December 27, 2018

PENYAMPAIAN WATHIQAH NAZIR MASJID DI HULU LANGAT


PENYAMPAIAN WATHIQAH NAZIR MASJID DI HULU LANGAT
(Fikrah Bangi: 99},
BBB, 19 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 27 Disember 2018M. (Khamis):
Majlis penyampaian wathiqah nazir-nazir masjid-masjid di Hulu Langat  berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat, mulai dari jam 12.30 tengahari, iaitu berikut dari diadakan Mesyuarat Nazir-Nazir Masjid-Masjid di Hulu Langat, bagi kali Kedua yang berlangsung dari jam 10.00 hingga 12.30 tengahari di tempat yang sama.
Hadir ke majlis ialah Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar, Pegawai Tadbir PAID, Ustaz Nazri Sabiron, Ketua Bahagian Masjid PAID, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Hulu Langat, pegawai-pegawai di PAID, Nazir-Nazir Masjid  yang lama dan yang baru dilantik. Berucap selepas bacaan do`a oleh Ustaz Amrul Hafiz, Tuan Haji Mahayuddin bersyukur kerana dapat bertemu dengan nazir-nazir yang sepanjang tempoh telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas membantu pihak MAIS-JAIS mentadbir masjid. Tugas nazir-nazir sebenarnya makin mencabar dan rumit dengan perkembangan semasa. Beliau percaya nazir-nazir adalah mereka yang berpengalaman yang dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.
Menurut Tuan Haji Mahayuddin pemilihan nazir-nazir, pegawai, kakitangan masjid dan jawatankuasa-jawatankuasa adalah melalui beberapa proses. Ianya bermula dari mesyuarat Agung yang diadakan di masjid-masjid sejak dari pertengahan tahun 2018 lagi dikendali oleh PAID.
Kemudian calon-calon dipanggil untuk diinterview  di PAID.
Kemudian melalui mesyuarat penilaian pada peringkat Daerah yang melibatkan Pegawai Daerah,, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung yang dipengerusikan oleh Orang Besar Daerah.
Kemudian ke Tadbir Urus Peringkat Negeri melalui PAID-MAIS. Pemilihan juga tertakluk pada markah pada masa interview.
Setelah dilulus (ada yang tak lulus) sebentar lagi ialah peringkat penyerahan wathiqah kepada tuan-tuan bagi tempoh 2019-2021.
Menurut Tuan Haji Mahayuddin Penghulu dan Ketua Kampung adalah Penasihat bagi masjid dan surau di dalam kawasan masing-masing. Iaitu menurut Bahagian 4 bahagian 5 Anekmen Pentadbiran JAIS-MAIS. Manakala Orang Besar Daerah adalah Penaung bagi masjid-masjid di bawah daerahnya.
Menurut Tuan Haji Mahayuddin ada 52 masjid di Daerah Hulu Langat dengan dua masjid terbaru, iaitu Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi dan Masjid Bukit Mahkota yang baru digunakan sejak dua minggu lepas dan 5 buah masjid institus seperti Masjid UKM. Masjid institusi tidak layak mendapat bantuan.
Tuan Haji Mahayuddin berharap keputusan yang dibuat oleh PAID dan JAIS-MAIS  diterima oleh semua pihak – termasuk mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan. Kita juga membuat pertimbangan terhadap adu-aduan yang kita terima.
 Beliau mengucapkan tahniah kepada yang terpilih dan terima kasih kepada jawatankuasa 2016-2018. Menurut Pegawai Tadbir Agama PAID itu, tiada halangan bagi pihak masjid mengadakan Majlis Terima Kasih kepada Jawatankuasa Lama dengan kadar sederhana.
Pada akhirnya Pengerusi Majlis  menjemput Tuan Haji Mahayuddin bersama Penghulu dan Ketua Kampung kawasan menyampaikan wathiqah bermula dengan nazir-nazidi bawah kawasan,
Ampang diikuti Hulu Langat, kawasan Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang (51 buah dengan satu masih bermasalah).
Tuan Haji Mahayuddin berharap Nazir-Nazir dan Jawatankuasa dapat mengimarahkan masjid-masjid dengan sebaik mungkin.
Selepas berakhir penyampaian wathiqah nazir-nazir, penghulu-penghulu dan Ketua-ketua kampung dijemput makan tengahari dan bersurai.
Sekian.

No comments:

Post a Comment