December 16, 2018

KURSUS BAHASA CINA DI MASJID AL-UMM


KELAS BAHASA CINA DI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 88):


BBB, 07 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 15 Disember 2018M. (Sabtu):
Ada beberapa jenis pengajian di Masjid Al-Umm:
1)      Pengajian yang dianjur oleh masjid untuk diikuti umum dan dibiyayai oleh masjid seperti pengajian ilmu-ilmu fardhu selepas maghri hingga `isyak dan seminar.
2)      Pengajian yang dianjur oleh guru masjid seperti imam-imam membimbing pelajar-pelajar mengaji Qur`an. Pengaji-pengaji yang mengikuti pengajian membiayai kelas sedemikian.
3)      Ada jama`ah menjemput guru luar mengajar seperti bidang fiqh, Qur`n dan sebagainya. Biayai dari mereka yang mengikuti pengajian
4)      Ada guru luar yang menggunakan tempat di masjid seperti kelas tarannum. Terbuka kepada umum dan mereka yang mengikuti pengajian ini membiyai pengajian.
5)      Ada yang menyewa bilik seminar atau kuliah dari masjid dan menganjurkan pengajaran, seminar, kursus dan sebagainya.
Dari jenis kelima ini ada penganjur tertentu menyewa bilik kuliah dan menawarkan Kelas Mandarin untuk kanak-kanak dan dewasa. Kelas ini dianjur oleh:
Impact Training Consultant dari Setapak, Kuala Lumpur yang Pengurusnya ialah En. Zamzuri Abdullah dan  gurunya ialah Puan Farhanim binti Mohamad yang berasal dari Melaka dan pernah mendapat pengajian dari Kolej Yayasan Pengajian Mara, Kuala Lumpur dan Pay Pong Middle School. Antara objektif penganjuran Kursus Bahasa Mandarin ini:
·         Memberi pendedahan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin kepada masyarakat Islam
·         Meningkatkan keupayaan berbahasa pelajar untuk pasaran pekerjaan
·         Meningkatkan keyakinan diri di dalam berkomunikasi.


Wakaupun penggunaan ruang di masjid secara sewa dan telah banyak dilakukan oleh berbagai pihak yang biasanya untuk pendidikan, mesyuarat dan pertemuan, tetapi tawaran kursus bahasa Manderin ini agak lain dari biasa. Bagi mengetahui perjalanan kursus ini. Penulis selaku Pengerusi Masjid memaklumkan kepada kerani pejabat agar memberitahu pihak penganjur bahawa Penulis akan hadir ke kelas pada pagi Sabtu 15.12.2018 jam 10.00 pagi untuk melihat kelas berkenaan.
Penulis hadir pada waktu tersebut bersama saudara Azizi dan menemui antaranya  En. Zamzuri Pengurus dan guru – Puan Seri Farhanim.
Kelas ini bermula pada  Sabtu 1 Disember yang lepas dan hari ini Sabtu 15 Disember adalah bagi kali kedua. Ertinya kelas untuk di sini adalah dua minggu sekali. Difahamkan pada kali pertama dihadiri 15 orang peserta tua dan anak-anak. Pada hari ini bertambah menjadi  20 orang. Menurut En. Zamzuri, kursus seperti ini dijalankan juga pada tempat-tempat yang lain. Kursus ini akan diteruskan jika mendapat sambutan, jika tidak akan dipindah ke tempat yang lain.
Seorang peserta dari kalangan dewasa, En Ibrahim dari Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, ditanya, mengapa mengikut kursus bahasa Mandarin, katanya, ``Mau tahu bahasa tersebut.``
Seorang pemuda, iaitu Mohd Qayyum dan Mutiara Bangi yang baru selesai peperiksaan SPM, bila ditanya tujuan mengikuti Kursus Bahasa Mandrin, katanya, `` Bagi mengisi waktu lapang selepas habis peperiksaan SPM.
Terdapat para ibu yang datang belajar bersama anak-anak masing-masing.
Mereka yang datang dikehendaki mendaftar dan yuran adalah:
RM120/= sebulan bagi kanak-kanak dan
RM150/= sebulan bagi dewasa.
Bagi yang mendaftar dibekalkan dengan buku. Modul Asas Bahasa Mandarin. Penulis diberi percuma sebuah buku berkenaan dan Pengurusnya memohon keizinan bagi memgiklankan kursus berkenaan di masjid.
Penulis berkesempatanm mengikuti sekejap pengajaran yang menekankan perbualan dalam bahasa Mandarin tersebut.
Sekian.

No comments:

Post a Comment