DASAR EKONOMI TIDAK MEMBANTU PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 307),
BBB:
04 Zulhijjah 1440H. = 05 Ogos 2019M. (Isnin).
Pada permulaan kemerdekaan, tiada dasar
jelas bertujuan membina negara bangsa. Kesebokan pada peringkat permulaan
adalah menjaga keamanan negara yang masih dalam ancaman komunis yang masih
aktif bergerak di hutan rimba. Dasar Gibb terpaksa dijalankan, iaitu
mengasingkan kelompok-kelompok orang
Cina daripada dicerobohi komunis (minta bantuan dan sokongan), iaitu dengan
mengasingkan mereka ke kawasan-kawasan terkawal yang dikenali dengan `Kampung
Baru`. Banyak kampung baru yang
diwujudkan pada zaman darurat yang kesannya masih terdapat hingga kini. Banyak
peruntukan bagi mencegah komunis mendapat pertolongan terutama dari orang-orang
Cina terpencil yang menghadapi ugutan jika tidak membantu mereka.
Tiada dasar ekonomi jelas pada peringkat
permulaan. Yang jelas pola ekonomi lama adalah diikuti, bahawa orang Melayu
dengan ekonomi bertani dan nelayan di
kampung-kampung di luar bandar yang dapat dikatakan ekonomi secukup hidup.
Orang India adalah paling miskin, mereka hidup dan bekerja di estet-estet
dengan syarikat plantation yang besar-besar seperti Dunlop, Sime Darby, Sigilly
dan berbagai lagi. Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai boroh kasar
membina jalan raya dan keretapi.
Manakala orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan setengahnya yang kaya menjalankan
perusahaan lombong yang mereka dianggap membantu ekonomi negara di samping
membantu ekonomi penjajah yang nasih ada. Orang Cina yang berada dikenali
dengan golonganb taukey.
Perlantikan kabinet pasd zaman Tunku Abdul
Rahman masih berdasarkan pola-pola kaum. Misalnya untuk Menteri Pembangunan
Luar bandar yang ditujukan lebih kepada
Melayu adalah menteri Melayu. Misalnya Dato` Abdul Razak yang juga Timbalan
Perdana Menteri yang kemudian diteruskan oleh Ghafar Baba yang identik
kementeruian tersebut dengannya. Manakala bagi kementerian buruh dan kerjaraya
adalah dari kaum India seperti Manikavasagam membawalah kemudiannya kepada Samy
Velu yang agak lama dan identik dengan
kerjaraya. Manaka bidang kewangan diberi tugas kepada taukey seperti Tang Cheng
Lok hinggalah kepada Tan Siew Sing yang Menteri Kewangan adalah identik dengan
beliau.
Pola ekonomi yang bersifat kaum yang
politik juga bersifat kaum, bermaksud parti politik juga bersifat kaum seperti
Umno, MCA dan MIC tidak membantu di dalam menyatukan masyarakat bagi membina
negara bangsa. Permasalahan ini seperti tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin
pada masa itu, sedang rakyat sendiri tidak sedar kerana sudah lali dengan
situasi yang diamali oleh mereka sejak zaman penjajahan. Pemnecahan seperti ini
lebih menguntungkan penjajah yang memang menggunakan polisi `Devide and Rule`
Jika berlaku penyatuan kaum dan kesedaran di kalangan mereka tentulah
menyusahkan penjajah.
Jika dilihat kepada pembangunan infrastruktur
pada peringkat permulaan tidaklah banyak. Jalan-jalan raya yang menghubngkan
negeri-negeri adalah kurang dan rendah mutu. Feri-feri digunakan bagi merentasi
sungai-sungai. Tiada kepakaran membina jalan raya. Pada zaman permulaan, jika
mau ke Kuala Lumpur misalnya dari Kual;a Terengganu memakan masa dua hari jika
tidak banjir. Kemudahan telefon jika kecemasan perlu ke Balai Polis atau
pejabat Daerah dan sebagainya. Mempunyai radio adalah dianggap luxury. Pada
zaman Tunku diadakah Musabaqah al-Qur`an yang diikuti melalui radia. Satu shiar
Islam yang dibina pada zaman Tunku ialah Masjid Negara.
Pembinaan yang jelas pada zaman Tunku ialah
membina stadium Merdeka yang Tunku adalah peminat Bola Sepak, juga pembinaan
Stadium Negara bagi perhimpunan rasmi. Kuala Lumpur pada masa itu adalah masih
sebahagian daripada Selangor. Ia adalah bandar sederhana, masih belum ada PJ.
Kawasannya adalah dari Gombak ke Kg. Kerinchi dan ke utaranya Jalan Ipoh dengan
Klang masih terasing. Jumlah penduduknya di bawah dari satu juta penduduk.
Bagaimana pun Kuala Lumpur adalah ibu
negera dan nadi pembangunan negara meskipun masih belum jelas dari segi konsep Pembinaan Negara Bangsa.
Sekian.
please help sign my petition too and letter to school principal!!
ReplyDeletehttps://www.change.org/p/prime-minister-of-malaysia-say-no-to-force-learning-of-jawi-khat-or-any-arabic-islamic-language-across-malaysia
SAY NO TO FORCE LEARNING OF JAWI/KHAT