January 20, 2009
RASUAH POLITIK RASUAH
Kita mengakui hakikat bahawa disebalik jutaan ringgit rasuah politik semasa PRK P036 yang dilakukan oleh BN, PAS tidak terkecuali walaupun nilai dikaitkan amat sedikit (laporan Institut Nasional Penilaian Ketelusan Piliharaya - NIEI). BN dilaporkan merasuah pengundi dengan nilai RM 1 bilion dalam bentuk pembangunan dan perbelanjaan pilihanraya. Kita boleh mempertikaikan definasi perbuatan merasuah pengundi. Dalam kita menuju era PRU13, SPR dengan kemudi yang baru seharusnya lebih telus dan tegas dalam menangani permasalahan rasuah politik bagi sesuatu pilihanraya. Apa yang lebih penting ialah penjelasan tentang etika berkempen tidak dipenuhi seakan melepaskan batuk ditangga. Wujud kebimbangan sekiranya dasar yang dibuat akan merugikan sesetengah pihak yang berkepentingan. Maka laporan yang dibuat hanya tinggal laporan tanpa tindakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment