July 16, 2019

PENJAJAHAN


PENJAJAHAN
(Fikrah Bangi: 287).
Bererti penguasaan
Bererti penghinaan
Bererti kepentingan
Bererti pengeksploitasian
Bererti cabaran.

Dengan segala daya kekuasaan, penjajah
Angkut keluar hasil mahsul bawa pulang
Hinakan penduduk tempatan
Jangan sampai ada kesedaran
Ubah wajah sejarah dengan membawa datang
Buruh dan tenaga menjayakan kepentingan
Eksploitasi mereka  habis-habisan
Sebelum mereka sedar
Bangkit menentang.

Wajah dunia berubah oleh peperangan
Keperitan menyedarkan
Di mana-mana mereka bangkit
Mencabar menuntut mengisytiharkan
Bertinta darah demi kemerdekaan.

Kita di Malaya
Dengan wajah sejarah baru
Dengan berbagai aliran perjuangan
Akhirnya menerima kemerdekaan
Atas muwafakat kepimpinan
Merentas laluan kepada Malaysia
Episod sejarah terakam.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
13 Zulkaedah 1440H.
16 Julai 2019M.

No comments:

Post a Comment