May 7, 2019

MATAN AL-SANUSI POPULAR DAN MUDAH DIPELAJARI


MATAN AL-SANUSI POPULAR MUDAH DIPELAJARI
(Fikrah Bangi: 217),
BBB, 02 Ramadhan 1440H. =07 Mei 2019M. (Selasa).
Berbanding dengan Matan Al-Tahawi dan Jauharat dengan Matan Al-Sanusi, Matan Al-Sanusi yang dikenali dengan Matan Umm al-Barahin, maka matan Ummu al-Barahin adalah popular dan lebih mudah dipelajari berbanding dengan dua matan di atas. . Matan Al-Tahawi sungguhpun dalam bentuk prosa, tetapi ungkapan adalah mendalam dan tidak mudah difahami. Manakala Jauharat yang bakal dibicarakan adalah bentuk puisi dan lebih sukar memahami ibarat-ibaratnya,
Matan Umm al-Barahin adalah dalam bentuk prosa yang dihuraikan dengan bahasa yang mudah. Matan ini dihasilkan oleh seorang ulama` Usuluddin terkenal, iaitu Muhammad Yusuf ibn `Umar ibn Shu`aib al-Sanusi al-Hasani dari Tlamsani (m. 895H./1490M.) Beliau mendapat pelajaran di tanah kelahirannya.
Matan Umm al-Barahin bertolak di dalam pembicaraan bermula dengan hukum akal, iaitu wajib, mustahil dan harus. Mengetahui hukum akal adalah penting kerana daripada sinilah dibicarakan dengan sifat-sifat Allah Ta`ala yang wajib, mustahil dan harus. Perbahasan-perbahasan persoalan banyak bergantung kepada kefahaman akal. Pembicaraan utama ialah tentang sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang dirasionalkan dengan dalil-alil akal dan naqal bagi setiap sifat yang dibicarakan. Demikian dibicarakan tentang sifat-sifat yang mustahil kepada Allah dengan hujah dan dalil-dalil naqal dan akal.Hujah dan dalil juga ditegakkan bagi prmbicaraan sifat yang harus.
Pembahagian penting terhadap sifat 20, bahawa sifat 20 ini dipecahkan kepada empat kategori, iaitu:
Sifat Nafsiah, salbiah, ma`ani dan ma`naiyah.. Pembicaraan terhadap kelompok sifat-sifat ini dibicarakan secara panjang lebar
Juga dibarakan tentang sifat-sifat yang wajib bagi Rasul, iaitu empat sifat dan mustahil lawannya juga empat sifat dan harus satu.
Jadi di bawah dua kalimah shahaah perlu difahami:
Sifat yang wajib bagi Allah   20
Sifat yang mustahil Allah     20
Harus bagi Allah                       1
Wajib bagi Rasul                      4
Mustahil kepada Rasul          4
Harus bagi Rasul ialah            1`
Jumlah semua      50 sifat.
Matan Al-Sanusi yang juga dikenali dengan Umm al-Barahin adalah popular dipelajari di dalam bahasa Melayu (Jawi). Beberapa huraian dibuat oleh beberapa ulama` seperti oleh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin dengan judul kitab Bidayat al-Hidaytah (1757M.), juga dihurai oleh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sambawi dengan judul Siraj al-Huda (1885-1886M. Huraian juga dibuat oleh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani dengan judul `Aqidat al-Najin (1890M.).
Kitab-kitab di atas begitu popular dan mudah dipelajari oleh masyarakat Melayu-Islam di pengajian-pengajian tradisi, masjid dan surau. Pengajian yang berkisar pada sifat 20 itu adalah pegangan popular di kalangan umat Islam hingga kini.
Sekian.

May 6, 2019

KARYA AL-TAHAWI DIKATEGORIKAN DI BAWAH ASWJ - SALAFI


KARYA AL-TAHAWI DIKATEGORIKAN DI BAWAH ASWJ - SALAFI
(Fikrah Bangi: 216),
BBB, 01 Ramadhan 1440H. = 06 Mei 2019M. (Isnin).
Dr. Hamidon Mohd Hussein dalam pembentangannya memperlihatkan bahawa Pendekatan akidah Al-Tahawi (m. 321H.) dengan karyanya berjudu Usul al- `Aqidah al-Islamiyyah, Al-Sanusi  (m. 895H.) dengan Matan al-Sanusi dan Al-Laqani (m. 1041H.) dengan Matan Jauharat al-Tauhid kesemuanya adalah tergolong sebagai Akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ). Masing-masing mempunyai pendekatan yang menembeza dan mencirikan pendekatan masing-masing.
Zaman Al-Tahawi adalah zaman yang masih berkembangnya aliran akidah falsafah, terutama Mu`tazilah dan juga perkembangan Shi`ah. Pendekatan akidahnya sebagaimana di dalam Usul Aqidah al-Islamiyyah  adalah lari dari pendekatan falsafah  seperti Mu`tazilah dan kembali kepada saumber asal akidah Islam adalah berdasarkan Al-Qur`an al-Hadith Nabi. Beliau tidak menjadikan perbahasan secara rasional dan logik sebagai pendekatannya, tetapi berdasarkan ayat Al-Qur`an dan al-Hadith. Pendekatan Al-Tahawi berasal dari Mesir ini dapat dikategorikan sebagai pendekatan Salaf. Al-Tahawi pada mulanya pengikut mazhab Shafie, tetapi kemudiannya berpegang pada mazhab Hanafi dari segi fiqh.
Beliau mengarang karyanya dalam karangan nathar atau prosa – bukan puisi, namun karangannya begitu indah dan mencabar fikiran. Beliau mahir di dalam puisi.
Menurut pengkaji Usul al-Aqidah al-Islamiyyah, iaitu Abu al-Mun`im Salih. Karangan akidah al-Tahawi ini dapat dipecahkan kepada 24 bab dengan 111 pecahan. Tiap bahagian membicarakan persoalan tersendiri.
Misalnya di bawah bab  3, pecahan 36 dibicarakan oleh Al-Tahawi tentang Al-Qur`an. Kata Al-Tahawi (terjemhan):
``Dan bahawa Al-Qur`an kalam Allah dengan tiada kayfiyah dari segi kata.. Diturunkan ke atas RasulNya sebagai wahyu. Membenarkannya sekalian mu`minun yang demikian secara haq. Mereka yakin bahawasanya Kalam Allah dari segi hakikat, bukan makhluk sebagaimana kalam manusia. Siapa yang mendengarnya dan menyangka sebagai kalam manusia, maka dia kufur. Sesungguhnya Allah mengeji dan mengaibnya dan dijanjikannya dengan neraka Saqar, sebagaimana firmanNya (Akan dibakar dalam Saqar). Sesungguhnya Allah menjanjikan dengan neraka Saqar bagi siapa yang berkata ``Kiranya ini kata manusia` Kami ketahui dan yakin bahawasanya ianya kata Pencipta manusia. Dan ianya tidak menyerupai kata manusia.
Sebagai conth lagi pada bab V, pecahan 45, Al-Tahawi membicarakan tentang Isra` Mi`raj.  Katanya di dalam matannya bermaksud:
``Dan Mi`raj itu benar. Allah menjalankan Nabi s.a.w. (Isra`) dan memi`rajkan dengan dirinya dalam jaga ke langit. Kemudian ke mana saja dikehendaki Allah dalam ketinggian (Dimuliakanmya oleh Allah dengan apa yang dikehendaki). Diwahyukan dengan apa yang diwahyu. Tidaklah dusta hati dengan apa yang dilihat.  Maka salawatlah Allah ke atas Baginda pada akhirat dan ula.``
Contoh bagi Bab 13, pecahan 61, kata Al-Tahawi:
``Dan kita berkata, Sesungguhnmya Allah menjadikan Ibrahim sebagai Khalil dan bercakap kepada Musa sebagai percakapan – Dengan keimanan, kebenaran dan penerimaan.``
Dari contoh di atas dapat difahami kaedah dan pendekatan akidah Al-Tahawi yang jelas menurut pegangan ASWJ. Bahasanya menarik dan disulami dengan maksud firman Allah. Pendekatannya adalah pendekatan Salafi.
Sekian.

May 5, 2019

MATAN AL-SANUSI DAN JAUHARAT AL-TAUHID DALAM AKIDAN AL-TAHAWI DAN ASH`ARI-MATURIDI


MATAN AL-SANUSI DAN JAUHARAT AL-TAUHID DALAM AKIDAH AL-TAHAWI &  ASH`ARI-MATURIDI
(Fikrah Bangi: 215),
BBB, 29 Sha`ban 1440H. = 05 Mei 2019M. (Ahad).
Kertas kedua (paparan ringkas di white board) yang dibentang di dalam Seminar Akidah di KUIS pada 2 Mei (Khamis) berjudul lengkap ialah, ``` Jauharat al-Tauhid dan Akidah Al-Tahawi Dalam Literature Dalam Rangka Faham Asha`irah-Maturidiyyah``
Dibentangkan oleh Dr. Muhammad Hamidun bin Muhammad Hussain dari KUIS. Untuk makluman tiada susunan jadual tertulis acara dan susunan kertaskerja dan pembentang yang dapat diikuti, semuanya berdasarkan pendengaran dan melihat panduan ringkas pada paparan di papan putih di hadapan. Pada dasarnya inilah tajuk tepat dengan tema Seminar Akidah. Skopnya seharusnya melibatkan aliran akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ) yang dipegang oleh majoriti umat Islam, termasuklah di Alam Melayu.
Apa yang disampaikan ialah kedudukan pendekatan akidah yang dibawa oleh Al-Tahawi dan peranan Matas Al-Sanusi dan Jauharat al-Tauhid di dalam mengukuhkan akidah ASWJ di kalangan umat Islam Sunni, khususnya di Alam Melayu.
Nama aliran Asha`ari-Maturidi adalah lebih biasa didengar atau diketahui oleh mereka yang belajar akidah ASWJ, tetapi Al-Tahawi, Al-Sanusi dan Jawharat al-Tauhid kurang diketahui, kecuali oleh mereka yang benar-benar belajar secara lebih mendalam tentang akidah ASWJ dan perkembangannya.
Sebagaimana disebut oleh beberapa pembicara di dalam seminar ini, bahawa ASWJ adalah istilah yang tidak ada pada zaman Rasulullah, bahkan tidak ada sebagai aliran sedemikian pada zaman sahabat dan tabi`n. Nama ini lahir selepas berlakunya pertelagahan politik, falsafah dan aliran fikiran umat mulai abad ke 2H/8M. yang melahirkan berbagai faham seperti Khawarij, Qadariyyah, Jabariyyah, Mutazilah, Shi`ah dan pecahan-pecahan.
Bimbang terhadap berlakunya perpecahan umat dan kepelbagaian faham antaranya melibatkan akidah akhirnya melahirkan antaranya Al-Tahawi (m. 321H.). Dalam tempoh yang tidak berjauhan lahir aliran Asha`ari (m. 324H.) dan Maturidi (m. 332H.). Bagi mempertahankan kemurnian Islam, maka golongan yang dianggap mempertahankan kemurnian Islam seperti ketiga-tiga tokoh akidah di atas dikategorikan – dalam bidang akidah adalah  termasuk di bawah ASWJ. Bagi bidang fiqh, maka mazhab  Maliki, Shafie, Hanbali dan Hanafi pula dikenali tokoh fiqh  aliran ASWJ, manakala di dalam tasawuf, maka Al-Ghazali (m.505H./1111M.) digolong di bawah ASWJ.
Pengaruh pengajaran yang dianggap lanjutan bagi Ash`ari-Maturidi dari ASWJ bagi pengaji-pengaji ilmu akidah di Alam Melayu, ialah pendekatan keilmuan aqidah yang dihasilkan oleh  Abu Abdullah Muhammad Yusuf al-Sanusi (m. 895H.) dari Utara Afrika yang mengarang Matan al-Sanusi dan pendekatan akidah yang dilakukan oleh Ibrahim al-Laqani (m. 1041H.) Shaykh dan  seorang tenaga pengajar Di Universiti Al-Azhar yang mengarang matan akidah terkenal yang berjudul Jauharat al-Tauhid.
Pembentang,iaitu Dr. Hamidun dari KUIS membicarakan tentang significant Pendekatan Matan Al-Sanusi dan Matan Jauharat al-Tauhid sebagai bidang akidah ASWJ dipelajari di pengajian-pengajian tradisi an moden di Malaysia, bahkan di Alam Melayu. Kedua-dua karangan di atas mempunyai pertalian dengan pendekatan Al-Tahawi dan Ash`ari-Maturidi sebagai pendekatan akidah yang dikuti di Alam Melayu.
Masa di dalam seminar amat terhad, tentulah persoalan besar dan penting itu tidak dapat diperkatajkan secara tuntus. Sdikit pengulasan lanjut akan dilakukan.
Sekian.

May 4, 2019

TAJUK-TAJUK BAGI SEMINAR AKIDAH


TAJUK_TAJUK BAGI SEMINAR AKIDAH
(Fikrah Bangi: 214),
BBB, 28 Sha`ban 1440H. = 04 Mei 2019M. (Sabtu):
Seminar setengah hari yang berlangsung di KUIS dapatlah dirumuskan sebagai perbincangan secara garis kasar tentang pegangan akidah ummah, terutama d Alam Melayu yang berasaskan akidah aliran Aliran Ash`ari-Maturidi yang telah berakar umbi sebagai pengangan akidah umat di rantau berkenaan. Jika mau dibicarakan secara detail setengah hari sebenarnya tidak cukup waktu.
Pada pagi 2 Mei (Khamis) itu  tiga pembentangan dilakukan oleh tiga orang pensyarah dari tiga buah universiti.
Pembentangan pertama dilakukan oleh Dr. Abdul Rahman Mahmud yang merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Kebangsaabn Malaysia dengan tajuk:Akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ) Dalam menghadapi masalah semasa.Kertas kedua dibentangkan oleh Al-Fadhil Dr. Hamidun bin Muhammad Hussein dari KUIS dengan tajuk: Jauharat al-Tauhid dan  Akidah Al-Tahawi Dan  Literature Dalam Rangka Kefahaman Asha`irah. Manakala tajuk ketiga dibentang oleh Dr. Muhammad Nizam bin Abdul Kadir dari UPM dengan tajuk:Ahlu al-Sunnah Dalam Islam. Ketiga-tiga sesi dipengerusikan oleh Dr. `Ata`dari KUIS.
Dr. Abdul Rahman menyebut bahawa aliran (ASWJ) adalah istilah yang tidajk wujud pada permulaan Islam. Akidah Salafi adalah langsung merujuk kepada sumber asal Islam, iaitu Al-Qur`an dan Hadith, tetapi apabila berlaku perpecahan politik dan pegangan akidah yang melahirkan seperti Khawarij, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu`tazilah menjadikan kefahaman tentang akidah bercelaru menyebabkan bangkit tokoh-tokoh dengan pendekatan akidah murni seperti Al-Tahawi, Asha`irah, dan Maturidiyyah. ASWJ juga dilihat berlaku dalam bidang syari`at seperti Maliki, Shafie, Hanafi dan Hanbali, juga berlaku di dalam bidang akhlak dan kerohanian yang dilihat aliran Al-Ghazali sebagai ASWJ. Ini didasarkan kepada konsep Iman, Islam dan Ihsan yang dipetik dari Hadith Nabi s.a.w. riwayat Umar al-Khattab. Pegangan ASWJ adalah diibaratkan sebagai `Jalan Tengah` berbanding dengan aliran-aliran extrem yang lain seperti Mu`tazilah, Jabariyyah, Shi`ah dan sebagainya.
Aliran ASWJ adalah pendekatan mantap yang menjadi pegangan majoriti umat. Kekukuhannya adalah kekukuhan dari pendekatan ilmiah yang berpegang pada dalil naqal dan akal sebagaimana yang diulas oleh Al-Tahawi, Ash`ari dan maturidi
Aliran Ash`ri-Maturidi adalah menjadi pegangan umat Islam di Nusantara. Mereka yang berjasa adalah dari kalangan ulama seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Zainal Abidin Fatani, Tuan Ali  Kutan,, Syeikh Nasir al-Mas`udi dan beberapa yang lain yang mengarang kitab-kitab akidah di dalam bahasa Melayu (Jawi). Kirtab-kitab yang dihasilkan oleh ulama-ulama di atas dipelajari di pengajian-pengajian tradisi seperti pondok, madrasah dan balai. Bahkan dipelajari di masjid-masjid dan surau-surau. Pengajian berkenaan menjadi benteng akidah umat.
Walau bagaimana di dalam zaman moden ini berkembang berbagai-bagai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi dan berbagai-bagai cara kehidupan moden. Pendekatan akidah secara tradisi masih menjadi benteng keimanan. Namun pemikiran ummah tidak sunyi dari berdepan dengan ancaman. Ancaman tradisi ialah kejahilan. Ianya dapat diatasi dengan pembelajaran. Faham moden ialah hasil dari perkembangan berbagai kefahaman seperti liberaliusme, pluralisme, persamaan gender dan hak samarata dan kebebasan untuk tidak bertuhan – etheis.
Semuanya di atas adalah aliran dan kefahaman moden yang tidak cukup dengan pertahanan akidah secara tradisi, tetapi menuntut pendekatan secara saintifik, intelektual termasuklah dari segi perbahasan akidah yang diharap dapat menjawab tuntutan ilmiah secara terkini  yang memuaskan. Bidang akidah memerlukan tokoh-tokoh pengulas akidah secara semasa. Tokoh Al-Juwaini, Al-Baqillani terkini seperti Al-Qaradhawi di dalam bidang terkininya.
Sekian

May 3, 2019

SERTAI SEMINAR AKIDAH DI KUIS


SERTAI  SEMINAR AKIDAH DI KUIS
(Fiktah Bangi: 213),
BBB,  27 Sha`ban 1440H. = 03 Mei 2019M. (Juma`at).
Tawaran pihak PAID bagi menyertai Seminar Akidah yang diadakan pada Khamis 2 Mei 2019 di KUIS memang sengaja Penulis tunggu dan berhasrat menghadirinya. Seminar ini sepatutnya diikuti oleh pihak nazir-nazir Masjid di Hulu Langat serta setiausaha atau wakil-wakil dari masjid. Penulis hadir bersama denfgan Setiausaha Masjid Al-Umm saudara Ah Feisal mulai jam 9.00 pagi. Walau macam mana nazir-nazir, setia-setiausaha atau wakil-wakil tidak datang, kecuali hadir selain dari Masjid Al-Umm, hadir ialah Setiausaha Masjid Bandar Seri Putera kawasan di mana KUIS berada. Ramai peerta ialah pelajar matrikulasi KUIS. Pada pendapat Penulis seminar ini penting bagi mendapat panduan bagi masjid-masjid dan surau-surau  mendapat panduan pendekatan akidah mana yang seharusnya menjadi panduan bagi masjid-surau mengaplikasi pengajaran ilmu akidah di masjid-surau masing-masing. Akidah sebagaimana dimaklum adalah keilmuan fardhu yang utama di dalam Islam, tanpa sempurna akidah menjejaskan amalan-amalan yang lain. Nazir dan pegawai masjid, termasuk imam perlu mengetahui leilmuan akidah yang wajar dan sepatutnya diajar di masjid-masjid dan surau-surau, agar jama`ah mendapat panduan dan pengajaran tauhid yang sebenar.  Pihak pentadbir masjid juga dapat menilai guru-guru yang dijemput mengajar, khususnya bidang akidah dan dapat mengetahui adakah apa yang diajar itu betul atau berlaku penyelewengan.
 Pendekatan yang diambil oleh PAID adalah betul, bahawa  jangan dianggap PAID hanya mengambil perhatian dari segi pentadbran sahaja terhadap masjid dan surau, tetapi memberi perhatian terhadap keilmuan yang diajat di masjid dan surau.  Cuma sekali lagi kita lahirkan kekesalan seminar yang begini penting bagi membantu masjid mengenalpasti tentang pendekatan akidah yang diajar di masjid dan surau tidak diambil peluang. Seminar yang lain tentang keilmuan yang diajar masjid-surau seperti bidang fiqh, akhlak (tasawuf), Hadith, tafsir, sirah dan keilmuan semasa seperti ekonomi Islam, keluarga bahagia, kesihatan, takaful, wirathah dan sebagainya perlu dianjurkan oleh PAID bagi membimbing masyarakat ke arah kehidupan bahagia dunia akhirat.
Seminar pagi ini dirasmikan oleh Pegawai Tadbir PAID Hulu Langat Sahibul Sa`adah Haji Mahayuddin bin Abu Bakar. Beliau menyatakan pentingnya pengajian akidah bagi mempastikan pegangan yang betul bagi umat Islam di Selangor. Seminar seperti ini dapat  membantu pihak masjid mengenalpasti pengajaran akidah yang betul diajar di masjid dan surau agar para jamaah mendapat pengajaran akidah yang betu, iaitu berdasarkan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.. Seminar sedemikian juga dapat mencegah dari pengajaran akidah yang salah. Menurut  Ustaz Mahayuddin, menurut  Akta Pentadbiran JAIS, sebarang pengajaran salah boleh diambil tindakan terhadap mereka yang mengajar  keilmuan akidah yang salah. Tauliah adalah salah satu mekanisme mempastikan mereka yang mengajar adalah berkelayakan dan dapat mencegah dari pengajaran ilmu salah dari mereka yang tidak bertauliah.
Akidah menurutnya adalah sebagai benteng keimanan seseorang. Mereka yang tidak kukuh akidah boleh terseleweng dan melakukan amalan-amalan yang bercanggah dengan Islam. Ustaz Mahayuddin menyatakan kekesalan, bahawa di tengan Bangi yang terkenal sebagai Bandar Ilmu, terdapat kegiatan yang bercanggah dari segi akidah, syari`at dan akhlak. Beliau menyebut pihak pencegah maksiat PAID telah membuat serbuan terhadap sarang maksiat di bangunan IVO baru-baru ini yang menganjurkan aktiviti seks songsang. Beliau menyatakan kesedihan mereka yang terlibat antaranya pegawai-pegawai  yang  pada gred 48 dan bergaji lebih dari RM9,000 sebulan. Kegiatan ini mencemarkan nama Bangi sebagai Bandar Ilmu yang dihuni kalangan intelektual.
Adalah diharapkan tindakan membersihkan Bandar Baru Bangi dari gejala maksiat, bukan saja dilakukan oleh PAID, tetapi juga bersepadu dengan pihak MPKj, Polis, Persatuan Penduduk dan pegawai-pegawai masjid dan surau.
Sempena ketibaan Ramadhan ini, kita harap jangan berlaku sedang masjid dan surau rancak dengan kegiatan beribadat, sedang pada masa yang sama hotel dan tempat-tempat hiburan rancak pula dengan kegiatan maksiat.
Bersambung ...
Sekian.

May 2, 2019

MENGENANGI DATUK SERI ABU HASAN DIN


MENGENANGI DATUK SERI ABU HASAN DIN
(Fikrah Bangi: 212),
BBB, 26 Sha`ban 1440H. = 02 Mei 2019M.).
Semalam Datuk Seri Abu Hasan Din seorang ulama tanahair terkenal meninggal dunia setelah jatuh di rumahnya di Gombak dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia. Datuk Abu Hasan adalah pernah menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam kepada beberapa Yang Di Pertuan Agong. Selepas bersara bergerak bebas sebagai pendakwah. Pada malam sebelum beliau meninggal  beliau memberi kuliah di Seremban. Datuk Abu Hasan ialah saudara bagi Datuk Dr. Haron Din yang  juga seorang `ulama dan Pengasas Dar al-Shifa` yang meninggal pada 16.9.2016. Dato` Abu Hasan adalah merupakan anak lelaki Haji Din- tiga lelaki dari 10 orang adik beradik, Haji Ishak Din meninggal lebih kurang dua bulan selepas meninggalnya Datuk Dr. Haron Din, manakala tujuh adik beradik perempuan masih hidup.
Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi pernah menjemputnya menyampaikan kuliah di Masjid berkenaan. Beliau datang pada pada Rabu 27 Mac 2019 bersamaan  20 Rejab 1440H. yang baru lepas.Beliau diminta bercakap tentang `Masalah Gangguan Anak-Anak Pada Masa Solat. Pada dasarnya beliau tidak setuju anak-anak kecil yang belum mumayyiz dibawa ke masjid, khususnya pada waktu maghrib, kerana anak-anak sedemikian mengganggu jama`ah bersolat. Berlainan jika anak-anak berkenaan telah dilatih dan datang berjamaah secara tertib di dalam saf belakang bersama mereka. Tetapi jika datang buat bising dan berlari ke sana ke mari dan mengganggu imam dan jamaah, maka lebih baik tidak datang.
Selain dari bercakap tentang gangguan anak-anak beliau mau Majlis Ilmu yang diadakan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman dari taman-taman di dalam syurga itu hendaklah dilakukan secara beradab dan tertib.  Beliau tidak setuju guru yang mengajar menjadikan majlis ilmu tempat kelakar, apa lagi diselit dengan nyanyian dan sebagainya. Kalaupun ada elemen luicu, hendaklah bersifat terhad.
Pada malam Datuk Seri Abu Hasan Din datang ke Masjid Al-Umm sebagai kali pertama dan terakhir itu, masjid yang abangnya (Dr. Haron Din) banyak jasa terhadap Masjid Al-Umm beliau membicarakan tentang konsep `Shafa`at.
Menurut beliau shafa`at ada dua. Iaitu Shafa`at Kubra, iaitu shafa`t dari Rasulullah s .a.w., khususnya pada padang mahshar kelak. Manakala Shafa`t Sughra, ialahj selain dari Rasulullah s.a.w. seperti dari malaikat sebagaimana tersebut di dalam beberapa ayat Al-Qur`an.
Begitu juga shafa`at dengan membaca Al-Qur`an sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w yang menyusuh agar membaca Al-Qur`an kerana pada hari kiamat ia adalah datang sebagai shafaat kepada pembacanya. Begitu juga dengan membaca ayat Kursi yang banyak memberi kelebihan.

Datuk Seri Abu Hasan juga bercakap tentang `Syahid`. Menurutnya ada beberapa kategori shahid.Shahid Dunia-Akhirat seperti Shahid Sayyiduna Hamzah di dalam peperangan Uhud. Shahid akhirat seperti mereka yang mati terbakar, lemas dan ta`un. Syahid Dunia iaitu mereka yang masuk peperangan dengan tujuan untuk mendapat rampasan perang.
Datuk Abu Hasan Din mengingatkan supaya teus kekal menunaikan solat, kerana perbezaan antara yang Islam dengan yang bukan Islam ialah solat. Perbezaan amal menentukan kategori balasan syurga yang mempunyai 7 martabat syurga, iaitu Firdaus, Ma`wa, Na`im, `Adn, Dar al-Salam, Dar al-Muqamah dan al-Maqam al-Amin.
Semoga Roh Al-Marhum Datuk Abu Hasan Di ditempatkan di dalam syurga yang tinggi maqamnya. Amin.
Sekian.

May 1, 2019

KERJA DIARY DAN JAM DIRI


KERJA DIARY DAN JAM DIRI
(Fikrah Bangi: 211),
BBB,  25 Sha`ban 1440H. = 01 Mei 2019M. (Rabu).
Kerja adalah diary berterusan dan identiti kehidupan. Bagi setiap yang dilahir telah dibekalkan dengan jam diri yang berdetik dari sejak kehidupan dan akan berakhir dengan berakhirnya kehidupan. Setiap orang  perlu bekerja, kerana itulah erti kehidupan, selain daripada itu adalah kematian.
Cuma diary kehidupan ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain adalah bergantung pada  plan pengisian yang dilakukan, baik dan buruk. Dari kecil tugas ibu bapa adalah merangka plan kehidupan anaknya. Ibu bapa berusaha agar anak mereka sihat dan membesar secara normal dengan membekalkan pelajaran secukup bagi panduan hidup.
Diary kehidupan lebih menarik atau tidak bergantung pada kesedaran pendidikan yang diberi.  Jika dari peringkat persekolahan anak dapat disedarkan tentang matlamat  unggul yang ditanamkan, maka sang anak dengan kesedaran yang ada padanya menyalakan ubur perjuangan kehidupan, terutamanya melalui kecemerlangan pendidikan yang diterima. Kejayaan yang dicapai menolaknya ke depan. Watak super kehidupan adalah bergerak dengan kemahuan dan cita-cita yang ada pada dirinya. Ia menunggang kehidupan yang menjadi alat baginya mencapai cita-cita.  Peristiwa-peristiwa yang dilaluinya adalah cetusan-cetusan yang mendorong kepada mencapai cita-cita. Berbagai-bagai bidang yang diteroka oleh mereka yang mempunyai kesedaran tinggi kehidupan. Mereka dianggap mereka yang berjaya.
Kumpulan genius dan elit kehidupan tidak mudah dilahirkan oleh masyarakat. Yang ketara adalah kumpulam manusia biasa.  Mereka adalah `Kumpulan Utama Kehidupan`. Mereka adalah pemburu pasaran utama kehidupan . Diary harian adalah memikirkan bagaimana dengan kelayakan yang ada bagi mendapat pekerjaan bagi jaminan survival keluarga. Setengahnya dengan kemampuan minda yang ada memenuhi diari harian dengan bekerja sebagai golongan menengah yang belum tentu terjamin dari segi kehidupan. Mereka berjuang untuk hidup bagi mendapat perlindungan yang agak selesa bagi keluarga dan hidup secara normal.
Manakala kumpulan banyak adalah kumpulan marhain yang dilambangkan oleh para pekerja yang membanting tulang. Kehidupan mereka tidak terjamin dan mengharapkan pembelaan. Mereka adalah golongan banyak yang sukar untuk dibangkitkan secara keseluruhan. Mereka mengharapkan agar dapat diselamatkan mereka dari cengkaman kemiskinan. Mengharapkan  bantuan pendapatan dan mendapat bantuan perlindungan.
Kesemua mereka adalah watak-watak yang memenuhi arus masa. Mereka bekerja bagi memenuhi tuntutan kehidupan, tetapi menurut kadar masing-masing. Bagi elit kerja adalah mekanisme bagi mencapai cita-cita. Bagi golongan menengah kerja adalah status kehidupan bagi mereka, nanakala golongan marhain mereka struggle untuk kerja. Semuanya bekerja, tetapi hasil dan matlamat berbeza. Kerja adalah identiti mereka. Mereka bekerja memenuhi kotak waktu diri sebelum jam diri terhenti.
Kerja adalah identiti dan fungsi diri dan berhak mendapat ganjaran.

Sekian.