April 25, 2008

Nasib ibu tunggal dibela: Tunai janji manifesto


19 April 2008/ 12 R. Akhir 1429 : Memenuhi tuntutan manifesto Pakatan Rakyat terhadap nasib ibu tunggal dan golongan miskin, satu dialog telah diadakan bertempat di Blok A Council Home Bandar Baru Bangi. Dialog ini adalah anjuran fortfolio Wanita dan Kesihatan,Majlis Tindakan DUN Bangi. Pertemuan turut dihadiri oleh Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi), Dr. Tajul Ariffin Nordin (Pengerusi Persatuan Penduduk BBB), Perbadanan SUK Selangor, MPKj, PKNS, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat (PITRAH).

Council Home Bandar Baru Bangi yang terdiri dari beberapa buah blok telah siap dibina pada tahun 2004 namun hanya dihuni pada tahun 2005. Hanya blok A dan B telah digunakan untuk sewaan, selebihnya telah dijual. Antara isu yang timbul dari Council Home ini ialah kadar sewa yang tidak tetap iaitu dari RM 250 sehingga RM 400, terdapat pihak yang tidak layak menduduki penempatan ini, kemudahan disalahguna dan kebajikan serta keselamatan penghuninya.

Wakil dari agensi yang hadir telah memberikan respon yang positif terhadap permasalahan yang timbul. Banyak kemudahan dan peluang untuk membela ibu tunggal tidak diisi kerana kekurangan maklumat . Ada pihak lain telah mengambil kesempatan ini untuk memenuhinya.


Menurut Dr. Tajul segala permasalahan itu perlu diselesaikan dalan konteks dua hala iaitu tindakan proaktif penghuni dan agensi yang berkenaan. Agensi yang terlibat perlu telus dan mengurangkan birokrasi dalam menyalurkan bantuan.

Hasil dari dialog berkenaan Dr. Shafie telah merumuskan 5 perkara yang perlu tindakan segera.

1. Blok A dan B harus dikekalkan untuk disewa oleh ibu tunggal tanpa perlu pemilikan terus. Penghuni yang tidak layak harus keluar secara berperingkat. Kekosongan akan diisi oleh ibu tunggal yang telah memohon dengan dipertanggungjawabkan kepada Persatuan Penduduk BBB dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Hulu Langat.

2. Sewa yang dikenakan diselaraskan pada kadar RM 200 satu kadar yang tidak membebankan penghuni.

3. Kemudahan dewan sedia ada tidak wajar dimonopoli oleh satu pihak sahaja. Semua penghuni berhak menggunakan dengan mematuhi peraturan sedia ada.

4. Bilik tetamu akan diwujudkan bagi menjaga martabat ibu tunggal supaya tidak timbul tohmahan dan buruk sangka pihak lain.

5. Kemudahan sukan , riadah, sosial akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

10 comments:

  1. Memang sewajarnya mereka dibantu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya mereka yang tahu sukarnya menjadi ibu tunggal....

    ReplyDelete
  2. tahniah atas inisiatif yang dicadangkan

    ReplyDelete
  3. Minta diperbanyakkan lagi laporan aktiviti YB Dr Shafie, war-warkan, bukan menunjuk-nunjuk tetapi mesyarakat menghukum apa yang dia nampak, baca dan perhatikan.

    ReplyDelete
  4. Permintaan pembaca blog pasbangi:
    boleh tak pihak Dr Shafie datang melawat kawasan kami di Taman Seri Mewah Dan Taman Bukit Mewah Fasa 8A di Kajang. Adakan satu majlis beramah mesra bersama rakyat disana

    ReplyDelete
  5. blog adun bangi juga perlu diperbaiki dengan mewujudkan ruanga khusus mengenai kerja -kerja yang telah dijalankan, akan dibuat dan perancagan masa depan..

    selain itu perlu diwujudkan ruangan khas untuk aduan dan contact person bagi isu berkaitan. seeloknya paparka nama/gambar dan no contact mini kabinet yang telah dibentuk, seperi yang telah diberitakan dalam harakahdaily.

    semua kena bekerja keras dan bersikap pro-aktif mulai skrg .. jangan tunggu 2 atau tiga tahun baru nak cergas..

    ReplyDelete
  6. Rasanya pas serdang boleh memikirkan untuk menubuhkan cawangan di Taman Seri Mewah Dan Taman Bukit Mewah. Penduduk dikawasan ini sudah mencecah seramai 1500 orang.

    ReplyDelete
  7. Untuk Makluman dari post tadi Taman Bukit Mewah fasa 8A Kajang.

    ReplyDelete
  8. Minta komen dari YB atau wakil YB
    terima kasih

    ReplyDelete
  9. SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG 2008

    SILA HEBAHKAN.

    TEMPAT : STADIUM SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGI
    MASA : 7.00 PAGI - 1.00 TGH
    TARIKH: 19 MEI 2008 (ISNIN - CUTI UMUM :WESAK)

    SEBAGAI 'MERAKYATKAN' SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG,
    PASTI SERDANG MEMPELAWA TASKA/TADIKA YANG BERMINAT
    UNTUK TURUT MENGHANTAR KONTINJEN.

    NAMUN HANYA PENYERTAAN TADIKA/TASKA SELAIN PASTI
    BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT KERANA KEKANGAN
    TEMPAT DAN MASA.

    ACARA YANG DIADAKAN ADALAH :
    BOLASEPAK
    BOLAJARING

    UNTUK BORANG/KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI;
    ZULKIFLEE (PENGARAH SUKAN) :012-651 1931
    SHAHRONIZAM (PENGARAH PASTI KAWASAN) : 012-392 8373

    ReplyDelete
  10. Salam Sejahtera...

    saya melihat Ibu tunggal sebuah golongan yang sangat tabah dan sangat perlu di beri keprihatinan oleh masyarakat.

    Saya Farhana ingin memberi peluang dan ruang kepada ibu-ibu tunggal mendapatkan pendapatan sampingan yang menyokong kehidupan mereka.

    saya ingin berjumpa pihak yb untuk berkongsi tentang peluang ini..
    ini no.hp saya : 019-7523362

    ReplyDelete