May 2, 2019

MENGENANGI DATUK SERI ABU HASAN DIN


MENGENANGI DATUK SERI ABU HASAN DIN
(Fikrah Bangi: 212),
BBB, 26 Sha`ban 1440H. = 02 Mei 2019M.).
Semalam Datuk Seri Abu Hasan Din seorang ulama tanahair terkenal meninggal dunia setelah jatuh di rumahnya di Gombak dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia. Datuk Abu Hasan adalah pernah menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam kepada beberapa Yang Di Pertuan Agong. Selepas bersara bergerak bebas sebagai pendakwah. Pada malam sebelum beliau meninggal  beliau memberi kuliah di Seremban. Datuk Abu Hasan ialah saudara bagi Datuk Dr. Haron Din yang  juga seorang `ulama dan Pengasas Dar al-Shifa` yang meninggal pada 16.9.2016. Dato` Abu Hasan adalah merupakan anak lelaki Haji Din- tiga lelaki dari 10 orang adik beradik, Haji Ishak Din meninggal lebih kurang dua bulan selepas meninggalnya Datuk Dr. Haron Din, manakala tujuh adik beradik perempuan masih hidup.
Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi pernah menjemputnya menyampaikan kuliah di Masjid berkenaan. Beliau datang pada pada Rabu 27 Mac 2019 bersamaan  20 Rejab 1440H. yang baru lepas.Beliau diminta bercakap tentang `Masalah Gangguan Anak-Anak Pada Masa Solat. Pada dasarnya beliau tidak setuju anak-anak kecil yang belum mumayyiz dibawa ke masjid, khususnya pada waktu maghrib, kerana anak-anak sedemikian mengganggu jama`ah bersolat. Berlainan jika anak-anak berkenaan telah dilatih dan datang berjamaah secara tertib di dalam saf belakang bersama mereka. Tetapi jika datang buat bising dan berlari ke sana ke mari dan mengganggu imam dan jamaah, maka lebih baik tidak datang.
Selain dari bercakap tentang gangguan anak-anak beliau mau Majlis Ilmu yang diadakan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman dari taman-taman di dalam syurga itu hendaklah dilakukan secara beradab dan tertib.  Beliau tidak setuju guru yang mengajar menjadikan majlis ilmu tempat kelakar, apa lagi diselit dengan nyanyian dan sebagainya. Kalaupun ada elemen luicu, hendaklah bersifat terhad.
Pada malam Datuk Seri Abu Hasan Din datang ke Masjid Al-Umm sebagai kali pertama dan terakhir itu, masjid yang abangnya (Dr. Haron Din) banyak jasa terhadap Masjid Al-Umm beliau membicarakan tentang konsep `Shafa`at.
Menurut beliau shafa`at ada dua. Iaitu Shafa`at Kubra, iaitu shafa`t dari Rasulullah s .a.w., khususnya pada padang mahshar kelak. Manakala Shafa`t Sughra, ialahj selain dari Rasulullah s.a.w. seperti dari malaikat sebagaimana tersebut di dalam beberapa ayat Al-Qur`an.
Begitu juga shafa`at dengan membaca Al-Qur`an sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w yang menyusuh agar membaca Al-Qur`an kerana pada hari kiamat ia adalah datang sebagai shafaat kepada pembacanya. Begitu juga dengan membaca ayat Kursi yang banyak memberi kelebihan.

Datuk Seri Abu Hasan juga bercakap tentang `Syahid`. Menurutnya ada beberapa kategori shahid.Shahid Dunia-Akhirat seperti Shahid Sayyiduna Hamzah di dalam peperangan Uhud. Shahid akhirat seperti mereka yang mati terbakar, lemas dan ta`un. Syahid Dunia iaitu mereka yang masuk peperangan dengan tujuan untuk mendapat rampasan perang.
Datuk Abu Hasan Din mengingatkan supaya teus kekal menunaikan solat, kerana perbezaan antara yang Islam dengan yang bukan Islam ialah solat. Perbezaan amal menentukan kategori balasan syurga yang mempunyai 7 martabat syurga, iaitu Firdaus, Ma`wa, Na`im, `Adn, Dar al-Salam, Dar al-Muqamah dan al-Maqam al-Amin.
Semoga Roh Al-Marhum Datuk Abu Hasan Di ditempatkan di dalam syurga yang tinggi maqamnya. Amin.
Sekian.

No comments:

Post a Comment