KEUTAMAAN KEMANUSIAAN
DAN PERADABAN
(Fikrah Bangi: 640),
BBB: 05 Safar 1442H. = 23 Sefar 2020M. (Rabu).
Ibarat
kehidupan satu keluarga di dalam masyarakat, apakah yang diutamakan oleh keluarga di dalam kehidupan sebagai
keluarga yang senantiasa sebok mencari harta dan menjadi satu keluarga yang
kaya raya dan mewah di dalam kehidupan, tetapi oleh ketiadaan masa terabai di
dalam mendidik anak-anak dan terbiar, tidak menekankan kepentingan pendidikan
keilmuan dan kerohanian menyebabkan anak-anak menyimpang dan terlibat di dalam
kegiatan anti sosial, dadah, tidak bermoral dan melakukan jenayah dan ditangkap
dan berakhir di dalam lokap, berbanding dengan satu keluarga lagi yang
berkerjaya, tetapi hidup sederhana, kecukupan dan mementingkan pendidikan
anak-anak dari segi keilmuan dan kerohanian. Kehidupan mereka tenang dan berjaya mendidik anak-anak dan
menjadi contoh keluarga bahagia yang
mementingkan pendidikan dan baik hubungan dengan masyarakat kelilingan. Berkhidmat
untuk negara dan berjaya. Tentulah yang menjadi pilihan kehidupan keluarga yang
sederhana, tetapi bahagia.
Demikianlah
dengan negara sebagai satu keluarga besar yang berada di tengah-tengah berbagai
negara. Negara besar dan kaya, tetapi bersifat jahat, tidak bersifat
kemanusiaan dan peradaban merosakkan
tamadun yang dibina dan peradaban peradaban yang dicapai. Berapa dari
negara kuat dan kaya dan bersifat tamak sanggup meruntuhkan tamadun kejayaan
lahiri dan kemanusiaan dan peradaban yang unggul, kekuatan dan kekayaan
sedemikian tidak dihormati. Kita mungkin mengkagumi kekuatan negara-negara yang
mencetuskan peperangan dunia Pertama dan
Kedua, tetapi tidak menghormati mereka, lantaran memusnahkan tamadun dan
peradaban yang telah dibina selama ini. Kita merasa jijik dan benci pada
peperangan. Di dalam suasana dunia kini, adalah dianggap gila dan tidak waras bagi
pemimpin sesebuah negara yang kuat bertindak melancarkan peperangan secara
besar-besaran terhadap negara lain dan menawannya.
Walau
bagaimana sifat keji dan buruk di kalangan manusia, ada yang bersifat hasad
dengki dan tidak mau melihat ada negara lain maju dan mengatasinya baik dari
segi kekayaan dan kekuasaan. Dalam zaman ideologi tidak memainkan peranan
penting dan tidak dipedulikan, maka perancangan untuk meruntuhkan misalnya
negara –negara yang mempunyai sumber kekayaan muka bumi diulakukan subersif dan
adu domba menyebabkan berlaku peperangan antara negara dan jiran hingga
memusnahkan negara-negara berkenaan seperti yang berlaku pada negara-negara
Timur Tengah yang kaya dengan sumber minyak. Tamadun dan peradaban yang terbina
di kawasan berkenaan seperti di Iraq dan Syria musnah. Amerika dan Israil adalah
dilihat sebagai perancang utama mencetuskan konflik di kawasan berkenaan,
meruntuhkan tamadun dan peradaban yang telah dicapai. Mana-mana negara yang
dilihat bakal mencabar kekuatan, seperti Iran dan China menjadi target dan
seteru yang diusaha untuk menjatuhkan.
Dalam
suasana bala Covid-19 yang melanda dunia, memperlihatkan apa yang dikatakan
kuasa dunia selama ini sebenarnya tidak sekuat dan sehandal mana.
Negara-negara
Barat yang dianggap maju selama ini seperti England, Itali, Perancis, Spanyol
dan Rusia tidak mampu menunjukkan kebijaksanan di dalam menyekat wabak
berkenaan, lebih teruk Amerika yang dianggap negara terkaya dan terkuat
terserlah bahawa negara tersebut adalah
negara yang lebih teruk mengalami wabak berkenaan. Sebenarnya kita tidak malu
dengan kehebatan negara berkenaan yang dikatakan berjaya menghantar expedisi ke angkasa lepas, bahkan dilihat
lebih bersifat propaganda. Kita merasa hairan dengan sikap yang tidak mau
melihat negara lain maju dan sanggup menyekat kemajuan misalnya kemajuan
teknologi China yang ketara mencabar Amerika. Sifat hasad yang menyekat pasaran
kelapa sawit yang menjadi hasil negara kita.
Dalam
keadaan dunia sekarang, kita melihat wibawa dan kekuatan yang dianggap ada pada
sesebuah negara tidak lagi dihormati, jika ianya bersifat samseng antara
bangsa, memperlekehkan usaha antarabangsa bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
dunia seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sepatutnya
didukung oleh semua pihak bagi kebaikan dan kepentingan manusia yang bersifat
sejagat.
Dalam
keadaan sekarang dunia adalah terbuka bagi semua negara memajukan dirinya
melalui keilmuan dan berkhidmat untuk kemanusiaan dan peradaban.
Di
dalam suasana Covid-19 dan selepas daripadanya dunia memerlukan budaya alamiah
baru yang menekankan keilmuan untuk kepentingan setempat dan sejagat dan
berkhidmat untuk kemanusiaan dan peradaban sejagat. Negara kita seharusnya sama
bergerak bagi mencapai idealisme di dalam membina tamadun, berkemanusiaan dan berperadaban.
Sekian.
No comments:
Post a Comment