January 7, 2019

DUKACITA PERLETAKAN JAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE XV


DUKACITA PERLETAKAN JAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE XV
(Fikrah Bangi: 110):
BBB, 01 Jamadil-Awwal 1440H. = 07 Januari  2019M. (Isnin):
Berita yang didengar malam tadi melalui media letronak disahkan pagi ini dengan tersiarnya berita berkenaan  di dalam berbagai akhbar, bahawa Sultan Muhammad V umum perletakan jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 15 berkuat kuasa semalam. Ini adalah merupakan pertama dalam sejarah Malaysia. Baginda telah ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah pada 13 Disember 2016. Baginda dikatakan kembali berkhidmat selepas menamatkan cuti dua bulan berakhir pada 31 Disember 2018. Sebenarnya semasa percutian Baginda ada kedengaran  khabar angin tentang perletakan jawatan, tetapi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menyatakan ketika ditanya wartawan, bahawa beliau tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan yang dirumourskan itu.
Berita yang diterima secara mengejut ini mendukacitakan rakyat Malaysia. Semasa pemerintahan, Baginda membawa imej  dan integriti yang tinggi. Baginda dilihat sebagai seorang yang kuat berpegang dengan agama Islam dan berita sering  memaparkan Baginda sering turun bersolat Juma`at di masjid-masjid bersama rakyat tanpa terikat dengan protokol. Baginda dilihat sebagai seorang yang cergas dan segak.
Baginda mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.
Dengan perletakan jawatan Baginda kembali memerintah Kelantan.
Apa yang menjadi tandatanya bagi rakyat jelata, ``Mengapa Baginda bertindak meletakkan jawatan ? Tentu ada sebabnya. Rakyat mengharapkan ada penjelasan yang memuaskan.
Daulat Tuanku. Selamat kembali memerintah Kelantan. Didoakan Tuanku sentiasa di dalam pemeliharaan Allah. Amin.
Sekian.

January 6, 2019

ISU PEMECATAN IMAM DI PERLIS, PERSOALAN TERSEMBUNYI MAKIN JELAS


ISU PEMECATAN IMAM DI PERLIS, PERSOALAN TERSEMBUNYI MAKIN JELAS
(Fikrah Bangi, 109),
BBB, 29 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 06 Januari 2019M. (AHAD):
Isu mengenai pemecatan 25 imam  di masjid-masjid di Perlis mengejutkan, terutama di kalangan orang Islam. Dikatakan pemecatan semata-mata kerana mereka telah tamat tempoh – melebihi 60 tahun. Tamat tempoh. (Sinar, 4 Januari 2019: 6). Penamatan bagi diganti oleh imam-imam muda, termasuk penukaran 10 imam lagi  dijangka lebih meningkatkan prestasi masjid di Perlis.
Tapi keraguan timbul, apabila berita berikutnya berhubung dengan maklumat 2,000 anak ahli kariah Masjid Umar al-Khattab Kg.  Guar, Syed Alwi menunjuk perasaan secara aman membantah penukaran Imam masjid mereka dan menuduh pihak  Mufti Perlis berbohong dan pengecut. (BH, 6.1.2019: 16).
Sebenarnya sebelum mendapat berita terbaru pagi ini, padaSabtu malam tadi Penulis di Masjid Al-Umm mendengar dan berbincang dengan Ustaz Ghazali  Nawawi, mantan profesor di Universiti Islam Antarabangsa yang baru pulang dari Perlis (4 Januari 2019) berdakwah di sana bersama dengan jama`ah Tabligh lebih dari seminggu. Beliau memaklumkan tentang kekacauan di masjid-masjid yang dikunjungi. Katanya setengah masjid, imam tak datang. Jama`ah yang datang tak sampai sebaris. Ada yang solat tak baca bismillah secara terang dan solat berakhir begitu saja tanpa wirid dan do`a, manakala waktu subuh ada yang berqunut dan ada yang tidak. Solat diibaratkan sebagai kering dan kehilangan roh ! Kata Ustaz Ghazali, ``Pengimarahan jama`ah di masjid-masjid kita di Selangor, khususnya di Bangi jauh lebih baik dan teratur berbanding dengan Perlis dan beberapa negeri yang lain.
Penulis bertanya Ustaz Ghazali berhubung dengan pemecatan 25 imam itu. Beliau menyatakan bukan kerana umur  semata-mata, tetapi oleh kerana mereka (imam-imam) tidak menurut arahan pihak berkuasa agar menurut ibadat solat kePerlisan !  `` Bermaksud, mereka mengamalkan kaedah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah seperti di Selangor dan negeri-negeri lain  menurut  Mazhab Shafie. Mereka berwirid dan berdo`a selepas setiap solat. Mereka membaca qunut. Mereka membaca `Bismillah` secara terang (tidak senyap) dalam solat. Mereka juga bertahlil dan baca Yasin, misalnya pada malam Juma`at. Menurut Ustaz Ghazali perkara-perkara di atas tiada larangan dalam Qur`an dan Hadith, jika pun tidak wajib, mereka mendapat pahala, contoh berwirid, berdo`a dan membaca Yasin.
Pagi ini berita-berita yang dibawa di dalam akhbar-akhbar Mingguan Malaysia, Berita Harian (Ahad) dan Sinar makin jelas kedudukannya. Misalnya.
Imam-imam yang tamat tempoh kontreknya hanya 10 orang, bukannya 25 orang. Ini bermakna 15 orang daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, secara kasarnya `dipecat`.  Ini bererti isu umur bukan dominan.
Ada dikatakan permasalahan adalah disebabkan elaun yang sebenarnya bukan isu.
Penunjuk perasaan secara aman bukan hanya dilakukan oleh ahli  jama`ah Masjid Umar ibn al-Khattab (2,000 orang) secara aman, tetapi dilakukan oleh `10 buah masjid yang selama ini tidak dihighlighted kan. Ini mencerminkan rasa tidak puashati dikalangan jamaah begitu tinggi. Mereka mau beramal ibadat, khususnya solat  seperti di negeri-negeri lain di Malaysia. Ini perlu diambil perhatian oleh Mufti, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis sendiri.
Sebenarnya Mufti, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang berpihak kepada `Amalan Ibadat Keperlisan` (akan dihurai kelak), dengan institusi keagaman yang ada padanya, gagal menyekat arus dan pengaruh pengajian Islam yang dipelajari,  termasuk pelajar-pelajar dari Perlis di luar Perlis seperti di universiti-universiti, khususnya berjenama Islam, kolej-kolej, sekolah agama, tahfiz-tahfiz  dan pengajian-pengajian di masjid-masjid dan surau-surau di negara ini – juga luar negara. Sebenarnya perkembangan ini baik bagi negeri Perlis bagi menyatukan pengajian dan kaedah beribadat di Malaysia secara sepadu dan tidak bercelaru.
Tetapi kita mau melihat sejauhmana Perlis mau mempertahankan amalan `Islam Keperlisan` dan lebih baik pihak Negeri Perlis memberi huraian dan penerangan  secara akar umbi dan detail kepada rakyat, khususnya muslimin dan muslimat di Malaysia. Lebih elok diadakan dialog, seminar dan persidangan  yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang-bidang berkenaan.
Sekian.

January 5, 2019

SURAU AL-IKHLAS MAKIN DIPERBESARKAN


SURAU AL-IKHLAS MAKIN  DIPERBESARKAN
(Fikrah Bangi: 108),
BBB,  28 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 05 Januari 2019M. (Sabtu):


Surau Al-Ikhlas yang memulakan Solat Juma`at pada 4 Januari 2019 adalah surau yang dibangunkan oleh Pemaju (PKNS) yang membangunkan kawasan 4 Tambahan. Kawasan Empat Tambahan ini  diabangunkan selepas dibangunkan rangkaian kedai,  warung-warung  dan rumah-rumah pangsa di Seksyen 16, sebelum dibangunkan Seksyen 7. Kawasan Seksyen 4 Tambahan adalah perluasan dari Seksyen 4. Bersama perumahan kediaman dan 6 deret kedai 4 Tambahan turut disediakan oleh PKNS bagi penduduk sebuah surau kecil di pinggir bukit dihujung  dan di belakang kawasan komersil. Kos semasa bagi surau berkenaan menurut harga semasa dijangka RM200,000 pada penghujung 1990an. Dan Surau Al-Ikhlas menurut Tuan Haji Zakaria Pengerusi pertama bagi Surau Al-Ikhlas mula digunakan pada tahun 2000.
Sejak dari penggunaannya beberapa Pengerusi telah bertukar ganti dan jawaeankuasa mentadbirkan Surau Al-Ikhlad bermula sebagaimana dikatakan  dari Tuan Haji Zakaria  seorang pekerja di UPM. Selepas Haji Zakaria digantikan oleh TuanHaji Abdul Rahim, kemudian Tuan Haji Zakaria memimpin kembali, diikuti oleh Haji Othman dan kini Tuan Haji Aminuddin bin Abdul Samad. Oleh kerana Haji Aminuddin berada di luar negara, maka jawatannya kini dipangku oleh Tuan Haji Yahya bin Abdul Shukur.
Menurut Tuan Haji Yahya, oleh kerana berlaku pertambahan penduduk, maka bangunan Surau A-Ikhlas terpaksa dibesarkan dan sehingga kini cost pembesaran lebih kurang satu juta ringgit.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Yahya menyebut, `` Dengan pertambahan penduduk dan pembesaran surau, maka jawatankuasa mencadangkan agar dipohon keizinan dari pihak JAIS kebenaran mendirikan Juma`at atas alasan penduduk makin ramai dan murid-murid dan pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan  dapat menunaikan solat Juma`at secara lebih dekat. Menurut Tuan Haji Yahya, permohonan permulaan tidak diluluskan sehingga dalam tahun 2018 tiga kali permohonan terpaksa dibuat dan al-hamdulillah akhirnya permohonan diluluskan.
Menurut Tuan Haji Yahya, kehadiran jama`ah pada setiap waktu adalah memuaskan.  Pada setiap waktu terdapat tiga saf yang  berjumlah lebih kurang 200 orang. Adalah diharapkan surau yang kini boleh memuatkan 1,500 orang itu terus didatangi jama`ah secara berterusan.
Satu perkembangan yang baik, pihak Surau mendirikan bangunan Sekokah Agama dua tingkat. Ini memberi peluang kepada anak-anak mempelajari ilmu agama lebih dekat dan tidak perlu lagi berulang alik ke sekolah agama yang agak jauh.
Dalam ucapannya Tuan Haji Yahya menyebut pihak surau dan sekolah memerlukan derma jama`ah dan orang ramai diharap meneruskan derma bagi membiayai kos operasi  Surau Al-Ikhlas dan juga pentadbiran  bagi sekolah agama berdekatan.
Khutbah Juma`ay bagi kali pertama di Surau Al-Ikhlas ini disampaikan oleh Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir  PAID. Tajuk khutbah pada hari ini ialah berkenaan Perubahan Masa dan  Azam Baru Sempena Dengan Tahun Baru 2019. Setiap orang perlu menilai sejauh mana pengisian yang dapat dibuat pada tahun 2018. Sewajarnya hasrat dan azam baru yang lebih baik ditanam. Usaha pengisian perlu lebih dipertingkatkan dengan amalan-amalan kebajikan dan lebih mendekati diri dengan Allah.
Selepas Solat Juma`at, para jemutan khas diraikan dengan makan tengahari di ruang bangunan sekolah dan diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersejarah Surau Al-Ikhlas.
Sekian.

January 4, 2019

SURAU AL-IKHLAS 4 TAMBAHAN MULAKAN SOLAT JUMA`AT


SURAU AL-IKHLAS 4 TAMBAHAN MULAKAN SOLAT JUMA`AT
(Fikrah Bangi: 107),
BBB, 27 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 04 Januari 2019M. (Juma`at):



Surau Al-Ikhlas, 4 Tambahan Bandar Baru Bangi mendapat keizinan dari pihak JAIS mendirikan solat Juma`at  di surau itu mulai hari ini. Sebelum ini penduduk lelaki  dari kawasan 4 Tambahan menunaikan Juma`at  di surau yang dibenarkan mendirikan solat Juma`at  ialah sama ada di Surau Al-Kauthar atau Surau Bangi Perdana yang juga mendapat kebenaran mendirikan solat Juma`at. Alasan Surau Al-Ikhlas  wajar didirikan solat Juma`at  oleh kerana kedua-dua surau di atas adalah jauh, terutama bagi anak-anak sekolah menengah dan rendah untuk pergi bersolat Juma`at  di ke dua-dua surau berkenaan. Surau Al-Ikhlas adalah lebih dekat dengan kedua-dua sekolah di Seksyen empat itu. Untuk ke masjid yang paling dekat ialah Masjid Al-Umm. Lagi pula pada masa ini penduduk BBB makin bertambah dan kedua-dua surau di atas tidak mampu menampung kehadiran jama`ah.
Menurut surat dari PAID bertarikh 23 Oktober 2016 bersamaan 14 Safar 1440, bahawa MAIS melalui mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) Bil. 4/2018 yang bersidang pada 22 Oktober 2018 menentukan Persempadanan Kariah Masjid Al-Umm mulai berkuatkuasa 24 Oktober 2018 sebagaimana peta yang diedarkan yang mengandungi di bawah Persempadanan bagi Masjid Al-Umm ialah sebanyak 23 buahsurau dan Surau Al-Ikhlas yang tersenarai Bil 2 bernombor daftar (124) adalah termasuk di bawah zon Masjid Al-Umm.Selaku Nazir bagi Masjid Al-Umm yang Surau Al-Ikhlas di bawah Masjid Al-Umm, maka pihak Nazir telah menghantar surat mengucapkan `Tahniah` kepada Surau Al-Ikhlas  kerana mendapat keizinan mendirikan solat Juma`at. Pihak Surau Al-Ikhlas telah menghantar surat jemputan kepada Nazir untuk sama menghadiri dan menunaikan Solat Juma`at pertama di Surau Al-Ikhlas. Dimaklumkan Khatib Pertama yang akan menyampaikan khutbah di Surau Al-Ikhlas ialah Sahibus sa`adah Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir di PAID. Pihak Nazir menjawab insya Allah akan menyertai solat Juma`at berkenaan.


Hadir pada acara perasmian permulaan Surau alIkhlas mendirikan solat Juma`at ialah Orang Besar Daerah Dato` Ungku Maha Bijaya Orang Kaya Ungku Abdul Jalil bin Dato` Ungku Abdul Ghani, Sahabus sa`adah Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat (PAID), Dr. Razi bin Isamail Timbalan Nazir Masjid Al-UmmTuan Haji Yahya Shukor Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas, Prof Emiratus Dato` Dr. Azlan Ghazali Mantan Naib Canselor UKM sebagai penduduk setempat, Tuan Haji Nazri Daud Pengerusi Surau Al-Kauthar, Ahli-ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas dan para jama`ah yang dijangka berjumlah seribu lima ratus orang.


Puncak dari acara yang diadakah sebelum Solat Juma`at ialah  perasmian solat Juma`at pertama dilakuklan oleh Orang Besar Daerah Orang Kaya Dato` Maha Bijaya  Dato` Abdul Jalil bin Dato` Abdul Ghani.
Selepas do`a dibacakan oleh Imam Surau Al-Ikhlas Orang Kaya Dato` Anbdul Jalil mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas yang telah berjaya mendapat keizinan dari MAIS bagi mendirikan solat Juma`at. Beliau difahamkan bahawa penduduk di Bandar Baru Bangi makin bertambah dan surau seperti Al-Kauthar tidak lagi dapat menampung pertambahan jama`ah hari Juma`at.. Pembukaan Surau Al-Ikhlas bagi solat Juma`at adalah rahmat bukan saja kepada anak-anak sekolah yang berhampiran, tetapi juga bagi penduduk dan pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga berdekatan. Dato` Orang Kaya mahu Surau Al-Ikhlas bukan saja didatangi pada hari Juma`at bagi solat Juma`at, tetapi seharusnya bagi setiap waktu.
Menurut Orang Besar Daerah itu, Surau Al-Ikhlas seharusnya bukan saja tempat ibadat secara khusus, tetapi menyeediakan program-program pendidikan berterusan bagi orang dewasa dan juga pelajar-pelajar setempat.
Orang Besar Daerah itu membawa pesan Tuanku Sultan Selangor yang mau  menjadikan masjid sebagai tempat menyatukan umat, dan bukan memecahbelahkan.
Pada puncaknya  Dato` Ungku Abdul Jalil mengungkapkan lafaz, Bismillahir-rahmanirrahim - merasmikan permulaan Solat Juma`at di Masjid Al-Ikhlas. Kemudian beliau menandatangani plag menyempurnakan perasmian, sebelum Solat Juma`at dimulakan.
Bersambung....
Sekian.

January 3, 2019

PENYAMPAIAN WATHIQAH TAULIAH KEPADA AJK MASJID AL-UMM


PENYAMPAIAN WATHIQAH TAULIAH KEPADA AJK MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi:  106),
BBB,  26 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 03 Januari 2019M. (Khamis):
Bahagian dua dari Majlis yang diadakan pada 1 Januari 2019 di Masjid Al-Umm ialah Penyampaian Wathiqah Tauliah dari MAIS kepada Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh Ahli Kariah Masjid Al-Umm pada 10 November 2018 yang lalu.
Sebelum penyampaian tauliah Dr, Mohd Razi bin Ismail dijemput menyampaikan ucapan selaku Timbalan Nazir. Beliau mengucap terima kasih di atas peluang yang diberi. Menurutnya beliau tidak menyangka untuk dipilih sebagai Timbalan Nazir. Walau bagaimana amanah yang diberi insya Allah akan ditunaikan sebaik mungkin. Beliau menyebut bahawa beliau adalah berkhidmat di UPM dan menetap di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Beliau adalah dari Surau Al-Ikhlas yang baru diberi tauliah bagi mendirikan Juma`at dan akan memulakan Juma`at pada 4 Januari nanti. Beliau pernah berkhidmat dengan Surau Al-Kauthar sekitar 2008-2013, pada masa itu menurutnya Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)  sering datang mengajar di Surau Al-Ikhlas. Beliau juga terlibat pada peringkat mutakhir di Masjid Al-Hasanah. Secara merendah diri beliau menyatakan, peranannya tidaklah sama dengan Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang telah berjaya membina Masjid Al-Umm yang begini indah. Beliau akan berusaha membantu Nazir melaksanakan tanggungjawab terhadap Masjid Al-Umm. – Insya Allah.
Sebelum penyampaian Wathiqah Tauliah, Penulis selaku Nazir yang baru dilantik mengucap tahniah kepada pegawai, kakitangan dan ahli-ahli Jawatankuasa yang baru dilantik. Wathiqah yang akan disampaikan pada pagi ini adalah telah diterima dalam majlis Pertemuan Nazir-Nazir  (Pemilihan nazir diumumkan dalam majlis itu) yang diadakan di PAID pada 27 Disember 2018.
Penulis memaklumkan, berikut dari pertemuan ini kita akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali. Sebuah lagi mesyuarat diadakan dengan pengerusi-pengerusi dan setiausaha-setiausaha surau-surau di bawah Masjid Al-Umm yang berjumlah 23 buah itu. Mesyuarat ini mungkin diadakan tiga bulan sekali bagi membincagkan apakah pendekatan dan program-program yang akan disusun bagi meningkatkan kualiti masjid bersama surau-surau baik dari segi ibadat, dakwah, pengajian dan kemasyarakatan, juga hubungan pentadbiran antara PAID, masjid dan surau-surau. Kita mau  masjid dan surau-surau sama meningkat dari segi kualiti dan kegiatan-kegiatan dalam bidang-bidang yang disebutkan. Adalah diharapkan melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan kita akan dapat menjanakan fikiran-fikiran bernas bagi dilaksanakan bagi kepentingan masjid dan surau-surau.
Berikut dari itu Wathiqah Tauliah disampaikan oleh Nazir kepada ahli-ahli yang dilantik. Mereka ialah:
1)      A. Mohd Rahmat bin Abdul Halif (Imam)
2)      Muhammad Ghazie Najmuddeen bin  Surhatman (Imam)
3)      Haji Che Omar bin Dali (Bilal)
4)      Ahmad Munawar bin Razali (Bilal)
5)      Mohd Kamaruzaman bin Marwan (Siak)
6)      Nurmi Hisham bin Mat Nor (Siak)
7)      Dr. Mohd Razi bin Ismail (Timbalan Nazir)
8)      Ah. Feizal Husni bin Arshad (Setiausaha)
9)      Muhamad Fadzli bin Muhammad Amin (Penolong Setiausaha)
10)   Haji Nazri bin Daud (Bendahari)
11)   Abdul Karim bin Mohd Sarif (Timbalan Bendahari)
12)   Azni bin Othman (AJK)
13)   Haji Ishak bin Arshad (AJK)
14)   Dr. Amran bin Abd. Majid (AJK)
15)   Dato` Dr. Mohd Wahid bin Samsudin (AJK)
16)   Siti Khadijah bt. Imam Supaat (AJK)
17)   Hjh Kamariah bt. Yusof (AJK)
18)   Muaz bin Muhammad Hamid (AJK)
19)   Datin Siti Muhibah bt. Haji Nor (AJK)
20)   Wan Zaidah bt. Wan Abdullah (AJK)
21)   Wan Zailan bin Wan Omar (Pemeriksa Kira-kira)
22)   Ishak bin Fateh  (Pemeriksa Kira-kira)
23)   Dr. Shafie Abu Bakar – Nazir  (disampaikan oleh Timbalan Nazir).
Selepas itu diadakan majlis bergambar dan dikuti dengan jamuan tengahari.
Sekian.

January 2, 2019

WARQAH PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID AL-UMM


WARQAH  PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 105):
BBB,  25 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 02 Januari 2019M. (Rabu):
Majlis pada pagi Selasa 1 Januari 2019 bertempat di Ruang Utama Masjid Al-Umm, ialah bagi merai dan menghargai jasa dan sumbangan Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang tamat tempohnya kelmarin (31 Disember 2018) dan juga bagi mengalu-ngalukan kehadiran Jawatankuasa Baru dan menyampaikan Wathiqah Perlantikan kepada mereka yang mulai bertugas pada 1 Januari 2019.
Mereka yang dirai  dan disampaikan warqah penghargaan ialah:
1)      Prof. Dr. Abdul Razak bin Hamdan
2)      Haji Mohd Suib bin Maulud
3)      Haji Mohd Nor bin Haji Mohd Yasin
4)      Haji Ahmad bin Haji Hasbullah
5)      Haji Mohd Kalok bin A. Latiff
6)      Dr. Haji Tajul Ariffin bin Noordin
7)      Haji Abdul Rahman bin Daud
8)      Haji Ghazali bin Hussain  (meniggal 4.5.2017)
9)      Haji Hussin bin Yunos
10)   Haji Ahmad Sufie bin Munasir
11)   Haji Mohd Ghazali bin Abbas
12)   Dr. Mohd Sobri bin Haron
13)   Haji Mohd Annuar bin Haji Nordin
14)   Dr. Siti Saudah binti Haji Hassan.
Manakala mereka yang dipilih dalam Mesyuarat Agung pada 10 Oktober 2018 dan meneruskan tugas tidak diberi Warqah Penghargaan. Mereka ialah Dr. Shafie Abu Bakar, Ir. Haji Ishak bin Haji Arshad, Dr. Amran bin Abdul Majid dan  Datuk Dr. Wahid bin Samsudin. Sebakliknya kepada mereka diberi Wathiqah Perlantikan).
Selepas Ir. Ishak bin Haji Arshad selaku Pengerusi Teknikal dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm berucap, Penulis sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm (sehingga 31.12.2018) berucap dengan melahirkan rasa syukur terhadap Allah dan berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat hadir ke  majlis yang amat sederhana, tetapi amat bermakna. Sesungguhnya antara tuan-tuan menjadi ahli jawatankuasa sejak penubuhan jawatankuasa permulaan iaitu pada 4 Februari 2010 dan berterusan hingga 31.12.2018.
Pada hakikatnya majlis yang diadakan tidak sepadan dengan jasa semua ahli jawatankuasa yang dengan ikhlas telah berkhidmat secara sukarela menggunakan masa, tenaga, fikiran, bahkan kewangan bagi membina Masjid Al-Umm. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di sisiNya kerana melakukan kerja yang paling mulia, iaitu membina `Rumah Allah`.
Banyak halangan yang ditempoh bersama seperti kesukaran bagi mendapat CPC (14.12.2017) hingga masjid dapat digunakan pada 16. 12. 2017. Kesukaran bagi mendapat dana.Usaha mendapat kelulusan plan yang akhirnya diperolehi pada 4 Disember 2013 yang membolehkan pembinaan dimulakan pada 10 Disember 2013. Usaha mendapat CCC  yang akhirnya mendapat kelulusan pada 4 Oktober 2018. Kemudian barulah masjid didaftarkan pada 10.10.2018 dan penyerahan secara simbolik dilakukan oleh pihak JAIS-MAIS pada 11.10.2018 yang pada keesokannya, iaitu pada 12.10.2018 buat pertama dan permulaan Jumaat didirikan di Masjid Al-Umm. Kini segala kesukaran yang ditempoh adalah menjadi kemanisan dalam perjuangan bersama bagi menyiapkan Masjid Al-Umm. Sesungguhnya tiada yang lebih mesra dan bahagia hati kita dari melihat siapnya Masjid Al-Umm yang tersergam indah dan mula dimarahkan.
Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dari individu, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Negeri Selangor, Bank Muamalat, dan bank-bank yang lain, pejabat-pejabat dan agensi-agensi yang sama berperanan  berusaha bagi menjayakan pembinaan Masjid Al-Umm.Semoga Allah memberkati segala usaha dan jasa Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Berikutnya Warqah Penghargaan disampaikan oleh Pengerusi kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sekian.

January 1, 2019

MENERIMA TANGGUNGJAWAB AMANAH JAMA`AH


MENERIMA TANGGUNGJAWAB AMANAH JAMA`AH
(Fikrah Bangi: 104),
BBB, 24 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 01 Januari 2019):
Walaupun berita-berita dalam media cetak pada pagi ini tidak menggalakkan seperti ibu-bapa kehilangan tiga anak serentak di Pantai  Sura, Dungan – Daerah asal Penulis, penangguhan penurunan harga petrol dan kebimbangan umum terhadap kenaikan harga barang, misalnya akhbar The Star naik 30 sen daripada harga asal RM1.30, tetapi bagi kami menerima tahun baru dengan optimis dan berazam untuk memberi khidmat terbaik ke hujung usia tersisa.


Pada hari ini semua masjid di negeri Selangor, termasuk di Hulu Langat  yang berjumlah 52 masjid menerima pentadbiran baru yang kebanyakannya juga menerima Nazir baru. Keadaan yang sama berlaku kepada Masjid Al-Umm, bahkan mulai dari 1 Januari 2019 ini  buat pertama kali Masjid Al-Umm menerima perlantikan pegawai dan jawatankuasa pentadbiran dan pengimarahan.  Demikian juga adalah perlantikan Ahli Kariah bagi surau-surau di bawah zon Masjid Al-Umm. Wathiqah perlantikan Nazir-Nazir telah dilakukan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat  (PAID) pada Khamis 27 Disember 2018 bersamaan 19 Rabi`ul-Akhir 1440 dan pada hari ini berlaku dua peristiwa bersejarah bagi Masjid Al-Umm.


Pertama Menyampaikan Warqah Pernghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Al-Umm yang telah tamat tempohnya pada 31 Disember 2018 seramai 14 orang.
Kedua Penyampaian Wathiqah perlantikan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Al-Umm  (23 orang) dan Ahli Kariah Masjid Al-Umm (akan dijemput kemudian) yang memulakan tugas dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021.


Untuk itu kedua-dua ahli jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan Pegawai dan Jawatankuasa  Pentadbiran dan Pengimarahan baru dijemput ke  majlis sederhana diadakan pada pagi ini di Masjid Al-Umm bagi meraikan mereka semua. Al-Hamdulillah kehadiran kedua-dua jawatankuasa amat memuaskan. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini bertempat di Ruang Solat Utama masjid. Para hadirin duduk bersila di atas carpet. Majlis bermula dengan bacaan doa`1 oleh Imam Satu Imam Rahmat dan majlis dikendalikan saudara Ah Feisal Setiausaha Pegawai dan Jawatankuasa yang baru dilantik.


Selepas do`a, oleh kerana sebahagian jawatankuasa, terutama yang baru dilantik tidak dikenali, maka aturcara pertama ialah `Ta`aruf` di kalangan ahli. Untuk itu seorang demi seorang memperkenalkan diri masing-masing bermula dari kalangan muslimin yang berjumlah yang hadir 30 orang, kemudian kalangan muslimat pula memperkenalkan diri masing-masing – seramai 4 orang..
Majlis bermula dengan pengerusi menjemput Timnalan Pengerusi Ir. Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad berucap. Beliau yang juga Bekas Pengerusi Teknikal Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm melahirkan kesyukuran kepada Allah sehingga kini, bangunan fizikal Masjid Al-Umm telah siap sepenuhnya, kecuali beberapa perkara yang berhubung dengan kerosakan kecil yang perlu dibaiki oleh kontrektor. Kita memegang 5% wang jaminan yang perlu mereka baiki segala kerosakan sebelum wang dapat dilepaskan. Berhubung dengan lift, kita telah bayar semua tuntutan berhubung dengannya, tetapi lesen penggunaan loft telah tamat tempoh dan kita perlu memperbaharuinya dan  permohonan sedang dibuat.


Menurut Tuan Haji Ishak, untuk masa akan datang kita perlu membuat pembaikan. Misalnya jalan masuk ke bangunan masjid pada bahagian kiri kanan jalan begitu terbuka, kita perlu membuat sekatan untuk mengelak dari kemasukan kucing, bahkan anjing. Walau bagaimana sekarang kita sudah menggunakan khidmat pengawal dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Jadi soal keselamatan adalah terkawal. Menurutnya kita menghadapi masalah parkir yang tidak kecukupan, terutama bagi hari Juma`at. Menurutnya kita berusaha untuk menambak bahu jalan rintis TNB dengan batu kathran yang mungkin mendapat kerjasama dari MPKj. Sebagai tambahan apa-apa masalah berhubung dengan teknikal akan diteruskan oleh Tuan Haji Ishak, kerana beliau dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Pentadbiran yang baru.
Bersambung ...
Sekian.