December 18, 2017

UCAPAN IR. TUAN HAJI ISHAK BIN ARSHAD

BBB, 28 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 17 Disember 2017M. (Ahad).
Ir. Haji Ishak Arshad selaku Pengerusi Jawatankuasa  Teknikal telah bercakap tentang aspek-aspek teknikal bagi pembinaan Masjid al-Umm, selepas melahirkan kesyukuran kerana dapat  mengadakan sambutan Maulid al-Rasul.  Kata Tuan Haji Ishak, bahawa pembinaan berlaku ialah selepas tender dan pemilihan kontrektor Haji Marzuki, Tekad Nusantara dari Bandar Baru Bangi dan pemilihan arkitek Urusbina Sdn. Bhd. dari Perlis yang  pengurusnya  Ar. Tuan Haji Fuaddin bin Raja Ahmad yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Kerja-kerja tapak bermula 10 Disember 2013. Anggaran kos pada permulaan ialah  RM12 juta. Di atas anggaran ini Dato` Menteri Besar Selangor pada masa itu (Tan Sri Dato` Seri Abdul Kahlid Ibrahim)  berjanji akan menderma secara dolar to dolar daripada wang dana dicari sehingga RM6 juta.


Namun berlaku pertambahan kos pembinaan oleh kerana perkara-perkara seperti:
·         Penambahan aras bawah tanah untuk ruang serbaguna
·         Penambahan bagi ruang-ruang yang berlaku tempias
·         Pembayaran GST
·         Pengubahsuaian menara da kubah
·         Penambahan ruang bagi takungan air
Dan penambahan-penambahan yang lain yang menyebabkan meningkatnya kos  sekali ganda yang kini adalah sebanyak RM21 juta.
Menurut Ir. Tuan Haji Ishak di bawah Kontrektor terdapat perunding-perunding seperti:
·          Safari Engeniuers  bagi Kejuruteraan Awam
·         Asfar Sdn Bhd. bagi  mekanikal dan elektrikal
·         May Consult bagi ukur bahan.
Terdapat sub-sub kontrektor seperti Majleza membina kubah, menara dan lain-lain, Provil yang membekalkan perabut dan lain-lain.
Menurut  Ir. Tuan Haji Ishak  Masjid al-Umm terdiri dari tiga aras, iaitu aras utama  untuk ruang jamaah utama, tingkat atas bagi muslimat dan tingkat bawah tanah bagi ruang serbaguna. Bagi ruang utama dan atas dapat memuatkan jamaah serama 3,000 orang. Ruang utama dapat memuatkan jamaah seramai 2,400 orang manakala ruang muslimat seramai  600 orang.
Di Masjid terdapat ruang seminar, bilik mesyuarat, bilik IT, perpustakaan, bilik VIP, bilik pentadbiran,


bilik akad nikah dan bilik jenazah. Ruang serbaguna pada tingkat bawah tanah akan disewakan kepada orang ramai  bagi mengadakan majlis perkahwinan, konvension dan perhimpunan di dalam jumlah yang lebih besar.
Buat masa ini pihak Masjid al-Umm belum mempunyai parkir khusus. Kawasan parkir khusus akan dibangunkan di bawah TNB cable yang pihak masjid telah mendapat kelulusan. Kos bagi pembinaan parkir ini tidak kurang dari RM300,000. Kos ini adalah di luar dari kos pembinaan masjid.
``Kita akan membina kawasan parkir ini bila ada peruntukan – Insya Allah``, kata Ir. Tuan Haji Ishak Arshad.
Katanya, ``Kita berusaha bagi menyempurnakan pembinaan Masjid al-Umm, untuk keselesaan beribadat, pengajian dan kegiatan kemasyarakatan.``
Beliau menutup ucapan dengan  terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment