August 5, 2018

SALURAN KOMUNIKASI MASJID MELALUI PENGAJIAN


SALURAN KOMUNIKASI MASJID MELALUI PENGAJIAN
BBB, 22 Zulkaedah 1439H. = 04 Ogos 2018M. (Sabtu):
Salah satu saluran komunikasi penting  masjid ialah melalui  pengajian. Digunakan istilah pengajian dan tidak pengajaran bermaksud yang mengajar dan belajar dan komunikasi antara dua pihak.  Masjid pada hakikatnya bukan semata-mata tempat ibadat, tetapi juga tempat pengajian dan kegiatan kemasyarakatan.
Di masjid terdapat berbagai-bagai kategori pengajian seperti:
1)      Pengajian ilmu-ilmu Islam
2)      Pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an
3)      Pengajian Bahasa `Arab
4)      Kelas-kelas khas
5)      Seminar
6)      Ceramah
7)      Konvensyen
8)      Kursus
9)      Tazkirah
10)   Berbagai-bagai
Huraian:
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
Biasanya pengajian seperti ini diadakan pada waktu antara Maghrib dan Isya`. Pelajaran-pelajaran yang diajar ialah keilmuan yang berhubung dengan fardhu, seperti pengajian yang berhubung dengan akidah, fiqh, tasawuf, tafsir , hadith, sirah, tasawwur Islam dan  dakwah. Bagi setiap matapelajaran ada guru khas yang pakar di dalam keilmuan berkenaan. Antara mereka ada yang mengajar sebulan sekali, ada  setiap minggu, tiga kali sebulan, dua minggu sebulan.
Guru-guru berkenaan menggunakan kitab teks tertentu di dalam pengajaran  yang megaji juga boleh dapatkan kitab berkenaan untuk ditadah dan dipelajari pengajaran yang diajar. Pada masa guru mengajar pengaji boleh mengemukakan soalan dan boleh berlaku perbincangan, walaupun agak jarang. Perhubungan dalam pengajaran sedemikian lebih bersifat komunikasi sehala dan jarang-jarang dua hala. Tujuan pengajian diadakah adalah untuk memberi kefahaman terutama ahli jama`ah tentang keilimuan-keilmuan fardhu bagi memperbaiki dengan keilmuan-keilmuan berkenaan di dalam amal ibadat mereka agar amal ibadat jama`ah lebih sempurna dari segi amalan. Dengan adanya kegiatan pengajaran lebih meningkatkan pengimarahan masjid.
Kalau dilihat kepada pengajian yang dianjurkan oleh Masjid Al-Umm, pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an adalah pengajian yang paling banyak dianjurkan. Dalam pengajian  antara Maghrib dengan Isya` terdapat pengajian yang berhubung dengan Al-Qur`an yang bersifat teori.  Manakala bagi yang bersifat praktikal – Membaca bagi mengelokkan bacaan yang dikenali dengan Tahsin Qiraat Al-Qur`an terdapat beberapa kelas yang dibimbing oleh Imam dan dapat diikuti oleh sesiapa yang berminat. Dalam kelas sedemikian guru mengajar dan pengaji diminta mengaji dan dibimbing pengajian mereka agar lebih baik dari segi bacaan dan tajwid.
Pegajian Al-Qur`an diadakan selepas solat subuh dalam mana mereka yang berminat membaca Al-Qur`an dihadapan pembimbing yang memperbaiki bacaan mereka. Bimbingan ini berlaku di kalangan muslimat, manaka bagi muslimin ada tadarrus Al-Qur`an yang berterusan sejak Ramadhan. Masing-masing memperbaiki bacaan antara mereka.
Satu pengajian yang ditekankan ialah Pengajian Bahasa `Arab. Kepentingan bahasa `Arab tidak dapat dinafikan. Dalam ibadat adalah menggunakan bahasa `Arab, Al-Qur`an adalah berbahasa `Arab, kitab-kitab yang digunakan ada yang  dalam bahasa `Arab. Bahkan peristilahan yang berhbung dengan bahasa `Arab banyak digunakan di dalam kitab dan  pengajian. Oleh kerana pentingnya bahasa `Arab, maka bahasa ini juga disediakan pengajaran  dengan dibimbing  oleh guru yang pakar di dalam bahasa tersebut. Setakat ini kelas berjalan dengan baik. Diharap pengaji-pengaji tidak berkurang atau mengundur diri, kerana sering dianggap bahasa `Arab adalah payah. Sebenarnya menguasai bahasa `Arab adalah kunci bagi keilmuan Islam.
Sekian.

No comments:

Post a Comment