February 20, 2009

IMEJ TASIK CEMPAKA HARUS DITUKAR

(Gmbar dari Samudera tinta)
Imej Tasik Cempaka yang sebelum ini dilabelkan sebagai tempat berpasangan perlu ditukar kepada wadi ilmu dan kegiatan kebudayaan. Berucap semasa majlis perasmian Pesta Buku Bangi ADUN Bangi, Dr. Shafie menambah usaha mempromosikan Bangi sebagai Bandar Ilmu yang dimulakan sejak tahun lepas mula mendapat kejayaan. Program berterusan mengisi keperluan itu sedang dan akan dilaksanakan.

"Kita sedang berusaha menyusun sebuah buku mengenai Bangi. Kedudukannya yang dikelilingi oleh 18 buah IPT disamping institusi lain seperti Darul Shifa' dan Surau An-Nur yang padat dengan program keilmuan memberi ransangan kepada usaha yang dilakukan".

Bagi membudayakan amalan membaca,Pengerusi Persatuan Penduduk BBB, Dr. Tajul Ariffin menyarankan agar disediakan sudut bacaan pada setiap rumah.

"Peruntukkan sedikit bajet untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan", tambahnya lagi.

Beliau tertarik dengan konsep bandar Oxford dan Cambridge di England yang berbudayakan ilmu.

Pesta Buku Bangi yang bermula dari 19 Februari sehingga 1 Mac dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama dari berbagai pihak seperti Mini Kabinet Bangi, ahli majlis MPKj dari 3 zon, Jaringan Siswazah Malaysia, Ikatan Studi Islam UKM dan NGO. Ianya turut disertai oleh 20 penerbit buku dari berbagai genre.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, YB Tn. Ir. Iskandar Abdul Samad berkesempatan untuk merasmikannya. Dalam ucapannya beliau menasihatkan ibu bapa agar memupuk amalan membaca dirumah agar dicontohi oleh anak-anak.

"Program perumahan baru yang dirancang perlu ada pejabat pengurusan dalam kawasan perumahan itu sendiri. Untuk membina sebuah perpustakaan mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kita perlu memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah bilik sebagai sudut bacaan sebagai kemudahan untuk orang ramai".

No comments:

Post a Comment