May 17, 2018

PERANAN JAWATANKUASA AWAL



BBB, 30 Sha`ban 1439H. = 16 Mei 2018M. (Rabu):
Hasrat mau mendirikan Masjid Al-Umm wujud sebelum dijemput pengerusi-pengerusi surau-surau atau wakil-wakil yang hadir 30 orang. Cita-cita mau mendirikan Masjid Al-Umm adalah merupakan salah satu pengukuh bagi konsep Bangi Bandar Ilmu yang diisytiharkan oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 22.6.2008. Hasrat mau mendirikan Masjid Al-Umm dizahirkan apabila Penulis selaku ADUN Bangi menjadi Pengerusi Bagi Surau Al-Umm. Persetujuan diambil di kalangan AJK Surau Al-Umm. Setiausaha surau pada masa itu saudara Hj. Hussin Yunos menguruskan permohonan mendapat gezet bagi tapak Masjid Al-Umm. Dan pengerusi-pengerusi surau keliling Surau Al-Umm dijemput menghadiri penubuhan yang hadir sebanyak 30 orang. Dengan demikian tertubuh jawatankuasa permulaan bagi pembinaan Masjid Al-Umm.
Jawatankuasa Awal bagi pembinaan Masjid Al-Umm berperanan menyediakan keperluan awal bagi pembinaan Masjid Al-Umm selepas penubuhan jawatankuasa pada 4 Februari 2010. Sebelumnya pewartaan bagi tapak masjid telah didapati jawapan  melalui JAIS, dari Menteri Besar Selangor bertarikh 1 September 2009. Jawapan positif juga diterima daripihak JAIS,  tiada halangan bagi mendirikan masjid, suratnya yang bertarih 17 November 2009. Atas keizinan di atas, maka diadakan mesyuarat bagi menubuhkan jawatankuasa pembinaan pada 4 Februari 2010 itu. Pada 11 Mac 2010  diadakan mesyuarat induk, antaranya bercadang untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan tapak masjid yang masih dalam semak samun. Gotong royong diadakan pada 1 April 2010.
Antara tindakan awal selepas penubuhan jawatankuasa ialah membuka akaun Bank, iaitu di Malayan Islamic Bank  di Bandar Baru Bangi atas nama Pengerusi Haji Shafie Abu Bakar, Bendahari Tuan Haji Mohd Noor bin Yasin dan Tuan Haji Hussin Yunos  Setiausaha pada 19 Februari 2010 bagi melicinkan urusan kewangan bagi Masjid. Pada 22 Mac 2010 diadakan mesyuarat kewangan antaranya bagi memikirkan apakah cara terbaik bagi mendapat kewangan. Mengadakan Majlis Pelancaran Derma antara yang dipersetujui.
Antara tindakan penting, diambil melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakah, ialah mesyuarat  bermula pada 8 April 2010, ialah membincangkan tentang plan bagi Masjid Al-Umm, Ini pertama kali dibincangkan mengenai plan yang dibentang oleh Tuan Haji Said. Perbincangan berhubung dengan plan berlanjutan kepada mesyuarat seperti pada 6 Mei 2010 yang mana diambil keputusan, antaranya  menulis surat kepada PKNS memohon supaya tidak membina sebarang halangan terhadap tanah yang telah digezetkan kepada Masjid Al-Umm dan salinan maklumat ini dihantar kepada MPKjdan juga Pejabat Daerah.
Mesyuarat pada 20 Mei 2010 membincangkan berkenaan tapak dan mengambil persetujuan untuk berjumpa dengan PKNS untuk membincangkan berkenaan  `tanah kosong` depan kawasan masjid  yang berhampiran Dewan Orang Ramai, jika dapat untuk dijadikan sebahagian dari tanah masjid untuk kawasan parkir. Perkara-perkara lain yang dibincangkan termasuklah soal mendapat dana, Medan Usahawan kemungkinan dijadikan kawasan masjid untuk dibangunkan bangunan bertingklat untuk pengajian pada peringkat Jami`ah berinduklkan Masjid Al-Umm.
Hasil dari keputusan mesyuarat pada 3 Jun 2010 Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm yang diwakili oleh Penulis selaku Pengerusi, Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku AJK dan juga selaku Yang Dipertua Persatuan Penduduk BBB, Saudara Haji Hussin Yunos selaku Setiausaha  telah menemui Kontroler PKNS – Hajah Zubaidah bin Abdul Kadir , PKNS, Cawangan BBB, membincangkan mengenai tanah kosong di hadapan masjid. Namun respond pihak PKNS tidak menggalakkan. Selepas beberapa hari dari pertemuan kita dapati naik iklan Pemaju Hartanah – Anak Syarikat PKNS. Dalam kata lain kami tidak diberitahu bahawa sudah ada projek di tapak tanah itu. Kini di tapak itu naik 6 unit rumah semi D yang kini telah dihuni.
Satu jasa AJK Permulaan bagi pembinaan Masjid Al-Umm  pada bulan Mac 2011, pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm  memohon kebenaran mendirikan Masjid Al-Umm melalui borang khas yang disokong oleh berbagai pihak seperti  Ketua, Kampung, penghulu, ADUN, pihak Nazir Masjid AlHasanah, pihak PAID, Orang Besar Daerah. Permohonan ini mendapat kelulusan dari pihak JAIS.
Antara jasa yang penting yang dirancang oleh jawatankuasa awal ini ini ialah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 bertempat di Medan Terbuka di hadapan Masji Al-Umm  dan bersebelahan dengan Medan Selera/Usahawanan. Pelancaran dilakukan oleh Penulis selaku ADUN Bangi pada masa itu. Hasil dari pelancaran itu sebanyak RM150 ribu dapat dipungut. Ini adalah merupakan induk bagi kewangan bagi Tabung Pembinaan Masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment