December 14, 2017

PENGUMUMAN MASJID AL-UMM & JEMPUTAN

BBB,  24 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 13 Disember 2017M. (Rabu):
Pada tengahari hari ini, Tuan Ar. Haji Raja Fuaddin Raja Ahmad dari Arkitek Urusbina Sdn. Bhd., Arkitek bagi pembinaan Masjid Al-Umm datang ke pejabat Penulis, memaklumkan kepada Penulis selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, bahawa borang bagi kelulusan C.P.C yang dibawanya bersama sudah boleh ditandatangani. Tuan Ar. Haji Raja Fuaddin memberi penerangan tentang borang dan keperluan yang berkaitan. Setelah mendapat penerangan dan penjelasan pada jam 12.30 tengahari ini Penulis sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimahan Masjid Al-Umm menurunkan tandatangan ke ruang yang dikehendaki di dalam borang serta memetraikannya dengan Cop Rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Menurut Ar. Haji Fuaddin bahawa kuatkuasa bagi C.P.C. adalah bermula insya Allah esok  (14 Disember 2017).
Dengan penerimaan C.P.C. (salinan akan dihantarkan kepada pihak-pihak berkenaan), bermakna Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm akan menerima tanggungjawab terhadap Masjid Al-Umm dari Arkitek dan Kontrektor.
Al-Hamdulillah doa dan usaha kita untuk mendapat C.P.C. sebelum dari tarikh menyambut Maulid al-Rasul pada  Sabtu 16 Disember 2017 ini dkabul oleh Allah dan berjaya. Bersyukur kepada Allah.
Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Ir. Tuan Haji Ishak Arshad dan ahli jawatankuasa yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat C.P.C.
Terima kasih juga kepada ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, kepada pihak arkitek, kontrektor, penderma-penderma dan semua pihak yang telah sama menjayakan mendapat C.P.C. dan dalam tempoh terdekat ke arah mendapat C.C.C.
Dengan kelulusan ini saya menjemput ahli-ahli kariah di bawah surau-surau di bawah Masjid Al-Umm menghadiri  Sambutan Maulid Al-Rasul Masjid Al-Umm yang akan diadakan pada hari Sabtu:
16 Disember 2017 = 27 Rabi`ul-Awwal 1439H.
Masa:  9.00  pagi sehingga solat Zohor.
Terima kasih kepada semua pihak.
Di atas kehadiran diucapkan terma kasih.

Yang benar,
Dr, Shafie Abu Bakar,
Pengerusi J/K Pembinaan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm,
Bandar Baru Bangi.
24hb. Rabiul Awwal 1439H.

13hb. Disember 1439H.

No comments:

Post a Comment