July 31, 2016

`ABDULLAH BIN `ABBAS, `ABDULLAH BIN `UMAR DAN YANG LAIN


BBB, 25  Syawal 1437 = 30 Julai 2016 (Sabtu):
Kedua-dua `Abdullah adalah tokoh-tokoh penting dari kalangan sahabat dan mempunyai hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
1.       `Abdullah bin `Abbas
Berkesempatan dengan Rasulullah s.a.w. sejak kecil. Beliau adalah anak bagi bapa saudaranya dan merupakan sepupu. Meskipun `Abdullah masih kecil, Rasulullah berkesempatan mendidiknya. Sebagai anak yang cerdas beliau banyak mempelajari keilmuan dari Rasulullah dan Baginda pernah mendoakan kepada Allah bagi Ibn `Abbas, bermaksud:
``Ya Allah berikanlah kepadanya ilmu yang mendalam dan ajarkanlah kepadanya kemampuan takwil``.
Berkat do`a Rasulullah `Abdullah bin `Abbas atau dipanggil sebagai Ibn `Abbas menjadi orang alim sejak zaman Rasulullah. Selepas kewafatan Rasulullah beliau meneruskan mempelajari dan mendalam keilmuan dari sahabat-sahabat. Bila membicarakan keilmuan seperti tafsir dan Hadith nama `Abdullah  bin `Abbas  sering dirujuk dan tidak terpisah dari kedua-dua keilmuan berkenaan. Namun di dalam Kitab al-Zuhd Al-Imam Ahmad bin Hanbal terdapat satu halaman sahaja pembicaraan tentang Ibn `Abbas.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Ismail, mengkhabarkan kami oleh Salih bin Rustam daripada `Abdullah bin Abi Malikah, katanya,
``Aku bersahabat dengan ibn `Abbas dari Madinah ke Makkah dan dari Makkah ke Madinah, adalah dia bersolat dua rakat, dia bangun  pada pertengahan malam, dia membanyakkan tasbih.``
Bercakap kepada kami `Abdullah,  bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami `Abdul Rahman bin Mahdi, bercakap kepada kami Isra`il  daripada  Abi Yahya, daripada Mujahid daripada Ibn `Abbas berkata:
``Apabila engkau mau menyebut tentang keaiban sahabat engkau, maka ingat dulu dan sebutlah keaiban diri engkau.``
2.       Abdullah bin `Umar
Sejak berumur tiga belas tahun bersama dan menerima didikan dari Rasulullah. Dalam peperangan Badar beliau mau menyertainya, tetapi oleh kerana umurnya masih muda, beliau didapati tidak layak berperang. ` Abdullah bin `Umar mendalami keilmuan dari Rasulullah dan sahabat-sahabat. Umurnya lanjut hingga menjangkau 85 tahun. Beliau adalah `ulama zamannya dan terkenal wara`, namun beliau amat teliti di dalam mengeluarekan fatwa-fatwa. Beliau istiqamah sebagai `ulama dan mengajar hingga ke akhir hayatnya. Al-Imam Ahmad bin Hanbal memberi ruang yang panjang di dalam membicarakan riwayatnya, iaitu sebanyak 33 halaman.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku,, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdullah bin al-Zubayr, bercakap kepada kami Sufyan dari al-Layth daripada Tawus berkata:
``Aku tidak lihat seorang yang lebih wara` dari Ibn `Umar dan aku tidak melihat lelaki yang lebih alim  dari Ibn `Abbas. Adalah Tawus membilang Hadith secara huruf demi huruf.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Abu al-Mundzir Isma`il bin `Umar, bercakap kepada kami al-Bara` bin Sulaiman berkata, ``Aku mendengar  Nafi` maula Ibn `Umar berkata, ``Tidak membaca Ibn `Umar akan kedua-dua ayat ini semata  daripada akhir Surah al-Baqarah, melainkan menangislah dia (Bermaksud: Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu, atau kamu menyembunyikannya)  kepada akhir ayat (al-Baqarah: 284). Kemudian dia mengatakan bahawa dengan ini perkiraan amat menggerunkan.
3.       `Amir bin `Abd Qays
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Muhammad bin Fudhail daripada al-`Ala` bin Salim, bercakap kepada kami orang yang bersahabat dengan `Amir bin `Abd Qays selama empat bulan, katanya, aku tidak melihatnya tidur di waktu malam dan siang hinggalah aku berpisah dengannya. Adalah baginya dua biji roti yang digunanya satu dan disimpannya yang lain. Dan pada waktu subuh diajarkan kami membaca Al-Qur`an hingga memungkinkan dia bersolat dia berdiri dan bersolat dan dia berterusan solat hingga `asar, katanya, kemudian dia mengajarkan kami Al-Qur`an, apabila dia solat maghrib, maka malamnya hingga ke subuh.
4.       Malik bin `Abdullah al-Khash`ami
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh al-Hasan bin `Abdil `Aziz, berkata menulis kepada kami Dhamrah daripada Raja` bin Abi Salamah, katanya mengira puasa Malik bin `Abdullah  al-Khash`ami, maka didapati 60 tahun.
5.       Haram bin Hayyan
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Husain tentang tafsir Shaiban daripada Qatadah berkata, dia menyebut  kepada kami bahawa  Haram bin Hayyan adalah berkata:
``Tidak hadir hati seorang hamba kepada Allah `Azza wa Jalla, melainkan dihadirkan oleh Allah dengan hati-hati orang mu`minin kepadanya hingga direzekikan kepadanya sifat mawaddah dan rahmat mereka itu.``
Demikianlah pendapat-pendapat yang diungkapkan oleh lima orang yang antaranya adalah dari kalangan sahabah seperti `Abdullah bin `Abbas dan `Abdullah bin `Umar yang kedua-duanya adalah dari kalangan `ulama yang mendapat pujian dari Rasulullah dan meneruskan penyebaran keilmuan selepas kewafatan Rasulullah. Mereka dirujuk dan menjadi rawi dan sanad di dalam Hadith-Hadith.

Sekian.

July 30, 2016

HUZAIFAH, ABU `UBAIDAH, SA`ID, `UMAIR DAN ABU MAS`UD


BBB, 24 Syawal 1437 = 29 Julai 2016 (Jumaat):

Seterusnya  Imam Ahmad bin Hanbal menampilkan pendapat-pendapat kesufian tokoh-tokoh berikut:
1.        Huzaifah bin  al-Yaman
 Sahabat setia Rasulullah  dan mendapat didikan sebagai seorang yang tegas dan amat anti kepada sifat bermuka-muka dan munafik. Seorang yang cerdas dan bijaksana di dalam risikan dalam peperangan. Tugas menjadi   perisik   diamanah oleh Rasulullah dalam peperangan  dan dapat dijalankan dengan baik hingga mengkucar-kasirkan musuh dan mengalahkan kebijaksanaan Abu Sufyan (sebelum Islam). Pada zaman Khalifah `Umar al-Khattab beliau dilantik menjadi governor di Madain. Beliau menghapuskan sifat bermuka-muka dan munafik kalangan pembesar  dan menjalankan pemerintahan secara jujur, Beliau meninggal tahun  36H.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh Ahmad bin Ayyub, bercakap kepada kami oleh Abu Bakar bin `Iyash daripada `Asim daripada Abi  Wa`il berkata, berkata Huzaifah:
``Siapa yang berada di dalam keadaan yang menggembirakan dia memuji Allah `Azza wa Jalla (al-Hamdulillah), tercermin pada wajahnya kepuasan dari kurniaan.``
2.       Abu `Ubaidah al-Jarrah
Menerima Islam pada peringkat awal melalui Sayiduna Abu Bakar al-Siddiq. Mendampingi Rasulullah, Abu Bakar dan `Umar.  Bersama di dalam peperangan Badar dan Uhud. Memimpin ketumbukan tentera yang di dalamnya Abu Bakar dan `Umar kerana membantu ketenteraan yang dipimpin oleh  Anru ibn al-`As. Beliau adalah  orang kepercayaan Rasulullah s.a.w. Baginda pernah bersabda sambil memegangnya dengan tangannya dan bersabda bermaksud:
``Setiap umat ada orang dipercayai (Amin), sesungguhnya Amin bagi umat ini ialah Abu `Ubaidah ibn al-Jarrah``
Semasa Sayiduna `Umar bin al-Khattab hampir menghembuskan nafas terakhir beliau ada mengatakan, ``Sekiranya Abu `Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup, nesacaya beliau meilihnya sebagai penggantinya.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Shayban bin Abi Shaybah,, bercakap kepada kami Abu Hilal, bercakap kepada kami Qatadah, bahawa Aba `Ubaidah bin al-Jarrah berkata:
`` Tidak kira seseorang itu berwarna kulit merah, tidak hitam legam, tidak hamba a`jam dan tidak seorang merdeka, yang nyata yang berilmu melebihiku, lebih lagi dengan taqwa yang aku suka bersama dengannya.``
3.       Sa`id bin  `Amir bin  Juzaimah bin al-Jamhi
Tidak begitu dikenali watak ini (bagi Penulis). Mempunyai episod peristiwa dengan Sayyiduna `Umar Ibn al-Khattab.
Berkata `Abdullah, bercakap kepadaku ayahku, bercakap kepada kami oleh  Sayyar, bercakap kepada kami Ja`afar, bercakap kepada kami Malik bin Dinar, bahawa berlaku kontaks hubungan dengan Sayyiduna `Umar al-Khattab tatkala ia ke Sham ... (Hanya satu riwayat bagi tokoh di atas yang ditampilkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal – satu halaman).
Adalah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Kalau menjenguk seorang perempuan dari perempuan ahlu al-jannah, nescaya bumi dipenuhi dengan bau kasturi dan sesungguhnya aku tidak memilih bagi engkau kepada mereka. Maka dia terdiam.
4.       `Umair  bin Habib bin Hamassah
Juga tidak dikenali dengan watak ini – bagi Penulis. Daripada 10 riwayat di bawah tajuk bagi tokoh ini Cuma riwayat pertama sahaja ada membawa nama `Umair.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami Yazid bin Harun. Memberitakan kami oleh Hammad bin Salamah daripadsa Ja`far al-Hutami bahawa Datuknya `Umair bin Habib mewasiat anaknya dan adalah baginya sahabat, maka katanya,
``Wahai anakku, kuperingatkan  kamu dari bersama orang yang bodoh, kerana  majlis mereka berpenyakit, lantaran bersama mereka tidak memberi faedah, siapa yan tidak berawas dia menerima akibat. Kiranya seorang berazam mau menyampaikan perkara ma`ruf dan menahan dari perkara mungkar yang dihadapi, maka hendaklah dia bersabar dari dugaan kesusahan. Dia hendaklah yakin dengan balasan pahala dari Allah, siapa yang yakin dengan pahala dari Allah, maka insya Allah dia tidak menghadapi bahaya.
5.       Abu Mas`ud al-Ansar
Tidak begitu dikenali, hanya ada riwayat yang diperturunkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal yang memperlihatkan Abu Mas`ud tidak meminta-minta dan tidak mengharapkan sebarang pemberian. Ia  lebih bersikap berdikari dan menggantung harap hanya kepada Allah.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Hashim bin al-Qasim, bercakap kepada kami oleh Abu Mu`awiyah, ya`ni Shaiban daripada Hilal, ya`ni al-Wazan daripada `Abdul Rahman bin Abi Layla daripada Abi Mas`ud al-Ansari, bahawasanya disebut tentang dunia, dia  sebagai  enggan dan menolak lantaran katanya, ianya tidak menyampaikan kepada akhirat, tidak dengan dinar dan dirhamnya, lantaran dengannya berbalah berebut dan bercakaran manusia, berlaku tipu daya, bahkan dengan harta merosakkan agama dan duniamu.
Demikianlah, selain dari Huzaifah al-Yaman dan Abu `Ubaidah al-Jarrah, tiga tokoh yang lain berikutnya, kurang dimaklumi, sekurang-kurangnya bagi Penulis. Walau macam mana selain dari mengenali tokoh apa yang penting ialah pandangan yang diberi – Darinya kita mengambil manfaat.

Sekian.

July 29, 2016

ZUHUD SALMAN AL-FARISI, ABU HURAIRAH,`A`ISHAH, `ALI BIN AL-HUSAIN & MU`ADZ BIN JABAL


BBB, 23 Syawal  1437  =  28 Julai 2016 (Khamis):

Antara tokoh-tokoh yang diketengahkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal ialah:
1.       Salman Al-Farisi
Salman sebagaimana namanya berasal dari Parsi, seorang yang mencari kebenaran. Pernah menganut agama tradisi Parsi dan Kristian, tapi tidak memuaskan. Dia mendengar tentang kebangkitan Rasul Muhammad s.a.w. dia mengembara bagi mendapat kepastian tentang perutusan itu dan menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Beliaulah yang mencadangkan kepada Rasulullah bagi mempertahankan Madinah dari serangan kaum musyrikin Makkah yang mendapat kerjasama Yahudi Madinah agar membina parit keliling Madinah. Peristiwa yang berlaku pada tahun ke 5H. itu terkenal sebagai `Peperangan Khandak.``.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh ayahku,, bercakap kepada kami oleh Waki`, bercakap kepada kami oleh al-A`mash daripada Shamrin bin `Itiyyah daripada Salman r.h.a. berkata:
``Banyak dosa manusia oleh banyak bercakap perkara ma`siat terhadap Allah `Azza  wa Jalla..
2.        Abu Hurairah
Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhrin. Mengetui kalangan suffah yang mendiamai Masjid Nabawi pada peringkat permulaan Hijrah. Rapat dengan Nabi dan banyak meriwayatkan Hadith dari Baginda.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepadaku oleh al-`Abbas bin al-Walid al-Tursi, bercakap kepada kami oleh `Abdullah bin al-Mubarak, bercakap kepada kami oleh `Abdul Wahhab bin al-Ward daripada Salamah bin Hajal, bahawa Abu Hurairah menangis ketika sakitnya, maka dikatakan kepadanya, `Apa yang membuatkan engkau menangis ?`` Katanya,  aku tidak menangis tentang dunia kamu ini, tetapi aku menangis tentang jauhnya perjalananku dan kurangnya  bekalanku, dan aku sejak petang  pendakian yang boleh menjatuhkan aku ke syurga  atau  neraka, aku tidak tahu, manakah antara keduanya mengambil aku.``
3.       `Aishah Binti Abi Bakar
Dilahirkan empat tahun selepas Rasulullah s.a.w. menjadi Rasul. Beliau dikahwini Rasulullah selepas dua tahun wafatnya  Khadijah. Bila Hijrah `Aishah tinggal di kamar sebelah Masjid Madinah dalam mana di situ banyak diturunkan wahyu, sehingga dikenali sebagai kamar wahyu. Di kamar itulah Rasulullah sakit dan meninggal dan dikuburkan. `Aishah banyak mempelajari keilmuan dari Rasulullah dan beliau dirujuk berbagai-bagai bidang keilmuan.  `A`ishah meninggal ketika berumur 66 tahun pada Ramadhan 58H. dan dikuburkan di perkuburan Baqi`.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Waki`,  bercakap kepada kami oleh Mas`ar  daripada Shu`bah daripada Abi Burdah daripada emaknya daripada al-Aswad bin Yazid  daripada `A`ishah Yarhamuha Allah berkata engkau melakukan terafdhal dari segi ibadat, iaitu `Bertawadu``.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami oleh Waki`, bercakap kepada kami Sufyan daripada Hammad daripada Ibrahim daripada `A`shah rahimaha Allah, ``Kurangkan kamu dari melakukan dosa, kerana kamu tidak menemui Allah `Azza wa Jalla dengan sesuatu yang lebih afdhal dari kurangnya dosa.``
4.       `Ali bin al-Husain
Cucit Rasulullah, terkenal sebagai seorang yang lembut hati dan suka bersadaqah kepada orang-orang susah dan miskin.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Muhammad bin Ashkab, bercakap kepada kami Muhammad bin Bashar, bercakap kepada kami Abu al-Minhal al-Ta`i, bahawa `Ali bin Husain apabila  menyampaikan sadaqah kepada pemintanya dia menyentuh dan menciumnya.
5.       Mu`adh bin Jabal
Seorang yang berperwatakan baik, menarik dan tenang. Ketika mudanya beliau adalah salah seorang dari 70 orang dari Madinah (Ansar) yang menemui Rasulullah di Bai`ah al-`Aqabah yang Kedua, sebagai pembuka jalan ke arah pengislaman penduduk Madinah. Beliau adalah antara individu dari kalangan `al-Sabiqun al-Awwalun`  menerima Islam. Beliau sering bersama Rasulullah, termasuk menyertai peperangan dengan Baginda. Tetapi keistimewaan pada Mu`adh bin Jabal, bahawa beliau seorang yang mahir di dalam bidang fiqh, khususnya persoalan halal dan haram. Sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Yang terlebih alim di kalangan umatku tentang halal dan haram ialah Mu`adh bin Jabal.``
Ketika beliau diutus oleh Rasulullah s.a.w. ke Yaman untuk mengajar umat Islam di sana tentang hal-ehwal Islam beliau telah ditanya oleh Rasulullah s.a.w.
``Dengan apa engkau menghukum wahai Muadh ? Maka dijawab Mu`adh, ``Dengan Kitab Allah.`` ``Kalau tiada di dalam Kitab Allah ?, bertanya Rasulullah. Jawab Mu`adh, ``Saya berhukum dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.``  Rasulullah bertanya, ``Kalau tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulnya ? `` Berkata Mu`adh, ``Saya berijtihad dengan fikiran saya. Dan saya tidak akan berbuat sia-sia.``  Maka berseri-serilah wajah Rasulullah s.a.w.  Baginda bersabda, ``Al-Hamdulillah yang mentaufikkan Perutusan Rasulullah dengan apa yang diredhai oleh Rasulullah.``
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abdul Rahman al-`Anbari Abu `Abdullah, bercakap kepada kami Yusuf bin Kamil, bercakap kepada kami Bakir bin Abi al-Shamit daripada Qatadah, bercakap kepada kami Abu al-Hajjaj berkata, berkata Mu`adh bin Jabal r.h.a.
``Siapa yang mengetahui Allah `Azza wa Jalla adalah yang Haqq dan kiamat akan datang, tidak diragui padanya dan Allah akan membangkitkan mereka yang di dalam kubur dia masuk syurga.``
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh `Abdul al-Quddus bin Bakr daripada Muhammad bin al-Nadhar al-Hari`i  yang diangkat kepada Mu`adh bin Jabal r.h.a. berkata:
``Tiga siapa yang melakukannya terdedah kepada kemerkaan:
Ketawa secara berlebihan (`ujub),
Tidur berpanjangan malas bangun dan
Makan pada hal tidak lapar.``
Demikian petikan ungkapan dari kalangan sahabat yang dapat direnungi dan mengambil pengajaran.

Sekian.                                                                                                   

July 28, 2016

ZUHUD SAHABAT-SAHABAT


BBB,  22 Syawal 1437 =  27 Julai 2016 (Rabu):
Turut dibicarakan  oleh Imam Ahmad bin Hanbal, ialah zuhud kalangan sahabat-sahabat  yang membuktikan elemen zuhud ini berlaku di kalangan berbagai lapisan masyarakat umat. Unsurnya terdapat di dalam Al-Qur`an, Hadith, para rasul, anbiya`, sahabat, tabi`in dan zuhhad. Ini membuktikan bahawa elemen tasawuf bersumberkan kepada Islam dan sebagai satu ilmu berkembang  sama dengan pertumbuhan dan perkembangan keilmuan-keilmuan yang lain dalam Islam. Fungsinya membentuk jiwa, kehidupan, perjalanan dan pembawaan individu dan masyarakat yang mempunyai jiwa yang suci di dalam masyarakat yang harmoni dan selamat sesuai dengan konssep keislaman itu sendiri. Tokoh-tokoh sahabat yang dibicarakan (diambil minimum  satu contoh riwayat dari setiap seorang untuk ringkas, tapi ditambah difikirkan perlu). Riwayat tentang mereka di dalam teks tidak panjang kecuali satu dua halaman sahaja.  Mereka  ialah:
1.       Abu al-Darda`
Seorang sahabat yang amat prihatin dengan amalan kebajikan, mementingkan ibadat dan menjaga diri dari kelalaian.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Waki` dan Abu Mu`awiyah, kedua-duanya berkata bercakap kepada kami oleh al-A`amash daripada `Abdullah bin Murrah berkata, berkata Abu al-Darda`:
``Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan ambil perhatian dan ingatan terhadap mati, ketahuilah sedikit yang engkau prihatin lebih baik dari banyak yang melalaikan kamu, ketahuilah bahawa kebajikan  tidak membawa bala dan dosa jangan dilupa.``
2.       Al-Zubayr bin al-`Awwam
Al-Zubayr dipersaudarakan dengan Talhah sejak sebelum Hijrah, mereka teman sepermainan sejak kanak-kanak. Kedua nama berkenaan disebut bergandingan. Rasulullah s.a.w. menyebut, bahawa Zubayr dan Talhah jiran tetanggaku di syurga. Al-Zubayr sering menyertai peperangan dan bercita-cita untuk  syahid dan gugur di dalam peperangan;
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh Abu `Amir, bercakap kepada kami oleh Hammad  bin Salamah daripada `Ali bin Zaid, berkata mengkhabarkan kami, ``Siapa melihat al-Zubayr bin al-`Awwam sesungguhnya pada dadanya contoh disaksi mata daripada kesan tikaman dan panahan.``
3.       Talhah bin `Ubaidillah
Sahabat bagi Al-Zubayr yang diakui Rsulullah sebagai jiran di syurga. Banyak menyertai peperangan bagi menegakkan Islam. Beliau adalah juga seorang dermawan.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami Muhammad bin `Abbad, bercakap kepada kami Sufyan daripada nenek perempuannya Su`da binti `Auf al-Mariah berkata, berpagi-pagi Talhah pada satu hari dalam keadaan termangu, maka kataku mengapa engkau dalam keadaan yang meletihkan, maka katanya, tiada apa kecuali dengan hartaku, katanya `sesungguhnya engkau adalah dalam limpah nikmat yang seharusnya engkau melahirkan nikmat itu. Beliau meminta dipanggil kaumnya dan membahagikan derma kepada mereka. Dia berkata, Aku menanya, penjaga hartanya, berapa banyak hatanya, katanya, Empat ratus ribu !.
4.       Abu Dharr
Pencari kebenaran yang berkelana ke Makkah menemui Rasulullah s.a.w. dan menerima Islam dan sama berhijrah.  Seorang yang tegas yang hidup dalam keadaan sederhana. Beliau tidak menyenangi sikap pembesar, yang berkuasa dan hidup dalam keadaan kemewahan. Sanggup mengasingkan diri di pinggir kota di padang pasir Rabaza hingga meninggal dunia. Beliau adalah lambang para zuhhad. Tentang Abu Dharr Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Allah merahmatkan Abu Dharr yang berjalan berseorangan, mati berseorangan dan dibangkitkan berseorangan.``
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku,  bercakap kepada kami oleh Yahya bin Sa`id daripada Sufyan, bercakap kepada kami Sulaiman daripada Ibrahim al-Taymiyy daripada bapanya daripada Abi Dharr r.h.a. berkata, ``Yang mempunyai dua dirham lebih sukar menghadapi hisab daripada yang mempunyai satu dirham.``
5.       Amran bin al-Husayn
Beliau ialah Amran bin  Husayn bin `Abid dari kalangan `ulama` sahabah. Masuk Islam pada tahun ke 7H. Pada zaman pemerintahan `Umar bin al-Khattab, baginda pernah menghantarkan Amran ke Basrah bagi mengajar penduduknya keilmuan Islam. Amran meninggal pada tahun 52H. Namanya tercatit di dalam riwayat-riwayat Hadith:     
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepadaku bapaku, bercakap kepadaku Sufyan berkata, adalah (al-Hasan) berkata:
``Tidaklah sama seperti dia menetap di Basrah, ya`ni `Amaran bin al-Husayn.``
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku,, bercakap kepada kami Rauh, bercakap kepada kami oleh Hisham bin Abi `Abdillah daripada Qatadah berkata, berkata `Amran bin al-Husayn r.h.a.
``Aku suka aku seperti debu yang ditiup angin bergerak ke sana sini.``
Demikianlah sebahagian daripada kata-kata sahabat. Bahawa kata-kata mereka dicatat sebagai catatan gaya Hadith, yang pandangan mereka dapat diabadikan dan dapat dinilai, termasuklah dari segi pandangan ketasawufan. Bahawa generasi sahabat dididik Rasulullah dengan kemurnian jiwa yang dengan kekuatan jiwa memperkukuhkan dalaman penganut-penganutnya. Dengan jiwa sedemikianlah Islam berkembang.

Sekian.

July 27, 2016

ZUHUD LUQMAN DAN KHULAFA` AL-RASHIDIN


BBB. 21 Syawal 1437H. = 26  Julai  2016M. (Seals):


Di dalam Kitab Al-Zuhd al-Imam Ahmad bin Hanbal selepas membicarakan tentang zuhud 10 rasul, maka turut dibicarakan zuhudnya Luqman dan empat khulafa`al-Rashidin, iaitu Khalifah Abu Bakar, `Umar, `Uthman  dan `Ali k.w.
Berhubung dengan Luqman, dikenali juga sebaga Luqman al-Hakim ada yang berpendapat dia adalah salah seorang nabi, tetapi ada yang mengatakan bahawa dia adalah seorang watak manusia istimewa, mendalam dari segi hikmah dan pendidikan, khususnya menasihati anaknya. Bekerja sebagai `Tukang Jahit`.  Namanya terpahat dua tempat di dalam Al-Qur`an (Luqman: 12  &  13), bahkan sebuah surah di dalam Al-Qur`an diberi judul Surah Luqman.
1.       Luqman A.S.
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Waki`, bercakap kepada kami Sufyan daripada seorang  lelaki, daripada Mujahid (tentang ayat Al-Qu`an bermaksud (Dan sesungguhnya kami telah memberikan kepada Luqman hikmat kebijaksanaan – Luqman: 12),  dia  berkata bermaksud kefahaman, ketepatan maksud – betul pada percakapan pada perkara-perkara bagi nubuwwah.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami oleh Sayyar, bercakap kepada kami Ja`afar daripada Malik, ya`ni Ibn Dinar berkata, ``Telah berkata Luqman kepada anaknya,. ``Wahai anakku, ambil tindakan, mentaati Allah sebagai berniaga yang mendatangkan keuntungan-keuntungan yang tidak memerlukan barang dagangan.``
2.       Abu Bakar al-Siddiq
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh `Abdullah bin `Umar, bercakap kepada kami oleh `Abdullah bin Daud daripada Hisham ibn `Urwah daripada bapanya dari `Aishah berkata, (Mati) Abu Bakar, maka dia tidak meninggalkan dinar dan tidak dirham, dia pernah mengambil sebelumnya hartanya, kemudian dipulang kembali ke baitul mal.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh Abu Mu`ammar, bercakap kepada kami oleh Abu `Abdul Rahman daripada Mujalid daripada al-Sha`bi berkata, berkata Ibn `Abbas, antara  orang yang terawal memuji Abu Bakar, ialah Hassan (bin Thabit –Penyair Rasulullah):
Sendu mengingati saudaraku yang dipercayai
Tidak lain dari Abu Bakar Sahabat Rasul terpuji
Sebaik kejadian dengan taqwa dan keadilan
Menunai janji melaksana apa diamanah Junjungan

Pada dirinya kepujian menjadi contoh penyaksian
Keutamaan diberi rasul dengan sifat membenarkan.
3.        `Umar al-Khattab
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Ya`kub, bercakap kepoada kami Rauh, memberitakan kami Abu Khaldah berkata, ``Aku mendengar Aba al-`Aliyah berkata, ``Lebih banyak apa yang aku dengar `Umar ibn al-Khattab berkata, Allahumma afiyatkan kami dan maafkan kami,``
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami `Abdul Samad, bercakap kepada kami Salam, katanya, ``Kami mendengar  al-Hasan berkata, dibawa kepada `Umar r.h.a. (anaknya) dengan satu harta, maka menyampaikan kepadanya oleh Hafsah binti `Umar Umm al-Mu`minin. Dia datang dan berkata, ``Wahai Amirul Mu`minin, ini hak bagi kerabat engkau daripada harta ini. Sesungguhnya mewasiat Allah dengan harta ini kepada kerabat-kerabat. Maka berkata `Umar,  Wahai anakku, hak bagi kerabat ialah daripada hartaku. Adapun ini bagi kepentingan muslimin. Engkau menipu ayahmu. Beri nasihat kepada kerabat kaum kita. Maka berlalu Hafsah dengan rasa malu.
4.       `Uthman bin `Affan
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh `Abdul Rahman daripada Hammad bin Zaid daripada `Uthman r.a. (berkata), ``Apa yang pengamal mengamalkan satu-satu amalan nescaya dipakaikannya oleh Allah  pakaian amalannya.
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Ishaq bin Sulaiman, bercakap kepada kami Abu Ja`far daripada Yunus daripada al-Hasan dan berkata Fayyadh daripada Ja`far bin Barqan, daripada al-Hamadhani dalam percakapannya berkata (Aku melihat)  `Uthman tidur di masjid pada satu sudut, tiada kelilingnya  seseorang (menjaganya), sedang dia adalah seorang Amir al-Mu`minin.
5.       `Ali bin Abi Talib
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Waki` berkata, kata anak ayahku Khalid daripada Zubaidah berkata, berkata `Ali a.s. dan berkata Waki` dan bercakap kepada kami Yazid bin Ziyad bin Abi al-Ja`d daripada Muhajir al-`Amiri daripada `Ali a.s. berkata,  ``Perkara yang aku takut, apa yang aku takut kepada kamu dua perkara, panjang angan-angan  dan mengikut hawa nafsu. Adapun panjang angan-angan boleh melupakan akhirat, adapun  mengikut hawa nafsu menyekat engkau dari kebenaran. Ingatlah bahawa dunia sudah ditentu pentadbirnya dan akhirat akan mendatang dan bagi setiap satu daripadanya ada anak-anak. Jadilah kamu daripada anak-anak akhirat dan jangan kamu jadi daripada anak-anak dunia, kerana pada hari ini amal belum dihisab dan esok hisab dan amal.``
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Shurayh bin Yunus  berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Hisham daripada Salih Baya` al-Iksiah daripada emaknya atau datuk perempuannya berkata, ``Aku lihat `Ali bin Abi Talib r.a.  membeli kurma dengan satu dirham, maka dibawanya  di dalam  bungkusan, maka kata mereka itu, `Kami tolong bawa  wahai Amirul Mu`minin, maka katanya, `Tidak`, Aku ketua keluarga  lebih berhak membawanya.``.
Demikian elemen tasawuf hak semua, ada pada rasul- nabi, khulafa` al-Rashidin, pimpinan   dan pada siapa saja yang mempunyai jiwa ketasawufan yang mencanaikan jiwa dan diri berkenaan dengan nilai-nilai murni dan keakhlakan.

Sekian.


July 26, 2016

ZUHUD PARA RASUL


BBB, 20 Syawal 1437 = 25 Julai 2016 (Isnin):


Menyebut zuhud para rasul. Tidak bermakna semua rasul dibicarakan dari segi kezuhudan mereka, hanya terdapat sepuluh orang sahaja rasul yang dibicarakan. Antaranya dibicarakan berulang dari aspek berlainan. Sepuluh rasul yang dibicarakan ialah:
Yunus,  Sulaiman, Ayyub, Adam, Nuh
Isa,   Musa,  Daud,  Ibrahim dan Yusuf.
Kita tertanya jua daripada mana Al-Imam Ahmad bin Hanbal mengambil maklumat tentang mereka, sebenarnya tidak semua bahagian setiap rasul yang biasanya mengambil halaman antara lima halaman lebihkurang ialah tentang kerasulan berkenaan.  Cuma beberapa riwayat tentang kerasulan berkenaan, manakala yang lain tidak berkait dengan rasul berkenaan. Sumbernya adalah biasanya daripada Al-Qur`an atau Hadith atau maklumat-maklumat khusus,  terdapat antara rawi ialah Ka`b al-Ahbar  (m. 32H./652M.) mantan `ulama` besar Yahudi di Yaman dan menganut Islam pada zaman  Sayyidina Abu Bakar. Para sahabat banyak mengambil maklumat lampau darinya. Dari segi rawi dan sanad adalah sebagaimana biasa. Contoh:
1.       Nabi Yunus
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami ayahku, bercakap kepada kami oleh Waki` bercakap kepada kami oleh Sufyan daripada al-Suddi daripada Abi Malik berkata, ``Berada Yunus di dalam perut ikan `al-hut`  selama empat puluh hari.
2.        Nabi Sulaiman
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh ayahku, bercakap kepada kami oleh Waki`, bercakap kepada kami oleh Sufyan daripada al-A`mash daripada Khaithamah berkata, berkata Sulaiman bin Daud a.s. ``Kami melalui ujian hidup, secara lembut dan kerasnya dan kami dapati cukup bagi mendekatiNya.``
3.        Nabi Ayyub
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku,, bercakap kepada kami Yazid, memberitakan kepada kami Hisham daripada al-Hasan berkata, ``Tidaklah tinggal bahagian (tubuh ayub yang berpenyakit kulit), melainkan dua matanya, hati dan lisannya, adalah berbagai-bagai (jenis kuman penyakit) pada tubuhnya. Adalah dikatakan dia tinggal di Kanisah (rumah ibadat) tujuh tahun dan beberapa hari atau dikatakan beberapa bulan.`` Berkata Yazid aku syak dengan maklumat ini !
4.        Nabi Adam
Bercakap kepada kami Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami `Abdul Samad, bercakap kepada kami Abu Hilal, bercakap kepada kami Bakar berkata,
``Tatkala Adam amat ingin tahu tentang zuriatnya, maka dilihat setengahnya melebihi yang lain, maka dia bersabda, Wahai Tuhan, Tidakkah Engkau menyamakan di antara mereka itu ? Maka berfirman (Allah), ``Wahai Adam, Aku suka kalau aku disyukuri.``.
5.        Nabi  Nuh
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh ayahku, bercakap kepada kami oleh `Abdul Rahman daripada Sufyan daripada al-A`mash daripada Mujahid daripada `Ubaid bin `Umair berkata;
``Adalah kaum Nuh memukulnya  hingga dia pengsan, apabila ia pulih, dia berdoa, ``Wahai Tuhanku ampunlah kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.``
6.       Nabi `Isa
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Sayyar, bercakap kepada kami Ja`afar, bercakap kepada kami Malik bin Dinar. Dia berkata,
``Allah mewahyukan kepada `Isa a.s., Wahai `Isa nasihatkanlah kepada dirimu, apabila engkau telah menasihatkan dirimu, maka nasihatkanlah manusia, dan jikalau tidak, malulah dirimu dariKu.``
7.       Nabi Musa
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami `Abdul Razzaq, berkata , aku mendengar Wahab berkata:
``Kata  Nabi Khaidhir kepada Nabi Musa ketika berjumpanya, ``Wahai Musa bin `Amran ! Hentikan mengacah perjalanan ! Jangan berjalan tanpa hajat, jangan ketawa tanpa kehairanan, lazimkan diri di rumah, sesungguhnya engkau berada pada kesilapan.``
Dan bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Yazid, bercakap kepada kami Al-Jariri daripada `Abdullah bin Shaqiq daripada Ka`b al-Ahbar bahawa Nabi Musa a.s. adalah berkata di dalam do`anya, ``Allahumma lembutkan hatiku dengan bertaubat dan jangan jadikan hatiku keras seperti batu.``
8.       Nabi Daud
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Rauh dan Muhammad bin Ja`afar, bercakap kepada kami oleh `Auf bin Khalid berkata Muhammad, bahawa Khalid bin Thabit al-Rub`iyy berkata, ``Aku dapati pembukaan bagi Kitab Al-Zabur yang dipanggil `Zabur Daud a.s` bahawa  kepala hikmah takutkan Tuhan `Azza wa Jalla.``
9.       Nabi  Ibrahim
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami oleh `Abdul Samad, mengkhabarkan kami oleh Ja`afar, bercakap kepada kami oleh Abu `Imran daripada `Abdullah bin Rabah al-Ansari daripada Ka`b  berkata: ``Bahawa Ibrahim a.s.w. berkata,  Wahai Tuhanku aku berdukacita, aku tidak melihat seorang di muka bumi menyembah Engkau selain dariku, maka Allah `Azza wa Jalla menurunkan kepadanya malaikat-malaikat yang bersolat bersamanya.
10.   Nabi Yusuf
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, mengkhabarkan kami oleh Ismail, memberitakan kami oleh Yunus daripada al-Hasan berkata, ``Bersabda Nabi s.a.w. Allah merahmati Yusuf, jikalau tidak dengan kalimahnya necaya dia tidak tinggal di dalam penjara sepanjang masa tinggalnya, katanya, ingatkan daku di sisi Tuhan, kemudian menangis al-Hasan dan dia berkata, sedang kami apabila berlaku sesuatu cepat takut dan mengadu kepada manusia.``.
Demikian petikan berhubung dengan zuhud para rasul – 10  orang.

Sekian.


July 25, 2016

ZUHUD RASULULLAH S. A. W.


BBB, 19 Syawal 1437 = 24  Julai 2016 (Ahad):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Al-Imam Ahmad bin Hanbal menyusun di dalam Kitab al-Zuhd, ialah tentang kezuhudan rasul-rasul, nabi-nabi, para sahabat dan zuhhad. Sebagai permulaan Al-Imam Ahmad membicarakan tentang Zuhud Nabi Muhammad s.a.w. Dalam bahagian ini terdapat sejumlah 179 Hadith atau gaya Hadith yang hampir keseluruhan adalah langsung membicarakan tentang zuhud Rasulullah s.a.w.  Persoalan-persoalan penting antaranya mengenai:
1)       Segera Solat  Rasulullah Apabila Tiba Waktu
2)      Doa
3)      Kehidupan kekeluargaa Rasulullah s.a.w.
4)      Nasihat Kepada Utusan
5)      Ahlu al-Suffah
6)      Amalan BerIstighfar
7)      Lebih Tangis Dari Ketawa
8)      Rezeki Dan Qana`ah
9)      Sabar Dan Berlapang Dada
10)   Dhikrullah Dengan ayat Al-Qur`an
11)   Amal Berkekalan
12)   Kaya Diri
13)   Tawakkal
14)   Ziarah Orang Sakit Dan Mengiringi janazah
15)   Berbagai persoalan.
Kebanyakan riwayat adalah bermula dengan, ``Haddathana Abdullah, Haddathana Abi ...`` Bercakap kepada kami oleh `Abdullah dan bercakap kepada kami bapaku...``.    Abdullah adalah merujuk kepada Al-Imam Ahmad bin Hanbal yang nama penuhnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad. Kadang-kadang bermula dengan `Haddathana ...`` Bercakap kepada kami  - ya`ni `Abdullah.``.
Di bawah ini diperturunkan riwayat di dalam sanad secara sepenuhnya dan matan.
1.       Segera  Solat Rasulullah Apabila Tiba Waktu
Bercakap kepada kami oleh Waki`, bercakap kepada kami Shu`bah daripada al-Hakam daripada Ibrahim daripada al-Aswad berkata, ``Aku berkata kepada `Aishah r.`anha, ``Apakah sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila masuk kerumahnya, berkata (`Aishah), Adalah Baginda menguruskan hal ehwal keluarganya, apabila hadir waktu solat Baginda keluar dan bersolat.
2.       Nasihat Kepada Perutusan
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Yunus, bercakap kepada kami Baqiyyah daripada al-Sirriyy bin Yan`im daripada Marih bin Masruq daripada Mu`adh bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya tatkala beliau diutuskan ke Yaman, (bermaksud): ``Waspadalah dari dilalaikan ne`mat, kerana hamba Allah tidak dilalaikan oleh ne`mat.``
3.       Kedaifan Ahlu al-Suffah
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami oleh bapaku, bercakap kepada kami oleh Waki`, bercakap kepada kami Fudhail, ya`ni Ibn Ghazwan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah berkata, ``Aku melihat tujuh puluh orang dari kalangan Ahli al-Suffah, mereka bersolat menggunakan baju, daripada mereka ada yang baju melitupi ke bawah lutut dan ada daripada mereka sedikit  kebawah lutut, apabila rukuk salah seorang daripada mereka itu memegang bajunya kerana takut kelihatan auratnya.``
4.       Amalan Beristighfar
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami oleh Ibrahim bin Ziyad Subulan, bercakap kepada kami `Abbad ya`ni Ibn `Abbad daripada Muhammad bin `Amrin daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Sesungguhnya aku selagi beristighfar kepada Allah `Azza wa Jalla dan aku bertaubat kepadaNya  tiap-tiap hari seratus kali.``
5.       Lebih Tangis Dari Ketawa
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami Ibrahim bin Ziyad Subulan, bercakap kepada kami `Abbad, ya`ni Ibn `Abbad daripada Muhammad bin Amrin daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
Demi diriku di tanganNya kalau kamu ketahui apa yang aku tahu nescaya sedikit kamu ketawa dan lebih banyak kamu tangis.``.
6.       Rezeki dan Qana`ah
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami `Abdullah bin Yazid, bercakap kepada kami Sa`id bin Abi Ayyub, bercakap kepada kami Sharahbil bin Sharik daripada `Abdul  Rahman al-Habliyy daripada `Abdullah bin `Amrin bin  al`As, bahawasanya Rasulullah  s.a.w. bersabda (bermaksud):
``Sesungguhnya berjayalah siapa yang menerima Islam dan dikurniakan rezeki yang mencukupi dan dia bersifat qana`ah dengan apa yang diberi Allah kepadanya.``
7.       Sabar Dan Berlapang Dada
Bercakap kepada kami oleh `Abdullah, bercakap kepada kami Bayan bin al-Hakam, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Hatim, bercakap kepada kami Bashar Ibn al-Harth, memberitakan kami `Abbad bi al-`Awwam daripada Hisham daripada al-Hasan, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., maka dia berkata, ``Manakah satu amalan yang lebih afdhal ? Bersabda  (Rasulullah s.a.w.)  Sabar dan berlapang dada (al-Samahah).
8.       Kaya Diri
Bercakap kepada kami `Abdullah, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Waki` daripada Ja`far bin Barqan daripada Yazid al-Asamm daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Bukanlah kekayaan dengan banyaknya harta benda, sesungguhnya kekayaan itu ialah kaya diri.``
Demikianlah sebahagian kecil daripada kumpulan Hadith-Hadith kezuhudan yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang semuanya membawa persoalan yang berjiwa tasawuf. Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w.  sumber keislaman selepas Al-Qur`an, termasuklah tasawuf.

Sekian.

July 24, 2016

KANDUNGAN KITAB AL-ZUHD


BBB, 18 Syawal 1437 =  23 Julai 2016 (Sabtu):
Sebagaimana  tajuk yang dibawa oleh Kitab al-Zuhd, maka sudah tentulah kandungan yang dibawa oleh kitab ini ialah persoalan-persoalan yang berhubung dengan zuhud, iaitu sebagaimana telah disebutkan ia  adalah nama dan judul awal bagi maksud keilmuan yang kemudiannya dikenali sebagai tasawuf.
Kitab Al-Zuhd yang dihasilkan oleh Al-`Alim al-Rabbani wal Siddiq al-Thani al-Imam Abi `Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Shaybani (164-241H./780-855M.) diterbitkan oleh Raji` al-Naskhah wa Dhabti A`lamiha Lujnah min al`Ulama` bi Ishraf al-Nashir – Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut, Lubnan yang cetakan pertamanya 1403H./1983M. Buku ini berjilid rapi dan menarik adalah setebal 480 hlm. Penulis berpeluang memiliki buku ini  dengan membelinya  ketika menunaikan fardhu Haji bagi kali pertama dengan isteri dan membelinya di Makkah al-Mukarramah  pada 03 Dhul Hijjah 1405 bersamaan 19 Ogos 1985 dengan harga 15 riyal Sa`udi. Kitab al-Zuhd adalah setebal 480 halaman.  Bagi buku ini tidak disebut siapa penyelenggaranya, ianya dimulakan dengan kata-kata Penerbit secara ringkas yang lebih sedikit dari sehalaman, diikuti dengan  Tarjamah Al-Imam Ahmad bin Hanbal sebanyak  tiga halaman dan dikuti dengan kandungan kitab yang sebagaimana telah disebut adalah mengambil gaya persuratan Hadith.
Kandungan Kitab al-Zuhd  ialah mengenai Zuhud para al-anbiya` (rasul-rasaul), empat khulafa` al-Rashidin, para sahabat dan zuhhad yang kesemuanya berjumlah 53 orang).
Pada  kata pengantar penerbit yang ringkas, tetapi menarik, maka selepas basmalah, hamdalah dan salawat terhadap Nabi Muhammad s.a.w. kata penerbit bermaksud:
Adapun kemudian daripada itu:
Berfirman Allah Ta`ala bermaksud:
``Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah`` (Luqman: 33).
Dan firman Allah Ta`ala lagi bermaksud:
``Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak, serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia, dan ingatlah pada sisi Allah  ada (tempat) kembali yang sebaik-baik (iaitu syurga) – (Ali `Imran: 14).
Seterusnya penerbit membawa Hadith-Hadith yang bertemakan tasawuf:
Daripada Abi Sa`id al-Khudri r.a. berkata, ``Rasulullah s.a.w. berdiri di atas mimbar dan kami duduk sekelilingnya, maka Baginda bersabda bermaksud:
``Daripada perkara yang aku takut ke atas kamu selepas ketiadaanku, apa yang terbuka kepada kamu daripada bunga dunia dan hiasannya.``
  Tambah lagi penerb it:
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Allahumma, tidak ada kehidupan, melainkan kehidupan akhirat.``
Kata penerbit:
Ditangan kita `Kitab al-Zuhd` bagi Imam al-`Allamah Ahmad bin Hanbal yang menerangkan tentang zuhud para anbiya` yang diketua mereka itu Nai Muhammad bin Abdullah alayhim al-salat wa al-salam. Juga dibentangkan kepada kita zuhud para sahabat r.anhum diredhai mereka itu dan diikuti para zuhhad dari kalangan tabi`in. Al-Imam Ahmad bin Hanbal menampilkan kitabnya secara tunggal dari segi judul `al-Zuhd`.
Berkata Ibn Taimiyyah r.h.a. tatkala disebut dihadapannya tajuk `al-Zuhd`, katanya,
``Sebaik-baik apa yang dikarang padanya ialah `Kitab al-Zuhd` yang dikarang oleh Imam Ahmad bin Hanbal.``
Tasmbah penerbit, ``Melihat kepada kepentingan kitab ini dan faedah yang diharap daripadanya, kita mengambil tanggungjawab dengan memberi khidmat, dengan apa yang boleh memudahkan kita dari segi  kesungguhan dengan  mengisi maktabah muslim dengan bahan keilmuan yang praktikal, kitab yang begitu berharga yang tidak dapat tidak perlu dibaca dan mengambil faedah daripadanya.
Adapun bahagian kedua, yakni berkenaan latar al-Imam Ahmad bin Hanbal, kita telah merumuskan kandungan dalam tulisan kita yang lepas.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Kitab Al-Zuhd ialah mengenai kezuhudan para anbiya`, sahabat dan para zuhhad, iaitu bermula dengan kezuhudan Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari halaman  8 sehingga halaman 43 yang setiap halama antara  5 – 7 Hadith. Tetapi bagi Hadith permulaan tentang Nabi Muhammad s.a.w. sanad dengan para rawinya agak panjang mengambil ruang tiga perempat halaman (hanya tiga Hadith. Maka Hadith pertama selepas bermula dengan basmalah:
Mengkhabarkan kami al-Shaykh al-Jalil al-`Adlu Nasir al-Din Abu `Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Muhammad bin `Abdullah al-Dimashqi al-Shafi`i dikenali dengan Ibn al-Minhar dengan membaca kepadanya dan kami mendengar pada bulan-bulan daripada tahun 708H. dikatakan kepadanya. Menmgkhabarkan kami oleh al-Shaykh Imam yang dipercayai Taqiyyuddin Abu Muhammad Abdul Rahman bin Abi al-Fahm bin Abdul Rahman al-Baladini al-`Abbasi. Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Qasim Yahya bin As`ad bin Yahya bin Bulish al-Tajir daripada Abi Talib Abdil Qadir bin Muhammad bin Yusuf al-Yusufi. Memberitakan kami oleh Abu `Ali Hasan bin `Ali bin Muhammad bin `Ali bin al-Madhhab membaca kepadanya pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 443H. Mengkhabarkan kami oleh Abu Bakar Ahmad bin Ja`afar bin Hamdan bin Malik al-Qati`i.
Bercakap kepada kami oleh `Abdul Rahman `Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Hanbal r.a. berkata, bercakap kepadaku Abi Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Kinanah, bercakap kepada kami Yazid bin Harun, memberitakan kami Muhammad bin Mitraf daripada Zaid bin
``Siapa pergi dan pulang (berulang) ke masjid disediakan Allah `Azza wa Jalla kepadanya di dalam syurga tempat boleh bergerak sebagaimana dia pergi mari``.
Demikianlah contoh riwayat bagi sanad pertama dan permulaan yang agak panjang yang membawa kepada matan  Hadith daripada Nabi Muhammad s.a.w. Kaedah menyampaikan maklumat sedemikian adalah berterusan selanjutnya menurut topik-topik berkenaan, tetapi tidak sepanjang riwayat oleh rawi-rawi pada sanad bagi Hadith pertama ini.

Sekian.

July 23, 2016

KITAB-KITAB AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL


BBB,  17 Syawal 1437 = 22 Julai 2016 (Jumaat):
Penerbit bagi kitab Al-Zuhd bagi al-Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut (1403H./1983M.) menyebut karangan-karangan atau kitab-kitab susunan Al-Imam Ahmad bin Hanbal tidak secara lengkap, tetapi menyebut.
Kitab-kitab terkenalnya yang  telah diterbitkan (bercetak):
1)       Al-Musnad (Kitab Hadith) yang terdiri dari 6  jilid, yang mengandungi 30,000 Hadith.
2)      Al-Zuhd – Kitab yang menjadi fokus pembicaraan
3)      Al-Radd  `ala al-Zanadiqah fima bihi min Mutashabihi al-Qur`an (Penolakan Terhadap Golongan Zindiq Pada Apa yang mentashabih Dengan Al-Qur`an).
4)      Al-Wara` - Tanbahan (ada pada Penulis).
Menurut Penerbit  Imam Ahmad bin Hanbal ada menghasilkan kitab Tarikh dan Al-Nasikh dan al-Mansukh.
Manakala tulisan-tulisan yang masih bersifat naskhah (belum diterbitkan):
a)      Al-Ashribah  (Minuman-Minuman)
b)      Al-Masa`il (Masalah-Masalah)
c)       Al`Ilal wa al-Rijal (`Illat dan Tokoh-tokoh).
Antara yang menulis tentang Al-Imam Ahmad bin Hanbal ialah:
·          Ibn al-Jauzi dengan judul Manaqib al-Imam Ahmad dan Sirah Perjalanannya
·         Abu Zahrah dengan judul Ibn Hanbal Dirasat Kamilah `an Hayatihi wa Muallafatihi (Kajian Lengkap Kehidupan Dan Karangan-Karangan Ibn Hanbal).
Sebagai Al-Imam  yang berjuang bagi menegakkan Islam melalui jihad keilmuan Al-Imam Ahmad bin Hanbal tidak terlepas dari menghadapi fitnah, ancaman, bahkan tahanan (penjara).
Sebagaimana dimaklumi pada zaman kenaikan kerajaan Abbasiyyah (bermula 132H.) berlaku bukan saja pertikaian dari segi politik yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan kerajaan Umawiyyah di Sham (berpindah ke Andalus), tetapi juga berlaku pertikaian intelektual. Pada zaman tersebut lahirnya faham Mu`tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, di samping pecahan-pecahan yang lain. Karajaan Abbasiyyah pada umumnya adalah pendukung bagi fahaman Mu`tazilah-Qadariyyah. Ini sesuai dengan prinsip perjuangan aliran ini dengan Kerajaan Abbasiyyah yang berslogankan – Wajib  mengubah pihak yang menyeleweng (Umawiyyah). Manusia adalah  diberi kuasa oleh Allah  melakukan kehendak dan qudratnya.
Al-Imam  Ahmad bin Hanbal, termasuk al-Imam Shafie adalah berada di dalam zaman kenaikan Kerajaan Abbasiyyah. Antara persoalan falsafah yang menjadi pertikaian pada masa tersebut, ialah Al-Qur`an sebagai kalam Allah, adakah Qadim atau Baharu. Al-Imam Ahmad berdiri teguh dengan pendapat bahawa Al-Qur`an adalah Qadim, bukan Baharu – Kena Jadi, sebagaimana dipegang oleh pihak Mu`tazilah-Qadariyyah.
Berhubung dengan pegangan dan pendirian Al-Imam Ahmad bin Hanbal yang bercanggah dengan pegangan rasmi kerajaan Abbasiyyah pada masa itu, maka Khalifah al-Ma`mun (198H. – 218H.) telah memanggil Al-Imam Ahmad bin Hanbal berhubung dengan pegangannya tentang Qadimnya Al-Qur`an. Tetapi di dalam masa dibicarakan Al-Imam Ahmad bin Hanbal Khalifah al-Ma`mun meninggal dunia, tetapi Al-Imam Ahmad bin Hanbal tidak terlepas dari tuduhan, bahkan Khalifah Al-Mu`tasim (218-227H.) yang menggantikan Khalifah al-Ma`mun meneruskan polisi Khalifah al-Ma`mun. Kes pegangan Al-Imam Ahmad bin Hanbal didengar, beliau didapati bersalah dan beliau telah dihukum penjara dan merengkok dalam tahanan selama 28 bulan kerana keengganannya mengatakan `Al-Qur`an Makhluk !``. Beliau dilepaskan dari penjara pada tahun (220H.). Al-Wathiq (227-232H.) yang menggantikan Al-Mu`tasim tidak mengapakan al-Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi pada zaman pemerintahan Al-Mutawakkil (232-247H.) yang teraju pemerintahan mulai dikuasai oleh tentera-tentera Turki yang diberi kepercayaan sejak Al-Wathiq menjadi tentera negara dan membelakangi keturunan `Arab, maka politik pemerintahan ditentukan oleh pahlawan-pahlawan Turki – termasuk menaik dan menurunkan khalifah. Di dalam keadaan lemah ini, maka Khalifah Al-Mutawkkil memuliakan Al-Imam Ahmad bin Hanbal dan meletakkannya sebagai Ulama Negara. Sebarang mesyuarat penting  tidak berlangsung tanpa disertai oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kemuliaan yang diberi ini berterusan hinggalah meninggalnya Al-Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H.).
Dapatlah dilihat jiwa ketasawufan pada diri Al-Imam Ahmad bin Hanbal kental di dalam jihad kehidupannya.  Sanggup berdepan dengan hukuman kerana mempertahankan keyakinan yang dipegangnya, walaupun berdepan dengan hukuman penjara. Beliau adalah tokoh keilmuan yang jitu. Beliau mempunyai Musnad Hadith yang terkenal dengan  - Musnad Imam Ahmad yang mengandungi koleksi Hadith berjumlah 30,000 Hadith. Kealimannya di dalam Al-Qur`an dan Al-Hadith melayakkannya mengeluarkan fatwa dan beliau berkedudukan sebagai Imam Mazhab Empat. Beliau setara  dengan imam-imam mazhab yang lain yang mempunyai karya besar masing-masing dalam mana Al-Imam Malik dengan al-Muwatta`, al-Imam al-Shafie dengan al-Umm dan al-Imam Abu Hanifah dengan  al-Fiqh al-Akbar dan al-Asgharnya dan  Al-Imam Ahmad dengan Musnadnya.
Di dalam bidang tasawuf, walaupun jarang mereka yang meletakkan Al-Imam Ahmad bin Hanbal sebagai tokoh sufi yang penting, tetapi adalah jelas bahawa dengan kehidupan dan jiwa kesufiannya beliau adalah pembawa jiwa sufi, bahkan menyusun karya yang berhubung dengan tasawuf iaitu karya Al-Imam Ahmad bin Hanbal yang jelas iaitu:
1)      Al-Zuhd
2)      Al-Wara`
Beliau bersama Abdullah bin al-Mubarak adalah sama mempelopori pendekatan tasawuf terawal, iaitu `Zuhd` . Kedua-duanya mengambil pendekatan penulisan gaya Hadith di dalam menyusun karya masing-masing. Bukti berkarya  dari Abdullah bin al-Mubarak dan al-Imam Ahmad bin Hanbal jelas bahawa tasawuf adalah Turath keilmuan Islam yang asal yang berkembang di dalam rahim peradaban dan tamadun Islam sebagaimana keilmuan-keilmuan Islam yang lain.

Sekian.

July 22, 2016

AL-ZUHD KITAB TASAWUF TERAWAL SELEPAS AL-ZUHD WA AL-RAQA`IQ: PENDAPATTENTANG AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL


BBB, 16 Syawal  1437 = 21 Julai 2016 (Khamis):


Kitab Al-Zuhd adalah antara kitab membawa persoalan tasawuf terawal  selepas kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq oleh Abdullah al-Mubarak (m. 181H.) sebagaimana telah dibicarakan. Selepas daripada ini adalah dilihat bahawa kitab Al-Zuhd adalah merupakan turath tasawuf selepas kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq. Kitab Al-Zuhd ini dihasilkan oleh  Ahmad bin Muhammad bin Hanbal al-Shaybani yang terkenal sebagai Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H/780-855M.). Ini bererti Ahmad bin Hanbal berkesempatan dengan Abdullah bin al-Mubarak  dari kalangan tabi`in yang menghasilkan kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq.
Adalah menarik melihat bahawa:
1)      Ahmad bin Hanbal seazaman dengan Abdullah al-Mubarak
2)      Kedua-duanya mengambil judul bagi kitab bertemakan tasawuf dengan judul Al-Zud bagi Ahmad bin Hanbal dan bagi Abdullah bin Mubarak berjudul Al-Zuhd wa al-Raqa`iq.
3)      Kedua-duanya adalah  mengikuti tradisi persuratan Islam pada peringkat awal Islam, iaitu menurunkan maklumat secara riwayat sebagaimana riwayat bagi Hadith Rasulullah s.a.w.
4)      Bukti persuratan sebagaimana kedua-dua kitab tersebut adalah bukti kukuh sebagai asas perkembangan persuratan tasawuf Islam.
5)      Membuktikan pada peringkat permulaan istilah tasawuf belum begitu popular dan tajuk bagi yang bertema tasawuf pada peringkat permulaan ini ialah `Zuhd`. Dan zuhud adalah menjadi ciri  ketasawufan yang penting.
Ahmad bin Hanbal tidak saja terkenal di dalam bidang fiqh, tetapi di dalam menyusun persoalan yang berhubung dengan tasawuf dan diri dan sejarah hidup beliau mencerminkan beliau seorang pejuang keislaman, keilmuan dan kerohanian yang mempertahankan prinsipnya, walaupun menghadapi hukuman – dipenjara kerana mempertahankan prinsip pegangannya. Nama penuh  Ibn Hanbal ialah Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hibban bin Abdullah bin Anas bin `Auf bin Qasit bin Mazin bin Shaiban bin Dhuhal bin Tha`labah bin `Ukabah bin Sa`b bin `Ali bin Bakar bin Wa`il bin Qasit bin Hanab bin Aqsa bin Da`mi bin Juwaylah bin Asad bin Rabi`ah bin Nizar bin Ma`ad bin `Adnan  - Abu Abdullah al-Shaybani al-Wa`ili. Imam bagi mazhab Hanbali, salah satu daripada Imam Mazhab yang empat  yang bertali keturunannya dengan  moyang turunan Rasulullah s.a.w. kepada `Adnan. Imam Ahmad berasal dari Marwi dan bapanya pemerintah (Wali) di Sarkhas.
Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad (L. 164H./780M.). Dididik di dalam suasana keilmuan dan bersungguh di dalam pengajian. Di dalam mencari ilmu dan  pengalaman beliau banyak bergerak bermusafir antaranya ke Kufah, Basrah, Makkah, Madinah, Yaman, Sham, Thughur, Maghrib, Jaza`ir, Iraq, Parsi dan Khurasan. Dia mendapat pengajian antaranya dari Sufyan bin `Uyaynah, Ibrahim bin Sa`ad, Bashar bin Mufaddal, Yahya bin al-Qattan, Hashim, Waqi`,  Ibn `Aliyyah, Ibn Mahdi, Abdul Razak dan lain-lain.
Manakala mengambil ilmu darinya antaranya  dua anaknya Abdullah dan Salih dan yang lain ialah Abdul Razzaq, Yahya bin Adam,  Abu al-Walid, Ibn Mahdi, Yazid bin Harun, `Ali bin al-Madini, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Abu Zar`ah al-Razi, al-Dimashqi, Muhammad bin Abi al-Dunya, Muhammad bin Ishaq al-Saghani, Abu Hatim al-Razi dan lain-lain. Ramainya pelajar yang mengikuti pengajaran Imam Ahmad bin Hanbal sebagaimana digambarkan oleh anaknya dalam riwayat:
``Berkata Husain bin Ismail, ``Aku mendengar bapaku berkata, ``Adalah berhimpun pada majlis ilmu al-Imam Ahmad jumlahnya antara lima ribu lebih kurang.``
Berkata Yazid bin al-Munadi, ``Adalah Imam Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal daripada sebaik manusia, semulia-mulia diri, pandai bergaul, berkeperibadian tinggi, penuh adab dan daya tarikan dalam pergaulan. Jauh dari keji dan lagha, tidak didengar darinya melainkan muzakarah berhubung dengan keilmuan dengan ilmuan-ilmuan sezamannya. Suka membicarakan tentang orang salihin dan para zuhhad. Dia tenang dan hening, kata-katanya elok.  Apabila berdepan dengan seseorang gembira dirinya dengannya dan menerimanya. Dia adalah seorang yang tawadhu`. Mereka memuliakannya, membesarkannya dan mengasihinya.
Tentang Imam Ahmad bin Hanbal, berkata al-Imam al-Shafie tentangnya,
``Berkata Harmalah, aku mendengar Imam Shafie berkata,
``Aku keluar daripada `Iraq, sesungguhnya aku tidak meninggalkan seorang lebih mulia dan lebih berilmu. Tidak ada yang lebih wara` dan lebih taqwa daripada Ahmad bin Hanbal.``
Berkata Qutaibah, ``Mati Sufyan al-Thauri, maka matilah kewarakan, mati Imam Shafie, maka matilah kesunahan dan Mati Ahmad bin Hanbal, maka lahirlah bid`ah-bid`ah.`` Tambahnya, ``Bahawa Ahmad bin Hanbal berdiri di kalangan ummah bagaikan membawa mesej Nubuwwah.``
Riwayat al-Bayhaqi daripada Hakim daripada Yahya bin Muhammad al-`Anbari  berkata, `Telah bernasyid kepada kami oleh Abu  Abdullah al-Busandi tentang Ahmad bin Hanbal r.a.
Sesungguhnya Ibn Hanbal adalah sebagai Imam
Dia sebenarnya Imam di alam kukuh berpegang
Mendukung Nabi Muhammad menentang penyelewengan
Dia datang selepas khalafah-khalifah selepas mereka  perbalahan
Dia  menentang  syirik di atas segala  syirik berlapisan
Dialah contoh ulama dan imam menjadi contoh ikutan.

Menyebut tokoh tafsir terkenal Ibn Kathir:
``Adalah mereka yang teguh menghadapi fitnah dan cekal menghadapi tuduhan empat dan ada yang kata lima iaitu,
·          Ahmad bin Hanbal. Dia adalah terkehadapan
·         Muhammad bin Nuh bin Maimun al-Jundi Nisaburi -  mati di jalanan
·         Nu`aim bin Hammad al-Khuzai – Mati di dalam penjara
·         Abu Ya`qub. Mati dipenjara oleh Al-Wathiq, lantaran perbalahan`Al-Qur`an makhluk`. Dia dibelenggu dengan rantai besi
·         Ahmad bin Nasr al-Khuza`i.
(Sumber, muqaddimah bagi Kitab Al-Zuhd).
Dengan sedikit latar permulaan tercermin watak dan jiwa kesufian Ahmad bin Hanbal.

Sekian.