SITUASI MENJELANG KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi: 304),
BBB: 01 Zulhijjah 1440H. 02 Ogos 2019M.
(Juma`at).
Sebagaimana disebutkan berikut dari
berakhirnya perang Dunia Kedua (!945), banyak negara bergerak dan menuntut
kemerdekaan negara. Ada secara, depat disifatkan aman seperti India, ada yang
mengangkat senjata menentang penjajah seperti di Indonesia. Malaya pada masa
itu juga bergerak ke arah kemerdekaan. Malaya selalu disifatkan menuntut
kemerdekaan secara aman, Tetapi tidak secara aman sepenuhnya, kerana dalam masa
begarak dan giat dengan tuntutan ada beberapa situasi yang dihadapi negara pada
masa itu. Pertama wujudnya gerakan kiri. Mereka disifatkan sebagai komunis dan
menentang pemerintah British pada masa itu secara bersenjata. Mereka bergerak
secara gorela dari hutan dan dari kalangan penyokong-penyokong mereka. Kawasan `Hitam`
terpaksa diisytiharkan darurat, seperti dikawasan antara sempadan Siam dan
Malaya (Betung), di sebahagian dari Pahang, Perak, Johor dan lain-lain. Pertempuran bersenjata sering berlaku seperti
`Pereistiwa Bukit Kepong`, di Johor. Kejayaan komunis terbesar, bahawa mereka berjaya ambush dan membunuh
Pesuruhjaya British di Malaya, iaitu Sir
Edward Gent. Kawasan negara terpaksa dikategorikan sebagai `Kawasan Hitam` dan
diputihkan sedikit demi sedikit.
Di samping ancaman di atas, kehangatan
menuntut kemerdekaan berlaku. Persatuan-persatuan dan parti politik Melayu
muncul dan akhirnya bergerak atas nama parti dikenali dengan Umno dipimpin oleh
Dato` Onn bin Ja`far seorang bekas wartawan dan tokoh politik dari Johor.
Tetapi pimpinan dari Dato` Onn tidak berterusan, kerana beliau meletakkan
jawatan dan menubuhkan parti Negara dan tidak mendapat sokongan, kecuali di
Kuala Terengganu. Tunku dan barisan kepimpinan Umno termasuk wakil dari MCA dan
dari MIC memimpin rombongan ke London merundingkan kemerdekaan Malaya, Umno disifatkan sebagai golongan
nasionalis. Terdapat satu lagi kekuatan
yang berasaskan Islam,. Gerakan Islam ini sama tua dengan Umno. Kegiatan awal
Parti Islam ialah bertempat di Perak, khususnya di tempat yang dikenali dengan
Gunung Semanggul, tokoh terkenal dari sini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang
menubuhkan parti Hizbul Muslimin yang Dato` Onn pernah sifat ``Bahaya Dari
Gunung`. Tetapi parti ini diharamkan oleh British. Bagi menggantikan perjuangan
keislaman ditubuhkan Pasti Islam dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Hilmi lulusan Hemoparti
dari India. Beliau yang bergerak pada awal dalam PKMM dan pernah merancangkan
pengisytiharan kemerdekaan Malaya bersama Indonesia menghadapi tekanan British.
Menjelang kemerdekaan British pernah
mengadakan pilihanraya 1955. Dalam pilihanraya ini semua kerusi (51) diikuasai oleh Parti Perikatan (Umno,
MCA dan MIC), hanya satu kerusi dimenangi oleh PSA dari Perak., Sudah ada
parti-parti radikan pada masa itu seperti Parti Sosialis dipimpin oleh Bustaman
dan Parti Rakyat dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, tetapi masih tidak mendapat
sokongan rakyat.
Atas majoriti dan pengaruh besar dari
sokongan rakyat, maka Umnolah parti sokongan rakyat yang menjuarai tuntutan
kemerdekaan. Tunku dan rombongan ke London memimpin rombongan tuntutan
kemerdekaan. Akhirnya persetujuan dicapai dan tarikh kemerdekaan negara Malaya
diisytiharkan di Melaka sepulang kepulangan dari London. Melaka dipilih tempat
pengisytiharan, kerana Melaka awal dijajah dan tempat perjuangan wira Melayu
seperti Hang Tuah dan Tun Perak.
Atas sifat rundingan kemerdekaan secara
aman, maka disifatkan kemerdekaan dicapai secara aman pada 31 Ogos 1957,
walaupun sebahagian kawasan di negara ini masih kawasan Hitam,. Rundingan
pernah diadakan oleh Tunku Abdul Rahman dengan kumpulan Komubis di Baling yang diketuai komunis ialah Cheng
Peng. Namun atas syarat diminta oleh komunis dan kehendak Tunku supaya mereka
meletakkan senjata tidak diterima, maka rundingan sebelum kemerdekaan itu
adalah gagal dan komunis mereruskan perjuangan dari dalam hutan. Mereka ini
lemah dan hilang penentangan kerana tidak disokong rakyat.
Penulis sebagai anak sekolah menengah pada
masa itu (Sekolah `Arab Kuala Berang, Terengganu) berkesempatan mengikuti perkembangan politik
tanahair. Misalnya mengikuti ceramah Dr, Burhanuddin Hilmi yang diadakan di
Padang berdekatan Pejabat Daerah, Hulu Terengganu dan mempunyai gambar
kenang-kenagan semasa menyambut kemerdekaan. Antaranya bergambar dengan
kawan-kawan di pintu gerbang dambutan kemerdekaan di Padang Pejabat Daerah di
tepi sungai Hulu Sungai Terengganu, di Kuala Berang. Bila berpindah ke Kuala
Terengganu (Sekolah Sultan Zainal Abidin), keseronokan ialah mendengar ceramah
Dato` Onn dari Parti Negara bersama Gharib Rauf.
Parti Periktan memerintah Negara, tetapi
pada pilihanraya 1959 Pas menguasai Terengganu, antaranya ada wakil Parti Ngara
dan Dato` Onn berjaya ke Parlimen mewakili Ladang, Kuala Terengganu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment