December 6, 2018

PERBINCANGAN KERTASKERJA MENGENAI TEKNIKAL


PERBINCANGAN KERTASKERJA MENGENAI TEKNIKAL
(Fiktrah Bangi: 78):
BBB, 28 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 06 Disember 2018M. (Khamis):
Selepas Ar. Tuan Raja Fuaddin mengulas kertaskerja yang dibentangkan oleh Ir. Tuan Haji Ishak Arshad mengenai `Aspek Teknikal Masjid Al-Umm: Permasalahan`, pengasacara seminar  saudara Feizal membuka majlis kepada perbincangan.
Terdapat beberapa orang yang telah menyampaikan perdapat dan soalan.
Pertama sekali yang bercakap ialah Dr. Tajul Ariffin Noordin Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, beliau menyentuh:  
Masalah parkir yang tidak kecukupan ruang.  Beliau mau usaha dilakukan untuk menggunakan  kawasan di bawah cable letrik berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan pembersihan kawasan parking di jalan 1/4 hadapan masjid dari kereta-kereta buruk yang sengaja dilambak di ruang parkir berkenaan.
Beliau juga membangkitkan perlu maintenance  - mengekalkan kebersihan masjid – Luar dan dalam. Seterusnya beliau mau hutang pada kontrektor dan arkitek perlu dilunaskan dan mau apa-apa kerosakan perlu mereka baiki.
Sebagai jawapan Tuan Haji Ishak memaklumkan kebenaran penggunaan kawasan lapang di bawah cable TNB telah tamat tempoh, perlu dipohon kebenaran penggunaan kembali. Walau macam mana beliaubercadang berunding dengan pihak MPKj yang sedang memperbaiki perparitan di situ untuk merataklanm bahu jalan di tepi perparitan dengan batu-batu kerikil untuk tempat parkir.
Berhubung dengan pembersihan, kita mendapat sumnbangan peralatan pembersihan yang lebih canggih untuk kerja-kerja pembersihan. Walau bagaimana kalau difikirkan perlu kita akan membawa pekerja-pekerja professional sekali sekala bagi membersih tempat-tempat yang sukar dibersih.
Dari segi pembayaran, kita berterusan membuat pembayaran menurut kemampuan kewangan, Kita juga membuat kepastian mereka membaiki mana-mana kerosakan yang berlaku menurut perjanjian.
Tuan Haji Mohd Kalok Latif menyebut tentang pentingnya pengendalian  alat-alat sensitif oleh pekerja professional dan tak banyak tangan seperti sound system, screen paparan maklumat, kipas besar dan air cond.  Menurut Tuan Haji Mohd. Kalok. Kita mempunyai tenaga mahir terhad mengendalikan alat-alat sensitif berkenaan. Kita perlu melatih tenaga-tenaga yang lebih ramai, apabila tenaga terhad tiada, tidak menimbulkan masalah kepada masjid.
Beliau juga menyebut tentang ruang kios jualan di tepi jalan turun ke jalan sekolah yang asalnya dicadang tiga petak menjadi lima petak. Beliau tidak setuju dijadikan ruang bagi warung-warung, kerana ianya mengundang kekotoran dalam kawasan masjid.  Beliau mencadangkan ianya dijadikan ruang rekreasi yang dapat mengindahkan kawasan masjid.
Cadangan-cadangan Tuan Haji Mohd Kalok supaya dilatih tenaga-tenaga mahir bagi mengendalikan alat-alat sensitif diterima baik, manakala cadangan tidak ada warung jualan di dalam  kawasan masjid menurut Tuan Haji Ishak akan dibincangkan.
Berhubung dengan  persoalan ditimbul Penulis, iaitu perlantikan consultant-consultant yang tidak banyak membuat teguran terhadap penambahan yang tidak perlu yang melibatkan penambahan kos berganda adakah  kerana mereka kenalan rapat dan mengindorskan segala cadangan ?  Tuan Haji Ishak nampaknya bersetuju dengan Pengulas sepatutnya perkara-perkara tidak penting patut dikemudiankan atau tidak dilakukan.
Puan Hajah Kamariah Yusof menimbulkan tentang kubah masjid yang dianggap canggih, tapi tidak berfungsi dari segi pencahayaan. Mengapa kubah yang memkan kos yang tinggi menurut beliau mencecah RM2 juta itu tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya ?
Tuan Haji Ishak memaklumkan pihak Majleza sub-kontrektor bagi kubah, memohon bayaran RM30,000 bagi membolehkan kontrektor berkenaan membaiki  api pada kubah yang tidak berfungsi itu. Kita baru membayarnya. Kita tunggu setakat mana janji ditunaikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment