April 22, 2020

KAWAL - TERKAWAL - MENANG !


KAWAL – TERKAWAL – MENANG !
(Sempena Ulangtahun Kelahiran  (21 April) KE 57
Dato`  Dr. Noor Hisham Bin Abdullah KSU KKM)

Kunci menentang Covid-19
Tanpa kelihatan, ialah kawalan
Sebagaimana akronim (PKP)  diungkap
`Perintah Kawalan Pergrakan`

Kawal !  Kawal !  Kawal !
Bersih tangan, muka, pakaian
Sering mandi menyegarkan
Kawal jarak  satu meter dari berdekatan
Pakai  mask elak tersedut virus hembusan
Hormat tangan ke dada  tak perlu bersalam.

Kawal! Kawal ! Kawal !
Elak dari hadir perhimpunan
Lebih banyak berada di rumah
Bersama dengan keluarga tersayang
Jangan keluar kecuali perlu
Contoh ke pasar kawal jarak sosial.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Rumah, premis, pejabat, kedai, pasar
Sanitasi nyah kuman kerja berpasukan
Tentera, polis, pertahanan awam, majlis perbandaran,
Bomba, rela, NGO, sukarelawan orang perseorangan
Bersih alam sekitar tiada ragu keberadaan.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Segala pergerakan kenderaan di jalanraya
Kapal dari laut dari rapat ke dermaga
Kawal pesawat  mendarat  di lapangan
Kuaratin 14 hari jamin tiada jangkitan
Yang lebih mengancam kawal dari penceroboh
Merentasi sempadan elak dari kawalan
Jika terlepas keluar dari jaringan kawalan
Merebak wabak di luar kawalan.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Jangan ada  perbalahan ketidakpatuhan
Semua pihak patuh pada arahan
Kita dalam peperangan, menentukan
Kita mesti menang – Insya Allah.

(Fikrah Bangi: 541),
BBB: 28 Sya`ban 1441H. = 22 April 2020M. (Rabu).

No comments:

Post a Comment