May 15, 2019

CERIA PAKATAN RAKYAT


CERIA PAKATAN RAKYAT
(Fikrah Bangi: 225),
BBB, 10 Ramadhan 1440H. = 15 Mei 2019M. (Rabu).
Hari yang paling ceria bagi PH ialah hari di mana PH diisytiharkan menang. Tun Dr. Mahathir sendiri pada malam 9 Mei 2018 mendakwa menang. Keputusan rasmi yang membawa kepada Tun Mahathir mengisytiharkan menang ialah. PKR 91 kerusi, Umno 67,  Pas 14, Bebas 3. (NST, May 10, 2018: 1).
Metro keesokannya melaporkan keputusan yang lebih tepat, keputusan adalah sebagaimana berikut:
PKR  (PH)   113
Umno           79
Pas                18
Warisan         8
Star                1
Bebas             3
Undi keseluruhan yang didapat oleh PH adalah berjumlah  5,685,252. (Metro, 11 Mei 2018: 2).
Berikut dari kemenangan itu Tun Mahathir mengangkat Sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong menjadi perdana Menteri ketujuh (kedua baginya) pada 10 Mei 2018 (Metro, 11.5.2018: 1).
Berikutan daripada itu Kabinet peringkat permulaan dilantik pada 18 Mei 2018. Timbalan Perdana Menteri ialah  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan wanita pertama  memegang jawatan tertinggi sedemikian di Malaysia.
Antara tindakan awal ialah menunaikan janji pilihanraya PH, iaitu  menarik balik GST yang menjadi isu penting dalam pilihanraya. Kuatkuasa penghapusan GST ialah mulai 1.6.2018. Namun sebagai catatan kaki, walaupun GST ditarik balik, ianya diganti dengan cukai baru yang dikenali sebagai SST yang fungsinya tidaj jauh berlainan dari GST.
Peristiwa yang melegakan terutama bagi ahli-ahli PKR, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan tanpa syarat pada 16.5.2018. Satu himpunan besar-besaran diadaklan bagi menyambut kebebasan beliau. Adalah diwar-warkan Anwar akan mengambilalih pemerintahan negara dalam masa terdekat setelah proses yang melayakkannya menjadi Perdana Menteri selesai diuruskan. Kini janji untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri ini, setelah Anwar jadi ahli Parlimen Port Dickson.
Sementara itu negeri-negeri yang mencapai kemenangan turut melantik Menteri Besar masing-masing termasuklah negeri-negeri pembangkang seperti Terengganu dan Kelantan,  di bawah Pas, Pahang dan Perlis di bawah BN. Turut mengisytiharkan Ketua Menteri ialah Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman (BN), sebelum dilanda kontroversi. Bermaksud selepas itu berlaku perloncatan parti dari BN kepada Warisan yang kemudian mendapat majoriti dan berlaku perkecohan sebelum ianya dimuktamadkan di bawah Warisan. Keadaan ini berlaku oleh kerana kekusaan Pusat tidak lagi di bawah BN. Bagi mencari tempat selamat sebahagian besar Adun di negeri itu berpindah kepada Warisan. Negeri-negeri yang lain  yang dimenangi PH turut sama mengangkat sumpah dan memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri, kecuali Sarawak, kerana pilihanraya negeri bagi Sarawak adalah berlainan.
Peralihan pemerintahan negara Malaysia dari BN kepada PH adalah berlaku dengan aman dan pihak yang kalah, teramsuk Najib Tun Razak menerima kehendak rakyat.
Sekian.                     

No comments:

Post a Comment