FAKTOR MANUSIA
(Fikrah
Bangi: 644),
BBB: 11 Safar
1442H. = 29 September 2020M.
(Selasa).
Membicarakan tentang kejayaan, kemajuan dan keistimewaan atau apa jua yang berhubung
dengan kualiti yang terbaik, maka ianya tidak dapat dipisahkan dari manusia.
Sesungguhnya manusia adalah faktor utama
bagi mencapai kualiti dan kecemerlangan yang diharapkan. Manusia adalah faktor utama
yang harus diberi perhatian.
Tentang perhatian dan kecaknaan dapat dilihat dari
contoh-contoh kejadian yang lain. Ia misalnya dapat dilihat dari tumbuhan.
Menanam kelapa yang berkualiti
memerlukan tanah yang sesuai baginya, perlu memilih benih yang baik
misalnya dari jenis kelapa mantap yang rendah dan cepat berbuah dengan lebat dengan kualiti buahnya yang
baik, sekiranya penanaman dijaga dan dibaja dengan baik. Jika dipilih benih
dari jenis pandan, maka ianya juga dari jenis yang baik, berbanding dengan
jenis kelapa biasa.
Demikian
juga dengan ternakan haiwan yang perlu dipilih dari baka yang baik dan dijaga dengan baik sehingga
misalnya lembu dapat membesar dengan baik dan bermutu dan menghasilkan pulangan
yang baik.
Manusia
juga perlu dijaga dengan baik. Dari segi perkembangan fizikalnya perlu dijaga dari pemilihan pasangan yang berketurunan
baik. Anak yang bakal dilahirkan hasil
dari perkahwinan antara suami isteri yang benih perlu dijaga dari awal sejak dari
dalam kandungan dan ibu dijaga dari segi kesihatan dan mendapat nasihat dari
dokor dari segi permakanan dan penjagaan yang lain sehingga bayi dilahirkan.
Selepas dilahirkan perhatian terus diberi dalam masa tumbuh besar supaya sihat
dan membesar dengan baik.
Bagi
manusia perhatian dan penjagaan tidak terhad kepada fizikal dan tubuh badan
sahaja, kerana ianya bukan haiwan
ternakan. Aspek yang paling penting yang perlu diberi perhatian ialah dari segi
perkembangan mental dan jiwanya sejak dari peringkat awal lagi.
Bagi
perkembangan mental dan rohani ini selain dari
keperluan bagi menjaganya
bergantung pada ibu bapa, pihak kerajaan dan yang berkuasa sama
dan perlu memberiperhatian. Bagi sesebuah negara seorang rakyat dan masyarakat adalah menjadi
aset utama bagi negara. Dari
individu dan rakyat adalah diharap dapat dilahirkan pimpinan yang
berwibawa yang dapat membawa negara kepada kemajuan. Dari rakyat negara
berharap dari tugas dan peranan mereka di dalam kerjaya, sama ada sebagai
petani, peniaga, pengusaha, pentadbir dan berbagai profesyen yang lain negara
bergantung harap memberi hasil kepada negara seperti mengeluarkan barangan
berkualiti yang dapat diguna oleh masyarakat dan berbagai hasil pengeluaran,
bahkan cukai yang dikenakan. Dari cukai
dapat digunakan bagi kemajuan dan kepeningan
masyarakat.
Manusia
adalah aset utama bagi negara dan
masyarakat. Manusia yang berkualiti dapat memajukan negara dan masyarakat
secara berkualiti. Bagi menjayakan manusia berkualiti tidak lain dari mendidiik
manusia yang dikenali dengan rakyat dan masyarakat itu dari segi fizikal,
mental dan rohani. Hanya negara yang prihatin terhadap perkembangan fizikal,
mental dan jiwa rakyat adalah negara yang berjaya. Perlu ada perancangan
teliti, berterusan dan menyeluruh akan membawa kejayaan bagi negara.
Melihat
kepada negara yang berjaya. Antaranya sering kita sebutkan seperti negara Jepun
dan German. Kedua bangsa tersebut
dianggap bangsa yang maju dan berjaya. Sudah pasti negara berkenaan maju dari
kerana kualiti rakyat dan pimpinan menjadikan mereka negara maju dan berjaya,
walaupun kedua-dua negara pernah kalah di dalam peperangan, tetapi mereka dapat
segera bangkit dan maju kerana kualiti yang ada pada bangsa itu.
Demikian
kalau dilihat pada anak dan keluarga yang berjaya, tentu ada kualiti pendidikan fizikal dan mental yang
dilakukan oleh keluarga berkenaan. Di sebalik dari kejayaan kita juga dapat
melihat contoh tauladan dari sebaliknya. Misalnya mengapa setengah negara
mundur dan tidak membangun, ianya diakibatkan tiadanya pimpinan yang baik dan
tiadanya rangka pendidikan yang dilakukan terhadap rakyat dan masyarakat bagi
negara berkenaan. Demikian juga dengan keluarga dari yang tidak mementingkan
perhatian dari segi fizikal dan mental dan hidup di dalam kesusasahan serta
berada di dalam invironment yang tidak kondusif bagi kesihatan dan perkembangan
mental dan jiwa menjadikan mereka tidak maju dan tidak berjaya, bahkan boleh
menjadi masalah dan membebankan masyarakat dan negara.
Sebab
itu bagi individu, keluarga dan negara
perlu mempunyai agenda yang teratur bagi mendidik individu, keluarga dan
masyarakat supaya hidup berjaya dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat
dan tidak sebaliknya sebagai yang bermasalah dan membebankan.
Faktor
pendidikan adalah penting iaitu dengan memberi pelajaran yang berkualiti yang dapat
menjadikan individu dan masyarakat, bahkan negara berkualiti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment