BAHASA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 309),
BBB: 06 Zulhijjah 1440H. = 07 Ogos 2019M.
(Rabu).
Bahasa Malaysia berasaskan bahasa Melayu
dilihat sebagai faktor penting di dalam menyatupadukan bangsa Malaysia.
Penyatuan ini berlaku dan terlaksana atas beberapa faktor.
1) Mengaktakan bahasa tersebut, khususnya di dalam
pembelajaran dan peperiksaan.
2) Memberi nilai ekonomi terhadap bahasa tersebut
3) Penggunaan di dalam media
4) Majlis
formal
5) Komunikasi sosial
6) Berbagai.
Sebagaimana disebutkan, bahawa mengaktakan -
bahawa dasar pengajian adalah melalui bahasa Melayu yang dikenal sebagai bahasa
Malaysia. Bila semua bidang pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti dan
berbagai pendidikan menggunakan bahasa
Melayu, maka dengan sendirinya berkembang secara formal dan teratur. Semua bidang keilmuan diajar dalam bahasa
tersebut. Mereka dikehendaki lulus di
dalam peperiksaan dengan menggunakan
bahasa tersebut. Mereka yang hendak menjadi warganegara juga dikehendaki
menguasai bahasa tersebut dan lulus. Dengan penggunaan bahasa tersebut di dalam
pengajaran dan pembelajaran menghasil dan bertambah ilmu dengan terhasilnya
kajian dan penulisan keilmuan buku-buku di dalam bahasa tersebut.
Kesan ketara bagi perkembangan bahasa dan
penggunaannya, ialah dengan memberi nilai ekonomi terhadap kebolehan dan
kelulusan bahasa tersebut. Misalnya mewajibkan pelajar-pelajar lulus dalam
bahasa Melayu bagi mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, maka dengan sebab itu
bahasa ini dipelajari dengan sungguh-sungguh untuk lulus di dalam peperiksaan.
Mewajibkan mereka yang hendak bekerja di dalam saktor kerajaan dan swasta
adalah satu cara meningkatkan kemnampuan
berbahasa. Seorang pekerja tidak diterima bekerja tanpa kelulusan kertas bahasa
di dalam peperiksaan di dalam SPM. Ianya seharusnya dikuatkuasakan bukan sahaja
bagi pekerja di sektor kerajaan tetapi juga di dalam bidang swasta.
Satu lagi kaedah yang dapat meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu ialah dengan menggunakannya sebagai bahasa di dalam
media-media seperti penggunaan di dalam media letronik seperti tv dan radia,
internet dan media cetak. Bahasa ini hendaklah
menjadi bahasa utama dari segi
penggunaan. Saluran bagi bahasa lain adalah kurang dan terhad dan semata-mata
atas kepentingan.
Penghormatan hendaklah diberikan terhadap
bahasa Melayu di dalam majlis-majlis formal. Misalnya mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam parliman sebagaimana diamalkan
kini. Bahasa ini juga hendaklah diberi penghormatan dengan menggunakannya di
dalam forum , seminar dan persidangan antara bangsa, terutama yang berlaku di dalam
negara. Ini sebagaimana digunakan oleh bangsa-bangsa lain di negerinya. Bagi
perwakilan luar disediakan terjemahan. Dalam hal ini kita selalu malu dan tidak
mau menggunakan bahasa rasmi kita di dalam forum, seminar dan persidangan antara
bangsa.
Bangsa Malaysia hendaklah menghormati
bahasa sendiri dan megah menggunakannya di dalam hubungan seharian. Suasana in
tidak terjadi bagi bahasa Malaysia, setengah pihak bermegah menggunakan bahasa
lain sebagai bahasa komunikasi, Ini tidak membantu perkembangan bahasa itu.
Berbagai kaedah lagi penggunaan bahasa
Malaysia yang dapat menyatupadukan
rakyat dan warga negara misalnya,
menjadikan bahasa tersebut sebagai media seni dan sastera yang dapat mengungkapkan taraf
seni dan sastera yang tinggi yang dapat meninggikan bahasa tersebut misalnya
melalui drama, lakun layar, penghayatan puisi dan berbagai lagi yang memperlihatkan bahasa
tersebut berada pada tahap seni yang tinggi.
Walau apa pun bahasa Melayu kini adalah
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang diguna rakyat dan penggunaan di dalam
berbagai bidang yang dapat menyatukan rakyat. Kini tiada rakyat Malaysia yang
tidak dapat menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Bahasa Malaysia benar-benar
dapat menyatupadukan rakyat negara ini.
Apa yang diharapkan bahasa tersebut harus
dipertingkatkan di dalam bidang-bidang keilmuan, formal, komunikasi, teknikal dan berbagai bidang dan menjadi bahasa
dihormati dan dijunjung tinggi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment