September 4, 2018

PENDAHULUAN BAGI KERTASKERJA MASJID AL-HASANAH


PENDAHULUAN BAGI KERTASKERJA MASJID AL-HASANAH
BBB, 22 Zul-Hijjah 1439H. = 03 September 2018M. (Isnin):
Tajuk lengkap bagi kertaskerja berhubung dengan Masjid Al-Hasanah ialah,
``Memperkasa Institusi Masjid: Peranan dan pengalaman Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi``.
 Kertaskerja ini disediakan  secara bersama oleh dua orang tokoh yang berpengalaman dan berkait rapat dengan Masjid Al-Hasanah. Mereka dimaksudkan ialah:
1)      Dr. Mohd Sukki Othman – Panggilan biasa ialah Dr. Shauqi Othman
2)      Imam Mohd Idris binMohd Yussoff.
Dr. Sukki adalah merupakan Timbalan Nazir bagi Masjid Al-Hasanah, beliau secara rasminya berkhidmat sebagai Imam di Masjid UPM, Serdang dan tenaga pengajar. Beliau juga terkenal sebagai Pendakwah Bebas yang banyak menyampaikan pengajaran dan ceramah di berbagai-bagai institusi pengajaran termasuk melalui media letronik
Manakala  Imam Mohd. Idris adalah sebagai Imam di Masjid Al-Hasanah yang berkelulusan dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga banyak menyampaikan pengajaran dan dakwah.
Namun pada pagi pembentangan (01 September 2018) ini kertas dibentang  oleh Imam Idris. D. Sukki tidak dapat hadir, kerana pada tarikh ini beliau berada di luar Negara (Jakarta).
Kertas pada pagi ini diulas oleh dua pengulas, iaitu Tuan Haji Kamaruddin Muhammad, Setiausaha bagi Jawatankuasa Tadbir bagi Masjid Al-Hasanah dan juga turut mengulas oleh Penulis. Sebelumnya Pengerusi  (Ustaz Ahnad Hasbullah) yang mengendalikan seminar adalah antara pengajar yang  mengajar  di Masjid Al-Hasanah. Beliau  juga ahli jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Seminar yang diadakan di Bilik Seminar, Tingkat Satu Masjid Al-Umm mulai jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari itu dihadiri serama 25 peserta.
Sebelum membicarakan tentang peranan dan pengalaman Masjid Al-Hasanah, pembentang membicarakan tentang kedudukan masjid di dalam Islam. Masjid adalah institusi teramat penting di dalam Islam. Beberapa ayat Al-Qur`an dipetik yang menggambarkan tentang kepentingan masjid seperti ayat yang menerangkan mereka yang memakmurkan masjid (Al-Taubah: 18). Begitu juga masjid yang didirikan di atas dasar taqwa dan sebaliknya (Al-Taubah: 109-110).
Pembentang juga memetik Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayat oleh Abu Hurairah r.a. tentang mereka yang mendapat lindungan di hari kiamat dalam mana tiada lindungan padanya, melainkan mereka yang diberi lindunga Allah, antaranya ialah `Pemuda yang hatinya selalu terpaut dengan masjid.`` Hadith Bukhari.
Penulis juga merujuk masjid di dalam sejarah Islam. Pembentang merujuk kepada peristiwa Hijrah al-Rasul ke Madinah (Yathrib). Perkara pertama dan utama yang menjadi tindakan Rasulullah sebaik tiba di Madinah (yang dijadikan peristiwa Hujrah sebagai kalendar Islam pada tahun pertama Hijrah itu) ialah projek membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. ialah membina Masjid Quba` dan juga Masjid Madinah yang dikenali juga sebagai Masjid Nabawi.
Pembentang menyebut tentang fungsi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w.
Masjid adalah tempat solat dan ibadat, tempat Rasulullah menyampaikan pengajaran,  tempat pentadbiran, bermesyuarat, menjadi markas bagi mengatur strategi peperangan, tempat menerima zakat, tempat menerima aduan,  pusat kebajikan dan tempat perlindungan.
Pendek kata masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. berfungsi sebagai pusat berpelbagaian serbaguna bagi mentadbir umat Islam, bahkan pentadbiran bagi negara Islam pertama, iaitu Negara Madinah.`
Sebenarnya masjid dari dahulu hingga kini, tetap  menjadi institusi yang utuh di dalam Islam. Walaupun bidang-bidang tertentu sudah mempunyai pengkhususan dan mempunyai  bangunan dan pentadbiran tersendiri, namun masjid adalah tempat yang utuh dan kukuh-  Masjid menjadi tempat solat, ibadat, pendidikan dan berbagai-bagai kegiatan kemasyarakatan. Masjid sebagai institusi terpenting umat Islam mempunyai ciri dan identitinya tersendiri.
Sekian.

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia..

    ReplyDelete