September 22, 2020

 

APA YANG DIANGGAP TAMADUN

(Fikrah Bangi: 639),

BBB:  04 Safar 1442H. = 22 Septrember 2020M. (Selasa).

 

Salah satu sifat manusia ialah hidup berkelompok yang membentuk masyarakat dan bernegara. Dari hidup berklompok dan bermasyarakat ini mewujudkan penempatan yang dikenali dengan bandar yang didalamnya wujud berbagai  kemudahan keperluan. Kehidupan sedemikian dikenali dengan  madinah yang dari istilah ini mewujudkan konsep tamadun.

Tamadun mencerminkan kemajuan yang dicapai masyarakat, khususnya di dalam madinah terdapat di dalamnya berbagai kemajuan yang diperlukan kehidupan masyarakat yang mencerminkan masyarakat maju. Di dalam madinah atau bandar terdapat perumahan yang tersusun. Perumahan dilengkapi dengan jalan-jalan tersusun memudahkan pergerakan. Perumahan disempurnakan dengan bekalan air, api dan berbagai kemudahan. Didalam bandar terdapat pentadbiran yang dikendalikan  oleh pemimpin yang dilantik oleh pihak pemerintah – negeri dan negara. Di dalam perbandaran terdapat kedai-kedai yang menyediakan berbagai keperluan kehidupan termasuklah poasar bagi mendapat sumber makanan.

Di bandar terdapat kemudahan pembelajaran yang antaranya sekolah dari peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Di bandar terdapat perkhidmatan kesihatan dan kemudahan komunikasi dan pergerakan anara satu tempat dengan tempat yang lain, bahkan dari bandar ke bandar dan negara ke negara  yang lain.

Dengan tamadun lahir bandar-bandar di negara-negara yang mencerminkan kemajuan yang dicapai. Akibat daripadanya mewujudkan negara yang maju dan kuat dan negara yang lemah dan mundur. Sejak dari awal tabiat manusia yang buruk, lahir keinginan negara maju untuk menguasai negara mundur, tetapi terdapat padanya sumber-sumber kekayaan yang tidak disedari oleh negara mundur untuk mengeksploitasinya, lantaran itu wujudnya  penjajahan. Sebahagian besar dari kawasan di dunia ini pernah mengalamai penjajahan dari pihak yang tamak dan mau menguasai hasil mahsul di negara yang disifat lemah. Negara kita tidak terkecuali dari menjadi mangsa penjajahan. Misalnya negara kota Melaka yang melambangkan kemajuan negara pada abad ke 14 yang mengundang penjajahan dari bangsa Portugis, Belanda dan British. Penjajahan ini berlaku terhadap Semenanjung Tanah Melayu hingga ke pertengahan abad ke 20 ini.

Konflik kekuasaan ini berlaku di antara negara yang dianggap maju hingga mencetuskan peperangan dunia pertama di awal adad 20 dan peperangan dunia kedua pada 1940an. Berlaku keruntuhan  tamadun dan pembinaan. Pertukaran kuasa misalnya  dari Turki Uthmaniyah kepada British, Spanyol, Belanda, German, Rusia, Amerika dan China. Semuanya mau berkuasa dan menjadi juara kemajuan dan tamadun. Negara-negara kecil termasuk negara kita selepas melalui sejarah perjuangan kemerdekaan sebagaimana dialami oleh negara-negara kecil dan lemah tidak terlepas dari usaha mempengaruhi oleh negara-negara besar dan dianggap berkuasa. Konsep penjajahan kini bertukar kepada pengaruh ideologi antaranya dikenali dengan imperialis, kapitalis, komunis dan demokrasi. Negara tidak terlepas dari pengaruh-pengaruh ini. Untukmempertahan kedudukan kita memilih konsep demokrasi yang berasaskan syura dan menggabung diri dengan pakatan serantau terutama Asean.

Sebenarnya di tengah pengaruh surut pasang kemajuan yang dicapai , terutama negara-negara dianggap  maju,tiudak lebih dari mempamerkan kekuatan ekonomi dan persenjataan dan usaha melemahkan kalangan negara yang dianggap lawan,  misalnya melemahkan negara-negara yang mempunyai  kekayaan di Timur Tengah, melemahkan kuasa yang dilihat mahu bangkit seperti China, Iran dan sebagainya. Pada hal negara yang dianggap kuat,tidak dapat melindungi kelemahan. Misalnya negara yang dianggap kuat ternyata lemah dan tidak mampu menentang wabak Covid-19 yang  menunjukkan ketara kelemahan negara berkenaan dan turut terkesan dengan keruntuhan ekonomi sebagaimana dialami negara-negara Barat yang dianggap satu masa dahulu kuat.

Tamadun yang sepatutnya dapat ditegak oleh negara-negara yang sepatutnya dapat dicapai kemakmuran dunia secara bersama, sebenarnya tidak pernah mantap oleh sebab rasa tamak dan terus mau berkuasa dan berusaha mengatasi negara-negara yang dianggap mau mengatasinya, sedangkan kekuasaan yang dianggap ada padanya tidak  terbukti dengan ujian yang sebenarnya.

Pentas kemajuan dan tamadun yang sebenarnya lebih bersifat kebendaan itu terus  terbuka sebagai medan perlumbaan kuasa. Ianya terbuka termasuk bagi negara kita. Kita sewajarnya sama mampu menunjukkan keupayaan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment