November 21, 2017

WASA`IT*


BBB, 01 Rabi`al-Awwal 1439H. = 20 November 2017M. (Isnin):
Istilah seterusnya yang diberi makna ringkas oleh Al-Hujwiri ialah istilah `Was*a`it*`
Wasa*a`it ialah jama` (plural)  taksir bagi istilah ` wasat*. Satu lagi jama` taksir ba wasa*at* ialah `ausat*`.
Wasat*  adalah berasal dari akar kata, wasat*a – aus*at dan was*a`it.
Wasat* bererti pertengahan, sederhana, jalan lurus,  tidak menyimpang dan jalan betul.
Ayat  AL-Qur`an berhubung dengan istilah `was`at` bermaksud:
``Dan yang demikian itu kami jadikan kamu umat yang di tengah-tengah  (lurus) supaya kamu  menjadi penyaksian kepada manusia dan supaya Rasul menerangkan kebenaran  kepada kamu  (Al-Baqarah: 143)
Umat wasat*an  bukan bererti umat yang tidak bersungguh-sungguh, juga bukan tidak cemerlang. Ianya bermaksud berada di atas landasan yang betul dan tidak menyeleweng.
Ianya tidak bermaksud pengantara – bermaksud dengan   antara manusia dan Tuhan. Seharusnya  perhubungn adalah langsung dengan Tuhan sebagaimana berlaku di dalam solat  Ia adalah komunikasi rohani dan tidak jasmani di dalam hubungan manusia dengan  Allah.
Sebaliknya menggunakan pengantara  antara manusia dan Tuhan dan dianggap dia memberi  kejayaan boleh  menyeleweng dari segi keimanan.
Menurut Al-Hujwiri, istilah  `Wasa`it*
 Ia adalah sebab kedua yang menjadi pegangan kepada para pendamba Tuhan dan kerananya mereka mendapat keinginan mereka.
Sebab kedua ini, misalnya dengan sama`  mennjadikan jiwa mereka lebih halus dan terangkat dari lapisan suasana biasa kepada suasana estetik dan wajdan rohani, menjadikan diri lebih dekat dan berada di dalam mesra rohani. Ia seharusnya dilihat sebab akibat dan bukan sebagai penentu. Yang menentu hanya Allah Ta`ala.
Sememangnya seharusnya rasa cinta dan mesra  hendaklah langsung kepada Allah, tetapi jika tidak adanya suasana yang membetikkan kemesraan seperti mood yang membawa kerinduan maka tidak hadir suasana mesra-cinta secara intim.
Inilah yang dimaksudkan sebab-sebab yang membawa kepada mendambakan Tuhan dan kerananya dikatakan mendapat dan menyampaikan keinginan mereka.

Sekian.

November 20, 2017

`ALA`IQ - PERGANTUNGAN


BBB, 30 Safar 1439H. =  19 November  2017M. (Ahad):
Istilah seterusnya yang dikemukakan oleh Al-Hujwiri ialah  ``Ala`iq`, iaitu jam` (plural) bagi kata `Ilaqah` yang bermaksud pergantungan, kaitan, hubungan dan bersthabit.
`Ala`iq dan `ilaqah adalah berakarkata kepada  `alaqa` yang bermaksud bergantung, berkait, berhubung dan berthabit.
Bermaksud sesuatu itu tidak tersendiri, tetapi ada kaitan, hubungan, berthabit  dengan yang lain.
Sebuah kata yang terkenal di dalam pernikahan, ialah kata `ta`liq` bermaksud bergantung, berkait, brthabit.
Ta`liq ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki selepas sempurna `aqad nikah.
Tambahan daripada `aqad, ialah ta`liq, bertujuan  mengikat, menggantung lelaki dengan syarat, atau ungkapan dan pengakuan lelaki berthabit dengan perkahwinannya - `aqadnya.
Bahawa dia adalah terikat dengan ta`liq yang dibaca (lelaki yang meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut tanpa sebab, boleh terjatuh t*alaq bila pihak perempuan membuat aduan kepada  kadhi).
`Ala`iq atau  `ilaqah dapat dikatakan sebagai pergantungan sesuatu kepada yang induk. Adanya induk baru ada ta`liq,  Tiada induk tak berlaku `ilaqah bagi sesuatu yang dita`liqkan.
Misalnya tidak ada sesuatu tambahan perjanjian  atau syarat tambahan, tanpa adanya perjanjian asas.
`Ala`iq berlaku dengan adanya mu`allaqah atau mu`allaqat.
Pergantungan pada ta`liq semata-mata tidak sempurna tanpa mu`allaq.
Hilang mu`llaq, maka tiadalah atau hapuslah  yang dita`liq.
Maksud yang diberi oleh Al-Hujwiri `Ala`iq dari segi kesufian:
Sebab-sebab kedua (bukan utama) yang menjadi pegangan para pemdamba Tuhan sehingga mereka gagal mendapatkan keinginan mereka.
Ertinya tumpuan tidak langsung kepada Tuhan, tetapi terganggu oleh tumpuan yang bukan terus kepadaNya.

Sekian.

November 19, 2017

KHAT*ARAT - LINTASAN-LINTASAN


BBB,  29 Safar 1439H. = 18 November 2017M. (Sabtu):
Antara istilah yang diberi penerangan ringkas oleh Al-Hujwiri ialah `Khat`arat` bererti `Lintasan-lintasan` yang berkait dengan minda atau hati (jiwa).
Istilah `khat`r` berasal  dari kata dasar `khat*ara` yang kita terjemahan  dengan kata `Lintasan`
Maksud lintasan ialah sesuatu yang terbetik di dalam fikiran atau di dalam hati secara spontan – tanpa usaha dan ikhtiar mencarinya. Ianya bersifat tiba-tiba dan biasanya lintasan ini berlaku di dalam masa yang pendek dan tanpa memberi perhatian ianya akan hilang begitu sahaja. Lintasan-lintasan sedemikian mungkin tidak dianggap penting oleh orang biasa dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Lintasan boleh dibahagiakn kepada biasa
Lintasan yang baik
Lintasan yang tidak  baik.
Lintasan biasa. Misalnya terlintas pada minda seorang untuk menziarah seorang kawan. Dia melakukannya dan mungkin  melupakan hasratnya.
Lintasan yang baik, misalnya teringat kepada arwah bapa. Maka tinmbul hasrat untuk bersedekah dengan niat agar sampai pahala kepadanya. Lintasan ini mungkin diambil perhatian dan melaksanakan
Lintasan yang tidak baik adalah timbul dari hati yang tidak baik seperti untuk merosak harta benda orang yang didengki dan mungkin dia tidak melakukan.
Lintasan bagi yang baik bagi seorang hamba, katakan bagi seorang penulis ia sebagai apa yang dinamakan `ilham`. Maka ilham yang baik biasanya dijaga dan dicatat sebagai sumber yang dapat diolah di dalam tulisan. Ilham yang baik jika tidak dijaga dan dicatat dia akan hilang dan sukar untuk ditanggap kembali dan kalau datang ianya berubah dari yang asal dan tidak sebaik sebagaimana sebelumnya. Mendapat ilham sebagai lintasan yang baik tidak mudah. Ianya perlu kepada suasana dan mood tertentu yang dapat membetikkan lintasan ilham
Keadaan yang sama berlaku kepada sufi. Ilham kesufian boleh datang sebagaimana di dalam bidang penulisan. Ilham yang baik perlu dipelihara. Ianya mungkin berupa hikmah atau kesedaran tinggi terhadap yang Maha Tinggi yang tidak mudah dicari dan bukan pula perkara yang dapat dicari-cari. Lintasan yang bersifat tinggi adalah mendekati sebagai apa yang dikatakan `kashaf`.
Namun khat*arat yang diberi huraian ringkas oleh Al-Hujwiri ialah:
Kepurtusan-keputusan tentang pemisahan atau keterpisahan (ahkam tafriq) yang terlintas pada fikiran.
Ia merupakan satu dimensi daripada khat*arat berkenaan.

Sekian.

November 18, 2017

ISTILAH-ISTILAH RINGKAS - AL-HAQQ


BBB, 29 Safar 1439H. =  18 November 2017M. (Sabtu):
Setelah membicarakan istilah-istilah kesufian secara panjang, dibicarakan oleh Al-Hujwiri istilah-istilah secara ringkas. Istilah-istilah ini walaupun ringkas, tapi menurut Al-Hujwiri agak sulit untuk diterangkan.  Antara istilah berkenaan ialah:
·         AL-Haqq
 Bermaksud `Benar`. Ada hubungan  dengan haqiqat sebagaimana telah dibicarakan, iaitu sesuatu yang benar dan tidak dapat dinafikan kebenarannya seperti  Haqiqat Tuhan.
Haqq adalah `Kebenaran`
Ianya merujuk kepada  Tuhan, bahkan `Al-Haqq` salah satu nama Tuhan.
Banyak ayat-ayat Al-Qur`an yang menyebut tentang `Haqq`
Contoh ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Wahai manusia, telah datang kepada kamu `al-Haqq` daripada Tuhan kamu`` (Yunus: 108).
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dia menghantar Rasulnya dengan  pertunjukan dan agama yang Haqq` (Al-Saff: 9).
Haqq adalah sesuatu yang benar dan Haqq dan tidak dapat dinafikan tentang kebenarannya.

Sekian.

November 17, 2017

PERBAHASAN TENTANG SHARI`AT DAN HAQIQAT


BBB, 28 Safar 1439H. = 17 November 2017H. (Juma`at):
Shari`at dan haqiqat adalah dua daripada empat istilah yang berkaitan di dalam tariqat dan tasawuf. Kedudukan susunan ialah shari`at , tariqat, haqiqat dan ma`rifat. Untuk sampai kepada ma`rifat , kata ahli tariqat mestilah melalui tahap-tahap sebelumnya terlebih dahulu.
Al-Hujwiri membicarakan dua daripada istilah di atas, iaitu shari`at dan haqiqat.
Shari`at  dari segi akar kata berasal ari shara`a bererti  bermula, peraturan, perintah  dan  hukum shara` yang diperintahkan.
Manakala  asal kata bagi haqiqat ialah haqqa, haqaqa bererti yang haq, yang benar, haqiqat.
Keduanya shari`at dan haqiqat menurut Al-Hujwiri ialah bagi menunjukkan  kebagusan dari segi lahir (shari`at) dan batin (haqiqat).
Ada berbagai pendapat tentang kedua istilah ini.
Menurut kalangan theologi formal tidak ada perbezaan antara  shari`at (hukum) dan hakikat (kebenaran). Kerana menurut theologis  hukum adalah kebenaran dan kebenaran adalah hukum.
Menurut satu pendapat yang dinisbahkan kepada Qaramitah yang dianggap zindiq, ``Salah satunya boleh ada tanpa ada yang lain.``
Menurutnya ``Kebenaran dinampakkan dan hukum lenyap.``
Kedudukan sebenarnya bahawa,
``Haqiqat adalah suatu kenyataan yang tidak dapat dihapuskan dan sama kekuatannya dari zaman Adam sampai ke akhir dunia, seperti pengetahuan tentang Tuhan.
Shari`at bererti satu kenyataan yang dapat dihapus dan diubah seperti peraturan dan perintah.
Shari`at ialah tindakan manusia,  manakala haqiqat ialah penjagaan dan perlindungan Tuhan. Dan shari`at tidak  boleh dipertahankan tanpa haqiqat. Sebagai contoh ialah hubungan badan dengan roh. Bila roh tinggalkan badan, maka tubuh jadi mati dan roh lenyap seperti angin.. Nilai bagi keduanya adalah bergantung antara satu sama lain.
Hukun tanpa kebenaran adalah riya` dan kebenaran tanpa hukum adalah munafik.
Hukum ialah salah satu tindakan diupayakan oleh manusia, sedang kebenaran adalah satu anugerah dilempahkan oleh Tuhan.

Sekian.

November 16, 2017

ILMU DAN MA`RIFAT


BBB, 26 Safar 1439H. =  15 November 201`7M. (Rabu):
Istilah kesufian seterusnya dibicarakan oleh Al-Hujwiri ialah istilah `Ilmu` dan Ma`rifat.
Istilah ilmu, akar katanya ialah ``alima` ertinya , tahu, iaitu  lawannya jahil – tidak tahu.
Manakala istilah ma`rifat adalah berasal dari akar kata `arafa`, ertinya  kenal yang lawannya ialah tidak kenal.
Menurut Al-Hujwiri istilah `ilmu dan ma`rifat adalah istilah theologi  bererti tahu dan kenal.
Menurut Al-Hujwiwi di kalangan ahli theologi  kedua-dua istilah  dapat diertikan secara sama, iaitu
Mengetahui.
Sebagai contoh penggunaannya di dalam theologi dikatakan oleh `ulama` al-Kalam bahawa:
``Awwalu wijibin `ala al-insan ma`rifat Allah
Bermaksud:
Seawal-awal kewajiban ke atas insan ialah ma`rifat Allah.
Ma`rifat bererti mengenal Tuhan, iaitu ilmu.
Bermaksud ma`rifat juga adalah bermaksud tahu.
Tetapi di kalangan sufi antara `ilmu dan ma`rifat ada perbezaan.
Ilmu bererti tahu secara umum berasaskan akal, tetapi ma`rifat bagi sufi ialah tahu yang bersifat kerohanian.
Istilah `ilmu` dinisbahkan kepada Tuhan. Misalnya :
Huwa  `Alimu al-ghaib wa al-shahadah (Al-Hashr: 22).
Bermaksud:  Dia Mengetahui yang ghaib dan al-shahadah (nyata).
Namun  istilah `arif menurut Al-Hujwiri tidak dinisbahkan kepada Allah, kerana katanya, tidak mengandungi rahmat Ilahi,  sebaliknya dinisbahkan kepada manusia, khusus yang mendalam dalam bidang kerohanian, misalnya dikatakan,
 Al-arif al-rabbani,
Dia yang arif rabbani – bermaksud alim dalam bidang kerohanian.

Sekian.

November 15, 2017

`AYN AL-YAQIN, `ILM AL-YAQIN, HAQQ Al-YAQIN


BBB, 25 Safar 1439H. = 14 November 2017M. (Selasa):
Ketriga-tiga istilah di atas adalah istilah popular di dalam banyak bidang, khususnya di dalam bidang akidah. Ketiga-tiganya dikaitkan dengan persoalan yaqin. Ketiga-tiganya mempunyai martabat dari segi keyakinan.
Pertama `ayn al-yaqin, `ayn bererti mata, iaitu salah satu dari panca indera manusia yang melaluinya dapat dtanggap dan difahami sesuatu.  Disebutkan `ayn` atau `mata`, kerana indera mata yang paling utama di dalam menanggapi sesuatu, berbanding dengan misalnya, ciuman, jamahan, kecapan dan pendengaran yang kesemuanya alat yang dapat ditanggap tentang sesuatu melalui saluran pancaindera yang berkenaan.
Melihat sesuatu membuktikan sesuatu, misalnya melihat motokar, dia adalah kenderaan yang dapat bergerak membawa seseorang atau barang. Melihat seekor kucing. Dia adalah seekor binatang yang jinak dan melihat bukit  adalah tanah tinggi dari tanah biasa, tetapi lebih rendah dari gunung. Pokoknya apa yang dilihat dikenal dan dipastikan dan memberi keyakinan. Namun walaupun semua contoh yang diperkatakan adalah nampak dan nyata dan diyakini pada tahap mata `ayn al-yaqin`. Walau macam mana  makna tahap ini dikatakan tahap maklumat keyakinan yang  di bawah. Kadang-kadang keyakinan boleh tergugat. Misalnya  bergantung pada kemampuan mata melihat. Dia terganggu apabila seorang sakit. Atau tahap kejelasan berkurang pada seorang yang rabun. Bahkan mata boleh tertipu misalnya  perbezaan jauh dan dekat, perubahan bayang yang membiaskan pandangan. Ertinya kebenaran atau ketepatan tergugat. Maka ianya tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Tahap yang lebih tinggi adalah tahap `   Ilmu al-Yaqin`, iaitu kebenaran yang dicapai dengan kaedah ilmu. Ia adalah tinggi kebenaran berbanding dengan `ayn al-yaqin, Ilmu itu sendiri adalah sesuatu yang benar dengan ilmu , menambahkan keyakinan. Sebagai contoh keilmuan yang dapat dicapai melalui matematik bahawa 5 + 5 = 10, atau 2 x 5 = 10 dan kaedah-kaedah yang lebih tinggfi daripada itu. Kebenaran sedemikian atau kaedah logik secara akal memberi kefahaman yang yaqin.  Misalnya kepercayaan Allah Yang Esa, Dia tidak mungkin berbilang, kalau berbilang  berlaku kelemahan dan tidak dapat diterima.
Adsapu Haqq al-Yaqinb, iaitu sesuatu yang Haqq dan diyakini,  Wujud Allah  Subhanahu wa Ta`ala dan bersifat dengan sifat-sifat sempurna adalah sesuatu yang diyakini secara haqq. Dialah berhak disembah.
Huraian secara akidah, bahkan secara logik  akal adalah diterima oleh semua pihak dan ianya merupakan jalan membuktikan kebenran, Dari segi sebenarnya ketiga-tiga tahap benar sebagai  tahap  pencapaian maklumat, bahkan pencapaian tahap ilmu. Ketiga-tiga di atas haruslah  selaras dari segi kebenaran dan tidak mencanggah antara satu sama lain. Tahap berkenaan adalah tahap pencapaian manusia dari awam, kepada  hujah ilmu dan keyakinan secara haqq.
Disebalik dari maksud dan tahap pencapaian maklumat di atas, menurut Al-Hujwiri, kaum sufi mempunyai kelainan dari tanggapan.
Menurut mereka:
`Ilmu al-yaqin ialah pengetahuan secara praktis sesuai dengan  apa yang diperintah Allah.
`Ayn al-yaqin ialah pengetahuan menjelang kematian dan saat-saat meninggalkan dunia.
Manakala haqq al-yaqin ialah pengetahuan secara intuitif  dan kontemplasi berhubung dengan syurga.
Menurut mereka yang pertama bagi tahap orang awam
Kedua bagi kalangan terpilih
Dan ketiga terpilih dari kalanbgan pilihan.
Nampaknya pendapat sufi jauh berbeza dari maksud yang difahami, terutamanya dari segi akidah.

Sekian.