July 10, 2020

KELAS PERSEDIAAN, TIADA PEPERIKSAAN


KELAS PERSEDIAAN, TIADA PEPERIKSAAN
(Fikrah Bangi: 607),
BBB:  18 Zulkaedah 1441H. = 10 Julai 2020M. (Juma`at).

Pada peringkat menengah, pelajar menghabiskan masa selama 5 tahun sebagaimana padap eringkat sekolah rendah. Pada peringkat  menengah bagi tiga tahun permulaan, pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Kita bersetuju  peperiksaan SRP kini tidak perlu diadakan secara formal. Pemilihan ke asrama boleh dilakukan secara lain dan tidak semestinya berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata.
Cuma lebih wajar tempoh 5 tahun ini dipecahkan juga kepada dua, iaitu:
1)    Tahun (Tingkatan) Satu dan Dua dinamakan  Tahap Persediaan.
2)   Tahun tiga, empat dan lima Kelas SPM.
Kita tidak setuju pemisahan aliran dilakukan dalam tempoh lima tahun ini. Sebaliknya semua memilih secara terbuka pelajaran Kemanusiaan dan Peradaban beserta dengan Sains dan Teknologi. Pemisahan aliran adalah pada peringkat diploma – selepas SPM.
Pada peringkat Persediaan diajar mata pelajaran Kemanusiaan dan Peradaban seperti agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, geografi, ekonomi, perdagangan, seni lukisan dan lain-lain.
Manakala bagi bidang Sains ialah seperti matematik,  statistik, biologi, fizik, Kimia, , sains sukan,  dan alam sekitar.
Pelajar diminta memilih bagi setiap tahun  10 mata pelajaran dan boleh menukar kepada yang lain dari dua aliran agar mereka terdedah kepada dua aliran sebagai persediaan bagi  tahun tiga  hingga lima bagi menghadapi peperiksaan SPM.
Boleh ditentukan mata pelajaran wajb bagi kedua-dua tahun. Misalnya Bahasa Malaysia, Inggeris, matematik
Bagi kedua-dua tahun pelajar dikehendaki mengikuti tidak kurang dari dua puluh mata pelajaran (Antaranya berulang dari tahun satu, tetapi tahapnya lebih tinggi. Pelajar mungkin memilih jumlah kurang pada tahun satu  berbanding dengan tahun dua, tetapi jumlah bagi kedua tahun adalah 20 mata pelajaran. Pelajar dibenarkan mengambil lebih mata pelajaran kepada tahap maksimum misalnya 22 mata pelajaran.
Untuk masuk ke tahun tiga adalah dinasihatkan meneruskan menurut pencapaian mereka di dalam mata pelajaran,tetapi hingga keTingkatan Lima belum dikhususkan dari segi aliran.
Bagi pemilihan pelajar untuk ke Asrama Penuh, nulai tahun tiga sebagaimana disebut tidak didasarkan kepada keputusan mata pelajaran sahaja, tetapi pihak sekolah diminta sediakan latar belakang pelajar misalnya mereka yang miskin diberi keutamaan, begitu juga dari segi berasal dari  bandar atau luar bandar yang kurang mendapat kemudahan pelajaran. Juga dilihat dari ko-kurijulum pelajar,  misalnya kejayaan dari segi sukan, pakaian beruniform dan sifat kepimpinan pelajar dan sebagainya.
Satu aspek yang penting, ialah merangka kurikulum yang baharu, tetapi ini dapat dilakukan oleh pihak Kementerian dengan menjemput pakar-pakar merangka kurikulum yang dikehendaki.
Dari segi persediaan buku dan bahan bacaan, sebahagian dapat digunakan dari buku-buku yang pernah digunakan sekiranya masih releven, tetapi buku-nuku baharu perlu disediakan bagi peringkat persediaan berkenaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment