May 14, 2019

ANTARA PH DAN PERTAHAN NILAI BUDAYA


ANTARA PH DAN PERTAHAN NILAI-BUDAYA
(Fikrah Bangi 224),
BBB, 09 Ramadhan 1440H. = 14 Mei 2019M. (Selasa).
Kemenangan PH, antaranya dapat dilihat kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Penduduk Malaysia adalah terdiri dari 65% Melayu dan selebihnya bukan Melayu. Orang Cina dapat diambil kesimpulan mereka adalah penyokong Dap, baik Dap secara bersendirian atau berada di dalam PH. Contoh kemenangan kerusi parlimen Sandakan pada Sabtu 11 Mei 2019. Bagi orang Cina melihat Dap adalah parti yang membela orang Cina, walaupun Dap dari segi ideologinya bukan untuk satu kaum. Hingga sekarang Dap masih dilihat parti orang Cina. Keberadaannya di dalam PH mengukuhkan parti itu yang dapat sokongan hampir solid dari orang Cina. Bagi orang India mereka menyokong PH melalui saluran PKR yang parti itu adalah satu-satunya parti bagi semua kaum. India lebih menyokong PH , walaupun masih ada yang setia dengan MIC di dalam BN.
Bagi orang Melayu ada kerencaman. Melayu adalah kaum yang kukuh dengan pegangan nilai – maksud di sini adalah agama Islam dan juga kukuh dengan nilai budaya, termasuk kesetiaan pada raja dan kukuh berpegang pada adat istiadat. Dua elemen di atas  dilihat sebagai survival bagi Melayu.
Ketika PH menggerakkan kempen  dengan menggunakan media baru yang digerakkan oleh kalangan muda PH. Melayu di bandar dan yang kebanyakan di pantai Barat Semenanjung yang dianggap terbuka dan boleh berubah, berubah pendirian dengan isu yang dimainkan oleh PH seperti GST, IMDB, janji-janji yang memikat seperti hapus GST, hapus tol, hapus PTPTM, turun harga minyak, mengurangkan pengangguran dan berbagai janji lagi, masyarakat Melayu di Pantai Barat Semenanjung yang terlebih terdedah dengan berbagai maklumat, terutama kalangan generasi muda sanggup mengubah haluan sokongan kepada PH. Sebagai contoh, bahawa sesuatu yang luar dugaan bahawa Bangi yang dibina sekian lama bagi mengukuh Pas dan dapat dikatakan Bangi adalah tempat terkuat Pas menerima kekalahan baik pada peringkat Parlimen dan DUN (Sungai Ramal) kecuali di DUN Sijangkang. Perubahan tidak ketara berlaku sebelum pilihanraya, mereka secara senyap membuat perubahan. Ini bukan saja berlaku di Bangi, tetapi seluruh Selangor. Sokongan yang diterima Pas sebelumnya dengan mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, akhirnya pada pilihanraya ke 14 hanya mampu mengekalkan satu sahaja kerusi. Kemerosotan undi Melayu terhadap Pas berlaku juga di negeri-negeri yang lain.
Bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan negeri yang kuat dengan nilai dan tradisi Melayu, mereka lebih membuat pertimbangan dari segi nilai. PH tidak mungkin memberi perhatian terhadap Islam melebihi dari Pas yang selama ini telah terbukti komitmen mereka. Mereka tidak percaya yang didominasi oleh bukan Melayu, sanggup untuk membela dan menegakkan nilai budaya Melayu. Contoh seperti kesetiaan pada Raja, mengamalkan budaya Melayu sebagaimana dinikmati selama ini bersama masyarakat Melayu, hidup di dalam kekeluargaan Melayu yang harmoni. Mereka juga tidak percaya PH akan membela, mendukung dan memperkembangkan bahasa Melayu sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Pada masa itu masyarakat Melayu bernilai Islam dan berciri budaya Mekayu Islam tidak dapat dinikmati seperti selama ini seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Pahang. Lantaran itu pilihan terbaik bukan pada PH, tetapi pada Pas atau sekurang-kurangnya berbudaya Melayu Islam sebagaimana juga  dipilih oleh Pahang dan Perlis.
Selain dari adanya tindakan positif dari PH seperti memerangi rasuah, tetapi ketakutan mereka kepada yang mengancam nilai pegangan dan budaya serta bahasa sebenarnya berlaku. Mereka berkubu dengan kekuatan nilai pegangan, adat dan budaya Melayu-Islam mereka.
Sekian.

May 13, 2019

NAMA CERMINAN PERJUANGAN


NAMA CERMINAN PERJUANGAN
(Fikrah Bangi: 223)’
BBB, 08 Ramadhan 1440H. – 13 Mei 2019M. (Isnin).
Nama, khususnya bagi sesebuah parti adalah mencerminkan  wadah dan arah perjuangan sesebuah parti. Umno yang nama asalnya Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) ditubuhkan pada tahun 1946 itu bertujuan menyatukan berbagai persatuan Melayu pada masa itu  bagi perjuangan politik Melayu yang bermula dari bantahan terhadap Malayan Union. Model menyatukan ini dilakukan dan menyatukan Umno, Mca dan Mic yang kemudian disatukan lagi ke dalam jenama yang dikenali dengan Barisan Nasional (BN). Jenama ini terus kekal hingga kini sebagai wadah perjuangan ketiga kaum itu yang kemudian disertai oleh berbagai parti lagi. Pandangan jauh terutama Tunku Abdul Rahman patut dipuji, kerana dari pendekatan yang dibuat bersama-sama dengan pimpinan yang lain mengekalkan pemerintahan BN (sebelumnya Perikatan) kekal memerintah secara damai melebihi dari 60tahun,. Pas sebuah lagi parti tertua di Malaysia ditubuh pada 1951 itu adalah mengambil wadah dan berideologiperjuangan keislaman, lantaran pada pendapat parti itu Umno dan BN tidak memberi penekanan terhadap Islam. Tokoh yang dikaitkan dengan parti ini pada peringkat awal ialah seperti Dr. Burhanuddin Hilmi dan Zulkifli Muhammad. Manakala sebuah lagi parti yang tertubuh berikut dari penubuhan Malaysia ialah Demokrat Action Parti (DAP) yang demokratik sebagai ideologi dan perjuangan parti. Ada beberapa parti yang lain yang sama berjuang mengisi kemerdekan, tetapi tidak begitu menonjol ialah seperti Parti Sosialis Malaya yang memperjuangkan ideologi sosialis. Parti ini dianggap kiri. Parti Rakyat juga adalah parti yang seiring dengan Parti Sosialis, tetapi tidak aktif. Parti ini juga dianggap kiri. Sebuah lagi parti ialah parti Komunis Malaya  tertubuh sejak zaman Jepun bagi melawan Jepun dan British  diketuai oleh Cheng Peng, tetapi perjuangan parti ini tidak diiktiraf.
Parti-parti yang lain adalah baharu, termasuk yang terkini, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tertubuh pada 1999 itu pada asalnya ialah bagi memperjuangkan kebebasan Anwar dari Penjara. Parti ini memperjuangkan keadilan rakyat dan bersifat radikal. Manakala parti AMANAH yang ditubuh pada 2015 adalah merupakan belahan dari Pas  yang keluar dan bersama menubuhkan PH menjelang pilihanraya ke 14.
Melihat kepada PH, bahawa polanya adalah mengambil pola BN, bahkan antaranya menggantikan  tempat bagi yang lain sepatutnya mengambil tempat itu, seperti Amanah mengambil peranan Pas yang enggan menyerta penubuhan PH. Amahah yang merupakan belahan dari Pas itu mengambil tempat yang sepatutnya diisi Pas. Peranan Amanah yang membawa imej keislaman bergerak di atas landasan Islam, walaupun dapat dipersoalkan peranan keislamannya. Parti Bumiputra Bersatu yang menjadi sebahagian daripad PH seolah-olah mengambil peranan Umno, bagi menarik sokongan orang yang menyokong Umno = Bumiputra.
Pokok persoalan yang utama yang mau ditimbul dan dibincangkan, bahawa jika pola PH adalah sebagai mengambil pola BN dan BN sejak lebih setengah abad yang lalu berjaya menyatukan kaum-kaum di negara ini secara harmoni dan memperjuangkan kemerdekaan tanahair bahkan meneruskan kepada pengisian kemerdekaan,  seterusnya  memajukan negara ini hingga ke pilihanraya ke 14. Dalam masa tersebut MCA dan MIC dan kemudian diikuti parti-parti yang lain hingga sejumlah 14 parti dapat dikendalikan dengan baik dan harmoni, apakah PH yang mengambil pola BN itu mampu mengikut, bahkan memimpin rakyat lebih baik dari apa yang ditunjukkan oleh BN  selama ini ?
Ada persamaan, kelainan arah dan percanggahan yang dapat dilihat di dalam PH yang akan menjadi topik perbincangan akan datang, termasuk yang di luar dari PH.
Sekian.

May 12, 2019

KEJUTAN PERMULAAN DAN SUSULAN KUKUHKAN PH


KEJUTAN PERMULAAN DAN SUSULAN KUKUHKAN PH
(Fikrah Bangi: 222),
BBB: 07 Ramadhan 1440H. = 12 Mei 2019M. (Ahad).
Jika diibaratkan kemenangan PH pada pilihanraya ke 14 sebagai gempa utama yang mengejutkan yang mengakibatkan keruntuhan pemerintahan BN, maka berikut dari gempa pertama, berlaku gempa susulan yang melengkapkan keruntuhan.
Gempa susulan berlaku, kerana melihat kehaibatan kemenangan PH yang diketuai Tun Mahathir. Dengan kemenangan PH terkeluar dan mulut Tun Mahathir, bahawa Umno akan mati, dan jangan jadi macam Umno dan biarkan  PH senasib dengan Umno (Sinar, 3.12. 2018: 1 & 2). Beliau menyeru ahli-ahli Umno menyertai PH, khususnya, Bersatu. Melihat kekukuhan PH ada yang tidak tetap pendirian politik  dan mau masa depan yang leih terjamin, maka berlaku perlompatan parti.  Di luar jangkaan Dato` Seri Mustafa Muhammad Bekas Menteri Perdagangan dan dijangka sebagai MB menanti di Kelantan,mengisytihar keluar dari Umno dan menyertai Bersatu. Ini diikuti oleh Datuk Anifah Aman Bekas Menteri Luar. Berikutan dari kejutan ini berlaku pergolakan di Sabah. Sabah selama ini dianggap `deposit selamat` bagi Umno-BN, dengan pemecatan Shafie Afdal dari Menteri Pembangunan Luar Bandar oleh Najib Tun Razak, beliau telah menubuhkan Warisan dan pilihanraya ke 14 hampir mencapai kekuasaan di Sabah. Datuk Musa Aman pada asalnya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, tetapi sebahagian dari ahli Dewan dari Umno mencari peluang dan kedudukan ada yang melompat ke Warisan yang mau bekerjasama dengan PH, akibatnya Musa Aman tersingkir dari jawatan Ketua Menteri Sabah. Beliau sendiri adalah merupakan ahli Dewan Negeri dari Umno yang mengangkat sumpah terakhir sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau sendiri terpaksa menghadapi proses undang-undang. Demikian akibat tiada kukuh pendirian berlaku lompatan besar-besaran yang mengubah pemerintahan di Sabah. Mungkin ini adalah kelemahan BN di dalam mengawal ahli Dewan dari melakukan lompatan.
Exodus, tidak saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku di dalam pimpinan Umno. Datuk Seri Najib yang dilantik kembali menjadi Presiden Umno, terpaksa menarik diri dari memimpin Umno, kerana menghadapi kes-kes mahkamah Dalam Mesyuarat Agung Umno Zahid dipilih menjadi Presiden pada 30 Jun 2018 dan Mohamad Hassan sebagai Timbalan bagi mengukuhakan Umno setelah kalah dalam pilihanraya ke 14. Zahid  selepas itu juga terlibat dengan kes-kes mahkamah. Ini dilihat melemahkan kedudukan Umno. Lantaran itu  ada yang maukan beliau juga meletakkan jawatan dari Umno Pada masa itu Umno dilihat begitu lemah, sehingga ada kumpulan enam orang umno yang diketuai Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada  Zahid untuk menarik diri dari jawatan Presiden, jika tidak mereka akan keluar dari parti. Pada masa itu PH, khususnya Bersatu sedang berusaha menambahkan anggota parlimen bagi Bersatu bagi mengimbangi parti-parti lain dalam PH yang mempunyai lebih kerusi, walaupun dibantah oleh komponen lain dalam PH seperti oleh PKR dan DAP. Kumpulan Hamzah Zainuddin memang keluar dari Umno. Bukan kerana desakan mereka, tetapi memikirkan kepentingan parti Zahid menyerahkan jawatan untuk dipangku oleh Mohamad Hassan Timbalan Presiden pada 18 Disember 2018. Pada peringkat ini adalah dilihat Umno berada pada tahap yang lemah. Pada masa yang sama  dapat diibaratkan PH  berada paa peringkat berbulan madu, berada pada peringkat tinggi sokongan rakyat.  PH bagai tidak tergugat sebanyak tiga kali pilihanraya kecil di Selangor hingga kepada  pilihanraya Parlimen Port Dicksom 13 Oktober 2018 yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim, semuanya dimenanmgi oleh PH.
Pendek kata setengah tahun pertama PH memerintah, Ianya menarik sokongan negeri (Sabah) dan kemasukan ahli-ahli parti yang melomat  dan masuk PH.
Kejutan permulaan dan susulan mengukuhkan PH.
Sekian.                                                           

May 11, 2019

KABINET BARU TIDAK SUNYI DARU KEKURANGAN


KABINET BARU TIDAK SUNYI DARI KEKURANGAN
(Fikrah BangiL  221),
BBB,  06 Ramadhan 1440H. = 11 Mei 20`19M. (Sabtu).
Berikut dari kemenangan PH pada pilihanraya ke 14 (9.5.2018) dan perlantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 (Kedua baginya) pada 10.5.2018, maka tugas selanjutnya ialah memilih anggota kabinet sebaik mungkin, tetapi ianya bukan pemilihan yang mudah. Tun Mahathir terpaksa berdepan. Antaranya:
a)      Memilih mereka yang benar-benar berkelayakan bagi menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang akan dilantik
b)      Sebagai parti yang baru dan belum berpengalaman memerintah  maka sukar mendapat mereka yang benar-benar berkelayakan
c)       Pemilihan perlu mengambil kira calon-calon bagi jawatan-jawatan dari berbagai-bagai parti dan perlu diambil kira perimbangan dari berbagai parti. Pada masa itu parti-parti di dalam PH yang memenangani pilihanraya ialah PKR, Bersatu, Dap dan Amanah.
Setelah  10 hari dilantik Tun Mahathir  mengumumkan pasukan kabinet permulaan (19.5.2018) yang disifatkan oleh setengah pihak mengejutkan. Atau sebenarnya kerana masalah kurangnya mereka yang berkelayakan. Mereka adalah.
Tun  Dr Mhathir Mohamad  - Perdana Menteri
Dr. Wan Azixzah Ismail – Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Muhyiddin Yassin  - Menteri Dalam Negeri
Dr. Maszlee Malik – Menteri Pelajaran
Rina Harun – Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali – Menteri Ekonomi
Zuraida Kamaruddin = Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Lim Guan Eng –Menteri Kewangan
Anthony Loke – Menteri Pengangkitan
Govin Singh Deo – Menteri Komunikasi
M. Kulasingam – Menteri Tenaga Manusia
Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan
Salahuddin Ayub – Menteri Pertanian

Dr. Dzulkefy Ahmad – Menteri Kesihatan. (The Star, 19.5.2018: 2).
Antara kejutan yang ketara ialah pemilhan Dr. Maszlee Malik  seorang Bekas Pensyarah UIAM dalam bidang Pengajian Islam menjadi Menteri Pelajaran. Tidak ada pengalaman kerjaya  yang mengukuhkannya selain dari pensyarah. Adalah dijangka dan diharapkan bahawa Menteri Pelajaran seharusnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang pendidikan yang juga pernah menjadi Menteri Pelajaran. Pada peringkat permulaan Dr. Maszlee  tidak hati-hati dan sering mengeluarkan kenyataan yang dipersoalkan, bahkan melucukan.
Muhyiddin adalah veteren yang berpengalaman sebagai BekasTimbalan Perdana Menteri , selain dari masalah kesihatan beliau memang berpengalaman dan berkelayakan. Azmin Ali masa itu masih MB Selangor dan Lim Guan Eng adalah Bekas-Bekas Menteri Besar yang mempunyai pengalaman pentadbiran dan mengendalikan kewangan. Tambahan Menteri –menter dan juga Timbalan-timbalan dibuat secara bertahap.
Manakala yang lain , mereka yang dilantik mewakili empat parti di dalam PH itu adalah orang baru yang belum berpengalaman dan menghadapi ujian. Sebenarnya untuk kekuatan kabinet pihak PM boleh melantik professional-professional dari luar di dalam kabinet bagi mengukuhkan pentadbiran.
Sekian.

May 10, 2019

KABINET SEGERA LALUAN KEPADA TUN MAHATHIR


KABINET SEGERA LALUAN KEPADA TUN MAHATHIR
(Fikrah Bangi: 220),
BBB, 5 Ramadhan 1440H. = 10 Mei, 2019M. (Juma`at).
Kemenangan PH di luar dugaan mengalahkan BN pada pilihanraya ke 14 (9.5.2018), menipiskan peluang bagi pimpinan BN mengekalkan kuasa secara  pakatan dengan parti-parti lain, kerana jumlah kerusi yang dimenangi Umno hanyalah 48, sedangkan lawannya, misalnya PKR 50, DAP 42, Bersatu 14 dan Amanah 11. Umno tidak mungkin dapat mencari majoriti dari parti-parti lain, Umno pada masa itu belum berbaik dengan Pas, jika mengharapkan kerjasama dengan Pas, maka Pas hanya mendapat sekadar 18 kerusi, maka tidak lain bagi Umno dan BN melainkan menerima kekalahan dan bertukar menjadi pembangkang.
Kemenangan PH memerlukan tindakan segera membentuk kabinet dan kerajaan yang dikenali dengan PH itu. Dari segi parti tertinggi mendapat kerusi ialah PKR mendapat 50 kerusi. Orang yang paling layak sebagai wira perjuangan selama ini yang mengetuai parti itu ialah Anwar Ibrahim, tetapi dia masih di dalam penjara. Beliau dijangka diampun dan dilepaskan beberapa hari selepas PH berkuasa, tapi walaupun beliau dilepas, beliau bukannya ahli parlimen yang melayakkan beliau dilantik dan untuk menunggu beliau bertanding pilihanraya memakan masa. Orang yang layak selepasnya ialah Wan Azizah sebagai Presiden PKR pada masa itu. Beliau dikira lebih layak berbanding dengan Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, tetapi kerusi Bersatu yang dipimpinnya hanya 14 pada masa itu. Ketokohan Tun Mahathir dilihat tiada tandingan. Walaupun Anwar dilihat Bakal PM yang paling layak, tetapi Tun Mahathir yang  sebagai Presiden PH, dilhat tokoh berpengalaman dan paling layak menjadi PM, walaupun dalam usia yang telah lanjut.
Bagi mengatasi keadaan yang perlu kepada tindakan segera Tun Mahathir dilihat paling layak dan diberi laluan menjadi PM ke 7, dengan janji dalam tempoh terdekat beliau akan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi PM. Dalam hal ini adalah dilihat Anwar sekali lagi terlepas dari mendapat peluang keemasan yang dilihat wira yang berkedudukan paling layak. Peluang terhalang oleh keperluan teknikal. Anwar terlepas peluang menjadi PM selepas beliau dipenjara pada September 1998. Beliau mungkin akan berpeluang kali kedua  menjadi PM, jika Tun Mahathir menyerahkan jawatan PM pada bila-bila masa, tetapi significant sebagai wira telah menurun dan kurang  istimewa seorang yang menerima jawatan secara serahan berbanding dengan seorang wira yang naik dengan benar-benar wira. Kita menunggu apakah nasib seterusnya yang akan dialami Anwar dalam pergolakan politik tanahair yanh tidak menjaminkan kemenangan tetap bagi seseoranmg atau kumpulan parti.
Adalah dilihat Wan Azizah diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah sebagai kompromi, bahawa parti yang dipimpinnya adalah perti terbesar dalam PH. Ia juga dilihat sebagai jalan bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi PM setelah beliau mempunyai kelayakan sebagai ahli parlimen. Beliau menang Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 lepas. Kini adalah dalam proses menunggu. Namun secara diplomasi, Anwar masih memberi peluang kepada Tun Mahathir meneruskan jawatannya. Lagi pula Wan Azizah adalah TPM. Jika beliau menjadi PM, maka dilihat Wan Azizah tidak sesuai berada di dalam pemerintahan PM dan TPM berada di dalam satu pemerintahan. Wan Azizah juga menyatakan, jika Anwar jadi PM, beliau akan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam keadaan sekarang dapat diibaratkan sebagai `Tak kan lari gunung dikejar`. Memang gunung tidak akan lari, tetapi yang mengejar mungkin kehilangan tenaga.
Walau apapun bagi pilihanraya yang dimenangi PH itu, Tun Mahathir adalah orang yang paling utama yang mendapat peluang mencipta sejarah selaku Perdana Menteri kedua dan ketujuh bagi Ma;laysia. Wan Azizah juga mencipta nama sebagai TPM Wanita pertama di Malaysia.
Nampaknya sedang Tun Mahathir mencipta keemasan peluang, Anwar masih dalam penungguan !
Sekian.

May 9, 2019

SETAHUN BN KALAH KEPADA PH MEMERINTAH


SETAHUN BN KALAH KEPADA PH MEMERINTAH
(Fikrah Bangi: 219),
BBB: 04 Ramadhan 1440H. = 09 Mei 2019M. (Khamis).
Dengan berlangsungnya pilihanraya ke 14 pada tarikh ini dan keputusan PH  mendapat majoriti memerintah, maka pada hari ini genaplah PH memerintah. Kemenangan PH menumbangkan BN yang memerintah 62 tahun sejak kemerdekaan amat di luar dugaan. Memang dijangka BN akan merosot dari pencapaian kemenangan, tetapi dijangka tidak sampai gagal mempertahankan kerajaan. BN sendiri hingga ke pagi 9 hribulan masih percaya akan dapat mempertahankan pemerintahan dan pada peringkat terakhir (9 Mei 2018), akhbar Sinar dan Utusan masih melaporkan janji-janji gembira dubuat Najib bagi mendapat sokongan rakyat. Walau bagaimana  pada pagi 10 Mei berita menunjukkan PH menguasai majoriti. Utusan Melayu dan Sinar pada  11 Mei mencatat pada muka hadapan bahawa Tun Mahathir PM ke 7 serta mengumumkan GST dihapuskan.
BN yang memerintah selama 62 tahun sebelumnya begitu selesa. Umno dan BN sebagai kuasa yang tidak dapat digugat. Keanggotaan di dalam parti itu bagai elit dan tidak mudah bagi pemimpin baru untuk mendapat tempat di dalam parti itu. Jika ada yang berkebolehan untuk menyertai parti itu, biasanya dicantas dari peringfkat cawangan, maka yang berkuasa adalah dari kelompok yang hampir sama. Mereka mentukan arah pemerintahan tabf amat sukar digugat. Namun kelemahan parti dan pimpinan BN mulai tergugat dari dalam
Kes Al-Tuntoya mulai menjadi  isu pilihnraya ke 10 pada 1999 dan Selangor mulai menghadapi gugatan dari Barisan Alternatif Rakyat dan pada pilihanraya ke 12 beberapa negeri selain dari Pas di Kelantan dan Terengganu, maka Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, termasuk Pulau Pinang dan Perak. Ini menandakan BN makin menurun dari kekuasaan.
Melihat kepada kekalahan BN kepada PH pada pilihanraya ke 14 banyak faktor yang dapat diperturunkan. Isu yang berjaya mendapat sokongan dan kemarahan kepada BN ialah mengenai GST yang menyebabkan cukai 6% ini barang-barang meningkat mahal. Pihak BN tidak pernah membayangkan untuk menarik balik atau mengurangkan cukai berkenaan. Alasan yang selalu digunakan, bahawa pihak kerajaan mengalami kekurangan pendapatan kerana harga minyak turun dan menjejaskan hasil negara. Adalah dimainkan ungkatpan, jika tidak kerana GST negara  boleh bankrup, kerana tidak cukup bagi hasil negera.
Aspek yang tak kurang mendapat  kemarahan rakyat ialah pendedahan 1MDB yang menyebabkan pada peringkat permulaan begitu sukar difahami rakyat, bagaimana syarrikat ini berkembang melibatkan penggunaan wang negara begitu banyak oleh beberapa tokoh, kemudian melibatkan beberapa agensi dan badan-badan kewangan. Kerajaan mengalami kerugian dalam jumlah yang besar.Isu ini melindungi berita tentang projek-projek kerajaan yang besar.
Faktor penting yang bergolak di dalam kerajaan BN yang memerintah ialah perselisihan pendapat antara Perdana Menteri Dato` Seri Najib dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga beliau dipecat dari Timbalan Perdana Menteri yang membawa kepada Zahid Hamidi menggantinya, begitu juga dengan pemecatan Datuk Seri  Shafie Afdal dari  Menteri Kemajuanm Luar Bandar. Kedua-dua pemimpin ini memubuhkan parti baru  bagi menetang kerajaan , Muhyiddin dengan Parti Bumiputra Bersatu di Johor dan Shafie Afdal dengan Warisan  di Sabah.
Penentangan terhadap BN banyak dimainkan oleh golongan muda yang banyak menggunakan media baru. Biarpun mereka tidak dapat liputan dalam media letronilk dan akhbar-akhbar, tapi mereka menmggunakan internet dan sebagainya dalam menyebarkan berita.
Hingga kepada pilihanraya ke 14 media baru menguasai saluran maklumat dan berita.
Maklumat tentang PH mendapat sanjungan tinggi dari berbagai media dan penyebaran maklumat.
Faktor-faktor di atas membawa kejayaan bagi PH yang lebih dikuasai golongan muda yang membawa kekalahan bagi BN dan kemenangan kepada PH.
Sekian.

May 8, 2019

JAUHARAT AL-TAUHID AKIDAH MENDALAM


JAUHARAT AL-TAUHID `AKIDAH MENDALAM
(Fikrah Bangi: 218),
BBB,  3 Ramadhan 1440H. = 08 Mei 2019M. (Rabu).
Berbanding dengan Matan Al-Tahawi dan dengan Umm al-Barahin (Al-Sanusi), maka Matan Jauharat al-Tauhid adalah lebih lengkap dan mendalam. Matan Jauharat al-Tauhid adalah disusun di dalam bentuk puisi. Ianya dikarang oleh Syeikh Ibrahim al-Laqani yang nama penuhnya ialah Burhanuddin bin Hasan bin `Ali bin `Abdul Quddus al-Maliki al-Laqani dari Mesir. Beliau adalah belajar di Universiti Al-Azhar dan kemudian menjadi tenaga pengajar di Universiti al-Azhar dan pernah menjawat jawatan Rektor di universiti itu. Beliau tidak saja mendalam di dalam bidang akidah, tetapi turut mendalami bidang Hadith, fiqh dan tasawuf. Beliau meninggal pada 7 Safar 1041 ketika berumur 70 tahun, ketika dalam perjalanan pulang menunaikan haji di Makkah.. Beliau dikebumikan di atas tanah tinggi mendepani laut Merah.
Jauharat al-Tauhid adalah kumpulan puisi akidah yang berjumlah 143 bait. Sebagai contoh diperturunkan maksud bagi bait 9 dan 10:
Maka setiap yang ditaklif shara` wajib
Ke atasnya mengetahui apa yang wajib
Bagi Allah, harus dan mustahil
Demikian kepada Rasul berdalil.
Cohtoh lagi  bagi bait 21 dan 22 bermaksud::
Rajih pendapat iman bertambah
Dengan bertambahnya taat kepada Allah
Kurangnya dengan kurang ketaatan
Dikata pendapat  tiada pertentangan.
Kandungan Matan Jauharah ialah membicarakan tentang sifat yang wajib bagi Allah, yang mustahil dan harus. Juga sifat yang wajib bagi Rasul, mustahil dan harus. Pecahan sifat Allah kepada nafsiah, salbiah, ma`ani dan ma`nawiyah. Dibicarakan apa itu zat, sifat dan af`al. Disentuh perbedaan pendapat antara Ash`a-Maturidi. Seterusnya  dibicarakan tentang ta`alluq. Seteusnya kepada rukun-rukun iman yang lain seperti percaya kepada kitab, malaikat, Hari Kiamat  soal shafaat dan sebagainya.
Untuk lebih mendalam bagi mempelajari. Jauharat al-Tauhid ini disyarah oleh pensyarah. Antara yang terkenal dilakukan oleh Syeikh Ibrahim al-Bajuri (m. 1212H.) dengan judul Tuhfat al-Murid `ala Jawharat al-Tauhid. Sharah Tuhfat al-Murid terkenal dipelajari pelajar-pelajar pada peringkat tradisi dan pengajian tinggi.
Di  dalam bahasa Melayu (Jawi), Matan Jauharat l-Tauhid turut disyarah oleh seorang pengarang dari Sambas pada tahun 1292H. yang tidak disertakan  namanya. Kitab Sharah Matan Jauharat al-Tauhid ini membicarakan berbagai-bagai aspek akidah dan melengkapkan pembicaraan akidah. Ianya digunakan di dalam pengajian tradisi.
Huraian yang lebih mendalam dilakukan pada peringkat mutakhir oleh Haji Mujiburrahman dengan judul Jauharat al-Tauhid – Permata Ilmu Tauhid diterbitkan oleh Pustaka Jiwa Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2000). Ianya melengkapkan pembicaraan dengan bahasa yang lebih moden.
Kandungan Jauharat al-Tauhid adalah merangkumi apa yang dibicarakan di dalam Al-Tahawi dan Al-Sanusi. Ketiga-tiganya mengukuhkan akidah ASWJ.
Sekian.