February 5, 2009

HATI YANG BERBOLAK-BALIK


Alhamdulillah, sehingga kini kerajaan PR Perak masih kekal walaupun dengan berbagai spekulasi yang timbul. Dalam kita meniti jalan lurus kebenaran hati kita sentiasa akan dibolak-balik bisikan syaitan. Asas perjuangan adalah penting kerana dalam pencarian kita tanpa merujuk kepada asas kita akan sesat. Marilah kita beramai-ramai memohon kehadrat Allah agar sahabat kita (dalam jemaah atau di luar jemaah)yang telah sesat perjalanan kembali kepada perjuangan sebenar. Doakan juga DYMM Sultan Perak menerima usul membubarkan DUN dan mengembalikan pada suara rakyat.

2 comments:

  1. Saya seorang pekerja kilang di BBB yang membekalkan part untuk Proton dan Perodua. Saya juga seorang buta Politik. Walaupun begitu pada bulan Mac'08, saya percaya dan yakin, undi saya juga membantu Dr berada pada kedudukan sekarang.
    Tentang kes di Perak saya langsung tidak bersimpati walaupun 11 bulan yang dulu saya lah berdoa agar negeri ini dibawah pemerintahan lain selain BN. Apa yang membuat saya menjadi begitu? Sebenarnya hanya sebab yang sedikit atau yang remeh. Remeh mungkin bagi Dr yang bijak dan pandai tetapi tidak pada saya yang bodoh dan buta politik ini.Sejak kerajaan Perak berkeras mahu menggunakan Camry bagi mengantikan Proton V6 dengan alasan kos penyenggalaraan yang tinggi saya mula membenci Pakatan ini. Saya mula berasa Pakatan ini sama aje dengan BN ( seperti Terengganu ). Saya yang bodoh ini hairan dengan Pakatan, adakah dengan memerintah 11 bulan sudah boleh mengatakan kos selenggara tinggi? Jika benar pun berpandu pada rekod2 lampau, adakah rekod2 tersebut telus kerna kita semua tahu tiada yang telus dalam BN.
    Sekarang, kerajaan Selangor pula mengikuti citarasa Perak. Kecewanya saya tidak lagi boleh digambarkan.
    Saya sudah bekerja dikilang ini selama 16 tahun dan kini saya mula menjangkakan kalau lah Pakatan yang memerintah Malaysia ini, sudah pasti Proton akan ditutup atau pun dijual. Saya berasakan Pakatan hanya menjadikan Proton mangsa politik sahaja atau mungkin sudah mula bercitarasa orang kaya..sama seperti kerajaan yang terdahulu.Jika sekarang Pakatan menukar Proton dengan Camry tak mustahil bila memerintah nanti Pakatan akan menukarkan pula Kilang Proton dengan Kilang lain. Pada masa itu bagaimana nasib kami? Hampir 100,000 pekerja proton dan pembekalnya akan kehilangan kerja. Jika setiap seorang mempunyai 2 orang lagi tanggungan..jumlah nya akan menjadi 300,000 orang. Inilah apa yang saya yang bodoh ini bayangkan jika pakatan memerintah Malaysia.
    Adakah Dr tahu, tak kala kerajaan Perak mengatakan hasrat menukar V6 kepada Camry dengan alasan yang berat sebelah dan seperti tidak telus, Proton dan kami mendapat impak yang bukan sedikit kesan nya. Jika benarlah disebabkan kualiti Proton dibenci maka saya nak juga bertanya...kat manakah bijak pandai orang dalam Pakatan atau dalam Pas khasnya meyalurkan idea agar Proton dapat membaiki kelemahannya? Atau benar seperti jangkaan saya tadi, Proton hanya manjadi mangsa politik akibat marahnya Pakatan kepada pengasas Proton iaitu Dr M?
    Adakah Dr atau ahli Pakatan tahu bahawa hyundai dan kia buatan Korea Selatan yang berstatus negara maju tu pun memerlukan 40 tahun untuk improve kualiti mereka.Inikan pula Proton yang baru setahun jagung dan kena plak berhadapan dengan mereka yang hanya tahu mencebik.
    Saya meminta maaf jika komen saya ini di luar tajuk atau tidak kena pada tempatnya tetapi saya berasa senang hati dapat meluahkan kepada Dr yang bijak dan pandai. Sebelum Dr mahu memarahi saya diatas komen ini saya mahu Dr tahu bahawa saya hanya belajar setakat SPMV dan sudah pasti bahasa saya tidak seperti orang2 berstatus Dr, Prof, Datuk dan lain-lain. Jadi, maafkan saya. Banyak lagi yang mahu saya tulis tapi saya rasa Dr terlalu sibuk untuk membacanya. Apa yang perlu Dr tahu, ramai pekerja dan pembekal Proton menjadi ahli Pas. Jadi jangan dikuburkan periuk nasi mereka. Sekian

    ReplyDelete
  2. Dari komen yang diberikan anda sebenarnya mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Kita dikelirukan oleh laporan media yang tidak mesra pada Pakatan Rakyat. Ruang untuk menjelaskan sesuatu isu diperkecilkan.

    Kerajaan Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat maka tindakan yang diambil mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhan. Dalam kontek ini kita seharusnya tidak memandang pada kepentingan sesuatu pihak sahaja. Kebajikan rakyat secara keseluruhan diperhitungkan. Seharusnya dalam politik yang matang tidak berbangkit pekara membalas dendam. Kalau diperhatikan ramai dari kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan Pakatan Rakyat terdiri dari penyokong BN, kalau mereka berpotensi untuk melaksanakan amanah yang diberikan mengapa tidak? Apa yang perlu ialah perbetulkan atau perbaiki jalan yang seharusnya dilalui. Tidak merasuah atau memilih jalan belakang yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat.
    Kesan kemelesetan ekonomi semakin menjerut kita semua bukan pada Proton atau Perodua sahaja. General Motor terpaksa membuang 300,000 pekerja mereka. Kerajaan PR di Selangor menyedari hakikat ini dan telah bertindak menubuhkan satu tabung khas utk pekerja yang diberhentikan. Seharusnya kerajaan pusat mendahului usaha ini jika berkeprihatinan yang tinggi.
    Oleh itu persediaan dipihak kita harus mantap. Allah menjanjikan rezeki pada setiap hambaNya yang berusaha dan sentiasa bertakwa.

    ReplyDelete