January 10, 2009

INSYA ALLAH DENGAN DOA


Maklumat ini diterima daripada kabilah yang pergi ke Kuala Terengganu mewakili PAS Serdang. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan peluang calon PAS untuk menang adalah cerah. Komen dari Dr. Mahathir mengenai calon BN dan terbaru Pak Lah hairan kerana orang UMNO memburukkan calon mereka sendiri mengalahkan pembangkang.

Cuma Terengganu adalah negeri yang penuh kontrovesi dari segi keputusan pilihanrayanya. Dikhuatiri berlaku politik kotor, pengundi hantu umpamanya yang akan menyebabkan keputusan itu berubah.

Pada peringkat ini kita perlu berdoa pada Allah agar segala perancangan jahat mereka akan gagal. Insya Allah kemenangan akan berpihak pada kita.

No comments:

Post a Comment