August 18, 2016

PENEKANAN TENTANG NEGATIFNYA RIYA`


BBB, 14 Zulkaedah 1437 =  17  Ogos  2016 (Rabu):
Melaksanakan  `Ri`ayat Li Huquq  Allah`, ialah dengan memupuk nilai-nilai positif. Ini dapat dilihat di dalam pembicaraan di bawah `Kitab al-Ri`ayah` sebagaimana telah dibicarakan. Ianya seolah-olah konsep `Munjiyat` bagi pendekatan tasawuf al-Imam al-Ghazali (akan datang).  Antara nilai  positif bagi segala amalan ialah  keikhlasan.
Berikut dari membicarakan nilai-nilai atau kesedaran positif di bawah `Kitab al-Ri`ayah` Al-Muhasibi masuk membicarakan nilai negatif yang bertentang dengan nilai positif, iaitu al-riya`. Ianya adalah dari  nilai (muhlikat). Tetapi sebelum membicarakan tentang al-riya` kita bicarakan, lawan bagi al-riya`, iaitu `Ikhlas
 Ikhlas ialah hal hati. Menurut  Abu al-Qasim al-Qushayri yang mentakrif ikhlas, ialah  `Amalan kerana Allah semata-mata -  ketaatan yang membawa kepada pendekatan diri kepada Allah, tidak kerana yang lain. Atau dalam kata lain, ``Ikhlas memurnikan amalan yang bukan untuk menarik perhatian  makhluk.
Berkata Abu `Ali al-Daqqaq, ``Ikhlas melepas diri dari sanjungan manusia. Orang yang ikhlas ialah yang tidak ada sebarang sifat riya` padanya.`
Berkata Al-Fudhayl bin `Iyadh, ``Ikhlas ialah meninggal amal dari tujuan mendapat perhatian manusia secara riya`. Melakukan amalan kerana pujian manusia syirik. Ikhlas adalah menghapuskannya.
Berkata Shaykh Zakariyya al-Ansari, ``Sebenar-benar orang yang ikhlas tidak mau dilihat keikhlasannya dan tidak ada niat baginya bagi tujuan tersebut. Siapa yang menyalahi sedemikian, maka dia bersalahan dengan ikhlas, tidak sempurna ikhlas, bahkan dikatakan riya`.
Ayat-ayat Al-Qur`an yang menunjukkan tentang keikhlasan seperti ayat bermaksud:
``Maka sembahlah Allah  dengan mengikhlaskan kepadaNya segala ibadat dan bawaanmu (Al-Zumar: 2). Dan ayat bermaksud:
``Katakanlah aku diperintah menyembah Allah  dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya.`` (Al-Zumar: 11).  Ayat yang lain bermaksud:
``Katakanlah,  Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.`` (Al-Zumar: 14). Dan ayat bermaksud:
``Dan tidaklah kamu disuruh melainkan menyembah Allah secara ikhlas menurut agama.`` (Al-Bayyinah:  5).
Dan Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
Sesungguhnya Allah Ta`ala tidak melihat kepada  jasad kamu dan tidak kepada wajah kamu, tetapi yang dilihat ialah hati kamu.
Demikian penekanan perlunya ikhlas di dalam amalan kebajikan yang pada luarnya adalah baik, tetapi ia boleh menjadi rosak jika tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang berkepentingan. Perosak bagi amalan yang lawan bagi ikhlas, ialah dinamakan riya`.
Riya` bererti `menunjuk-nunjuk`, melakukan pekerjaan tidak ikhlas, ada perasaan sombong dan suka dipuji, bukan kerana Allah, tetapi mempunyai tujuan dan kepentingan yang lain. Riya` menghilangkan pahala amalan sebagaimana api membakar ladang. Yang tinggal adalah kerosakan atau kekosongan. Riya` adalah sifat keji dan dilarang, lantaran ianya boleh mengundang sengkita.  
Al-Qur`an menyifatkan orang yang riya` sebagai anatara yang mendustakan agama sebagaimana ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Mereka orang-orang riya` (dalam ibadat dan bawaannya)`` (Al-Ma`un: 6-7).
Al-Muhasibi memberi tumpuan lebih pada membicarakan tentang kekejian riya`. Kitab Al-Riya`  dibicarakan dalam 100 halaman (dari hlm. 177 – 277). Antara bab-baba yang disusun
1)      Sifat Riya` Penyebutan Mengenainya
2)      Sharh Terhadap Riya. Apakah ia dan apa dalilnya
3)      Ma`rifat Tentang Riya` Dua Wajah
4)      Goncangan oleh Riya dan Dakwa-Dakwa Berkenaannya
5)      Memecahkan Dakwa Riya`
6)      Sharh Dengan  Apa Yang Diriya`kan
7)      Apa Yang Boleh Dinafikan Tentang Riya``
8)      Ma`rifat Dengan Apa yang Dapat Dicapai Dari `Mengingatkan` Tentang Riya`
9)      Tahap-Tahap Keriya`an Dan Waktu-Waktunya
10)   Gambaran Riya` Terbesar dan Terendah
11)   Pewarisan Riya`
12)   Alamat Riya` Pada Diri
13)   Kekejian Riya` Dan `Ujub
Demikianlah pecahan  bab-bab di dalam Kitab al-Riya` yang langsung disebut istilah al-Riya` sebagai judul bagi bab-bab berkenaan di samping ada beberapa bab yang tidak disertakan perkataan riya` di dalam tajuk dan tidak disertakan.
Dapatlah difahamkan bahawa Al-Muhasibi melihat dua unsur penting di dalam membina ketaatan di dalam  `Menjaga Hak-Hak Allah Subhanahu wa Ta`ala`. Pertama memupuk di dalam diri sifat positif, iaitu `Ikhlas` yang merupakan  satu sifat utama dari sifat `Munjiyat` dan lawan negatifnya yang seharusnya dihendar, bahkan dihapus dari diri, ialah sifat `Riya``. Bila berbicara dua sifat ini, tidak terhad kepada dua sifat ini, tetapi masing-masing mempunyai rangkaian yang dapat membina sifat positif, iaitu `Ikhlas` dan sifat negatif, iaitu  `Riya`. Di dalam konteks pendekatan kitan Al-Ri`ayah Li Huquq Allah, Ikhlas menjadi faktor penting di dalam konsep `Al-Ri`ayah`, Begitu juga `Al-Riya`` faktor penting sebagai penghalang.   ini perlu diruntuh melalui tarbiah yang  dibicarakan di dalam Al-Ri`ayah.

Sekian.

1 comment:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
    atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D


























    Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
    ---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.


    KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D







    ReplyDelete