May 13, 2018

PENERANGAN KEPADA PENDUDUK MENGENAI MASJID AL-UMM



BBB, 26 Sha`ban 1439H. = 12 Mei 2018 (Sabtu):
Selepas memberi penarangan kepada pengerusi-pengerusi surau atau wakil-wakil dan lawatan ke Masjid Bandar Seri Putera, langkah seterusnya ialah memberi penerangan  kepada penduduk, mengapa Masjid Al-Umm tidak jadi dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada awal Ramadhan (8 Ramadhan 1438H.). Program penerangan ini adalah merupakan salah satu keputusan yang diambil di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm  (Induk), pada 21 September 2017).
Penerangan kepada penduduk adalah bertempat di Kompleks Pendidikan Islam  (KPI) Bangi di Seksyen 16, berhampiran Pejabat Pos dan tarikhnya ialah pada 23 Muharram 1439H. bersamaan 14 Oktober 2017, jam 10.00 pagi. KPI (sekolah agama) adalah di bawah Persatuan Penduduk yang dipengerusikan pada masa itu oleh Tuan Haji Sufi Munasir. Permohonan menggunakan KPI telah dikemukakankepadaTuanHaji Sufi seblumnya, meskipun beliau salah seoang ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan agak lama tidak menghadiri mesyuarat kerana tidak senang dengan pihak yag sering menyerangnya, tetapi beliau tidaklah meghalang ahli jawatankuasa, bahkan   mengizinkan penggunaan ruang di KPI.
Oleh kerana penerangan di luar dari bilik mesyuarat di Masjid, maka persediaan yang lebih rapi disusun bagi menyampaikan penerangan. Penerangan ialah di dewan yang selesa pada bahagian bawah kanan bangunan yang boleh memuatkan sehingga dua ratus orang. Hadir bagi menyampaikan penerangan selain dari Pengerusi, ialah Tuan Ir. Haji Ishak Arshad sebagai Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Mohd. Nor  Yasin dan beberapa yang lain. Adapun Tuan rumah Tuan Haji Sufi hadir sekejap menunjukkan wajah di bahagian belakang. Adalah dimaklumkan, tanpa disedari YB  Ustaz Shafie Ngah turut menjenguh sekejap pada bahagian belakang.
Kehadiran kesemua adalah seramai lebihkurang 50 orang.
Maklumat utama yang disampaikan kepada hadirin Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan  Masjid Al-Umm ialah, dukacita bahawa Masjid Al-Umm  yang dijangka dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan bagi negeri Selangor pada 8 Ramadhan 1438 bersamaan 3 Jun 2017  tidak dapat dirasmikan oleh kerana masih belum dapat CCC, meskipun sudah 98%  siap.
Beberapa perkara berhubung dengan M & E (Mekanikal dan Elektrikal) belum siap. Orang ramai diberitahu terlebih dahulu, bahawa pihak Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm bercadang untuk memohon kelayakan pada taraf CPC yang membolehkan penggunaan secara terhad terlebih dahulu.  Cadangan ini adalah berdasarkan kepada yang dilakukan oleh pihak Masjid Seri Putera sebagaimana maklumat didapati semasa melawat ke Masjid itu pada 13 Oktober 2017.
Kepada para hadirin dimaklumkan  bahawa sehingga Ogos 2017 dana yang diterima oleh Masjid Al-Umm:
Prnerimaan  adalah   RM20,275.113.73
Perbelanjaan ialah RM20,207,786.84.
Jumlah kewangan yang didapati 80% daripadanya adalah dari orang ramai, manakala yang lain adalah dari kerajaan dan institusi-institusi kewangan.
Mereka juga  diberitahu bahawa pihak Masjid telah memilih pegawai-pegawai masjid yang terdiri  dari imam-imam, bilal-bilal, siak-siak, tenaga teknikal, bahkan bersesuaian dengan jangkaan penggunaan masjid,  jawatan-jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarah Masjid mulai ditambah. Sebelumnya Penaung telah dilantuk, iaitu Prof. Dato` Dr. Halim Tamuri menggantikan Penaung Dato` Dr. Haron Din yang meninggal pada 16.9.2016.
Pengerusi bahagian Teknikal Tuan Ir. Haji Ishak memaklumkan  bahawa pembinaan masjid ialah  dilakukan oleh Kontrektor Tekad Nusantara dari Bandar Baru Bangi, manakala arkitek ialah Arkitek  Maju Bina dari Perlis, terdapat beberapa consultan yang berhubung dengan kejuruteraan am, mekanikal dan elektrikal dan ukur bahan. Bekalan dari segi air dan letrik telah dilakukan. Usaha meyiapkan pemasangan air-cond dan pembesar suara sedang dilakukan. Menurutnya carpet sudah ditempah dan menunggu bayaran untuk dihantarkan.
Tuan Haji Mohd Nor Yasin selaku Bendahari, menyatakan bahawa kos awal bagi pembinaan Masjid Al-Umm ialah RM10.5 juta, tetapi kini meningkat kepada RM20.5 juta. Menurut Tuan Haji Mohd Nor kenaikan kos berlaku. Misalnya harga kubah asalnya RM200,000 ditukar kepada bentuk yang lebih canggih berharga  lebih dari RM2 juta. Kos bagi lindungan tempias sebanyak RM750,000 dan bayaran untuk GST sebanyak RM800,000. Ini semua antara sebab meningkatnya  kos masjid.
Berbagai soalan dikemukakan oleh hadirin semasa sesi soal jawab. Misalnya mereka bertanya tidakkah GST dikecualikan bagi masjid. Pihak bendahari menjawab, perkara itu sedang diusahakan. Antarasoalan dikemukakan oleh hadirin bahawa mereka mendapat tahu ada percent yang diambil pihak mengusahakan mendapat dana. Mereka mau tahu berapakan jumlah yang diberi. Saudara Marzuki Kerani Kewangan memaklumkan setakat ini dibayar kepada yang mengambilnya ialah RM307 ribu. Isu ini menjadi hangat, kerana antara mereka mempersoalkan kewajarannya.
Walaupun dalam pertemuan iti disediakan Tabung Derma, tetapi tidak mendapat sambutan. Derma yang dimasukkan tidak sampai RM100/=.
Sekian.

No comments:

Post a Comment