September 2, 2018

AL-HASANAH MASJID UTAMA DI BANDAR BARU BANGI


AL-HASANAH  MASJID UTAMA  DI BANDAR  BARU  BANGI
BBB,  20 Zul-Hijjah 1439H. = 01 September 2018H. (Sabtu):
Masjid Al-Hasanah adalah masjid utama dan penting di Bandar Baru Bangi. Penting kerana inilah satu-satunya masjid di Bandar Baru Bangi selepas bandar itu dihuni (1977). Masjid ini siap dibina (1999) dan dirasmikan pemggunaannya oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Negeri Selangor. Pentingnya juga ianya sebuah masjid yang aktif dan pernah dianugerahkan sebagai masjid bertaraf lima bintang selepas 2010.


Masjud ini terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, seksyen utama dan merupakan pusat bandar bagi Bandar Baru Bangi. Lokasi tapaknya adalah berada pada sebelah kiri jalan dari Pejabat Daerah Hulu Langat ke traffic light ke Jalan ke kirinya ke Jalan Tol Kajang. Masjid Al-Hasanah berada di atas tapak seluas 5 ekar bersebelahan dengannya ialah kompleks Mahkamah Syar`iyyah, di belakangnya perumahan Seksyen 9 dan di sebelah kirinya deretan kedai yang di belakangnya perumahan sebagaimana di belakang Masjid Al-Hasanah. Tapak bangunan Masjid Al-Hasanah disediakan olep PKNS, manakala kos pembinaanya adalah dari peruntukan kerajaan. Plan arkiteknya disediakan oleh pihak JKR dan pembinaan dilakukan oleh pihak swasta dengan kos pada akhir tahun 2000 itu hanya RM2 juta. Pada masa siapnya pembinaan Masjid Al-Hasanah ini Penulis adalah ADUN Kajang (termasuk Bandar Baru Bangi di bawah Dun Kajang) pada masa itu. Oleh kerana Penulis, walaupun ADUN bagi Bandar Baru Bangi yang sebahagian dari DUN Kajang, tapi tidak dijemput menghadiri Majlis Perasmian oleh Tuanku, namun pada peringkat akhir didesak oleh pihak tertentu agar dijemput Penulis, maka dijemput sebagai jemputan biasa, duduk pada bahagian belakang. Tugas pegendalian urusan dilakukan oleh ADUN Dengkel (Dato` Sharif Jajang), dengan PAID Kajang dan Pejabat Daerah.
Dilihat dari segi arkitektur, maka ianya tidaklah menarik. Oleh kerana ianya berasaskan plan JKR yang dipentingkan ialahdari segi praktiknya. Ia adalah bangunansetingkat empat segi memanjang yang pada bahagian mihrabnya mendekati jalan ,  pada bahagian kanannya jalan masuk ke kawasan parkir yang agak luas ke tepi jalan utama dari Pejabat Daerah Hulu Langat ke Jalan Tol Kajang dan Jalan Bandar. Pada bahagian belakang bagi masjid, juga kawasan parkir, manakala  pada bahagian susur kiri ialah jalan keluar. Pada bahagian atas bagi bangunan ada sedikit aspek dekorasi  sebagai ruang bagi memasuki masjid yang pada bahagian kanan ialah kawasan wudhu` lelaki, manaka pada bahagian kiri ialah kawasan wudhu` muslimat. Kedua-kedua bahagian diguna oleh juga oleh muslimin pada hari Juma`at. Ruang masjid adalah rata dengan keluasan yang boleh memuatkan seramai 3.000 jama`ah.bahagain atas kanan dan kiri terdapat ruang muslimat. Tapi muslimat lebih menggunakan bahagian kiri belakang bahagian bawah. Bahagian yang dapat disifatkan artistik ialah pada bahagian  mihrab yang diubahsuai kemudiannya. Identiti masjid ini ialah kubahnya yang tidak begitu besar, tetapi berwarna hijau tua, sehingga masjid ini dipanggil dengan nama `Masjid Hijau`.
Tugas pentadbiran dan pengimarahan bagi masjid ini pada permulaan sebelum perasmian oleh Tuanku diserahkan kepada Surau Al-Nur yang agak aktif pada masa itu dan juga kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi di bawah pimpinan pengerusinya ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin. Tokoh yang mengimarahkan Masjid Al-Hasanah pada peringkat permulaan  antaranya ialah Haji Mohd. Ghazali Abbas, Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Tuan Haji Kamaruddin Muhammad. Kegiatan yang dilakukan oleh Surau Al-Nur di bawa ke Masjid Al-Hasanah. Walau bagaimana pada peringkat permulaan masih belum ramai. Pihak yang diberi tugas pada peringkat awal bertungkus lumus mengadakan berbgai kegiatan bagi memakmurkan masjid.
Apabila pihak Tuanku  Sultan  mau  merasmikan  Masjid Al-Hasanah, maka perlu kepda Pentadbir rasmi masjid, namun belum ada jawatankuasa  rasmi dipilih, lantaran itu Pegawai Daertah Hulu Langat yang pejabatnya sudah dipindah dari Kajang ke Bandar Baru Bangi, berdekatan Masjid Al-Hasanah maka Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Pada masa itu, iaitu Tuan Haji Ramlan bin Othman dilantik sebagai Nazir bagi Masjid Al-Hasanah dengan jawatankuasa juga secara ditunjuk bagi perlantikan. Pihak Penulis sebagai ADUN pada masa itu dikesampingkan.
Selepas masjid digunakan secara tidak rasmi sejak 1999, maka pada
04 Zul-Hijjah 1420H. bersamaan 10 Mac 2000M. Masjid Al-Hasanah dirasmikan penggunaannya oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, masjid pertama bagi penduduk Bandar Baru Bangi.
Sekian.

2 comments:

  1. Elok benor post latest month kuliah harian dan mingguan.please

    ReplyDelete
  2. Mcm mana caranya nak daftar hadir fardu jumaat

    ReplyDelete