May 20, 2018

PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN - MENGUKUHKAN TENAGA KERJA



BBB, 03 Ramadhan 1439H. =  19 Mei 2018M. (Sabtu):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa satu cadangan yang penting bagi membantu pembinaan Masjid Al-Umm ialah perlantikan Jawatankuasa Teknikal. Cadangan bagi mewujudkan Jawatankuasa Teknikal  ini bermula dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan pada 21 Mac 2012 bersamaan 27 Jamadil Awwal 1433H. Sebelumnya dikenalpasti dankelak dipilih bagi menganggotai Jawatankuasaa teknikal:
·         kontrektor, iaitu Tekad Sdn Bhd, (melalui interview dipilih dan dilantik pada 16 April 2013).
Berikutnya dilantik consultant-consultant yang juga dipilih menganggotai Jawatakuasa Teknikal:
Kejuruteraan Safari Engineers, May Consult, Perunding Azfar dan Arkitek  Urusbina yang lebih awal dilantik (Semua di atas telah dibicarakan dengan detail sebelum dari ini).
Berikutnya dilantik Ahli Jawatankuasa Teknikal yang terdiri dari mereka yang terlibat degan pembinaan. Mereka ialah:
·         Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad  - Pengerusi.
·         Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad – Arkitek
·         Ir. Mohd Safari Ahmad
·         En. Mohd Ashri Yusuf – Tetuan May Consult
·         Tuan Haji Marzuki Che Omar dari Tekad Nusantara
·         En. Abdul Razak Ab. Rahman dari Tekad Nusantara
·         Perunding Azfar (Mechanical)
·         Tuan Ir Haji Ghazali Hussin (Ajk Pembangunan Masjid Al-Umm)
Turut dilantik dua orang kerani tapak  mulai 26 Mac 2013 iaitu Haji Abdul Halim Lebai Man dan Azhar bin Ahmad.
Pada buylan Mac ini juga berlaku pengunduran Tuan Haji Hussin Yunos dari jawatan Setiausaha yang digabtikan ole Tuan Haji Suib Maulud.
Mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Teknikal ialah pada 8 Januari 2013.
Selain dari keahlian di atas Jawatankuasa Pembinaan boleh menghadiri mesyuarat di atas bagi mengetahui segala perkara yang berhubung dengan perkembangan pembinaan. Contoh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan sering turut hadir ke dalam mesyuarat. Walau bagaimana Pengerusi Jawatankuasa Tekknikal akan melaporkan segala keputusan  yang diambil di dalam Mesyuarat Teknikal, kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, tetapi tidaklah sedetail apa yang dibicarakan di dalam Jawatankuasa Teknikal. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal diadakan sebulan sekali dan  ianya seharusnya mendahului Jawatankuasa Pembinaan, lantaran keputusan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Induk biasanya seminggu berikutnya. Pihak jawatankuasa Teknikal tidak boleh membuat keputusan. Keputusan akan dibuat di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan. Ini termasuklah juga tentang perlantikan-perlantikan di bawah Jawatankuasa Teknikal. Segala bayaran hendaklah dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.
Tahun 2013 dapat dikatakan sebagai tahun bagi memperkemaskan pentadbiran dan melengkapkan tenaga manusia yang berkelayakan di dalam prasarana pembinaan dari arkitek, kontrektor, perunding-perunding, juga kerani-kerani tapak, bahkan setiausaha bagi  Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan.
Pengukuhan tenaga manusia berkelayakan di dalam berbagai jawatankuasa, termasuk melantik Penaung bagi Jawatankuasa Pembangunan iaitu Dato` Dr. Haron Din pada 6 Julai 2013 (Pertemuan bagi perlantikan di Kompleks Pendidian Islam selepas TG Dato` Dr. Haron Din menyampaikkan ceramah di situ pada pagi itu), ialah antaranya:
·         Membincangkan fizikal Masjid Al-Umm
·         Membincang dan mengubahsuai plan cadangan yang dicadangkan oleh arkitek.
·         Menyegerakan mengangkat plan kepada MPKj dan seboleh-bolehnya dapat dibina  Masjid Al-Umm kalau dapat pada akhir tahun 2013 itu juga, selepas kelulusan plan.
·         Menggandakan usaha bagi mendapat dana pembinaan.
·         Berhasrat menggunakan masjid secepat mungkin
Sekian.

No comments:

Post a Comment