January 13, 2020

CALON PILIHANRAYA 1999


CALON PILIHANRAYA 1999
(Fikrah Bangi:  449),
BBB: 17 Jamadil Awwal 1441H. = 13 Januari 2020M. (Isnin).
Selepas pembubaran parlimen pada 10.9. 1999, maka bermulalah parti-parti politik mempersiapkan diri untuk bertanding di dalam pilihanraya. Pertandingan utama pada akhir tahun 1999 ini ialah antara BN yang diketua oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden bagi BN ialah Dr. Mahathir Mohamad, manakala bagi pihak pembangkang pada masa itu, ialah Parti Alternatif terdiri dari Pas yang Presidennya ialah Dato` Fadzil Noor, Keadilan yang baru ditubuhkan diketuai Dr. Wan Azizah Ismail dan Dap diketuai oleh Lim Kit Siang.
Aku yang mulai terlibat dengan Pas dan dilantik mengetuai Cawangan 1/3 , Bandar Baru Bangi mulai 21 Mei 1999,  maka sebagai ahli baru tidak sewajarnya mendahului ahli-ahli lain yang lebih dahulu. Namun mulai dari terlibat dan menjadi ahli Pas, aku dan sahabat-sahabat bergerak dan terlibat secara menyeluruh di Hulu Langat. Walau pun begitu, kawasan Kajang adalah menjadi tumpuan bagi kegiatan. Kami bergerak di sekuruh kawasan di Bandar Baru Bangi yang terdiri dari semua seksyen (16 Seksyen)  di BBB,  perkampungan  Sungai Ramal Luar dan Sungai Ramal Dalam, juga Kajang Mewah, tetapi tidak masuk Sungai Chua. termasuk sebahagian dari Sungai Merab. Kampung Teras Jernang dan Sungai Tangkas membawaklah kawasan UKM ke Pekan Bangi. Kawasan DUN Kajang  pada masa itu, selain dari Bangi dan Kajang, termasuklah Batu 10 Cheras bersempadan dengan Pusat  Latihan  Polis Cheras. Termasuk di bawah Kajang ialah Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Mahkota dan Sungai Long. Di Dun Kajang kami juga bergerak  di kawasan Dusun Tua, Semenyih dan Beranang. Kami juga bergerak hingga ke berbagai kawasan  yang Pas mempunyai potensi di Negeri Selangor.
Apabila parlimen dibubarkan, aku tidak pasti dari segi pencalonan, Cuma di dalam hati, jika ditakdirkan dicalon, maka kemungkinan yang paling dekat ialah Dun Kajang yang Bangi tempat aku tinggal berada di bawah Dun Kajang. Mereka yang agak giat bagi kawasan yang lain, ialah Cikgu Fadhil  yang bergiat di Dusun Tua, manakala saudara Abdul Aziz bekas guru bergiat di Semenyih. Beliau menyusun charter bagi kegiatan kempen bagi bahagian Semenyih yang termasuj di bawah DUN Beranang.
Selepas pembubaran parlimen, maka pada 15 November 1999 aku dijemput oleh Hj. . Yunin AJK Pas Hulu Langat  bersama Cikgu Fadhil dibawa ke Markas Pas di Melewar. Pada masa itu mulai disebut-sebut tentang calon yang akan bertanding di Hulu Langat. Namaku disebut, bahawa kemungkinan bertanding di Beranang. Ini agak kurang menyenangkan, kerana ia di luar dari kawasan kediamanku di Bangi. Beranang adalah kawasan tradisi Melayu yang amat setia dengan Umno. Pada masa itu juga diperkatakan bahawa Dr. Che Rusli Che` Mat YDP Pas Hulu Langat akan balik bertanding di Perlis, juga Dato` Dr. Haron Din juga pulang bertanding di Perlis. Bagiku, walaupun tidak merasa senang jika bertanding di Beranang, maka aku pergi juga membuat tinjauan, terutama di Pekan Beranang dan berjama`ah di Masjid Beranang.
Walau bagaimana pada 18 November 1999, kami dikehendaki ke Markas Pusat Pas di Taman Melewar tanpa mengetahui tujuan sebenar. Pada malam itu sebenarnya akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya 1999 itu.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Ustaz Hasan Shukri Setia Usaha Agung Pas Pusat. Pada pengumuman itu aku dikembalikan menurut cadangan asal bertanding di Dun Kajang. Antara yang lain di Hulu Langat ialah Cikgu Fadhil bertanding di Dusun Tua, manakala bagi Berang nama Cikgu Aziz tidak naik, sebaliknya yang naikialah Tuan Haji Zaibuddin Lampok danbagi kawasan parlimen Hulu Langat ialah Dr Mohd. Nor Nawawi. Kedua nama ini sebelumn ini tidak muncul di Hulu Langat. Antara calon Dun lain di Selangor ialah Dr. Hasan Ali di Sungai Burung, Ustaz Ismail Kamus di Ampang dan Ustaz Salehin di Sungai Besar.
Mulai dari pengumuman itu kegiatan kempen makin dipertingkatkan.
Sekian.

January 12, 2020

PEMILIHAN CALON PILIHANRAYA


PEMILIHAN CALON PILIHANRAYA
(Fikrah Bangi:  448),
BBB: 16 Jamadil Akhir 1441H. = 12 Januari 2020M. (Ahad).
Selepas pembubaran parlimen pada 10 September 1999, maka peranan parti politik semasa ialah ialah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bakal diadakan. Parti utama pada masa itu yidak lain dari Barisanan Nasional yang memerintah negara pada masa itu. Sedangkan parti pembangkang yang mau menggugat pemerintahan pada masa itu ialah parti Alternatif yang terdiri dari Pas, Keadilan dan Dap.
Dilihat kepada isu politik pada masa itu banyak memihak kepada pembangkang, tetapi nampaknya Parti Alternatif, masih tidak mempunyai keyakinan  bertanding melawan BN, kecuali di kawasan tradisional seperti di Kelantan, di beberapa bahagian di Negeri Terengganu dan Kedah.  Dilihat kepada Daerah Hulu Langat Parti Aslternatif juga tidak mempunyai keyakinan untuk bertanding, kerana tiada sejarah sebelum dari ini parti pembangkang memenangi pilihanraya di Hulu Langat. Beberapa tokoh penting berada di Hulu Langat. Mereka antaranya Dr. Rousli Che Mat yang telah memimpin dan menjadi Yang Dipertua Pas, Hulu Langat,  Dato` Dr Haron Din sebagai Timbalan Mursyidul Am dan Tokoh Perubatan Islam Dar al-Shifa`, Bandar Baru Bangi dan Dr. Sanusi Daeng Mariok AJK Pas Pusat.  Bila tiba pilihanraya dan mendaftar calon, mereka ini wajar bertanding di Hulu Langat  atau sekurang-kurangnya di Selangor. Tapi bila tiba tarikh mendaftar calon  pada 20.11. 1999 mereka di atas tidak bertanding di Selangor. Dr. Rusli Che Mat sebagai Yang Dipertua Pas Hulu Langat sepatutnya bertanding sebagai calon Pas di Hulu Langat. Sebaliknya secara tergesa-gesa beliau berurus dengan UKM bagi menyelesaikan kedudukannya di UKM untuk berundur dari UKM dan membuat keputusan untukbertanding di negeri Kelahirannya di Perlis. Kawasan Hulu Langat terpaksa dipangku jawatan Yang Dipertua oleh Dr. Hamirdin Isnin – Setiausaha, seorang pensyarah Geografi di Universiti Malaya.
Keadaan yang sama berlaku kepada Dato` Dr. Haron Din, sebagai tokoh yang penting di dalam Pas, kita berpendapat, jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertanding di Pengkalan Cepa dan Tuan Guru Haji Abul Hadi selaku Timbalan Presiden bertanding di Marang, Terengganu dan beberapa yang lain bertanding di Kelantan, termasuk Dr. Sanusi Daeng Mariok bertanding di Kelantan, kawasan-kawasan yang dikira selamat. Jika pun Dato` Dr. Haron Din tidak mau bertanding di salah satu kerusi selamat di Kelantan. Beliau sepatutnya mengetuai  tokoh bertanding di Selangor bersama Dr. Hasan Ali. Tempat yang dikira paling wajar bagi Dato` Dr. Haron Din bertanding ialah di kawasan Gombak, Selangor. Tempat ini dikira wajar bagi Dr. Haron Din bertanding pada peringkat parlimen dan Dewan Negeri, kera di kawasan ini adalah Pusat Pentadbiran bagi Pas, iaitu Pusat Tarbiah, Taman Melewar. Selain dari terdapat Pusat pentadbiran Pas di Gombak ini juga terdapat Universiti Islam Antarabangsa yang sekitarnya mulai  kuat pengaruh keislaman.
Dato` Dr. Haron Din saelain dari pemimpin Parti Pas, beliau  tokoh tiga serangkai yang memulakan Forum Perdana melalui TV Satu sebelum ketara bergiat di dalam Pas. Dua dari tiga tokoh ketara ialah Dato` Dr. Hasan Ali yang bertanding di Subgai Burung di Sungai Besar Selangor dan Ustaz Ismail Kamus bertanding di Ampang. Kedua-dua mereka ini (Dr. Hasan dan Ustaz Ismail Kamus) memenangi kerusi masing-masing yang ditandingi. Kita percaya Dato` Dr. Haron Din jika bertanding di Gombak berkemungkinan menang , jika tidak pada peringkat Parlimen , maka mungkin memeangi kawan DUN di Gombak, dengan kehendak Allah sebagaimana dua tokoh Forum Perdana memenangi kerusi masing-masing. Perlu disebut, sungguhpun Perlis kawasan asal Dr. Che Rusli Che` Mat dan Dato` Dr. Haron Din, tetapi oleh kerana mereka berdua tidak menetap di sana, maka sukar mendapat sokongan seperti Ustaz Hashim Jasin yang kuat pengaruhnya sebagai pemimpin Pas di Perlis, manakala  pada bahagian-bahagian yang lain di bawah pengaruh BN yang diketuai oleh Shahidan Kassim.
Sekian.

January 11, 2020

SUASANA POLITIK SEBELUM PEMBUBARAN PARLIMEN


SUASANA POLITIK SEBELUM PEMBUBARAN PARLIMEN
(Fikrah Bangi : 447),
BBB:  15 J. Awwal 1441H. = 11 Januari 2020M. (Sabtu).
Suasana politik menjelang pembubaran parlimen  dapat disifatkan sebagai hangat.
Pada peringkat kerajaan yang memerintah, iaitu BN adalah bermasalah, akibat dari  isu Anwar Ibrahim. Rakyat adalajh marah. Kerajaan tidak dapat memadamkan isu ini, khususnya dengan berita Anwar Ibrahim dipukul dalam penjara yang dari isu ini melahirkan (penubuhan ) Parti Kkeadilan Rakyat  4 April 1999. Isu ini merapatkan hubungan parti-parti pembangkang. Sebagaimana telah disebutkan Ustaz Fadzil Noor secara kteatif telah mencadang penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah yang mendapat sokongan parti-parti pembangkang dan sebahagian rakyat merestuinya. APU kemudian dinamakan sebagai Parti Alternatif. Pemimpn-pemimpin dari beberapa parti – Pas, Keadilan dan Dap bersedia bekerjasama untuk bertanding di dalam pilihanraya.
Dilihat kepada kerajaan BN, masih mantap walaupun berdepan dengan isu yang menggugat. Keseluruhan negeri, kecuali Pulau Pinang dan Kelantan masih di dalam kekuasaan Pusat. Pulau Pinang di bawah Dap, manakala Kelantanb di bawah Pas. Negeri Selangor yang menjadi folus bagi parti Alternatif masih kukuh di bawah jkepimpinan Dato` Abu Hasan  Omar.
Pada peringkat Pusat, Pas sebuah parti pembangkan yang besar makin memperteguhkan parti. Misalnya Pas telah mengadakan Ijtima` `Ulama` Pusat pada 2 Sptember 1999 bertempat di Taman Melewar. Ulama` dilihat sebagai autoriti tertinggi di dalam Pas, maka apa jua keputusan yang diambil di dalam ijtima` dan Dewan `Ulama` dipatuhi, bahkan Persidangan atau mu`tamar selalunya berpandu pada apa yang digarskan `ulama.  Ijtima` `Ulama` menjelang pembubaran parlimen dan menjelang pilihanraya adalah penting bagi menggariskan arahan dan strategi bagi menghadapi pilihanraya yang hampir tiba.
Semua negeri dan kawasan terutama di mana Pas berpengaruh dan dijangka bertanding secara bnersemangat bagi menyiapkan persediaan menghadapi pilihanraya.
Adalah dilihat dalam suasana BN bermasalah dan hilang sebahagian besar dari kepercayaan, maka inilah masanya parti-parti pembangkang bersatu tenaga bagi mengalahkan BN atau sekurang-kurangnya melemahkan kedudukannya.
Peringkat kawasan Parlimen dan DUN yang dijangka bertanding oleh Pas persiapan rapi di adakan. Berbagai ceramah dan kegiatan. Manakala pemimpin-pemimpin pada peringkat Pusat dan negeri turun membantu berbagai-bagai kegiatan yang diadakan. Selepas dari Ijtima` `Ulama`  yang diadakan di Taman Melrwar jentera parti makin diperkukuhkan.
Misalnya berrikut dari Ijtima` `Ulama`, Mahfuz Omar selaku Ketua Pemuda  pada 3.9.1999  telah turun di Jalan 6, Bandar Baru Bangi menyampaikan ceramah di situ bagi mengukuhkan kedudukn Pas di Bandar Baru Bangi. Manakala pada 8 September 1999 aku bersama Lim Guan Eng berceramah  satu pentas di Sungai Long. Sungai Long, Kajang   ialah bandar yang  hampir keseluruhan dihuni oleh orang Cina.  Manakala pada 13 September 1999 diadakan Bengkel  Pembahagian Tugas, iaitu menentukan tugas-tugas dan peranan ahli Pas dan juga perti Alternatif yang lain mengenai tugas masing-masing agar dalam pilihabtraya segala urusan akan berjalan  secara lancar.
Puncak persediaan yang dibuat apabila berita diumumkan bahawa pada   10.9. 1999 Perdana  Menteri dan Timbalan mengadap DYMM Yang Di Pertuan Agong mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen
Dengan berita itu, kempen parti-parti lebih rancak berlaku.
Sekian.

January 10, 2020

DITEMANI KAWAN-KAWAN SETIA


DITEMANI KAWAN-KAWAN SETIA
(Fikrah Bangi: 446),
BBB: 14 Jamadil Awwal 1441H. = 10 Januari 2020M. (Juma`at).

Sejak aku dilantik menjadi ketua Cawangan Pas bagi kawasan 1/3 Bandar Baru Bangi, tiba-tiba aku kena bergerak, bukan saja di dalam cawangan, bahkan lebih dari BBB, hingga peringkat Hulu Langat, negeri, bahkan hingga peingkat Pusat di Taman Melewar, di Gombak.
Pergerakan aku tidak keseorangan bahkan dari awal terus diiringi oleh kawan-kawan setia. Bahkan merekalah yang memberi semangat dan setia mengiringiku.
Antara pengiring-pengiring setia peringkat awal ialah mereka yang mengangkat aku menjadi Ketua Cawangan. Antara pengiring awal bagi pergerakanku ialah Ustaz Ya`cob Mohd. Nor yang juga dilantik menjadi timbalan Ketua Cawangan. Bersama Ustas Ya`kob yang sering mengiringku ke ceramah dan pertemuan di cawangan-cawabngan. Bahkan hingga peringkat negeri dan Pusat seperti di Taman Melewar, ialah saudara Sulaiman Sajillan. Tuan Haji Ya`cob tinggal  paling dekat dengan rumahku, Beliau adalah Pegawai Tadbir di  UKM. manakala saudara Sulaiman Sajillan tinggal  berselang  jalan yang termasuk di dalam kelompok rumah di dalam kawasan 1/3 BBB. Saudara Sulaiman Sajilanm adalah tenaga akademik di UPM. Oleh kerana dekat dengan rumahku maka kami mudah keluar bersama.
Bila pegerakan kami semakin meluas kawasan, pengiring bertambah. Antara pengiring yang baru ialah saudara Azemi Ahmad. Beliau adalah pegawai Perpustkaan UKM. Pada peringkat awal beliau tinggal di Taman Mewah, Bukiut Kajang. Beliau bergiat di surau di taman berkenaan yang kami sering berkunjung di surau di situ yang dikenali dengan Surau al-Hidayah. Kami sering ke sana, bahkan pernah mengajar di surau ini dan mempunyai hubungan dengan para jama`ah di surau di sini. Saudara Azemi juga adalah seorang pengamal perubatan dan pembimbing di Dar al-Shifa` di BBB. Ketiga pengiring bergilir, bahkan bersama bergerak hingga ke kawasan Hulu Langat, peringkat negeri dan ke Taman Melewar.
Dua orang lagi yang kemudian turut menjadi pengiring, ialah dua orang yang mempunyai hubungan ipar, antara keduanya, iaitu saudara Ahmad Sulaiman dan saudara Shukur Atan Saudara Ahmad Sulaiman ialah pekerja di UKM, demikian juga dengan saudara Shukur Atan. Beliau – saudara Shukor seorang yang hebat berpidato, sedangkan saudara Ahmad  lebih pendiam dan dengan setia mengiringku,
Seorang lagi pengiring yang datang lebih kemudian, tetapi lebih kekal kemudiannya, ialah saudara Azizi Adnan. Beliau berasal dari Ampang dan apabila  bandar Kajang Utama dibuka sekitar 1995 beliau membeli rumah di Kajang Utama. Perkenalan dengan saudara Azizi berlaku apabila  pihak Pas membuka pejabat di sini yang dikenali dengan Global Ecopass. Sebuah syarikat dari kalangan pemodal-pemodal yang membelikedai di sini secara saham, kemudian mereka dengan sukarela menjadikan bangunan itu sebagai pejabat Pas. Aku sering dibawa dan datang ke pejabat di sini bersolat dan mengajar dan menyertai kegiatan yang diadakan oleh Pas di sini. Oleh kerana ada  pejabat Pas ini saudara Azii pernah datang menyertai kegiatan di sini. Seawal Ogos 1999 aku mengenali saudara Azizi, tetapi tidaklah segera rapat dan kemudian menjadi penmgiring setia dan rapat hingga ke hari ini.
Kami sering bergerak dengan menggunakan kenderaanku, iaitu sebuah kereta vo;vo yang berusia pada masa itu lebih sepuluh tahun yang aku beli di pasar jualan kereta hujung minggu di Petaling Jaya berharga RM30,000 yang dijual pemiliknya Cikgu Zakaria Hitam.  Volvo ini digunakan untuk bergerak dari tahun   1997 hingga  2015.
Dengan kawan-kawan setia ini kami bergerak  dengan penuh semangat menyebarkan pengaruh Pas di Bangi, Kajang dan Hulu Langat.
Sekian.

January 9, 2020

CERAMAH KAEDAH POPULAR


CERAMAH KAEDAH POPULAE
(Fikrah Bangi : 445),
BBB: 13 Jamadil Awwal 1441H. =  09 Januari 2020M. (Khamis).
Semakin dekat pilihanraya, maka semakin hangat diperkatakan terutama mengenai isu Anwar dan simpati terhadap Wan Azizah. Ceramah adalah mekanisme popular yang digunakan oleh parti-parti pembangkang. Parti Pas paling banyak mempunyai tokoh-tokoh penceramah yang menarik minat pendengar. Forum Perdana TV Satu yang memulakan program  yeng bermula sejak 1990an dengan panel i  Dr. Hasan Al pegawai yadbir ,  Dr.. Haron Din tokoh akademik dari UKM dan Ustaz Ismail Kamus, pegawai kerajaan.. Selepas sekian lama Forum Perdana mendapat sambutan, ternyata ketiga-tiga tokoh ini berpihak kepada parti pembangkang – Pas. Walaupun peranan mereka disekat dari media letronik, mereka terus popular di tengah masyarakat.  Ceramah yang diadakan mereka, baik secara bersama atau berseorangan terus mendapat sambutan. Forum Perdana TV Satu itu terus popular hingga sekarang.
Selaun dari  mempunyai tokoh berceramah di atas, Pas  mempunyai penceramah-penceramah popular yang lain. Mereka seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob,, Nasruddin Mat Isa, Salahuddin Nasir, dan ramai lagi. Mereka berceramah di pentas-pentas Parti Alternatif yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak dan dijemput ke seluruh negara. Paling kerap mereka dijemput ke Selangor. Antara mereka tidak ada yang tidak datang ke Hulu Langat, bahkan antara mereka berulang kali dijemput ke lokasi berlainan.
Selain dari apa yang disebut dalam artikal lepas, tentang jemputan terhadap mereka di Hulu Langat,  maka pada bulan Ogos 1999, iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya yang mesti diadakan selepas temoh  penggal lima tahun.
Misalnya pada 8 Ogos 1999, pertemuan muslimat Hulu Langat Pas diadakan di Markas Pas di Semenyih yang dihadiri begitu ramai muslimat yang menjadi tenaga kempen di Hulu Langayt. Ceramah diadakan dan disampaikan oleh  ADUN Pulau Condong , Kelantan. Beliau merupakan pakar stretegi parti. Walaupun perhimpuan diatur oleh Muslimat Pas Semenyih, ianya dihadiri oleh ahli-ahli muslimin  dari Hulu Langat., Tiga hari berikutnya ceramah diadakan di rumah  persendirian  yang disampaikan oleh Dr. Haron Din bersama Ustaz Salahuddin Nasir..
Pada 14.8.1999 ceramah diadakan di Restoran Ayu, Batu sepuluh yang ceramah disampaikan oleh Dr. Hamirdin Isnin selaku Setia Pas Hulu Langat dan beberapa penceramah yang lain. manakala pada  15 Ogos ceramah diadakan di Sungai Tekaii  yang disampaikan oleh pimpinan Pas Hulu Langat. Manakala padsa 29 Ogos  dirasmikan sekolah  Pasti Bandar Rinching dan berceramah.
Demikian antara program ceramah yang disusun bagi bu[an Ogos 1999. Ia merupakan program yang melibatkan sati inividu, jika dilihat secara luas, maka kempen pilihanraya 1999 begitu hebat. Ini belum dilalui secara kumpulan melalui Pakatan Rakyat ada masa itu.
Pada masa itu fokus ialah bagi mmenjatuhkan BN yang dianggap tidak adil, terutama terhadsap Anwar Ibrahim dan Wan Azixah. Pada masa itu tidak timbul kerjasama terutama dengan DAP. Mereka sebenarnya dapat dijinakkan melalui kerjasama dan hubungan yang baik. Pendekatan sedemikian adalah lebih baik dari berkonfrontasi yang menjauhkan mereka dari Islam
Sekian.

January 8, 2020

SEMUANYA BERGERAK PANTAS


SEMUANYA BERGERAK PANTAS
(Fikrah Bangi: 444),
BBB:  12 Jamadil Awwal 1441H. = 08 Januari 2020M. (Rabu).
Selepas pelancaran cawangan Pas di Seksyen Satu pada 21 Nei 1999, maka aku dengan rasminya menjadi pemimpin kecil di kawasan terawal BBB dihuni. Mulai dari itu aku mulai memahami kedudkan kawasan dan parti. Pada bulan Mei ini hangat pilihanraya mulai dirasa yang pilihanraya dijangkaa berlangsung pada akhir tahun tersebut.
Adalah difaham,i bahawa kawasan parlimen Hulu Langat selama ini kawasan Umno. MCA dan Pas  tidak pernah mewakili parlimen ini. Contoh  MCA diwakili Lee Kim Sai dari MCA sebelum itu. Didalam, parlimeun Hulu Langat terdiri dari tiga lawasan,  DUN Kajang,  Semenyih (termasukBeranang) dan Dusun Tua. DUN Kajang biasa diwakili sama ada MCA atau DAP. Manakala yang lain diwakili oleh Um,no.
Kerjasama pada peringkat pusat antara Pas, Dap dan Keadilan nampaknya bersetuju  Hulu Langat ditandingi oleh pihak Pas, satu yang sukar berdasarkan tiada pengalaman Pas pernah memenangi kawasan ini. Dalam hal ini kawan-kawan dari jawatankuasa Pas kawasan Hulu Langat berjaya memujukku menyertai dan bergerak di dalam Pas. Oleh kekurangan calon yang sanggup menghadapi risiko kekalahan, maka aku adalah eset bagi parti sebagai salah seorang calon.
Pada peringkat permulaan aku diperkenalkan  kawasan. Pada permulaan aku dibawa berkenalan dengan Pusat Pentadbiran Pas  di Hulu Langat, iaitu Markas Tarbiyyah al-Thaqafiyyah di Teras Jernang, di Sungai Merab berhampiran senpadan dengan kawasan Sepang. Aku ke situ pada 20 Jun 1999. Di sini aku diberi penerangan tentang pentadbiran Hulu Langat di bawah YDP Dr. Rusli Che Mat dan kegiatan yang sedang disusun. Manakala pada hari yang sama pada sebelah malamnya aku dibawa ke  Taman Kajang Baru, di Sungai Jeluk,  Kajang. Ini merupakan pertama kali dibawa ke lempen ceramah parti. Paa malam, itu tokoh pemimpin Pas Pusat hadir ialah saudara Mat Sabu.Turut hadir ahli-ahli Pas, Keadilan dan DAP. Kawasan ini adalah kawasan campuran antara Melayu dan Cina. Pada kali itu dapatlah dikatakan pertama kali aku di atas pentasbersama pemimpin Pusat dan diberi peluang bercalap selama 15 minit memperkenalkan diri..
Pada 10 Julai aku berpeluang menghadiri Majlis pertemuan antara, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas Ustaz Hashim Jasin bersama Ustaz Rashid Dail di runahnya membincangkan tentang situasu politik dan parti.  Dan pada malam 11.7.1999 bersama kawan-kawan ke Shah Alam kerana mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Nik Abdul Aziz pimpinan ulama. Manakala pada 12 Julai ke Kuala Pajam, Hulu Langat berceramah di sana besam tokoh-tokoh Pas, iaitu Mat Sabu, Dr. Hatta Ramli dan pemimpin setempat.
Pendek  kata pada peringkat permulaan aku didedahkan dengan kegiatan Pas Hulu Langat
Satu pengalaman penting  pihak Biro Pemuda Pas Pusat yang terdiri dari Syed Azman, Dr. Hatta Ramli dan Dr. Sufyan Hussein telah mengadakan Himpunan Siswazah di Markas Pas di Tanman Melewar. Perhimpunan ini dirasmikan oleh Presiden Pas iaitu Dato` Fadzil  Noor.
Dari kenyataan ini memperlihatkan Pas disertai golongan muda yang terdiri dari garaduan-graduan universiti dalam dan luar negara. Ini semua bagi memperkukuhkan kedudukan Pas di kalangan parti alternatif dan bagi mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.
Pada peringkat Hulu Langat pada 25 Julai diadakan kegiatan dan ceranah di Markaz Tarbiah di Teras Jernag., manakala pada peringkat Kajang diadakan mesyuarat pada peringkat Kajang di Global Eco-Pass di Kajang Utama.
Pendek kata selepas terlibat dengan politik pergerakan begitu pantas, Ini adalah bertujuan mengejar pilihanraya yang dijangka akan berlangsung tidak lewat dari akhir tahun 1999.
Sekian.

January 7, 2020

DILANTIK KETUA CAWANGAN PAS

DILANTIK KETUA CAWANGAN PAS
(Fikrah Bangi: 443),
BBB: 11 Jamadil Awwal 1441H. = 07 Januari 2020M. (Selasa).
Sebenarnya suasana politik tanahair tidak menyenangkan pada akhir 1990 berhubung dengan isu Anwar Ibrahim menyeluruh. Suasana yang demikian membuka ruang kepada pihak pembangkang mendapat pengaruh. Di Selangor misalnya, sebelumnya pembangkang, terutamanya Pas tidak mempunyai peluang untuk bertapak mengambil peluang memperkukuhkan kedudukan.  Pas misalnya  telah lama menubuhkan cawangan di Hulu Langat, tetapi sesiapa yang bertanding baik pada peringkat parlimen atau Dun biasanya hilang wang pertaruhan.
Pada akhir 1990am Pas mempunyai cawangan pada peringkat parlimen Hulu Langat yang Yang Dipertuanya  pada  masa itu ialah Dr. Che Rusli Che Mat, seorang tenaga akademik di UKM.
Dengan suasana politik yang berlaku Pas cuba mengukuhkan kedudukan dengan mewujud dan menambahkan cawangan seperti  di Jalan 1/3 Bandar Baru Bangi  timbul usaha bagi menubuhkan cawangan di situ. Aku yang mulai teribat dengan politik, cuba didekati kawan-kawan untuk menubuhkan cawangan. Walaupun isu politik yang hangat pada masa itu dari isu Anwar yang membawa tertubuhkan Parti Keadilan Rakyat pada 4 April 1999, tetapi kecenderungan penduduk di Bandar Baru Bangi adalah kepada Pas. Ini ialah kerana penbduduk BBB yang pada masa itu melebihi 100,000 orang adalah Melayu. Pada dasarnya mereka adalah kuat berpegang pada agama. Penduduk adalah keseluruhannya adalah mendatang. Tidak ada orang asal di sini yang asalnya bekas ladang kelapa sawit dan getah. Mereka yang mendatang biasanya tidak sukar untuk membuat perubahan. Pengaruh Islam memang kuat di BBB. Kawasan ini todak begitu luas, terdapat banyak didirikan surau yang penduduknya bukan saja datang beribadat, tetapi juga mengikuti pengajian agama secara berterusan.
Dengan suasana politik baru, timbul usaha mewujudkan cawangan Pas di Hulu Langat. Antara usaha  timbul bagi menubuhkan cawangan di BBB. Antara kawan-kawan satu jama`ah satu surau mendekati diriku, lantaran menyedari aku sudah berada di dalam masa bersara. Aku pada masa itu sememangnya telah bersara pada 27.5.1995 dan telah sambung kontrek selama dua tahun dan bercadang untuk memohon menyambung kontrek selama dua tahun lagi.
Sebagaimana telah disebut aku mulai cenderung kepada politik hasil dari suasana semasa.  Approach yang dilakukan oleh kawan-kawan sejama`ah dan juga pihak pimpinan parti Pas Hulu Langat, mereka telah mencadangkan supaya ditubuhkan cawangan Pas di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi. Pada masa itu Ketua bagi kawasan Hulu Langat, ialah D.  Che Rusli Che Mat. Markas Pas Hulu Langay pada masa itu ialah MarkasTarbiah al-Thaqafiyyah, Sungai Merab, sebelum kawasan ini diubah sempadan dan masuk di bawah Sepang.  Antara tokoh-toloh setempat yang kuat pada masa itu ialah Dr. Hamirdin Isnin seorang pensyarah Universiti Malaya yang tinggal di BBB. Tuan Haji Yunin seorang aktivis ABIM, Shukur Atan seorang tenaga kerja di UKM, Ahmat Sulaiman juga pelerja di UKM, Ustazah Hindun Lidin, keluaran UKM dan berkhidmat dengan UTM. Antara yang berusaha mendekatiku ialah Tuan Haji Hussin Yunos, pekerja PKNS, Saudara Sulaiman Sajillah, tenaga akademik, Haji Ya`kob Mat Nor Pegawai Tadbir UKN. Pendekatan mereka menyebabkan aku bersetuju untuk menyertai kegiatan Pas.
 Sebagai hasilmuya mereka mengatur pertemuan yang rumahku No. 11,  di Jalan `1/3K adalah  menjadi tempat mesyuarat. Tarikh mesyuarat ialah pada malam 21` Mei 1999  (Juma``t) yang dihadiri sejumlah 35 orang. Termasuk yang hadir ialah Dr. Che` Rusli Che` Mat Yang Dipertua Pas Hulu Langat,, Dr. Hamirdin Isnin Setiausaha Pas Hulu Langat dan beberapa AJK yang lain.
Pada malam itu dengan rasminya dilancarkan penubuhan Cawangan Pas Jalan 1/3K. Jawatankuasa cawangan yang dilantik ialah  Aku sebagai Pengerusi  cawangan, Haji Ya`kob Mohs. Nor sebagai Timbalan, Setiausaha ialah Tuan Haji Banhawi Mohamad   dan Bendahari Tuan Hai Hussin Yunoh.
Dengan perlantikan sebagai ketua cawangan aku terlibat secara rasmi dengan kegiatan politik – Pas.
Sekian