June 5, 2016

Golongan Menguasai Masyarakat


BBB, 28 Sha`ban  1437 = 04 Jun 2016 (Sabtu):
Telah dibicarakan bahawa 70%  dari kalangan masyarakat adalah merupakan rakyat biasa. Mereka merupakan rakyat banyak yang fokus  perjuangan mereka untuk hidup dan tidak mempunyai hasrat dan cita-cita besar. Walaupun mereka kelihatan biasa, tetapi penting  dalam mencirikan masyarakat. Bahkan 30% baki yang 15% dari mereka menguasai masyarakat dan 15% memasalahkan masyarakat adalah asalnya dari kumpulan yang besar ini. 15% menguasai masyarakat ini adalah golongan yang mempunyai cita-cita tinggi dan dengan persediaan yang ada pada mereka mereka berjaya meningkat ke atas. Siapakah  15 peratus golongan yang dapat kita namakan elit yang menguasai dan menentukan arah  masyarakat ini ?
Tiga golongan penting dalam golongan elit ini ialah:
1)      Tokoh politik
2)      Pakar dan Penguasa  ekonomi
3)      Golongan intelektual  (`abqari).

1.        Tokoh Politik
Sememangnya secara jelas dapat dilihat  bahawa golongan inilah yang menguasai pemerintahan dan dengan kuasa yang ada pada mereka, mereka menentukan arah politik pemerintahan dan juga polisi-polisi yang lain. Misalnya tentang agama, pendidikan dan segala bidang. Mereka adalah orang `tamak kuasa`. Oleh kerana aturan sesebuah negera membenarkan kalangan politik mendapat kepercayaan  masyarakat melalui sokongan yang didapati, maka lahirlah apa yang dikenali sebagai `parti politik`  yang penubuhannya  di atas faktor sejarah, perjuangan agama, `pembelaan sosial` dan berbagai ideal yang diperjuangkan. Masing-masing dengan ideologi yang diranc angkan bagi menarik sokongan masyarakat. Antara  mereka yang mempunyai matlamat sama, bahkan bagi mendapat kuasa yang lebih berlaku penyatuan antara mereka. Tidak kurang pula  yang berpecah bagi kepentingan parti atau kerana pertentangan yang berlaku yang bersifat dalaman. Walaupun masing-masing ada prinsip dan arah perjuangan yang dituju, tidak kurang berlaku perubahan sebagai strategi dan kepentingan. Sebagaimana disebutkan orang banyak penting di dalam peranan memberi kuasa kepada pihak yang mampu menarik sokongan dan diyakini. Antara faktor-faktor yang menarik sokongan:
1)       Pembelaan terhadap kaum-kaum  yang diharap sokongan mereka
2)      Kerjasama antara kaum dalam penyatuan politik
3)      Menawarkan pemerintahan secara   Islam
4)      Menawarkan pendemokrasian dalam pemerintahan
5)      Menegakkan keadilan sosial  di tengah masyarakat
Sememangnya  kekuasaan diberi kepada pihak yang diyakini dan setengahnya berterusan berasaskan rekod kejayaan yang ditunjukkan. Mereka dapat melaksanakan kekuasaan selagi bijaksana di dalam menawarkan polisi  dan janji. Tetapi dengan politik begitu berkuasa, namun kekuasaan adalah ibarat telur dihujung tanduk. Kesilapan, perpecahan dan salah percaturan  dan kawan menjadi lawan menyebabkan kekuasaan bolrh terlepas bila-bila masa.
2.       Penguasaan Ekonomi
Jika orang politik disifatkan `tamnak kuasa` dan sanggup melakukan apa cara bagi mengekal atau mendapatkan kuasa, maka golongan kedua yang menjadi elit masyarakat ialah `golongan ekonomi. Nereka adalah orang yang `tamakkan harta`. Dimaksudkan dengan golongan ekonomi ini ialah pakar-pakar ekonomi yang menguasai, peniaga-peniaga, koporat, bankers dan har tawan-hartawan. Golongan yang menguasai ekonomi dan hartawan memang ketara dari segi kekuasaan. Mereka boleh menguasai dan memiliki apa saja dengan kuasa wang yang ada pada mereka. Bahkan mereka boleh menguasai politik pemerintahan dengan kekuasaan harta yang adap pada mereka. Seperti golongan politik yang memegang politik kekuasaan tidak ramai, begitulah juga dengan golongan ekonomi. Kebiasaan golongan seperti ini yang menguasai kekayaan negara tidak lebih dari 10%, bahkan kemungkinan ekonomi dikuasai oleh 10 orang !  Adalah dikatakan kekayaan ekonomi Amerika berada pada sepuluh  haretawan Ameriak yang mereka pula dapat mempengaruhi politik dan dasar pemerintahan negara. Sudah tentulah penguasaan ekonomi pada kelompok tertentu tidak baik bagi negara. Sebaiknay kekayaan negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat jelata.
3.        Pengusaan Intelektual
Sebagaimana pengusaan politik peringkat tinggi, begitu juga penguasaan ekonomi.  Maka demikian juga dengan Penguasaan Intelektual tidak ramai. Mereka adalah kalangan genius dan `abqari  yang berjaya di dalam bidang keilmuan menghasilkan keilmuan dan dapatan bermutu yang memberi faedah kepada masyarakat dan generasi. Mereka  dapat merangka pendekatan politik secara bijak yang dapat menarik sokongan masyarakat. Mereka juga membuat cadangan tentang pendekatan ekonmi, bahkan berbagai cadangan yang  memberi impak dan faedah kepada masyarakat. Namun kalangan intelektual ini biarpun kaya dengan idea dan ilmu, mereka biasanya tidak mendapat faedah dari segi material. Mereka dihormati. Bahkan ada idea-idea mereka dipakai sedang pencetus idea tidak dipeduli atau dilupakan. Contoh cadangan mewujudkan Tabung Haji adalah genius cadangan  Prof. Ungku Aziz, tetapi Ungku Aziz tidaklah mendapat faedah dari idea bernasnya, bahkan mungkin dilupai. Cetusan mengenai ekonomi Islam sepertk Bank Islam, takaful dan berbagai jenama kewangan Islam adalah genius pengkaji dan pencadang, sedang pencetus penemu  bagi cadangan ini tidak dipeduli, bahkan tidak dikenali. Demikian juga dengan konsep produk `halalan tayyiban` yang menarik dan sedang berkembang ke peringkat nasional dan internasional, tetapi pencetus asal yang mengolah idea ini tidak dipeduli dan tidak dihargai bahkan  dilupai. Sedang pihak berkepentingan dari segi ekonomi berlumba-lumba mengambil faedah dari genius idea yang dihasilkan.
Walaupun pencetus idea intelektual di dalam satu-satu bidang  yang memberi kesan baik bagi kepentinagn masyarakat dan generasi, peranan intelektual sedemikian adalah besar dan patut diberi penghargaan sepatut. Pihak yang mengambil faedah dan masyarakat  tidak seharusnya melupakan mereka. Mereka  tidak mengharapkan dikenang. Mereka berada dihadapan untuk membawa perubahan dan cadangan yang dapat meribah dan memajukan masyarakat.
Ketiga-tiga elit dibicarakan, sebenarnya adalah muncul dari masyarakat banyak. Dengan kebijaksanaan pada mereka mereka dapat muncul dan mengatasi masyarakat banyak. Masyarakat banyak tidak seharusnya cemburu dan iri hati terhadap mereka.  Mereka  memberi sumbangan pada masyarakat dan negara. Intelektual  menyumbang idea, ahli  politik seharusnya  mensejahterakan masyarakat dan tokoh ekonomi memudahkan  pengurusan semua. Jika kontra mereka mendepani  penentangan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment