TRADISI PENULISAN JAWI SUMBER PERADABAN MELAYU
(Fikrah Bangi: 325),
BBB: 22 Zulhijjah 1440H. = 23 Ogos 2019M
(Juma`at).
Utusan dak kumpulan serta tradisi
persuratan Melayu bermula dengan Islam yang memperkenalkan kepada budaya Melayu
Tulisan Jawi (Melayu) sejak akhir abad ke 13M. sebagaimana terbukti pada Batu Bersaurat
Terengganu (Islam lebih awal hadir).
Selama lapan abad tradisi keilmuan dan
peradaban Melayu adalah terhimpun di dalam persuratan Jawi. Tradisi keilmuan
yang dirakam di dalam tulisan jawi ini
bermula dari Kerajaan Trengganu, Pasai, Melaka, Johor Riau, Acheh, Patani, Banten,
Banjar dan negeri-negeri Melayu yang lain. Tradisi tulisan Jawi berterusan
hingga zaman kemerdekaan dan naskhah perisytiharan kemerdekaan adalah dalam
tulisan jawi. Sebagaimana telah disebut perbincangan bagi menggunakan tulisan
rumi hanyalah berlaku selepas 1960an (setengah abad cuma). Walaupun tulisan
rumi digunakan selepas 1960an, tetapi tulisan jawi tetap digunakan. Kalau kita
tengok Utusan Malaysia masih membawa ruangan bertulisan jawi hingga kini, iaitu
pada keluaran akhbar berkenaan pada setiap hari Isnin. Tiada siapa dapat
menafikan tentang kepentingan tulisan jawi bagi peradaban Melayu Islam dan
Malaysia. Tiada siapa dapat mengkaji
tentang tamadun dan peradaban Melayu dan negara tanpa membaca segala dokumen di
dalam tulisan jawi.
Tulisan jawi mempunyai hubungan yang amat
rapat dengan Islam. Huruf-huruf di dalam tulisan jawi adalah diambil daripada
huruf-huruf Al-Qur`an dengan beberapa tambahan huruf juga berdasarkan kepada
hurufAl-Qur`an seperti ga, cha, nga, nya. Kemasukan huruf Al-Qur`an sebagai
tulisan jawi adalah berasal dari pengajian terhadap Al-Qur`an. Dari kaedah
pembacaan terhadap Al-Qur`an, maka dipinjam huruf-hurufnya dieja bagi
perkataan-perkataan Melayu
Selaion dar membaca Al-Qur`an yang
merupakan tuntutan wajib bagi setiap muslim dan muslimat sekurang-kurang
sebagai pembacaan wajib di dalam solat memperkenalkan kaedah ejaan di dalam
bahasa Melayu. Pada asalnya tulisan
berdasarkan baris-baris dan panjang pendek berdasarkan tambahan huruf saksi
(madd). Penulisan tulisan jawi adalah juga satu keperluan , terutama bagi
mempelajari keilmuan-keilmuan fardhu di dalam Islam, Keilmuan-keilmuan induk
Islam adalah terdapat di dalam bahasa `Arab. Pengajaran dengan menggunakan
kitab-kitab `Arab atau di dalam bahasa `Arab tentulah membebankan bagi orang
yang tidak mengetahui bahasa `Arab, jadi secara logiknya perlu kepada
karangan-karangan di dalam bahasa Melayu.
Sebelum terkarangnya kitab-kitab di dalam bahasa
Melayu sepenuhnya, kita dapati kitab-kitab di dalam bahasa Arab yang
ringkas-ringkas terutama yang bersifat matan, dibuat terjemahan ke bahasa
Melayu secara terjemahan gantung. Ini dapat dilihat contoh terjemahan gantung
seperti terhadap matan akidah Al-Taftazani, Matan al-Barahin oleh Muhammad
Yusuf al-Sanusi yang kedua-duanya kitab akidah yang bidang keilmuan perlu
dipelajari. Begitu juga dengan bidang-bidang fiqh dan sebagainya. Daripada sini
berkembang kepengarangan secara tulisan kitab seperti kitab Bidayat al-Hidayah
berasaskan Matan al-Sanusi seperti yang dihasilkan oleh Muhammad Zain bin
al-Faqih Jalaluddin dan juga disyarah oleh Syaikh Muhammad Zainal Abidin
al-Fatani dengan karangannya yang berjudul `Aqidat al-Najin.
Tradisi kepengarangan kitab-kitab keilmuan
ini bermula dari tradisi di Aceh seperti oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri yang
mengarang di dalam banyak bidang , tetapi di dalam fiqh seperti kita Sirat
al-Mustaqim, Syeikh Abdul Ra`uf Singkel mengarang tafsir terawal dalam bahasa
Melayu berasaskan Tafsir Baidhawi, dilanjutkan oleh tradisi mengarang i Terengganu
seperti oleh Abdul Malik bin Abdullah yang mensyarah Hikam Melayu, mengarang
kitab Kifayah (aqidah dan fiqh) dan mengarang kitab Kayfiyat al-Niyyah sezaman
dengan zaman Aceh pada akhir abad ke 17.
Selepas itu lahir tradisi keilmuan dan
kepengarangan seperti di Patani, Johor Riau,, Kedah, Kelantan, Banjar, Sambas, Banten, dan meluas ke
berbagai pusat keilmuyan dan pengajian dari zaman tradisi sehingga ke zaman
moden sehingga zaman kemeredekaan. Tradisi keilmuan telah mnenghasikan lebuh
dai 15,000 manuskrip yang sebahagian besar masih belum dikaji. Ianya merupakan
inti peradaban Melayu yang dihasilkan di dalam tulsan jawi yang menuntut
diteliti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment