September 23, 2020

 

KEUTAMAAN  KEMANUSIAAN  DAN  PERADABAN

(Fikrah  Bangi: 640),

BBB:  05 Safar 1442H. = 23 Sefar 2020M. (Rabu).

 

Ibarat kehidupan satu keluarga di dalam masyarakat, apakah yang diutamakan  oleh keluarga di dalam kehidupan sebagai keluarga yang senantiasa sebok mencari harta dan menjadi satu keluarga yang kaya raya dan mewah di dalam kehidupan, tetapi oleh ketiadaan masa terabai di dalam mendidik anak-anak dan terbiar, tidak menekankan kepentingan pendidikan keilmuan dan kerohanian menyebabkan anak-anak menyimpang dan terlibat di dalam kegiatan anti sosial, dadah, tidak bermoral dan melakukan jenayah dan ditangkap dan berakhir di dalam lokap, berbanding dengan satu keluarga lagi yang berkerjaya, tetapi hidup sederhana, kecukupan dan mementingkan pendidikan anak-anak dari segi keilmuan dan kerohanian. Kehidupan mereka  tenang dan berjaya mendidik anak-anak dan menjadi contoh keluarga  bahagia yang mementingkan pendidikan dan baik hubungan dengan masyarakat kelilingan. Berkhidmat untuk negara dan berjaya. Tentulah yang menjadi pilihan kehidupan keluarga yang sederhana, tetapi bahagia.

Demikianlah dengan negara sebagai satu keluarga besar yang berada di tengah-tengah berbagai negara. Negara besar dan kaya, tetapi bersifat jahat, tidak bersifat kemanusiaan dan peradaban merosakkan  tamadun yang dibina dan peradaban peradaban yang dicapai. Berapa dari negara kuat dan kaya dan bersifat tamak sanggup meruntuhkan tamadun kejayaan lahiri dan kemanusiaan dan peradaban yang unggul, kekuatan dan kekayaan sedemikian tidak dihormati. Kita mungkin mengkagumi kekuatan negara-negara yang mencetuskan peperangan dunia Pertama  dan Kedua, tetapi tidak menghormati mereka, lantaran memusnahkan tamadun dan peradaban yang telah dibina selama ini. Kita merasa jijik dan benci pada peperangan. Di dalam suasana dunia kini, adalah dianggap gila dan tidak waras bagi pemimpin sesebuah negara yang kuat bertindak melancarkan peperangan secara besar-besaran terhadap negara  lain  dan menawannya.

Walau bagaimana sifat keji dan buruk di kalangan manusia, ada yang bersifat hasad dengki dan tidak mau melihat ada negara lain maju dan mengatasinya baik dari segi kekayaan dan kekuasaan. Dalam zaman ideologi tidak memainkan peranan penting dan tidak dipedulikan, maka perancangan untuk meruntuhkan misalnya negara –negara yang mempunyai sumber kekayaan muka bumi diulakukan subersif dan adu domba menyebabkan berlaku peperangan antara negara dan jiran hingga memusnahkan negara-negara berkenaan seperti yang berlaku pada negara-negara Timur Tengah yang kaya dengan sumber minyak. Tamadun dan peradaban yang terbina di kawasan berkenaan seperti di Iraq dan Syria musnah. Amerika dan Israil adalah dilihat sebagai perancang utama mencetuskan konflik di kawasan berkenaan, meruntuhkan tamadun dan peradaban yang telah dicapai. Mana-mana negara yang dilihat bakal mencabar kekuatan, seperti Iran dan China menjadi target dan seteru yang diusaha untuk menjatuhkan.

Dalam suasana bala Covid-19 yang melanda dunia, memperlihatkan apa yang dikatakan kuasa dunia selama ini sebenarnya tidak sekuat dan sehandal mana.

Negara-negara Barat yang dianggap maju selama ini seperti England, Itali, Perancis, Spanyol dan Rusia tidak mampu menunjukkan kebijaksanan di dalam menyekat wabak berkenaan, lebih teruk Amerika yang dianggap negara terkaya dan terkuat terserlah bahawa negara tersebut  adalah negara yang lebih teruk mengalami wabak berkenaan. Sebenarnya kita tidak malu dengan kehebatan negara berkenaan yang dikatakan berjaya menghantar  expedisi ke angkasa lepas, bahkan dilihat lebih bersifat propaganda. Kita merasa hairan dengan sikap yang tidak mau melihat negara lain maju dan sanggup menyekat kemajuan misalnya kemajuan teknologi China yang ketara mencabar Amerika. Sifat hasad yang menyekat pasaran kelapa sawit yang menjadi hasil negara kita.

Dalam keadaan dunia sekarang, kita melihat wibawa dan kekuatan yang dianggap ada pada sesebuah negara tidak lagi dihormati, jika ianya bersifat samseng antara bangsa, memperlekehkan usaha antarabangsa bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dunia  seperti yang dilakukan oleh  Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sepatutnya didukung oleh semua pihak bagi kebaikan dan kepentingan manusia yang bersifat sejagat.

Dalam keadaan sekarang dunia adalah terbuka bagi semua negara memajukan dirinya melalui keilmuan dan berkhidmat untuk kemanusiaan dan peradaban.

Di dalam suasana Covid-19 dan selepas daripadanya dunia memerlukan budaya alamiah baru yang menekankan keilmuan untuk kepentingan setempat dan sejagat dan berkhidmat untuk kemanusiaan dan peradaban sejagat. Negara kita seharusnya sama bergerak bagi mencapai idealisme di dalam membina tamadun, berkemanusiaan dan berperadaban.

Sekian.

September 22, 2020

 

APA YANG DIANGGAP TAMADUN

(Fikrah Bangi: 639),

BBB:  04 Safar 1442H. = 22 Septrember 2020M. (Selasa).

 

Salah satu sifat manusia ialah hidup berkelompok yang membentuk masyarakat dan bernegara. Dari hidup berklompok dan bermasyarakat ini mewujudkan penempatan yang dikenali dengan bandar yang didalamnya wujud berbagai  kemudahan keperluan. Kehidupan sedemikian dikenali dengan  madinah yang dari istilah ini mewujudkan konsep tamadun.

Tamadun mencerminkan kemajuan yang dicapai masyarakat, khususnya di dalam madinah terdapat di dalamnya berbagai kemajuan yang diperlukan kehidupan masyarakat yang mencerminkan masyarakat maju. Di dalam madinah atau bandar terdapat perumahan yang tersusun. Perumahan dilengkapi dengan jalan-jalan tersusun memudahkan pergerakan. Perumahan disempurnakan dengan bekalan air, api dan berbagai kemudahan. Didalam bandar terdapat pentadbiran yang dikendalikan  oleh pemimpin yang dilantik oleh pihak pemerintah – negeri dan negara. Di dalam perbandaran terdapat kedai-kedai yang menyediakan berbagai keperluan kehidupan termasuklah poasar bagi mendapat sumber makanan.

Di bandar terdapat kemudahan pembelajaran yang antaranya sekolah dari peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Di bandar terdapat perkhidmatan kesihatan dan kemudahan komunikasi dan pergerakan anara satu tempat dengan tempat yang lain, bahkan dari bandar ke bandar dan negara ke negara  yang lain.

Dengan tamadun lahir bandar-bandar di negara-negara yang mencerminkan kemajuan yang dicapai. Akibat daripadanya mewujudkan negara yang maju dan kuat dan negara yang lemah dan mundur. Sejak dari awal tabiat manusia yang buruk, lahir keinginan negara maju untuk menguasai negara mundur, tetapi terdapat padanya sumber-sumber kekayaan yang tidak disedari oleh negara mundur untuk mengeksploitasinya, lantaran itu wujudnya  penjajahan. Sebahagian besar dari kawasan di dunia ini pernah mengalamai penjajahan dari pihak yang tamak dan mau menguasai hasil mahsul di negara yang disifat lemah. Negara kita tidak terkecuali dari menjadi mangsa penjajahan. Misalnya negara kota Melaka yang melambangkan kemajuan negara pada abad ke 14 yang mengundang penjajahan dari bangsa Portugis, Belanda dan British. Penjajahan ini berlaku terhadap Semenanjung Tanah Melayu hingga ke pertengahan abad ke 20 ini.

Konflik kekuasaan ini berlaku di antara negara yang dianggap maju hingga mencetuskan peperangan dunia pertama di awal adad 20 dan peperangan dunia kedua pada 1940an. Berlaku keruntuhan  tamadun dan pembinaan. Pertukaran kuasa misalnya  dari Turki Uthmaniyah kepada British, Spanyol, Belanda, German, Rusia, Amerika dan China. Semuanya mau berkuasa dan menjadi juara kemajuan dan tamadun. Negara-negara kecil termasuk negara kita selepas melalui sejarah perjuangan kemerdekaan sebagaimana dialami oleh negara-negara kecil dan lemah tidak terlepas dari usaha mempengaruhi oleh negara-negara besar dan dianggap berkuasa. Konsep penjajahan kini bertukar kepada pengaruh ideologi antaranya dikenali dengan imperialis, kapitalis, komunis dan demokrasi. Negara tidak terlepas dari pengaruh-pengaruh ini. Untukmempertahan kedudukan kita memilih konsep demokrasi yang berasaskan syura dan menggabung diri dengan pakatan serantau terutama Asean.

Sebenarnya di tengah pengaruh surut pasang kemajuan yang dicapai , terutama negara-negara dianggap  maju,tiudak lebih dari mempamerkan kekuatan ekonomi dan persenjataan dan usaha melemahkan kalangan negara yang dianggap lawan,  misalnya melemahkan negara-negara yang mempunyai  kekayaan di Timur Tengah, melemahkan kuasa yang dilihat mahu bangkit seperti China, Iran dan sebagainya. Pada hal negara yang dianggap kuat,tidak dapat melindungi kelemahan. Misalnya negara yang dianggap kuat ternyata lemah dan tidak mampu menentang wabak Covid-19 yang  menunjukkan ketara kelemahan negara berkenaan dan turut terkesan dengan keruntuhan ekonomi sebagaimana dialami negara-negara Barat yang dianggap satu masa dahulu kuat.

Tamadun yang sepatutnya dapat ditegak oleh negara-negara yang sepatutnya dapat dicapai kemakmuran dunia secara bersama, sebenarnya tidak pernah mantap oleh sebab rasa tamak dan terus mau berkuasa dan berusaha mengatasi negara-negara yang dianggap mau mengatasinya, sedangkan kekuasaan yang dianggap ada padanya tidak  terbukti dengan ujian yang sebenarnya.

Pentas kemajuan dan tamadun yang sebenarnya lebih bersifat kebendaan itu terus  terbuka sebagai medan perlumbaan kuasa. Ianya terbuka termasuk bagi negara kita. Kita sewajarnya sama mampu menunjukkan keupayaan.

Sekian.

September 21, 2020

 

BERSAMA  DAN BERASIMILASI

(Fikrah Bangi: 638),

BBB: 03 Safar 1442H. = 21 September 2020M. (Isnin).

 

Telah dibicarakan antara ilmu dan nilai secara berasingan, tetapi dari segi realitinya keduanya berlaku secara serentak. Seorang yang berilmu katakan di dalam bidang matematik, maka  dengan penguasaannya terhadap matematik, maka dia  bersifat sebagai orang yang berilmu di dalam bidang matematik. Seorang yang berilmu di dalam bidang ketukangan  seperti membina rumah kayu, maka ia dengan secara serentak dikenali dan disifatkan  sebagai ukang rumah.

Apa yang hendak dibicarakan di sini antara  sumber maklumat sdan sifat maklumat berdiri bersama. Ianya dapat dilihat dari yang bersifat tabi`i dan dari yang  direka cipta, dihasilkan secara rekreasi dan inovasi. Bagi yang tabi`i yang dicipta Yang Maha Kuasa, bagi setiap yang menjadi sumber ilmu, katakan sebagai contoh sebuah gunung, ia adalah objek yang menjadi sumber ilmu yang dapat dikaji dari komposisi gunung yang terdiri dari tanah, batu batan, pohon-pohon dan kandungan bijih dan sebagainya. Sebenarnya serentak dengan apa yang dilihat dari segi fizikal bersamanya wujud nilai, misalnya dari segi keteguhan, tinggi rendah, indah dan menariknya dari segi poandangan  serta ciri-ciri estetika yang ada padanya. Sebagai sumber keilmuan dapat dikaji secara lebih mendalam misalnya dapat dilihat dari segi keilmuan geologi dan juga dapat dilihat dari segi nilai, misalnya dari segi estetika dan keupayaannya menjadi daya tarikan dari segi pelancongan dan sebagainya, contoh Gunung Kinabalu.

Ilmu dan nilai dapat dilihat dari segi apa yang dihasilkan oleh manusia sebagai produk akal  sebagai satu penghasilan dan nilai misalnya hasil dari daya kreativiti dan inovasi yang mencerminkan kemajuan yang dicapai manusia sebagai manusia yang mengguna dan memanfaatkan akal menghasilkan sesuatu melalui ilmu yang ada padanya, misalnya menghasilkan  bangunan, bahkan kenderaan yang memanfaatkan manusia.

Hasil dari ilmu yang dikuasai manusia, misalnya dapat membina Menara Berkembar di Kuala Lumpur yang dari segi bentuk bangunan teguh dan tegak meninggi mengatasi bangunan yang lain. Ia dapat dimanfaatkan dari segi kegunaan. Dilihat dari segi arkitek dan seni bina, ia adalah sesuatu yang yunik berbentuk elemem tempatan bersifat rebung. Oleh kerana keyunikannya ia menjadi kemegahan dan identiti seni bina bagi negara.

Kekukuhan dari segi ilmu dan nilai juga misalnya dapat dilihat kepada Masjid Kampung Laut di Kelantan. Ia adalah antara bangunan masjid tertua di negara ini. Ianya dibina berdasarkan keilmuan membina masjid dari keaslian ilmu yang bersifat tempatan baik dari segi bentuk dan menggunakan bahan-bahan tempatan. Ianya mempunyai nilai  estetika tradisi dan asli yang membawa identiti seni bina masjid dari segi tempatan dan dimegahi oleh masyarakat dan negara.  Hasil dari keilmuan dan reka bentuk tempatan dan nilai dapat dilihat dari segi kenderaan misalnya perahu yang menjadi kenderaan awal bagi pergerakan di laut, bahkan dapat  dilihat dari segi berbagai jenis kuih dan makanan dan perkembangan, juga dapat dilihat dari segi pakaian yang mencirikan keilmuan dan nilai bagi semua perkara.

Sebenarnya semua perkara yang dihasilkan, berkembang maju atau tidaknya bergantung pada keilmuan dan pertambahan ilmu yang ada pada mereka dan sejauh mana  bergetraknya daya kreativiti dan inovasi  yang ada pada  manusia berkenaan.

Kemajuan dapat digerakkan dengan peningkatan keilmuan  pada manusia dan kreativiti dan inovasi pada diri  mereka. Perubahan ke arah pembinaan rumah yang canggih tinggi dan kukuh, lantaran bertambahnya ilmu yang ada pada manusia dari segi arkitek dan pembinaan. Terhasilnya kenderaan yang dulu menggunakan perahu dan beca umpamnya kepada penggunaan kereta yang berbagai bentuk dan jenama begitu juga dengan rekaan berbagai pesawat terbang adalah dengan bertambahnya keilmuan dan kreativiti dan inovasi pada manusia.

Sebenarnya ada potensi penambahan keilmuan pada manusia dan ada kemampuan dari segi kreativiti dan inovasi yang memajukan dari segi penghasiulan sesuauatu dan nilai bersamanya, tetapi perjalanan dan perkembangan ke arah kemajuan itu, selalunya terlalu lambat, lantaran itu bangsa yang maju dan mementingkan ilmu bersama daya kreativiti dan inovasi akan lebih maju dari bangsa yang lembab, tidak mementingkan keilmuan dan lemah dari ikhtiar berkreativiti dan inovasi serta lebih suka bermalas-malasan.

Sekian.

September 20, 2020

 

KEMANUSIAAN DAN KELUHURAN NILAI

(Fikrah Bangi: 637),

BBB: 02 Safar 1442H. = 29 September 2020M. (Ahad).

 

Di dalam kehidupan manusia bukan saja berdepan dengan keperluan fizikal bagi meneruskan kehidupan kepada yang lebih baik, tetapi dalam masa yang sama, walaupun memerlukan masa bagi kematangan, manusia juga berdepan dengan pengalaman yang bersifat nilai  yang memantapkan mereka.

Di dalam menghadapi kehidupan bagi memenuhi keperluan yang bersifat fizikal, sebagaimana telah dibicarakan, manusia menghadapi nilai seperti timbulnya kasih sayang terhadap keluarga, keluhuran pengorbanan bagi memenuhi keperluan mereka,  timbulnya rasa simpati yang tinggi dan mau menyenangfkan keluarga bila antara keluarga ditimpa sakit. Timbul rasa risau dan bimbang terhadap nasib mereka dan timbulnya rasa dukacita yang mendalam, khususnya bila berlaku kematian.

Lahir rasa kemanusiaan hasil perhubungan dengan jiran-jiran, misalnya timbul rasa hormat menghormati, berlaku tolong menolong dan bantu membantu di kalangan mereka, bahkan timbul  sifat gotong royong di kalangan mereka. Timbul nilai murni seperti membantu yang susah dan sakit yang menghasilkan nilai kejiranan yang murni.

Di dalam kehidupan di dalam keluarga dan masyarakat terbina nilai murni seperti perlunya di dalam kehidupan kepada bercakap benar, jujur di dalam  kira bicara, ikhlas di dalam melakukan pekerjaan dan tidak menipu.

Nilai-nilai murni lebih dipertingkatkan dengan ajaran keagamaan yang dianuti.  Misalnya kepercayaan akan Kewujudan Kekuasaan Tertinggi yang Mengetahui kesegalaan yang menggalakkan kebaikan dan melarang dari segi kejahatan. Tiap amalan yang dilakukan manusia akan ada balasan. Sebab itu manusia perlu hidup secara betul, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah. Jila semua nilai yang baik dipatuhi dan meyakini bahawa apa jua amalan yang dilakukan ada balasan, maka kehidupan teratur dan aman.

Walau bagaimana di dalam kehidupan, walau disedari pentingnya nilai-bilai yang baik, tetapi di dalam kehidupan manusia, diri antara mereka dipengaruhi nilai-nilai yang buruk. Berlaku pendustaan, penipuan, tidak jujur, mencuri, merompak, pembunuhan bahkan rasuah dan berbagai-bagai keburukan lagi.

Bagi mempertahankan nilai-nilai murni dan nilai kemanusiaan yang unggul dan mempertahankan keamanan berdasarkan keluhuran nilai tertinggi dan dapatan-dapatan murni dalam masayarakat, maka pimpinan dari kalangan mereka mewujudkan aturan-aturan, bahkan undang-undang bagi menjamin ketenteraman kehidupan kemasyarakatan. Aturan aturan dan undang-undang wujud, baik secara  tidak langsung dan langsung. Secara tidak langsung, misalnya di dalam kehidupan keluarga anak-anak dilatih menghormati keluarga dan patuh pada suruhan. Di dalam kehidupan kejiranan tiap seorang menjaga hak-hak kejiranan, misalnya tidak  melakukan apa yang  menyusahkan jiran. Di dalam kehidupan bermasyarakat, timbul sifat tolong menolong membantu mereka yang susah dan berbagai-bagai nilai murni yang lain. Namun ada di kalangan manusia yang degil, tidak berakhlak, menipu, mencuri, merompak, mengamalkan rasuah dan berbagai-bagai amalan buruk yang lain, lantaran itu perlu diwujudkan undang-undang yang melibatkan berbagai-bagai peraturan di dalam kehidupan.

Undang-undang ini dilaksanakan secara kawalan kesedaran nilai, ada yang terpaksa menggunakan pasukan polis dan keselematan. Bagi mengawal keselematan, misalnya persempadanan negara perlu kepada kawalan tentera.

Bagi pengawalan segala dan berlaku amalan peraturan dan usaha mewujudkan ketenteraman dan keharmonian pada peringkat puncak perlu ada pemimpin pada peringkat negara dan pasukan yang dapat mengendalikan pemerintahan negara secara aman.  Lebih dari itu memajukan negara dan memakmurkan kehidupan masyarakat.

Sekian.

September 19, 2020

 

KONSEP  NEGARA  BERILMU

(Fikrah Bangiu:  636 )

BBB: 01 Safar 1442H. =  19 September 2020M. (Sabtu).

Kewujudan adalah  sumber ilmu. Kita adalah sebahagian daripada sumber ilmu. Manusia adalah teristimewa dari segala sumber berkenaan, kerana manusia dikurnia Pencipta kebolehan (malakah) mengenalpasti sumber-sumber berkenaan, iaitu melalui kebolehan akal dan  jiwa yang  dikurnai kepada  manusia.. Dengan  kurniaan peralatan yang ada pada manusia ini mereka berinteraksi dengan  alam sekitar yang mengelilingi mereka dan menggunakannya untuk  kepentingan mereka.

Manusia  secara dinamik digerak oleh beberapa faktor. Yang penting adalah faktor  kehidupan dan keselamatan di dalam memelihara diri dan penerusan generasi. Digerak oleh kepentingan kehidupan dan keselamatan manusia  mengenalpasti eleman-eleman ilmu.. Manusia mengenalpasti alam sekitar yang ada  di sekeliling mereka.  Misalnya mengenalpasti tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang, mengambil manfaat dari tumbuhan sebagai makanan demikian juga dengan haiwan. Menjadikan gua  dan bahan dari tumbuhan dan tanah sebagai tempat dan alat bagi perlindungan bagi keselamatan. Pada peringkat awal manusia mengambil faedah dari bahan yang sedia ada. Mereka memahami sifat tumbuhan yang boleh ditanam dan dihasilkan. Demikian dengan binatang yang boleh dipelihara bagi tujuan pembiakan dan dapat dimakan. Proses mengenalpasti sifat dan tabiat ini adalah proses keilmuan yang terus berlaku dan berkembang. Proses mengenalpasti dan penggunaan bahan tumbuhan dan hewan bagi tujuan kehidupan ini memakan masa yang panjang yang pengwujudan, pengekalan dan penerusan adalah berlaku berterusan, bahkan aspek-aspek ini bertereusan hingga kini dengan berlaku ciri-ciri kemajuan.

Manusia berkembang dengan pertambahan jumlah kependudukan dengan terbentuknya keluarga dan kiomnuniti. Mereka berkembang berdasarkan keilmuan yang makin dikuasai.

Mereka menguasai keilmuan yang berhubung dengan pertanian, penternakan dan menyubur dan memperbanyakkan penghasilan. Mereka makin mendalami keilmuan yang berhubung dengan pembinaan tempat kediaman dan mewujudkan kelompok-kelompok kediaman di tempat-tempat yang strategik dan banyak dengan sumber-sumber kehidupan. Mereka mengembangkan kehidupan berkeluarga  dan kehidupan bermasyarakat. Dari kehidupan berkelompok ini menyedarkan mereka pentingnya keselamatan dan mewujudkan sistem keselamatan supaya tidak diceroboh oleh pihak yang lain. Dari sini timbulnya kesedaran berkampung, berkawasan dan bernegeri. Timbul di kalangan   mereka ketua dan mereka yang mengendalikan pemerintahan. Namun melalui sejarah yang dilalui manusia, timbul dari kalangan mereka  sifat ingin menguasai yang lain, mungkin  kerana mau mendapat kemewahan dari apa yang didapati dan dikuasai oleh yang lain, lantaran itu tidak jarang berlaku persengkitaan dan peperangan menyebabkan yang kuat menguasai yang lemah, lantaran timbul usaha membina kekuatan agar diri menjadi kuat dan tidak dicerobohi oleh yang lain.

Dalam kehidupan bermasyarakat ini, hasil dari desakan untuk hidup, mempertahankan kekuasaan, menjamin keselamatan dan berlaku perhubungan dengan yang lain dengan mencari kaedah yang lebih baik wujud  sistem berilmu, berkeluarga, sistem nilai, sistem ekonomi, keselamatan, pertahanan, perhubungan dan perdagangan.

Kesedaran keilmuan adalah hasil dari pengalaman di dalam kehiudupan. Ini diwarisi oleh generasi melalui penerusan pengalaman, penyimpanan maklumat dalam ingatan dan rakaman dan peralatan. Bila semakin maju maklumnat dirakam melalui kaedah budaya tinggi yang dipelajari  secara  tulisan yang dapat diwarisi, wujud kaedah pembelajaran bagi penerusan. Dari berpengalaman termasuk dari luar wujudnya sistem pengajian yang dikenali kemudian sebagai persekolahan dan penerusan darinya hingga ke peringkat atas.  Pengajian formal sedemikian adalah metod yang paling utama di dalam  menghimpun bahan ilmu, pengajian, penambahan dan penerusan. Antaranya dikenali dengan perpusatakaan dengan berbagai-bagai kaedah penyimpanan yang dapat dimanfaatkan oleh generasi.

Pada zaman moden ini wujud pembelajaran dari peringkat pra-sekolah seperti tadika, taska, pasti dan sebagainya. Seterusnya wujud sekolah rendah, menengah, tinggi, kolej, matrikulasi, dan wujud peringkat pengajian tinggi seperti kolej universiti dan universiti dan tahap-tahap peningkatan dan kualiti.

Bidang-bidang yang ditekankan  di dalam pengajian dapat dikategorikan kepada kajian yang bersifat benda fizikal dan kajian yang bersifat nilai..

Dengan kajian yang bersifat fizikal manusia membina bandar, membina kediaman secara treratur, wujudnya kenderaan yang mempercepatkan hubungan, wujudnya perladangan, industri dan perniagaan, Seterusnya terbangunnya sistem ekonomi, kaedah pertahanan yang lebih canggih, politik pemerintahan dan perhubungan antarabangsa. Setererusnya berkembang kemajuan di dalam berbagai bidang.

Sekian.