February 2, 2009

ASKAR BERPAKAIAN PUTIH MENYERANG TENTERA ISRAEL






Bukti pertolongan dari langgit antaranya roket yang pertama membunuh tentera Israel puncanya dari tentera Israel sendiri. Seorang ulamak Palestin bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w dengan pedang yang terhunus menuju Gaza. Askar Isreal mendakwa melihat mujahidin yang berpakaian putih menyerang mereka. Peristiwa ini diceritakan oleh Ust. Abdullah Zaiad Abd Rahman, wakil Aman Palestin yang baru kembali dari Gaza.

Menurut beliau walaupun banyak kemusnahan telah berlaku tetapi rakyat Gaza tetap tabah dan berterima kasih pada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan bantuan. Semangat penduduk Gaza amat tinggi, mereka memecah tembok penghalang untuk membeli makanan dan keperluan lalu kembali semula ke penjara terbuka Gaza kerana mereka sekali-kali tidak rela meninggalkan bumi Gaza untuk dimasuki oleh Israel.

Ust. Abdullah berkongsi pengalaman dalam satu majlis Untukmu Mujahid Palestin. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid diikuti mendeklamasikan sajak. Dr. Shafie ADUN Bangi memulakan ucapan dengan mendeklamasikan 3 buah sajak, diikuti oleh Sdr. Zaid. Dr. Lim Swee Tin terus mensyahdukan malam dengan sajaknya. 3 orang muslimat turut terpanggil untuk menyuarakan kekecewaan mereka melalui sajak berkisar pada nasib ibu dan kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

No comments:

Post a Comment