January 26, 2009
PRITTT… OFFSIDE
Disebalik terjahan yang membuta tuli oleh UMNO melalui NGO naungan mereka seperti PEWARIS dan GERAK dimarakkan apinya oleh media perdana TV3 utamanya yang menyambung bicara dusta. Tekad rakyat menobatkan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan keadilan buat mereka semakin utoh. Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan terkini Bota berhijrah masuk ke Pakatan Rakyat(tahniah dan syabas pada YB Dato' Nasaruddin Hashim, ADUN Bota).
Apakah ini menjelaskan bahawa rakyat yang terlalu kecewa serta hilang kepercayaan pada BN/UMNO dengan menghukum lantas mengundi Pakatan Rakyat sebagai mana post mortem BN yang menyifatkan sebagai rajuk yang boleh dipujuk atau telah tercetus kesedaran pada rakyat untuk terus menolak BN/UMNO.
Nyata isu demi isu yang dimainkan mendustakan Pakatan Rakyat tidak memudaratkan bahkan kepercayaan rakyat semakin kuat melekat pada Pakatan Rakyat kerana ada aura keramat yang membisikkan pada rakkay bahawa KEIKHLASAN dalam berjuang menunjangi pemimpin Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment