April 16, 2020

PUJIAN YANG DITANGGUHKAN: HANYA KEMENANGAN


PUJIAN YANG DITANGGUHKAN: HANYA KEMENANGAN

Melangkah ke PKP tahap tiga
Dari 15 – 28 April 2020
Di dalam memerangi Covid-19
Ada kejayaan sementara dalam pencapaian
2,647 pulih  daripada 5,972 dirawat
Merupakan 52.02 peratus perkiraan
Tahniah, tapi kita tamgguh pujian
Jangan jadikan kemenangan sementara
Pasukan tentera Uhud yang terpedaya
Oleh tamak  haloba hasutan syaitan
Jangan juga jadi Donald Trump  terusan dendam
Terhadap China dibneri Bangsa Bersatu  bantuan
Mangsa pertama  Covid-19, lantaran
Gagal memaklumkan segera
Amerika mangsa kematian tertinggi
Akibat kecuaian sendiri
Lantas menarik sebahagian peruntukan
Di mana kebijaksanaan ?
Di mana kemanusiaan ?

Bijaksanalah  dengan kejayaan sementara
Berdepan dengan musuh Covid-19
Keresahan mereka  yang tertekan
Bersabar dengan ujian patuh arahan
Harga kemenangan itu begitu mahal
Bayangkan akibat kecuaian
PKP terpaksa diulang semula
RM250 bilion lagi perlu peruntukan
Kembali lagi menjalani  PKP
Ia adalah keperitaan berganda
Kemusnahan tak terhingga.

Walau apapun,
Dengan segala kemampuan
Perlu kita terus menentang
Tiada lain hanya kemenangan
Insya Allah..

(Filrah Bangi: 536),
BBB: 22 Sya`ban 1441H. = 16 April 2020M. (Khamis).

No comments:

Post a Comment