July 13, 2019

UNGGULNYA KESILAMAN TANAHAIRKU GEMILANG


UNGGULNYA KESILAMAN TANAHAIRKU GEMILANG
(Fikrah Bangi: 284).
Tanahairku
Sejak kesilamannya digambarkan
Adalah  `Semenanjung Emas` gemilang
Betapa penghargaan dan kepentingan
Amat tinggi diberikan
Bahawa dia adalah Jantung
Dari dada Asia ke penghujung
Tanah Besar Asia laluan selamat
Dari arah  Timur ke Barat
Alternatif baru laluan peradaban
Selepas Jalan Sutera di daratan
Memperkenalkan jejak moyang silam
Gemilangnya sejarah dilalui
Dari Sriwijaya, Majapahit, Langkasuka.
Melengkapkan peradaban kehadiran
Pasai, Terengganu, Campa, Melaka
Gerbang baharu terbuka
Bagi kehadiran para `ulama
Mendakwah menabur pengajian
Ibn Battutah pencatat bersama pedagang
Dan Cheng Laksamana terebilang
Merentas lautan dari
Cina ke Asia Barat
Jalan yang mereka buka
Menggamit  ghairah kemahuan Barat
Turut meneroka kemungkinan
Jalan selama ini terpendam.
Jalan aman tanpa ancaman.

Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
10 Zulkaedah 1440H.
13 Julai 2019M.

No comments:

Post a Comment