August 7, 2018

SEMINAR SEBAGAI SALURAN KOMUNIKASI MASJID


SEMINAR SEBAGAI SALURAN KOMUNIKASI MASJID
BBB, 24 Zulkaedah 1439H. = 06 Ogos 2018M. (Isnin):
Antara saluran komunikasi yang berlaku di masjid ialah melalui seminar. Tidak semua masjid mengadakan seminar. Ia merupakan satu kegiatan ilmiah yang melibatkan ramai peserta. Seminar adalah kaedah pengajian yang diadakan di universiti mengenai satu-satu topik yang dianggap penting yang biasanya dianjurkan oleh fakulti atau jabatan yang berhubung dengan topik yang dibincangkan. Misalnya jika dibicarakan berkenaan ekonomi Islam, maka  fakulti atau jabatan yang berhubung dengan ekonomi Islam yang menganjurkannya. Di dalam seminar mungkin tentang satu kertaskerja dibentangkan oleh seorang pembentang yang pakar di dalam bidang yang dianjurkan, mungkin seminar membincangkan beberapa kertaskerja yang dibentangkan oleh pembentang-pembentang yang pakar di dalam bidang yang dibicarakan, Jika kertas banyak seminar mungkin memakan masa sehari atau lebih dari sehari. Peserta adalah dari kalangan mahasiswa/wi dan juga dari peserta luar yang dijemput atau memang terbuka oleh sesiapa yang mau menyertaninya. Peserta-peserta biasanya dikenakan bayaran. Bagi mahasiswa/wi dikenakan bayaran lebih murah.
Jika tema seminar dianjurkan  misalnya berkenaan halal dan haram, maka ianya mungkin dianjur oleh pihak fakulti dan jabatan Syari`ah dengan kerjasama mungkin dengan pihak JAKIM dan institusi tertentu dan penyertaan terbuka kepada umum dengan dikenakan bayaran atau percuma. Demikianlah dengan tema-tema yang lain.
Dengan seminar dianggap bersifat ilmiah dan akan berlaku interaksi dan komunikasi yang banyak di kalangan peserta.  Dianggap ilmiah, kerana sesebuah kertaskerja yang mau dibentangkan oleh pembentang, dia mestilah membuat penyelidikan bagi kertaskerjanya, tanpa penyelidikan dan pendapat-pendapat khusus yang disampaikan tidak dianggap ilmiah. Tidak jarang pula sebuah kertaskerja atau setiap kertaskerja  yang dibentang akan dibahas oleh seorang atau lebih. Dengan adanya pembentangan dan pembahas, maka seseorang pembentang akan menyediakan kertaskerjanya sebaik mungkin. Pembahas juga harus membuat penyelidikan  bagi menyampaikan bahasan. Para peserta juga diberi peluang membuat pertanyaan, kritikan dan cadangan bagi kertaskerja yang dibentang. Melalui seminar dapat dipertingkatkan sesebuah wacana ilmu kepada taraf yang lebih tinggi atau disifatkan sebagai bersifat akademik.
Dari segi pengajian di Masjid Al-Umm ada berbagai-bagai level pengajian.
Ada pengajian yang bersifat terbuka mengenai keilmuan fardhu yang disampaikan oleh guru-guru khusus pada waktu antara maghrib – Isya`
Ada pengajian yang bersifat talaqqi dalam mana guru menurunkan pengajian atau bimbingan terhadap sejumlah pengaji-pengaji seperti pengajian talaqqi berkenaan Al-Qur`an oleh guru yang pakar di dalam bidang Al-Qur`an.
Ada yang bersifat kelas bagi pengajian-pengajian tertentu seperti bahasa `Arab dan pengajian-pengajian keilmuan fardhu yang lain.
Untuk pengajian yang diaggap bertaraf tinggi Masjid Al-Umm sejak digunakan telah menganjurkan seminar bulanan berhubung dengan berbagai bidang keilmuan. Setakat ini Seminar Bulanan Masjid Al-Umm menganjrkan seminar Bulanan yang mengambil tema yang berhubung dengan masjid. Setakat ini sudah lima kertaskerja yang berhubung dengan masjud telah dibentangkan (Satu kertaskerja bagi setiap bulan).
 Untuk setiap bulan pihak pengurusan seminar menghubungi tokoh-tokoh pembentang berwibawa untuk membentang kertaskerja beberapa bulan sebelum pembentangan. Ini memberi masa bagi pembentang membuat penyelidikan dan persediaan. Pengulsas  juga dijemput untuk membuat  ulasan. Seminar diiklankan secara terbuka untuk disertai. Seminar diadakan secara poercuma, bahkan makan dan minum ringan disediakan.
Tujuan diadakan seminar bersiri (bulanan) untuk membincangkan berbagai topik mengeai masjid, misalnya konsep pembangunan dan pengimarahan masjid, pendidikan masjid bagi meningkatkan kualiti jama`ah, Anekmen masjid panduan pentadbiran dan pengimarahan,  gejala sosial masyarakat dan peranan masjid, menarik golongan remaja ke masjid – pendekatan dan berbagai-bagai topik yang disediakan. Seminar yang dianjurkan oleh masjid Al-Umm bukan setakat pembentangan semata-mata, tetapi bila selesai siri seminar berkenaan, maka kertas-kertaskerja akan dihimpun dan diterbitkan. Dengan ini apa yang dibincangkan dapat diterbitkan dan menjadi bahan bacaan dan panduan bagi masyarakat. Demikian dengan siri seminar yang lain  yang bakal dijalankan seperti mengenai Ekonomi Islam, akhlak dan syakhsiah remaja, Rumahtangga Keluarga Islam, Falsafah ibadat Dalam Mencirikan Kualiti Ummah, Kesihatan mental dan Rohaniu dan berbagai-bagai topik yang lain yang dapat menjanakan keilmuan jamaah dan ummah.
Sekian.

August 6, 2018

LAGI KOMUNIKASI MASJID: TADHKIRAH DAN CERAMAH


LAGI KOMUNIKASI MASJID: TADHKIRAH DAN CERAMAH
BBB, 23 Zulkaedah 1439H. = 05 Ogos 2018M. Ahad):
Terdapat beberapa lagi komunikasi masjid yang biasa di kalangan  ahli jama`ah masjid. Antaranya ialah tadhkirah. Istilah tadhkirah  istilah ini kedapatan di dalam Al-Qur`an (`Abas: 11). Dari segi lughah ialah bermakna  `peringatan`. Dari segi istilah ialah ungkapan atau bacaan yang disampaikan, biasanya oleh yang dianggap berwibawa atau berkedudukan di dalam jama`ah atau sesutu kelompok. Misalnya imam di dalam jama`ah atau pimpinan atau ketua di dalam sesuatu kelompok yang dihormati.
`Tadhkirah` biasanya mengambil tema yang berhubung dengan agama, pengajian atau irshad. Biasanya diambil misalnya satu ayat daripada ayat Al-Qur`an  yang dibaca dan dihuraikan secara teratur dan mengesankan. Misalnya kepentingan `ikhlas` dari segi amalan. Kebiasaan juga dibaca satu Hadith daripada Hadith Nabi. Misalnya mengenai `persaudaraan. Tidak jarang bagi membicarakan tentang sesuatu topik, misalnya  galakan tentang menderma secara ikhlas dipetik ayat Al-Qur`1an dan Hadith Nabi beserta dengan huraian.
Tadhkirah biasanya disampai secara sederhana ringkas oleh penyampainya, biasanya seperti oleh Imam selepas solat subuh sebelum jama`ah bubar. Tadhkirah adalah sebagai peringatan dan pesanan kepada jama`ah tentang berbagai isu di dalam kehidupan. Ianya sebagai panduan harian yang diberi oleh imam atau pimpinanm sebagai bekalan harian bagi menghadapi hidup seharian.  Dengan tadhkirah dapat memandu jalan benar bagi seseorang. Ianya juga sebagai saluran ilmu yang diterima seseorang secara ringkas dan padat. Tadhkirah juga dilakukan oleh pimpinan sesuatu organisasi keagamaan dan pimpinan seperti kalangan Tabligh. Kumpulan berkenaan ada kelompok yang mempunyai pimpinan tempatan dan ada pengikut-pengikutnya. Tumpuan utama mereka adalah berdakwah. Merekja mempunyai kitab rujukan yang disusun oleh piminan tertinggi yang dijadikan bahan bacaan dan juga digunakan di dalam tadhkirah. Contoh juga seperti ABIM, mereka membaca tulisan yang dihasilkan oleh seperti Hasan al-Banna dan sebagainya.
Tadhkirah secara umumnya adalah satu aspek pendidikan yang disampaikan secara ringkat dan padat yang biasanya bertemakan keagamaan sebagai ingatan dan panduan. Setengahnya mempunyai wirid dan ma`thurat yang dijadikan amalan harian. Surah `Al-`Asr` menjadi inspirasi dan panduan yang menekankan tentang tadhkirah. Walai bagaimana tadhkirah ini biasanya bersifat satu hala iaitu dari guru, imam, atau pemimpin yang menyampaikan tadhkirah. Soal jawab jarang diadakan, Jika ada pun boleh dibuat perbincangan bagi memahami apa yang disampaikan oleh imam, guru dan pimpinan berkenaan.
Ciri yang lebih luas dari tadhkirah ialah ceramah. Istilah ceramah bermaksud percakapan yang dilakukan oleh seorang tokoh berwibawa kepada khalayak tentang sesuatu topik. Istilah ini begitu luas penggunaannya. Ia mungkin digunakan oleh orang politik bagi menyampaikan ceramah poltiknya atau bagi menyampaikan tentang sesuatu maklumat oleh pihak-pihak tertentu kepada orang ramai seperti tentang bahaya denggi dan disampaiakn oleh pegawai kesihatan.
Di dalam konteks  masjid, ceramah adalah berhubung dengan topik-topik keagamaan yang sesuai dengan masjid. Topik-topik yang luar dari keagamaan biasanya tidak dilakukan di masjid, bahkan dilarang  sama sekali apa laghi jika yang bercakap tidak mempunyai tauliah umpamanya.
Jadi salah satu komunikasi di masjid, ialah dengan menggunakan kaedah ceramah. Orang yang berceramah ini adalah mereka yang berwibawa dan terkenal sebagai penceramah agama dan diminati, jika tidak tidak ramai yang datang. Ceramah di masjid biasanya berhubung dengan aspek-aspek keagamaan yang disampaikan bukan dengan cara mengajar keilmuan. Isu-isu ceramah misalnya berhubung maulid al-Rasul, sambutan Isra` dan Mi`raj, Nuzul Al-Qur`an dan sebagainya. Sungguhpun topik yang disampaikan adalah soal biasa dan diketahui, tetapi biasanya kerana kebijakan pencermah, maka persoalan dapat disampaikan secara menarik dan  memberi kepuasan kepada pedengar. Dalam ceramah boleh berlaku komunikasi dua hala, iaitu dengan adanya sesi soal jawab dan sebagainya.Walau bagaimana jika ceramah secara umum mengenai sesuatu topik oleh orang yang sama tidaklah wajar digalakkan, kerana akan berlaku perulangan dan akhirnya hilang daya  tarikan. Penceramah yang dijemput biasanya bersifat sekali sekala dengan topik berlainan. Sebaiknya penceramah bertukar dari masa ke semasa. Ceramah sepatutnya tidak diadakan secara kerap. Ia menghilangkan significannya. Ceramah bukan cara menyampaikan ilmu. Jika bertujuan untuk menyampaikan ilmu, maka lebih baik dipilih cara pengajaran dan pengajian  dengan guru tertentu yang mahir di dalam keilmuan-keilmuan dan sebaiknya dengan menggunakan kitab, spaya ianya dapat diikuti secara teratur.
Sekian.

August 5, 2018

SALURAN KOMUNIKASI MASJID MELALUI PENGAJIAN


SALURAN KOMUNIKASI MASJID MELALUI PENGAJIAN
BBB, 22 Zulkaedah 1439H. = 04 Ogos 2018M. (Sabtu):
Salah satu saluran komunikasi penting  masjid ialah melalui  pengajian. Digunakan istilah pengajian dan tidak pengajaran bermaksud yang mengajar dan belajar dan komunikasi antara dua pihak.  Masjid pada hakikatnya bukan semata-mata tempat ibadat, tetapi juga tempat pengajian dan kegiatan kemasyarakatan.
Di masjid terdapat berbagai-bagai kategori pengajian seperti:
1)      Pengajian ilmu-ilmu Islam
2)      Pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an
3)      Pengajian Bahasa `Arab
4)      Kelas-kelas khas
5)      Seminar
6)      Ceramah
7)      Konvensyen
8)      Kursus
9)      Tazkirah
10)   Berbagai-bagai
Huraian:
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Biasanya pengajian seperti ini diadakan pada waktu antara Maghrib dan Isya`. Pelajaran-pelajaran yang diajar ialah keilmuan yang berhubung dengan fardhu, seperti pengajian yang berhubung dengan akidah, fiqh, tasawuf, tafsir , hadith, sirah, tasawwur Islam dan  dakwah. Bagi setiap matapelajaran ada guru khas yang pakar di dalam keilmuan berkenaan. Antara mereka ada yang mengajar sebulan sekali, ada  setiap minggu, tiga kali sebulan, dua minggu sebulan.
Guru-guru berkenaan menggunakan kitab teks tertentu di dalam pengajaran  yang megaji juga boleh dapatkan kitab berkenaan untuk ditadah dan dipelajari pengajaran yang diajar. Pada masa guru mengajar pengaji boleh mengemukakan soalan dan boleh berlaku perbincangan, walaupun agak jarang. Perhubungan dalam pengajaran sedemikian lebih bersifat komunikasi sehala dan jarang-jarang dua hala. Tujuan pengajian diadakah adalah untuk memberi kefahaman terutama ahli jama`ah tentang keilimuan-keilmuan fardhu bagi memperbaiki dengan keilmuan-keilmuan berkenaan di dalam amal ibadat mereka agar amal ibadat jama`ah lebih sempurna dari segi amalan. Dengan adanya kegiatan pengajaran lebih meningkatkan pengimarahan masjid.
Kalau dilihat kepada pengajian yang dianjurkan oleh Masjid Al-Umm, pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an adalah pengajian yang paling banyak dianjurkan. Dalam pengajian  antara Maghrib dengan Isya` terdapat pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an yang bersifat teori.  Manakala bagi yang bersifat praktikal – Membaca bagi mengelokkan bacaan yang dikenali dengan Tahsin Qiraat Al-Qur`an terdapat beberapa kelas yang dibimbing oleh Imam dan dapat diikuti oleh sesiapa yang berminat. Dalam kelas sedemikian guru mengajar dan pengaji diminta mengaji dan dibimbing pengajian mereka agar lebih baik dari segi bacaan dan tajwid.
Pegajian Al-Qur`an diadakan selepas solat subuh dalam mana mereka yang berminat membaca Al-Qur`an dihadapan pembimbing yang memperbaiki bacaan mereka. Bimbingan ini berlaku di kalangan muslimat, manaka bagi muslimin ada tadarrus Al-Qur`an yang berterusan sejak Ramadhan. Masing-masing memperbaiki bacaan antara mereka.
Satu pengajian yang ditekankan ialah Pengajian Bahasa `Arab. Kepentingan bahasa `Arab tidak dapat dinafikan. Dalam ibadat adalah menggunakan bahasa `Arab, Al-Qur`an adalah berbahasa `Arab, kitab-kitab yang digunakan ada yang  dalam bahasa `Arab. Bahkan peristilahan yang berhbung dengan bahasa `Arab banyak digunakan di dalam kitab dan  pengajian. Oleh kerana pentingnya bahasa `Arab, maka bahasa ini juga disediakan pengajaran  dengan dibimbing  oleh guru yang pakar di dalam bahasa tersebut. Setakat ini kelas berjalan dengan baik. Diharap pengaji-pengaji tidak berkurang atau mengundur diri, kerana sering dianggap bahasa `Arab adalah payah. Sebenarnya menguasai bahasa `Arab adalah kunci bagi keilmuan Islam.
Sekian.

August 4, 2018

SALURAN KOMUNIKASI MASJID - IBADAT SOLAT


SALURAN KOMUNIKAI MASJID – IBADAT SOLAT
BBB, 21 Zulkaedah 1439H. = 03 Ogos 2019M. (Juma`at):
Masjid sebagai sebuah institusi umat yang  penting dan dikunjungi mereka saban masa, sama ada bagi menunaikan solat-solat secara jama`ah atau bagi  urusan-urusan yang lain. Dengan kunjungan mereka dan penyediaan masjid dengan berbagai-bagai kegiatan yang disediakan oleh masjid, berlaku interaksi yang merupakan berbagai saluran komunikasi kemasjidan.
Saluran komunikasi ini dapat dilihat dengan membahagikannya kepada dua, iaitu:
1)      Komunikasi formal
2)      Komunikasi tidak formal
Maksud komunikasi formal, ialah komunikasi dalam mana wujudnya kegiatan yang diadakan  menurut kefardhuan dan ketentuan yang disediakan.
a)      Komunikasi beribadat - Solat
Kefardhuan  ialah kegiatan yang ditentukan. Misalnya ada masa dan kaedah tertentu. Untuk bersama mengikutinya bukan sebarang komunikasi biasa, tetapi seharusnya dipelajari dan ada kaedah-kaedah tertentu.  Sebagai contohnya ialah `solat`.  Solat ialah amalan kerohanian yang berhubung dengan Allah. Bagi menghadiri solat ada interaksi antara jama`ah sebelum dan sesudahnya, Ada adab dan aturan komunikasi berlaku di anatara jama`ah bersama mereka, sebelum dan sesuah berinteraksi.
Untuk bersolat seorang itu mempelajari secara formal agak lama dan mengamalkan solat fardhu secara berterusan. Ada aturan sebelum meghadiri solat di masjid.  Sebelum ke solat perlu membersih diri – mandi dan berpakaian sopan sesuai untuk bersolat sama ada berjubah, berpakaian kain pelikat berbaju Melayu dan berkupiah putih.  Jika  solat antara masa bekerja ialah dengan pakaian kerja dan pastikan kebersihan diri. Pertemuan antara masa kerja adalah ringkas. Misalnya memberi salam oleh yang datang kepada jama`ah  dan mungkin berjabat salam antara mereka dan bertanya hal. Sebarang maklumat yang hendak disampaikan adalah disampaikan secara ringkas dan percakapan ringkas jangan sampai mengganggu ketenteraman jama`ah. Masuk ke ruang jama`ah, meskipun ramai, masingf-masing menahan diri dari berkata, cuma berlaku bersalam antara jama`ah. Jika ada perkara yang perlu dicakap dan mau disampaikan atau diminya maklumat, maka dicakap secara perlahanm. Sebelum bersolat jama`ah, kebiasaan  bagi yang datang mengambil ruang di dalam saf dan bersolat sunat terlebih dahulu sebelum solat fardhu dimulakan. Selain dari solat sunat, jika sudah mendirikan solat sunat dan jika ada masa, kerana datang  lebih awalmasing-masing berzikir, bertasbih atau mengambil Qur`an dan membacanya dengan perlahan  dan tidak mengganggu jama`ah. Jama`ah yang duduk dalam saf bangun berdiri apabila muazzin iqamah dan sesi solat berlaku antara imam dengan ahli jama`ah.
Selepas solat, misalnya subuh imam berwirid bersama para ma`mun  dan berdo`a dengan diaminkan oleh para ma`mum dan selepas itu ada komunikasi secara sederhana ringkas, iaitu penyampaian tazkirah ringkas, biasanya berdasarkan petikan Hadith. Selepas itu berakhir pertemuan dengan  salam. Selepas itu komunikasi antara jama`ah boleh secara panjang dengan berita atau topik-topik tertentu, biasanya dalam masa bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing.  Mungkin ada kumpulan tertentu masih kekal bertadarrus sama kumpulan.
Dengan bersolat berjama`ah hubungan dan interaksi berjama`ah dan komunikasi berterusan berlaku yang mengiratkan hubungan antara jama`ah. Keadaan yang sama, iaitu pertemuanm ringkas seperti sebelum dan selepas solat zohor dan asar.
Penggunaan masa yang lebih panjang dan berlaku interaksi dan komuikasi lebih lama ialah  selepas solat madhrib sebelum diisi dengan pengajaran. Ada mereka yang memilih untuk pulang ke rumah dahulu dan datang kembali bersolat isya`. Selepas solat Isya` masing-masing berpeluang bercakap panjang sebelum pulang atau bercalap dalam masa bergerak ke kenderaan untuk pulang, berbagai perkara dicakapkan  sebelum pulang.
Komunikasi masjid lebih panjang, misalnya pada malam-malam Ramadhan dari berbuka beramai-ramai, bermoreh selepas solat tarawih, bahkan disediakan makan malam bagi yang mengikuti qiyam al-Lail dan tadarus pada pagi Ramadhan. Komunikasi juga berlaku pada malam Juma`at bila diadakan bacaan  Yasin, tahlil arwah dan do`a. Interaksi dan komunikasi lebih panjang, terbuka dan santai berlaku semasa minum dan makan juadah dan buah-buah yang bagi setengah masjid menyediakan masa untuk minum dan makan sambil berbual-bual sesama jama`ah. Berbagai maklumat dan berita dipercakapkan. Kemesraan dan kegembiraan terbayang pada wajah jamaah . Suasana mengeratkan hubungan antara mereka.
Sekian.

August 3, 2018

KOMUNIKASI DALAM ISLAM


KOMUNIKASI  DALAM ISLAM
BBB, 20 Zulkaedah 1439H. = 02 Ogos 2018M. (Khamis):
Islam sebagai agama yang syumul, lantaran itu menurut pembentang kertaskerja Islam mempunyai kaedah komunikasi di dalam semua bidang dan dalam semua aspek. Kaedah komunikasi itu adalah ditentukan oleh nilai-nilai di dalam Islam yang  bersumberkan Al-Qur`an dan Al-Hadith, perjalanan sahabat  pengolahan  `ulama` dan pembawaan  para atqiya`.
Komunikasi di dalam Islam dapat dilihat, antaranya dalam aspek.
1)      Komukasi antara  seorang dengan  Allah, Rasul dan para uli al-amr.
2)      Komunikasi antara ulama`-ilmuan dan orang ramai
3)      Komunikasi antara ibubapa dan anak-anak
4)      Komunikasi antara jiran tetangga dan masyarakat
5)      Komunikasi antara kenalan dan sahabat
Dan banyak lagi komunikasi-komunikasi yang lain yang dapat dibicarakan.
Dalam hubungan komunikasi dengan Allah dan rasul  juga taatkan  kepada para pemerintah sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Wahai orang-orang yang beriman taatkanlah kamu kepada Allah dan Rasul dan para uli al-Amr (selagi para uli al-Amr tidak menyeleweng).`` (al-NISA`: 59).
Komunikasi dengan pemerintah, maka pemerintah hendaklah  menjalankan pemerintahan secara adil dan memelihara kebajikan rakyat dan rakyat kena patuh jika sekiranya pemerintahan berjalan dengan baik,  tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
Komunikasi dengan `ulama` yang difatkan sebagai pewaris Nabi itu,  maka ulama` hendaklah  bersifat jujur dan menyebarkan keilmuan dengan ikhlas dan tidak menunjukkan sifat-sifat keji seperti tamak dan sombong umpamanya. Orang ramai pula hendaklah menghormati dan mendekati mereka, misalnya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yang diajar mereka. Yang belajar dengan ulama hendaklah menunjukkan kesungguhan dan belajar secara ikhlas, insya Allah, Allah memberi hidayah dan pertunjukan dan barakah di dalam kehidupan dan keluarga di dalam aman tenteram, kerana disirami secara lembut oleh pengajian-pengajian yang dipelajari dan diamalkan. Sesungguhnya masyarakat berilmu dan beradab lebih maju dan diberkati.
Dari segi komunikasi ibu bapa dengan anak-anak, sebagaimana dimaklum anak-anak adalah kurniaan Allah paling  berharga, tempat tumpahnya kasih sayang dan harapan masa depan, maka ibu bapa hendaklah bertanggung jawab terhadap anak-anak dan keluarga. Ibu bapa adalah berjuang, bekerja di dalam mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Lebih daripada itu, ibu bapa mendidik anak-anak dan memberi pelajaran sebanyak dan setinggi yang boleh agar mereka menjadi orang-orang yang berguna yang membela keluarga, masyarakat, agama dan bangsa.
Bagi anak-anak hendaklah mengasihi, menghormati dan  menjayakan kehendak ibu bapa agar menjadi orang yang berpelajaran dan berguna. Di dalam hal komunikasi anak-anakl dengan ibu bapa ini firman Allah yang bermaksud:
``Allah Tuhan engkau memerintah kamu jangan menyembah, melainkan kepadaNya. Dan dengan dua ibu bapa hendaklah bersikap baik, walaupun salah seorang atau kedua lanjut usia, Janganlah kamu herdik kepada keduanya dengan kata-kata ``Uhh !`` dan janganlah mengasiri keduanya dan berkata-katalah dengan kedua-dua  mereka dengan percakapan yang mulia. Dan hendaklah kamu merendah diri kepada kedua  mereka dan doakanlah, `         `Wahai Tuhanku rahmatkanlah keduanya sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil hingga besar.``  (Al-Isra`, 23-24).
Berhubung  dengan komunikasi antara jiran tetangga, Islam amat menekankan soal kejiranan. Kedekatan mereka dan patut berlaku baik hubungan seolah-olah mereka sebagai kalangan yang berhak menerima warisan dan pentingnya jiran sehingga jika seseorang itu hendak  menghuni perumahan, maka antara perkara yang seharus diberi perhatian ialah siapa yang akan berjiran, Pilihlah mereka dengan berjiran dengan mereka yang  mesra dari segi kejiranan dan bukan sebaliknya.
Tentang komunikasi persahabatan, maka Islam adalah menggalakkan bersahabat dengan ramai sahabat yang baik  kerana dengan bersahabat yang baik  yang keduapihak mendapat faedah. Misalnya nasihat menasihati dan tolong menolong dan sama bersifat amanah, tetapi jangan bersahabat dengan mereka yang merosakkan.
Prinsip-prinsip yang baik sebenarnya bukan saja di dalam Islam, tetapi ianya bersifat universal. Kumunikasi kepada yang bukan Islam juga berlaku berasaskan prinsip universal dan tidak bercanggah dengan Islam.
Sekian.

August 2, 2018

KOMUNIKASI KEPERLUAN KEHIDUPAN


KOMUNIKASI  KEPERLUAN KEHIDUPAN
BBB, 19 Zulkaedah 1439H. = 01 Ogos 2018 (Rabu):
Manusia yang hidup bermasyarakat tidak terkeluar dari berkomunikasi. Komunikasi berlaku misalnya antara seorang dengan kawannya, dengan keluarga, dengan sama sepelajar, dengan yang sama sekerja, dengan sama sejama`ah di masjid dan di mana saja. Komunikasi berlaku adalah menurut normal aturan sosial.  Misalnya komunikasi seorang kawan dengan kawannya mungkin secara santai, ada elemen gurauan, ketawa, bersahaja dan sebagainya. Komunikasi seorang anak dengan ibubapa adalah secara hormat dan mesra, manakala komunikasi seorang guru dengan pelajar adalah dengan cara terus terang, menjelaskan dan mesra. Dan berbagai-bagai komunikasi yang lain yang antara satu dengan yang lain  ada kelainan bergantung misalnya dengan kedudukan dan taraf sosial, norma dan nilai antara dua hala atau berbagai hala yang dihadapi atau dialami oleh mereka yang berinteraksi.
Penerapan nilai di dalam berkomunikasi adalah ditentu dan dipengaruhi oleh taraf, adat, nilai,aturan dan prinsip-prinsip pegangan keagamaan.
Komunikasi antara sahabat dengan sahabat yang lain secara spontan, bersahaja, santai, tiada tekanan dan mesra kerana ada keterbukaan, tiada batas halangan sosial dan jujur di dalam konteks `kawan benar`.Berlainan dengan komunikasi `Tuan Rumah` dengan orang gaji yang berstatus sosial berlainan. Tuan rumah mungkin bersifat tegas mengarahkan orang gaji melakukan sesuatu pekerjaan seperti menggosok, mencuci pinggang mangkuk, membajai pokok-pokok bunga dan menyiram. Orang gaji yang berstatus sosial lebih rendah dari Tuan Rumah adalah menghormati Tuan Rumah, akur dengan segala suruhan dan menyempurnakannya.
Di dalam masyarakat beradat, maksud adat adalah aturan dan nilai yang baku dan dterima pakai di dalam masyarakat sebagai aturan dan nilai  adat. Misalnya adat yang mengutamakan anak perempuan dari anak lelaki di dalam pembahagian harta pesaka, larangan berkahwin sesama  sepupu di dalam adat Perpatih di Negeri Sembilan yang masih dipakai, walaupun dilihat bercanggah dengan nilai Islam.
Dari segi nilai yang bersifat universal misalnya anak menghormati ibu bapa dan ibu bapa menzahirkan kasih sayang terhadap anak-anak dan keluarga, Nilai-nilai sedemikian terlahir di dalam komunikasi, misalnya seorang anak berlemah lembut bercakap dengan ibu bapa dengan penuh hormat dan ibu bapa pula berinteraksi dengan penuh kasih sayang.
 Adapun dari segi `aturan` bahkan `undang-undang`, ia adalah bersifat formal kerana terikat dan perlu mematuhi aturan-aturan yang ditentukan. Misalnya komunikasi dengan pihak trafik di jalan raya yang mengawal lalulintas. Isyarat-isyarat yang dilakukan oleh pihak trafik lalulintas perlu difahami dan dipatuhi. Jika tidak dipatuhi dan bertindak bercanggah dengan aturan boleh berlaklu kemalangan yang bukan saja terhadap yang tidak mematuhi aturan jalanraya, tetapi juga terhadap pemandu-pemandu lain dan juga orang ramai. Jika tidakpun berlaku kemalangan pemandu yang melakukan kesalahan atau tidak mematuhi aturan  boleh diambil tindakan dengan dikenakan hukuman denda dan sebagainya. Dapatlah dikiaskan dengan peraturan-peraturan yang lain bila berdepan dengan penguatkuasa, maka berlaku pematuhan pada aturan atau sebaliknya dengan dikenakan hukuman dan sebagainya. Di sini dapat difahami bahawa komunikasi tidak hanya melalui saluran percakapan, tetapi juga isyarat atau memahami keadaan situasi tertentu yang memerlukan seorang bersikap dan bertindak secara tertentu.
Islam adalah `Din`  cara hidup dan mati bagi individu dan masyarakat Islam, baik hubungan sesama Islam dan hubungan dengan bukan Islam. Konsep komunikasi di dalam Islam dikenali dengan konsep;
Hablun min Allah, dan
Hablun min al-nas,
Iaitu Hubungan dengan Allah seperti ibadat dan kerohanian yang tidak dibicarakan di sini.
Yang lebih diberi tumpuan di sini, ialah `Hubungan dengan manusia`. Namun dalam hubungan dengan manusia itu tidak terpisah dari  `Nilai Tertinggi`, kerana nilai-nilai keislaman adalah menurut hukum dan nilai keislaman sebagaimana terakam di dalam Al-Qur`an dan Hadith Nabi. Kosep nilai dan hubungan terdapat di dalam Al-Qur`an.  Misalnya hubungan individu dengan  pemerintah, dengan keluarga dan ibu bapa, hubungan dengan guru, dengan pekerja, sesama kawan dan hubungan dengan haiwan dan alam  terdapat aturan yang digariskan oleh Islam. Komunikasi Masjid adalah komunikasi berasaskan nilai Islam  yang berhubung dengan masjid
Sekian.

August 1, 2018

KOMUNIKASI MASJID, SATU PENILAIAN: KAJIAN PERINGKAT AWAL


KOMUNIKASI MASJID, SATU PENILAIAN: KAJIAN PERINGKAT AWAL
BBB, 18 Zulkaedah 1439H. = 31 Julai 2018M. (Selasa):
Memulakan pembentangan  selepas salam dan terima kasih Prof. Dr. Yusof Hussain, memaklumkan bahawa beliau meminati kajian terhadap peranan masjid, walau bagaimana apa yang dibentangkan adalah merupakan kajian awal yang akan diteruskan selepas ini.
Menurut Prof. Dr. Yusof Hussain, daripada peranan masjid antara aspek yang menarik perhjatiannya ialah komunikasi masjid dengan masyarakat. Dilihat dari segi prinsip komunikasi menurut Prof. Dr. Yusof Hussain seharusnya sekurang-kurannya berlaku antara dua orang dan bersifat dua hala. Tujuan berkomunilasi ialah bertujuan untuk menyampai dan menerima maklumat seperti berita yang  hendak disampaikan atau pengajaran yang hendak diterapkan.
Menurut Prof. Dr. Yusof Hussein dalam komunikasi dua hala terdapat  empat unsur penting, iaitu:
1)      Sumber
2)      Perutusan (mesej)
3)      Saluran
4)      Penerima.
Menurutnya masjid adalah institusi yang penting di dalam Islam. Kepentingannya dapat dilihat, bahawa selepas Hijaratul Rasul s.a.w. ke Madinah tumpuan utama Baginda ialah membina masjid, bermula dari Masjid Quba` dan Masjid Madinah – Masjid Nabawi dan masjid bukan setakat pembinaan semata-mata, tetapi ianya menjadi institusi yang fungsional di dalam membina umat dan perkembangan Islam.  Sebagai tempat ibadat, masjid tempat pengajaran, masjid pusat pentadbiran, masjid markas ketenteraan dan masjid sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan. Maka di dalamnya berlaku berbagai komunikasi. Masjid hingga kini terus hidup dan berfungsi, khususnya dari segi komunikasi  bagi kalangan masyarakat Islam. Ianya menjadi sebagai rumah kedua bagi setengah orang Islam.
Untuk kajian, masjid terlalu banyak, terdapat di kampung, pekan, bandar dan pusat pemerintahan. Pada satu kampung atau pekan kadang-kadang terdapat lebih dari satu masjid, apa lagi di bandar. Begitu banyak masjid dan dapat dilihat dari dahulu hingga sekarang. Banyak aspek dan kaedah yang dapat dikaji.
Menurut Prof. Dr. Yusof, dari segi pendekatan beliau mengambil kaedah perbandingan. Menurutnya banyak faedah yang boleh didapati dari hasil kajian perbandingan. Misalnya:
·         Mengapa setengah masjid begitu ramai dihadiri jama`ah, walaupun masjidnya tidaklah begitu besar  dan bukan berada di pusat bandar. Bagi masjid yang berada di pusat bandar pula kadang-kadang tidak begitu ramai dikunjungi jama`ah.
·         Dapat melihat faktor-faktor bagi setengah masjid yang tinggi dari segi pengimarahannya.
·         Dapat melihat mengapa pengajaran di sesebuah masjid begitu mendapat sambutan. Apakah kewibawaan guru dan bagaimana sesuatu ilmu itu mendapat sambutan jama`ah.
·         Peranan pentadbiran masjid, bagaimanakah pentadbiran yang dijalankan oleh Nazir dan jawatankuasanya. Apakah aturan dan enakmen pada peringkat negeri – atasan yang dikenakan terhadap masjid menggalak atau membantut kan dari segi pengajaran dan pengimarahan.
·         Bagaimanakah situasi masyarakat keliling dan kawasan masjid. Kesedaran tinggi masyarakat keliling dengan agama dan keilmuan mungkin meningkatkan kemajuan dan prestasi masjid.
Dan banyak perkara yang lain dapat dilihat dari segi kajian perbandingan, misanya dari segi arkitektur, landscaping dan sebagainya.
Telah disebutkan bahawa terlalu banyak  masjid di dunia, bukan sahaja di negara-negara Islam, tetapi juga di negara-negara bukan Islam. Bagaimanakah hendak melihat masjid dari segi perbandingan, apa lagi jika ianya merentasi sejarah dan bukan sahaja pada masa kini ?
Di dalam hal ini Prof. Dr. Mohd Yusof membataekan kajiannya kepada masjid-masjid di Nisantara. Daripada masjid- masjid di Nusantara ini hanya dilihat kepada satu atau dua masjid  pilihan dari satu-satu negara. Pilihan masjid-masjid:
1)      Malaysia dua buah iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid  Al-Syarif  Klang.
2)      Indonesia – Masjid Nasional Al-Akbar, Surabaya, Indonesia
3)      Brunei – Masjid Omar `Ali Saifuddin
4)      Singapura – Masjid Darul Ghufran.
Daripada masjid-masjid ini akan dilihat apakah perkara-perkara yang menjadi sumber penyampaian dan saluran yang disampaikan kepada pengguna.
Sekian.