June 22, 2019

KAMI KAGUM DENGAN KELANTANGANMU ERDOGEN


KAMI KAGUM DENGAN KELANTANGANMU ERDOGEN
(Fikrah Bangi: 263).
Di tengah kesepian dunia `Arab
Yang sepatutnya bersuara terhadap
Mesir yang melakukan jenayah
Dan di negara kita sebok bicara
Tentang kepentingan diri
Siapa patut ganti Perdana Menteri
Engkau Recip Tayip Erdogen
Dengan berani dan lantang
Terawal mau pastikan keadilan
Terhadap kematian Muhammad Mursi
Jatuh meninggal dalam kandang pembicaraan
Dengan menunjuk tajam terhadap
Algojo Al-Sisi Firaun moden kini
Bersekongkol dengan Israil
Masih tegak d tengah hangat padang pasir
Haus kering dari kemanusiaan.

Erdogen  berhujah
Mursi dibiar dalam tempoh panjang
Selepas jatuh tanpa bantuan patut diberikan
Dan penahanan
Adalah secara sengaja - pembunuhan
Dunia patut mengutuk sekeras terhadap Al-Sisi
Dan kuncu-kuncu perampas demokrasi
Harapan,
Bukan dari dunia Arab yang bacul
Kerana mereka sendiri berbunuhan
Menghancurkan tamadun di laman
Tetapi dari OIC Kesatuan Negara Islam
Serentak dengan Badan Dunia PBB.

 Al-Sisi dan kuncu-kuncu
Serta  regim kuku besi
Mesti diseret ke muka pengadilan
Perlu dihukumkan
Oleh sejarah hitam
Sebagai pengajaran.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
18  Syawal 1440H.
22  Jun 2019M.

1 comment:

  1. Selagi apa 2 pentabiran islam Arab Malaya macam Tqabung Haji, negeri atau Negara....Tak ada Kebaukan akan berlaku....60 Tahun Sultan Rogol Pahang Dilepaskan...anak makan KFC....kata dia Rendah hati macam Mohd Saw...di tepi dia curi tanah dan balak macam sultan RTS johor...Islam Di MALUKAN!!....Melayu Arab diperBODOHKAN macam Rakyat Turkey Dibodohkan Kalifah Erdogan...Ekonomi Turki dan Malaysia akan Mampus tak lama lagi....Agenda 2020

    ReplyDelete