada pilihanraya ke 14 di kawasan majoriti Melayu-Islam menambahkan kebimbangfan PH. Orang Melayu secara jelas dalam tempoh setengah tahun lebih telah berubah. Jelas mereka tidak berpuashati dengan cara pemerintahan PH yang dianggap menghakiskan tradisi dan kepentingan Melayu. Mereka sama bimbang terhadap kedudukan agama Islam yang kurang diberi perhatian. Mereka melihat institusi-institusi yang berhubung dengan Melayu bermasalah seperti Felda, Tabung Haji dan PTPTN, Imej Melayu begitu buruk dan maruah mereka begitu rendah. Hal ini ditambah dengan ketidakpuasan hati rakyat secara menyelur dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, perumahan dan kehidupan sosial.
Lantaran itu mereka sanggup merubah kepercayaan yang diberi sebelumnya dalam tempoh tak sampai setahun dengan kembali kepada Umno yang berjasa kepada mereka lebih dari enam dekad 1tu.,
Sekian.

June 15, 2019

ARUS BALIK - UMNO KEMBALI BERNAFAS


ARUS BALIK - UMNO KEMBALI BERNAFAS
(Fikrah Bangi:  256),
BBB: 11 Syawal 1440H. = 15 Jun 2019M. (Sabtu).
Dalm tempoh enam bulan selepas pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018), Umno termasuk BN dapatlah disifatkan sebagai di dalam naza`. Masalah-masalah bertimpa-timpa. Sudahlah kalah dan terlepas kekuasaan memerintah. Ahli-ahli parlimen dan DUN yang tidak setia berloncatan keluar dari khususnya Umno sama ada secara bersendirian atau secara blok. Umno juga hilang kepimpinan. Berikut dari kekalahan Najib sebagai Presiden Umno mengambil tanggungjawab di atas kekalahan dan berundur diri dari jawatan Presiden. Melalui mesyuarat Agung Umno Zahid diangkat menjadi Presiden Umno pada 30 Jun 2018 dengan Timbalannya Dato` Seri Muhamed Hasan. Walau bagaimana Zahid tidak dapat bertahan, kerana ia juga sebagaimana Najib terpalit dengan  mahkamah dan terpaksa menyerahkan jawatan untuk dipangku Muhamed pada 18 Disember 2018. Sebagaimana telah disebut dalam masa enam bulan ini empat siri pilihanraya kecil yang ditandingi Umno semuanya kalah secara berturut-turut.
Walau bagaimana dapatlah dikatakan bahawa tidak sokongnya rakyat kepada Umno-BN bukan bererti mereka membenci kepada Umno, tetapi kerana pembawaan pimpinan. Selepas kedua-dua pimpinan menarik diri dan memberi kepimpinan kepada orang baru, kepercayaan diterima umno kembali dan simpati adalah membuak-buak.
Simpati terhadap Umno-Bn sebagaimana telah disebutkan oleh kerana banyak faktor, antaranya
·         Tidak menunaikan janji yang dibuat dalam pelihanraya ke 14.
·         Pentadbiran yang tidak licin kerana ketiadaan pengalaman
·         Golongan bawah merasa semakin susah kerana kenaikan kos hidup
·         Makin sukar mendapat pekerjaan, terutama bagi golongan muda
·         Cukai GST sebenarnya ditukar kepada SST yang bererti tidak hapus sebenarnya.
Beban di atas sebenarnya ditanggung oleh semua kaum. Semua merasa tertekan.
Bagi orang Melayu selain dari beban di atas, mereka merasa bimbang:
·         Hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputra makin terhakis.
·         Bimbang akan perubahan Perlembagaan akan menggugat mereka dan raja-raja.
·         Bimbang terhadap agama yang mereka anuti, kerana agama Islam dan Nabi dipersenda dan sebagainya.
·         Bahasa Melayu dari segi praktikknya makin terpinggir.
·         Budaya juga akan turut terpinggir.
Semua kebimbangan di atas menjadi kesatuan yang menggerakkan  `Arus Balik`. Orang Melayu bukan saja simpati dengan nasib Umno dan merasa imej Melayu sendiri terhina. Yang melakukan kesalahan hampir semuanya Melayu. Sebagaimana kata Profesor Ho Ke Ping, ``Melayu makin dihancurkan (UM,  15.4.2019: 16).
Arus balik yang kuat berlaku, apabila selama ini Pas bertanding secara persendirian dan kalah, maka dari berbagai gejala yang menimpa raktyat dan orang Melayu menimbulkan keinsafan di kalangan pemimpin Pas dan Umno untuk bekerjasama bagi mempertahankan imej Melayu yang telah runtuh.
Ujian kerjasama terawal ialah berlaku di luar dari negeri Selangor. Kedua-dua parti bekerjasama di dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen Cameron Highland. Mereka memilih calon bumiputra dari kalangan orang asli tempatan, iaitu Ramli bin Mohd Nor melawan calon PH dan buat pertama kali selepas Pilihanraya ke 14 dan kekalahan PRK 4 kali berturut-turut, maka buat kali pertama Umno dengan kerjasama dengan Pas dan parti-parti dalam BN, terutama MCA dan MIC, Umno memenangi kerusi Parlimen Cameron Highland dengan majoriti besar, iaitu sebanyak 3,238  undi.
Kemenangan Umno ini menimbulkan kegemparan di dalam komponan PH.
Ia merupakan `Arus Balik` mulai pasang yang boleh melemaskan.
Sekian.

June 14, 2019

KRONOLOGI SELEPAS KEMENANGAN PH


KRONOLOGI SELEPAS KEMENANGAN PH  
(Fikrah Bangi: 255),
BBB:  10 Syawal 1440H. = 14 Jun 2019M. (Juma`at).
Selepas kemenangan PH dalam pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018, maka perkembangan dan peristiwa hingga kini dapat dibahagikankan kepada tiga kategori berbeda.
Pertama:  Permulaan  zaman Malaysia Baru yang dikatakan oleh PH.
Kedua:  Umno bernafas, pukulan terhadap PH
Ketiga:  PH berusaha memperbaiki kelemahan.
Pada peringkat bagi meletakkan asas bagi Malaysia Baru, sebenarnya memperlihatkan keghairahan tapi kelemahan pentadbiran PH yang jelas disifatkan oleh Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan bahawa pentadbiran PH di dalam kecelaruan, kerana ahli kabinet yang tidak berpengalaman. Sebahagian besar mengendalikan kementerian dan pentadbiran yang tidak pernah dikendalikan sebelum ini. Ada percanggahan dan tuduh menuduh dan menuding jari kepada pentadbiran lama yang Tun Daim juga mengingatkan, supaya tidak berbalah, menuding jari  dan menyalahkan kepada yang lain.
Pimpinan PH yang radikal mau merubah cara pemerintahan, menghitamkan yang lama dan mencadangkan supaya  mengubah secara drastik terhadap budaya tadbiran dulu seperti meniada atau merubah JAKIM, merubah MARA, Felda, mengurangkan pegawai tadbir, menghapuskan konsep Ketuanan Melayu, bersifat terbuka terhadap Dasar Bahasa dan secara tidak tertulis merubah Dasar Komunikasi Negara. Semua ini mengejutkan rakyat dan membimbangkan mereka dari segi kedudukan orang Malayu, Perlembagaan, Raja-Raja, Agama Islam, Hak keistimewaan Orang Melayu, bahasa, nilai dan budaya mereka.
Dalam pada itu dalam tahap pertama  pihak rakyat menyanggah dan mempersoalkan tentang manifesto PH yang tidak terlaksana. Tun Daim memberi tempoh enam bulan untuk memperbaiki prestasi dan menunaikan janji-janji yang dibuat. Antara  janji utama ialah janji penghapusan tol,, menurunkan harga petrol dan barang-barang, menyelesaikan PTPTN, mewujudkan sejuta rumah mampu milik, menyediakan pekerjaaan di kalangan anak muda yang menganggur, termasuk lepasan pengajian tinggi, tidak memberi perhatian pada petani, nelayan dan boroh (dalam belanjawan) dan janji-janji yang lain.
Walau bagaimana dalam masa tempoh enam bulan pertama, rakyat masih tolerance dan menjangka ianya masa penyesuain dan rakyat masih memberi peluang PH memperbaiki kelemahan. Lantaran itu dalam beberapa pilihanraya kecil dalam tempoh enam bulan pertama rakyat masih memberi kepercayaan terhadap PH. Mereka masih menang bagi kerusi-kerusi di negeri Selangor, iaitu di negeri yang kuat dengan pengaruh PH. Mereka memang di dalam pilihanraya kecil di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia yang semuanya merupakan DUN di negeri Selangor. Dan terakhir dalam tempoh enam bulan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan kerusi bagi duduk di Parlimen telah bertanding di Kawasan Parlimen Port Dickson yang sengaja dikosongkan oleh penyokong bagi memberi laluan terhadap Dato` Seri Anwar. Pilihanraya berlangsung pada 13.10.2018 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi ini dengan majoriti yang besar.
Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat sebagai persediaan bagi beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang pernah dijanjikan bahawa dalam tempoh setahun jawatan ini akan diserahkan kepada beliau, tetapi janji yang berulang kali diikrar akan diserahkan kepada Dato` Seri Anar itu masih tidak terlaksana. Anwar secara diplomasi berkata, ``Beri peluang kepada Tun Mahathir melaksanakan perancangan.``
Di samping kelemahan-kelemahan PH sebagaimana telah diperkatakan ada semacam pergolakan di dalam PKR akibat dari perebutan jawatan Timbalan Presiden melalui mesyuarat agung PKR yang pihak piminan atasan lebih menunjukkan kecenderungan kepada Rafizi, tetapi kerusi Timbalan ini dimenangi oleh Azmin Ali yang setengah pihak melihatnya sebagai rival bagi jawatan Perdana Menteri akan datang. Di samping pergolakan dalaman timbul protes dari Naib Presiden terhadap situasi politik semasa pada masa itu, seperti pihak BERSATU dalam PH berlumba-lumba mendapat jumlah kerusi dari pihak lawan yang melompat dan dianggap sebagai sampah itu, hingga menyebabkan berlaku perletakan jawatan.
Dalam tempoh enam bulan pertama ketara lemahnya pentadbiran PH. Dalam masa yang sama rakyat merasa tidak puas hati terhadap janji-janji yang dibuat, tetapi tidak ditunaikan. Bagi orang Melayu mereka amat bimbang dengan kedudukan mereka yang nampaknya banyak hak-hak dan peruntukan bagi mereka makin terhakis.
(Bersambung tahap kedua).
Sekian.