July 4, 2020

PROSES PENANAMAN NILAI


PROSES PENANAMAN NILAI
(Fikrah Bangi: 602),
BBB:  12 Zulkaedah 1441H. = 04 Julai 2020M. (Sabtu).

Aspek yang dapat dilihat berlaku pada anak-anak pada peringkat sekolah rendah ialah berlakunya proses penanaman nilai terhadap anak-anak. Aspek ini berlainan dari  kaedah pembelajaran secata formal seperti pembelajaran seperti mengenal huruf, , mengeja, membaca dan mengira yang tiap-tiap satu mempunyai tahap pembelajaran dan mempunyai tahap perkembangan dan peringkatan.
Penanaman nilai adalah proses pembelajaran secara tidak langsung dan berkembang di dalam diri anak-anak hasil didikan sosialisasi dan tertanam nilai yang didepani dan diialami anak-anak  dalam kehidupan sehari-hari.
Penanaman nilai berlaku semasa bersama ibu bapa, guru-guru, teman persekolahan  dan masyarakat sekeliling.. Pembelajaran nilai sewajarnya bersifat selari dan berkesinambungan dan sewajarnya tidak bercanggahan. Andainya berlaku misalnya nilai dirumah bercanggahan dengan di sekolah nescaya akan berlaku konflik dalam diri anak-anak dan boleh menimbulkan masalah – konflik nilai.
Di sekolah anak-anak dididik mengasihi ibu bapa, mendengar cakap mereka, kasih terhadap mereka, bercakap benar. Maka di sekolah nilai ini diperkukuh hasil dari  ajaran guru-guru, bahawa anak hendaklah kasih kepada ibu bapa, mendengar cakap mereka, bercakap benar dan elak dari berbalah dengan sama adik beradik. Jika ke sekolah bersama abang atau kakak, dia menjaga sama keselamatan adik. Bila naik bas misalnya dikehendaki beratur. Di sekolah juga guru berpesan supaya kasihkan ibu bapa, mendengar nasihat mereka, tidak membantah dan tidak berbalah dengan sesama adik beradik. Murid-murid sama diajar supaya bersifat jujur dan bercakap benar. Guru juga berpesan supaya bergaul dengan baik dan tolomg menolong dan membantu antara satu sama lain.. Banyak pengajaran nilai disampaikan oleh guru secara tidak langsung misalnya melalui pengajaran dan penceritaan. Misalnya buruknya sifat tamak dan kejinya mencuri. Sebaliknya baiknya bermuafakat, tolong menolong dan membantu antara satu sama lain.
Pengaruh dari segi penanaman nilai yang penting ialah berlaku  sesama kawan-kawan anak-anak dan  pergaulan mereka dengan anak-anak sekolah yang lain. Anak-anak  seharusnya mempunyai kawan-kawan yang baik perangai. Misalnya kawan yang baik, jujur, tidak berdusta, tidak bercakap kasar,  suka tolong menolong dan tidak lokek. Kawan yang sama mungkin merupakan kawan di luar sekolah atau mungkin daei kalangan yang lain. Jika demikian, anak-anak bahkan ibu bapa mempastikan supaya anak-anak tidak berkawan dan tidak bergaul dengan anak-anak yang diketahui mempunyai perangai tidak baik.
Satu  kelompok lagi yang mempengaruhi anak-anak selain dari ibu bapa,  guru dan teman sesekolah, ialah pergaulan anak-anak ketika keberadaan di luar masa sekolah. Misalnya waktu petang dan malam. Jika  anak-anak pada waktu petang mengikuti pengajian agama atau kelas Al-Qur`an, maka ianya boleh dianggap selamat.. Anak=anak dianggap selamat dari pengaruh luar , jika mengikuti ibu bapa sama berjama`ah di masjid atau surau,  Tetapi anak-anak kurang bersama orang tua, sebaliknya ering bersama kawan-kawannya. Sebab ituibubapa perlu pastikan siapakah kawan-kawan bagi anaknya.
Sebagaimana telah disebutkan, anak-amak diibaratkan sebagai sehelai kain yang putih yang dapat dicorakkan dengan berbagai corak.. Ianya juga diibaratkan sebagai biji benih. Jika benih yang baik dan jika dari awal dipastikan ianya disemai dan dijaga dengan baik, maka insya Allah anak-anak terdidik dengan baik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment