February 24, 2009

PPSMI: ADILKAH UNTUK PELAJAR LUAR BANDAR?


Menguasai pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris yang menjadi pengantar kepada pelajaran adalah dua usaha yang berbeza. Jika ianya ingin dilakukan serentak maka berlakulah ketidakadilan dalam pendidikan terutama kepada pelajar luarbandar. Apa yang perlu ditegaskan disini ialah bantahan kepada PPSMI bukan bermakna kita meminggirkan bahasa Inggeris. Islam meletakkan kewajipan menuntut ilmu ditempat yang tinggi. Yang menjadi persoalan ialah dasar PPSMI telah dibuat tanpa mengambil kira pandangan tokoh-tokoh pendidikan. Ada pihak tertentu yang mendapat keuntungan dengan membekalkan peralatan sokongan kepada PPSMI.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 mendapat tentangan hebat terutama pada kalangan tokoh-tokoh pendidikan di Bangi. Pernah diadakan satu forum membincangkan perkara tersebut pada tahun 2004 di Bangi. Antara tokoh yang terkenal membantah PPSMI ialah Prof. Shahrir Mohd. Zain. Berpuloh tahun beliau berkhidmat di UKM sebagai profesor matematik dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar. Antara yang diingat ialah perkataan "epsilon" ditukar kepada "terendak". Setelah enam tahun kini suara bantahannya dapat disatukan dengan suara rakyat. Tarikh 7 Mac dinantikan.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum,

    Saya amat tertarik dengan gerakan menghapuskan pelaksanaan PPSMI. Saya pernah mengajar di Baling, Kedah tahun 70an dulu dan saya faham dengan masalah pelajar luarbandar bukan saja dari aspek menangani Bahasa Inggeris tetapi juga menangani mata pelajaran lain. Mata pelajaran seni lukis pun menjadi masalah.

    Pelajar-pelajar kita, bila di luar negeri, juga menghadapi masalah - tak cekap mengguna Bahasa Inggeris dan tak cekap juga dengan Bahasa Malaysia. Tak tahu nak tulis surat kepada penaja dalam Bahasa malaysia dan tak tahu menulis surat kepada pihak universiti atau 'local council'. Neither here nor there, kata orang putih.

    Bagaimana pula dengan prestasi pelajar luar bandar dalam sains dan matematik sebelum program PPSMI diperkenalkan? Lebih baik, tidak menggalak langsung atau apa? Adakah keputusan yang diperolehi pelajar Melayu luar bandar lebih baik, mendatar atau menerujun teruk selepas diperkenalkan PPSMI? Saya memohon agar semua pihak mengemukakan data dan hasil penyelidikan yang boleh diterima oleh umum. Minta supaya 'educate the public' agar ia meyakinkan bahawa PPSMI memang patut dihapuskan.

    Saya takut nanti masalah sebenar yang dihadapi pelajar Melayu luar bandar tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana kita terlalu emosional dalam perjuangan menghapuskan PPSMI. Pada pendapat saya, elok juga kalau kita memberi fokus kepada kualiti tenaga pengajar yang ditugaskan ke kawasan luar bandar, motivasi yang diberikan kepada mereka, sistem pemantauan dan 'caeer path' bagi mereka yang sanggup bertugas di sekolah luar bandar, kemudahan yang disediakan bagi pelajar dan tenaga pengajar dan lain-lain faktor yang menjadi penyebab kepada baik atau buruknya prestasi pelajar Melayu di luar bandar.

    Dan satu lagi: pelajar luar bandar bukan hanya terdiri dari orang Melayu sahaja. Ada Cina, India, Siam dan lain-lain. Bagaimana dengan prestasi kumpulan ini pula berbanding dengan pelajar Melayu?

    Inilah yang saya percaya ramai yang khuatir dengan nasib pelajar Melayu luar bandar ingin diperjelaskan agar dapat mereka bersama-sama menyumbang kepada usaha menyelesaikan 'masalah' pelajar Melayu luar bandar.

    Salam.

    AYAH

    ReplyDelete