May 21, 2019

KRITIK SETAHUN PH MEMERINTAH DAN JAWAPAN


KRITIK SETAHUN PH MEMERINTAH DAN JAWAPAN
(Fikrah Bangi: 232),
BBB: 16 Ramadhan 1440H. = 21 Mei 2019M. (Selasa):    
Satu yang dapat dipuji, bahawa pada masa pemerintahan PH kebebasan mengeluarkan pendapat tidak disekat. Sebenarnya dengan cara ini pihak pemerintah dapat mengetahui apa yang tidak disenangi dan dapat diperbaiki, jika difikirlkan wajar.
Dari awal kritikan ditujukan kepada kerajaan PH yang datangnya dari toloh-tokoh yang dihormati. Tun Daim Zainuddin mengkritik sempena 100 hari PH dengan mengatakan para menteri kabinet sering bergaduh (tiada penyelarasan). Puncanya kerana kurang pengalaman. Beliau berharap ada penyelarasan antara menteri kabinet di dalam mengeluarkan kenyataan (UM: 1.2.2019: 8). Dalam masa yang sama beliau menegur para menteri yang tidak perform. Melihat kepada ekonomi Malaysia yang masih belum pulih Tun Daim memberi tempoh enam bulan kepada PH untuk membawa perubahan  Rakyat mau melihat manifesto PH ditunaikan. (Sinar, 15.4.2019: 1 & 5).
Berhubung dengan ekonomi Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah mengakui, bahawa SST gagal kurangkan harga barang. SST hanya mampu pungut RM23 bilion berbanding dengan GST RM 44 bilion. (UM, 20.2.2019: 3). Kerajaan banyak bergantung pada Petronas yang mendapat keuntungan sebanyak RM55.3 bilion peningkatan 22% daripada tahun lalu dalam mana Petronas membayar dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan (BH, 9.3.2019: 1).
Walau bagaimana bagi memperbaiki prestasi ekonomi kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang terdiri dari 16 ahli majlis yang diketuai Tun Mahathir Perdana Menteri. Antara ahli-ahlinya yang lain ialah Azmin Ali Menteri Ekonomi, Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Tan Sri Rafidah Aziz Bekas Menteri Perdagangan, Jomo Kwame Sundram Ahli akademik dan yang lain-lain. Diharap Majlis ini akan benar-benar dapat mencadangkan pendekatan-pendekatan ekonomi negera terbaik.
Berhubung dengan prestasi ahli kabinet yang tidak perform, Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas mencadangkan supaya dirombak kabinet dan diganti dengan tokoh-tokoh professional, walaupun bukan dari kalangan politik pemerintah (UM, 23.3.2019).
Walau bagaimana cadangan reshuffeled kabinet ini telah dijawab beberapa kali oleh Perdana Menteri, bahawa ianya tidak akan dirombak dan diharap mereka bertambah pengalaman. Biarpun antara menteri misalnya Menteri Perpaduan yang dilihat sebagai tidak berfungsi  dan menteri-menteri yang dipersoal dari segi kelayakan dan kelulusan (UM, 1.2.2019: 8).
Berhubung dengan graduan yang menganggur yang berjumlah 174,000 orang tetapi peluang pekerjaan hanya ada 99.000 (The Star, 28 Mac, 2019: 1) dan hutang PTPTN berjumlah RM40 bilion. Perkara ini dipersalahkan kepada kerajaan terdahlu ((BH, 17.5.2019: 1).
 Sesungguhnya banyak lagi dapat ditimbulkan dengan janji-janji PH dan prestasinya di dalam setahun, tetapi menjelang genapnya setahun pemerintahan PH, Tun Dr Mahathir menjawab melalui ucapannya di media letronik pada 9.5.2019. Antara jawapannya sebagai kejayaan PH ialah:
Berjaya menyiasat skandal IMDB, menguatkuasa undang-undang, memperkukuhkan SPRM, Memulihkan Felda dengan menyuntik peruntukan sebanyak RM6.23 bilion, memulihkan Tabung Haji dengan peruntukan sebanyak RM17.8 bilion, meneruskan projek ECRL dengan kos yang lebih rendah, iaitu  sebanyak RM44 bilion (jimat RM 22 bilion).
Menilai dari segi janji-janji yang dibuat PH telah melaksanakan hanya di dalam setahun adalah sebanyak  39.1 %. Dalam pada itu Kerajaan PH banyak memberi peluang kepada anak muda dan lebih memberi jawatan kepada kaum wanita berbanding dengan kerajaan yang lepas. Kerajaan PH menjangka dapat membina  satu juta rumah dalam dua penggal jika diberi kesempatan. Dan kerajaan PH akan mengusahakan pembahagian ekonomi lebih adil kepada semua rakyat.
Kerajaan PH berkeyakinan dengan pencapaiaan setahun , walaupun dikritik berbagai pihak, PH berkeyakinan dapat memperbaiki prestasi dalam tempoh empat tahun yang masih berbaki untuk diisi dengan berbagai projek dan perancangan.
Sekian.                                                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment