June 30, 2016

KAEDAH RIWAYAT HADITH MENGUKUHKAN PENDAPAT SUFI


BBB,  24  Ramadhan 1437 = 29 JUN 2016 (Rabu):
Satu kaedah keilmuan yang lahir di dalam Islam ialah kaedah keilmuan Hadith.  Bagi sesebuah Hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan `Matan Hadith` mempunyai sanad bagi matan yang terdiri dari  rantaian perawi (silsilah) yang mencirikan taraf Hadith sama ada sahih, hasan, daif dan sebagainya. Sesebuah Hadith kadang-kadang mempunyai rantaian perawi yang lebih dari satu. Ini memperkukuhkan taraf Hadith. Dalam kata lain keilmuan Hadith mempunyai kaedah ilmiah dan kesahihan. Pengaruh gaya Hadith juga berlaku di dalam banyak bidang ilmu. Misalnya di dalam bidang sejarah sebagaimana dilakukan oleh Ibn Ishak dengan Sirah Ibn Ishak. Kaedah ini digunakan juga di dalam keilmuan tasawuf. Kata-kata sufi mempunyai rantaian rawi yang antaranya apa yang diriwayatkan – matannya dari sabda Nabi. Ini membuktikan apa yang disebutkan oleh seorang sufi tidak sewenang-wenang, tetapi mempunyai tanggungjawab ilmiah yang boleh diperiksa kesahihannya.
Antara usaha yang berharga mengklasifikasikan sufi  (lebih kepada zaman) dan pendapat-pendapat mereka  ialah dilakukan oleh Abdul Rahman al-Sulamiyy (m. 412H.) dengan karangannya yang berjudul  `Tabaqat al-Sufiyyah`  (Generasi Sufi). Abdul Rahman menyusun Tabaqat al-Sufiyyah kepada lima generasi  yang setiap generasi mengandung 20 orang sufi, kecuali Tabaqat kelima ialah 23 orang. Ini bermakna Abdul Rahman menyusun kesemua generasi sebanyak 103 orang. Penyusunan lebih kepada zaman. Mereka yang dibicarakan dari peringkat awal hinggalah kepada zamannya.
Bagi setiap sufi dibicarakan dari segi latar diri – zaman dan kewafatan sufi, latar pendidikan, guru-guru, sahabat-sahabat dan mereka yang sezaman dengannya. Fokus yang ditampilkan ialah ungkapan-ungkapan dari sufi berkenaan yang setiap ungkapan disertakan dengan matan, sanad, rawi dengan rantaian rawi dari zamannya hingga kepada sufi berkenaan. Kadang-kadang apa yang diungkapkan oleh sufi bukan dari kalamnya, tetapi dia pula meriwayatkan matan sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. atau kepada tokoh-tokoh tertentu.
Kepentingan dari susunan Tabaqat – Generasi ini dapat dipastikan pendapat, pandangan, mungkin aliran yang dipegang oleh seorang sufi – tidak terhad kepada cerita tentang diri. Dengan ungkapan ini dapat dibuktikan kesahihan kesufian tokoh sufi berkenaan, kerana tidak semua tokoh-tokoh sufi menghasilkan karangan tasawuf secara bersendirian, hanya sebahagian kecil sahaja yang menghasilkan karangan-karangan  masing-masing yang dapat dibuktikan tentang aliran dan pengajaran sufi berkenaan seperti oleh al-Muhasibi, Imam Al-Ghazali dan sebagainya.
Sebagai contoh diambil dua tokoh  - 2 generasi daripada apa yang disusun oleh `Abdul Rahman al-Sulamiyy berkenaan;
Tabaqah  Pertama
1)       Al-Fudhayl bin `Iyad (m. 187H.)
Berketuruna  Khurasan. Contoh tentang dirinya diriwayatkan oleh Ibrahim bi Shammas bahawa dia dilahirkan di Samarqand, terdidik di Abiward. Demikianlah aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin Rusaih berkata, aku mendengar Ibrahim bin Nasr al-Dayyi Samarqand berkata, aku mendengar Muhammad bin `Ali bin al-Hasan Shaqiq berkata aku mendengar Ibrahim bin Shammas berkata, aku mendengar Fudayl bin `Iyad berkata, ``Aku dilahirkan di Samarqand, mendapat didikan di Abiward dan aku melihat di Samarqand sepuluh ribu jauzah dirham.
Tambahan riwayat ada yang berpendapat dia berasal dari Bukhara dan ada yang berkata berasal dari Kupah.
Contuh riwayat bagi ungkapannya yang lain:
Memberita kepada kami oleh Muhammad Abdullah bin Muhammad (bin Abdullah)  bin Abdul Rahman al-Razi berkata. Aku mendengar Muhammad bin Nasr bin Mansur al-Sa`igh berkata aku mendengar Mardawayh al-Sa`igh berkata, aku mendengar Fudail bin `Iyad berkata, ``
``Siapa yang duduk bersama sahabat yang bid`ah tidak mencapai hikmah``.
Dan perawi di atas juga mengatakan Al-Fudayl juga berkata, `
``Orang berhak mendapat keredaan Allah ialah ahli ma`rifat dengan Allah `Azza wa Jalla.``
Demikianlah seterusnya banyak lagi pendapat yang diriwayatkan daripada Fudayl bin`Iyad.
Sebagai contoh diambil dari Tabaqat Kedua (Generasi kedua) iaitu:
1)      Abu al-Qasim al-Junayd (m. 297H.)
Beliau adalah Al-Junayd bin Muhammad, Abu al-Qasim al-Harraz. Adalah bapanya penjual kaca, sebab itu dipanggil `al-Qawaririyy` berketurunan dari Nahawand, tetapi dia dilahir dan terdidik di Iraq. Menurut Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi berkata, Al-Junayd seorang yang mendalami di dalam bidang fiqh berguru dengan Sufyan al-Thawri, dia mengeluarkan fatwa di dalam halaqahnya. Dia bersahabat dengan al-Sarri Saqati dan al-Harith al-Muhasibi, Muhammad bin `Asli al-Qassab al-Baghdadi dan lain-lain. Dia dianggap Imam bagi kaumnya dan pemimpin mereka. Cakap-cakapnya diterima mereka. Al-Junayd mempunyai pertalian Hadith kepada Rasulullah s.a.w.:
Bercakap kepada kami Muhammad bin Abdullah al-Hafizm, berkata, bercakap kepada kami Bukair bin Ahmad al-Haddad al-Sufi (di Makkah), bercakap kepada kami  al-Junayd bin Muhammad (Abu al-Qasim al-Sufi) bercakap kepada kami Al-Hasan bin `Arafah bercakap kepada kami Muhammad bin Kunnair al-Kufi daripada `Amri bin Qays al-La`iyy daripada `Atiyyah daripada Abi Sa`id r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
``Berwaspadalah dari firasat orang mu`min, kerana dia melihat dengan cahaya Allah,  Baginda membaca, ``Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi yang memerhati dan memikirkannya  (firasat).``(Al-Hijr: 75).
Dan banyak lagi ungkapan yang dikaitkan dengan Al-Junayd seperti,
Aku mendengar Aba al-Husayn al-Farisiyy  berkata, ``Aku mendengar Aba Ishaq al-Dinuri berkata, ``Ditanya  Al-Junayd, ``Siapa yang `Arif ? Dia berkata, ``Orang yang tidak ditawan oleh lahzah dan tidak oleh  lafzah !``.
Dia juga meriwayatkan, bahawa Al-Junayd berkata: ``Kelalaian  daripada Allah Ta`ala lebih dahsyat dari kemasukan ke neraka.``
Demikianlah kata-kata sufi, kadang-kadang bukan diungkapan dengan bahasa biasa, tetapi kadang-kadang bersifat falsafah dan berlapis makna.
Dalam kata lain tradisi kesufian, antaranya mengambil perkaedahan gaya Hadith Nabi bagi mengukuhkan pendapat dan mempunyai asas keilmuan.

Sekian.

1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853- 7778–3331



    KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d




    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331
    insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]


    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
























































    SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853- 7778–3331



    KLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d




    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI 0853- 7778–3331 insya allah beliu akan menbatu k40esusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.? <<< ]

    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

















    ReplyDelete