June 13, 2019

KEBIMBANGAN MENGGERAK KE ARAH KERJASAMA


KEBIMBANGAN MENGGERAK KE ARAH KERJASAMA
(Fikrah Bang: 254),
BBB: 9 Syawal 1440H. = 13 Jun 2019M. (Khamis).
Lebih dari rasa keterasingan, baik bagi Umno, maupun Pas, ialah kebimbangan terhadap masa depan Melayu dan agama Islam. Sebagai contoh isu ICERD akta dianggap sengaja dicetuskan pada awal Oktober 2018 oleh pihak yang menyokong di dalam PH untuk melihat sejauhmana penerimaan rakyat terhadap akta dari Bangsa Bersatu itu. Ianya dibincang di dalam International Convention On The Elimination of all Racial Discrimination (ICERD). Akta  ini adalah menolak sebarang diskriminasi di kalangan kaum. Malaysia diminta agar meritifikasikan akta ini di negera ini.
Pihak terutamanya pembangkang terutama Pas dan Umno menolak akta ini dan ini membawa kedua-dua parti pembangkang itu bersatu di dalam menolak akta ini. Penerimaan akta ini boleh membawa implikasi kepada:
.      *     Menolak hak istimewa bagi bumiputra dan orang Melayu.
·         Boleh menjejaskan perlembagaan Negara
·         Menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu
·         Menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
·         Menjejaskan  budaya, adat istiadat dan identiti kaum
Berbagai pihak menimbulkan tentangan terhadap ICERD. Ianya membawa kepada tunjuk perasaan secara besar-besaran memprotes sebarang cadangan untuk meratifikasikan ICERD. Sebagai puncaknya pada 01.11.2018 Haji Abdul Hadi Awang mengetuai 10 NGO menyerahkan bantahan terhadap pihak berkuasa. Pada 17 November berlaku bantahan secara menyeluruh dsi seluruh negara
Penentang bagi ICERD mengingatkan bahawa ICERD akan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.  Ada yang meminta agar isu ICERD dibahaskan di Parlimen.
Pada  19 November 2018 Tun Dr. Mahatjir memberi reaksi terhadap penentangan, bahawa,
``Harapan untuk melaksanakan ICERD  hampir mustahil. Ianya memerlukan dua pertiga majoriti. Dalam kata lain, kerjaan juga turut menolak terhadap ICERD.
Peristiwa ini makin mendekatkan Umno dengan Pas yang mempunyai titik persamaan, iaitu membela terhadap orang Melayu dan agama Islam.
Dalam sebuah komen oleh Datuk Seri Najib berhubung dengan ICERD kata Najib,
`ICERD agalah isyarat rakyat terhadap PH.`` (Sinar, 10 Disember 2018: 7).
Selain dari ICERD, ujian terhadap rakyat, khususnya terhadap  pembangkang, sekali lagi ialah dengan mengemukakan  Akta yang dikenali dengan `Rome Statut`
 Rome Statut  menganjurkan persamaan yang dianggap boleh menggugat kedudukan orang Melayu dan persamaan hak yang lain yang juga ditolak oleh kerajaan, walaupun ada pihak yang keciwa dengan pelokan kedua-dua akta berkenaan seperti Dap dan juga Suhakam.
Orang Melayu amat sensitif dengan nilai keyakinan, iaitu agama Islam, terhadap budaya, seperti keduduklan Raja-Raja yang menjadi identiti bagi orang Melayu. Juga amat cemburu terhadap seperti pengabaian terhadap bahasa Melayu yang selama ini telah berjaya dari segi pelajaran dan penyatuan bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu. Penggugatan terhadap elemen-elemen berkenaan membawa kepada penentangan dan penyatuan antara Pas dan Umno.
Inilah  antara faktor yang membawa kepada pihak pembangkan terutama Umno dan Pas yang bersatu dari segi mempertahankan nilai keyakinan, budaya  dan adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat negara ini..
Sekian.

No comments:

Post a Comment